Anda di halaman 1dari 16

JACKIE WONG MOHD AZMIR MOHD FIRDAUS NAZATUL AZILA NUR SUAIDAH RUZANA

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF


Teori pembelajaran kognitif dipelopori oleh Piaget.

Kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir secara kritis dan kreatif, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET


Sensori motor (0-2 tahun)

Pra operasi
(2-7 tahun)

Operasi konkrit (7-12 tahun)

Operasi formal ( 12 tahun ke atas)

Tahap sensori motor (0-2 tahun) Pada tahap ini anak-anak mengembangkan konsep pada dasarnya melalui interaksi dengan dunia fiksyen.

Tahap pra-operasi (2-7 tahun) Pada tahap ini anak sudah mulai untuk menyatakan idea, tetapi idea tersebut masih sangat tergantung pada persepsi. Pada tahap ini anak telah mulai menggunakan simbol, belajar untuk membezakan antara kata atau istilah dengan objek yang diwakili oleh kata atau istilah tersebut.

Tahap operasi konkrit (7-12 tahun) Pada tahap ini anak mengembangkan konsep dengan menggunakan benda-benda konkrit untuk menyelidiki hubungan dan model-model idea abstrak. Bahasa merupakan alat yang sangat penting untuk menyatakan dan mengingat konsep-konsep. Pada tahap ini anak sudah mulai berfikir secara logik, berfikir logik. Ini terjadi sebagai akibat adanya kegiatan anak memanipulasikan benda-benda konkrit.

Tahap operasi formal (12 dewasa) Kanakkanak sudah mulai mampu berfikir secara abstrak, dia dapat menyusun hipotesis dari halhal yang abstrak menjadi dunia realiti dan tidak terlalu bergantung pada benda-benda konkrit.

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF GAGNE


Menurut Gagne (1970), pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang rendah.

8 JENIS PEMBELAJARAN
1) Pembelajaran isyarat
perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pengaruh kebiasaan.

2) Pembelajaran rangsangan gerak balas Pembelajaran rangsangan gerak balas bergantung kