Anda di halaman 1dari 3

1. a. Usaha anda bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran/bidang yang dipohon.

Menjadi seorang guru sains yang berkebolehan merupakan suatu tanggungjawab dalammenjana modal insan negara sesungguhnya menuntut pewujudan sinergi mantap semuapihak, khasnya di kalangan warga pelajar dan ibubapa, untuk bersama-sama meningkatkankecemerlangan pendidikan negara. Namun, saya juga sedar bahawa tugas paling mencabaryang telah diamanahkan oleh pihak kementerian dan masyarakat ini merupakan satupenghormatan amat tinggi kepada saya. Dalam menghadapi cabaran era globalisasi yang semakin kompetitif pada hari ini,saya berazam untuk melakukan segala usaha demi membuat perubahan dan pembaikankepada murid-murid saya. Saya akan mencari pelbagai cara dan kaedah dalam usaha untukmeningkatkan mutu pendidikan negara. Di samping perlu berani mengambilpendekatan levelling up, iaitu berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan keupayaanpelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai sesuatu isi pelajaran sains khususnya,sehingga mereka boleh menguasai ilmu itu dengan baik dan dapat pula mengaplikasikannyadalam kehidupan harian dengan jayanya. Saya juga mencari strategi tertentu untuk meningkatkan mutu pengajaran sainstermasuklah menjalankan kajian tindakan dari semasa ke semasa demi mencari kaedah dandan teknik yang paling bersesuaian dalam membantu murid menguasai sesuatu tajukpelajaran yang dirasakan sukar difahami dan diingati oleh para murid. Ini mengambil kirafakta yang disokong oleh kajian-kajian saintifik bahawa peningkatan kefahaman pelajarmengenai konsep-konsep sains adalah berkait rapat dengan cara pengajaran danperwatakan seseorang guru. Dengan menyediakan suatu teknik yang mudah difahami olehmereka ia dapat meningkatkan kefahaman murid di samping membantu memotivasikanmurid dan saya sendiri dalam usaha meningkatkan kuliti pembelajaran sains. Penerapan program kendiri seperti Pembimbing Rakan Sebaya dan Mentoringsewaktu persatuan Sains dan Matematik adalah program yang harus diberi perhatiandandilaksanakan oleh pihak sekolah.melalui program seperti ini dapat mengeratkanhubungan antara guru dan pelajar .Saya yakin bahawa perubahan dan pembaikan adalahpenting untuk meningkatkan mutu pendidikan negara, dan sekali gus melonjakkan kemajuannegara pada masa depan, yang perlu berani dilakukan sekarang. Usaha mewujudkanmasyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teraskeimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, 2. tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yangtinggi , berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.b. Harapan dan wawasan anda sebagai seorang Guru Cemerlang.Guru Sains yang unggul adalah menjadi harapan dan wawasan saya sebagai seorang GuruCemerlang. Menjadi seorang guru yang berketerampilan dari segi jasmani , emosi ,rohanidan intelek serta beretika dan bertauliah adalah menjadi matlamat saya sebagai guruSainssepenuh masa di sekolah . Saya juga menaruh harapan dan wawasan sebagaiGuruCemerlang akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa arus perubahan agardapatmemperbaiki diri remaja, pelajarpelajar sekolah dan juga masyarakat sekolahamnya.Tanggungjawab dan peranan ini akan saya pikul dengan rasa tanggungjawabdanamanah yang diberi dengan hati yang ikhlas dan niat yang murni untuk agama , bangsadannegara .Apabila saya bergelar Guru Cemerlang ianya akan menjadi satu suntikansemangatdan motivasi kepada diri saya untuk saya lipatgandakan usaha bagi membentukmodal insandikalangan pelajar dan remaja yang cemerlang dan terbilang.Guru Cemerlangjuga akanmenjadi satu wadah perjuangan saya bagi memartabatkan khidmat saya danrakan-rakanseperjuagan.Saya juga mengharapkan agar semua sekolah dapat mewujudkansuasana yang dapatmenggalakan interaksi dalam bilik darjah. Keadaan dan situasi ini

tidaktertumpu sahajadibilik khas tetapi meliputi ruang-ruang dipejabat , bilik guru ,kelas-kelas danjuga bilik-bilik khas yang terdapat disekolah seperti makmal komputer , makmal sains ,perpustakaan dan bilik-bilik lain.Sehubungan dengan itu Guru Cemerlang merupakan satausuntikan serta memberikansatu lonjakan saujana kearah merealisasikan wawasandan harapan mewujudkan komunikasiyang baik. Harapan dan wawasan saya juga inginmelihat pada masa hadapan guru dapatmemainkan peranan yang amat pentingbagi menentukan hala tuju kerjaya pelajar.Peranan dan tanggungjawab sebagaiGuru matapelajaran sepenuh masa perludipandang serius agar modal insan serta intanpermata Negara dapat terus digilap keranaianya merupakan elemen yang penting dalamusaha memastikan Negara Malaysia dapat terus bersaing dan mempunyaidaya tahan terutamanya dalam bidang ekonomi dan sosial diwaktudunia yangsemakin mencabar. Kini ekonomi dan juga sosial yang berlandaskan pengetahuansertabertunjangkan sains dan teknologi.Saya juga menaruh harapan agar masalah masalahseperti ponteng sekolah , ponteng kelas , pergaduhan , masalah social , dan pelbagai lagimasalah yang terdapat disekolah dapatdikurangkan peratusnya atau dapt di atasisepenuhnya iaitu sifar ponteng dan lain-lain lagi.Guru yang cemerlang merupakan seorangguru yang sentiasa mempunyai wawasan danmatlamat diri yang mulia iaitu ingin melihatkejayaan cemerlang dikalangan pelajar- pelajarnya iaitu cemerlang akademik , cemerlangkokurikulumnya, cemerlang akhlaknya dancemerlang agamanya.Sekian terima kasih. 3. Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi Sumber : Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang Menjadi guru cemerlang sains yang pakar adalah menjadi harapan saya. Ini keranasaya ingin lebih cenderung menumpukan perhatian penuh pada pengajaran danpembelajaran murid. Di samping akan lebih memotivasikan diri saya ke arah kejayaanpelajar khususnya. Pelajar juga akan lebih yakin dan percaya pada kemampuan guru di atastiket Guru Cemerlang. Saya akan lebih bersungguh-sungguh menaikkan prestasipengajaran, mempelbagaikan lagi teknik cenderung dengan gelaran yang telah diberikan.Saya menjadi lebih proaktif ,responsif dan inovatif terhadap keperluan pelajar. Menjadi gurucemerlang juga memberi saya peluang berkongsi bersama rakan-rakan lain yang setarafuntuk menaikkan lagi gred purata mata pelajaran sains di dalam UPSR .Menjadi guru cemerlang akan cenderung memantapkan ilmu keguruan dalam diri kerana ingin membantu pelajar. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat danmembimbing pelajar ke arah kejayaan adalah matlamat utama saya. Sementelah lagipelajar kategori pendengaran, tidak ramai yang boleh membantu mereka dari segipembelajaran ataupun masalah peribadi. Di atas gelaran guru cemerlang,kebolehpercayaan pelajar terhadap kemampuan guru cemerlang memang tidak bolehdinafikan lagi. Ini sekaligus membolehkan prestasi ditingkatkan. Inovasi dalam pengajaran adalah keutamaan dalam dunia pendidikan sekarang.Menjadi guru cemerlang, membolehkan saya akan sentiasa bersama dengan pelajar,melakukan inovasi baru pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Aktiviti permainandikhususkan bagi memastikan pelajar sentiasa berminat dalam pelajaran Sains. Aktiviti diluar bilik darjah lebih diperbanyakkan lagi untuk menjadikan inovasi satu budaya yang biasadilakukan. Saya juga ingin berkongsi inovasi yang dihasilkan dengan semua guru sainsdemi meningkatkan lagi pengajaran sains. Satu perjuangan yang saya harap dapat dilaksanakan ialah mewujudkan satu blogyang dapat menjadi rujukan semua guru Sains yang mengajar pelajar masalahpendengaran khususnya. Blog akan dipenuhi dengan maklumat

penuh mengenai definisimasalah pendengaran, kategori-kategori masalah pendengaran, anatomi telinga sehinggakepada teknik pedagogi mengajar pelajar pendengaran, dan koleksi bank soalan SainsUPSR. Wawasan saya adalah supaya blog tersebut diantarabangsakan sehingga ke luarnegara. 4. Sebagai guru cemerlang juga, saya akan memastikan pencapaian pelajar dapatmembantu kepada melonjakkan NKRA sekolah. Bagi memastikan mutu sekolah dapatditingkatkan, bidang kepakaran saya diteguhkan dengan peningkatan prestasi pengajaranguru. Perkongsian idea adalah lebih penting bagi memastikan misi ini tercapai. Jika gurudapat dicemerlangkan, pelajar yang dihasilkan lebih gemilang hasilnya adalah sekolah yangterbilang.

Anda mungkin juga menyukai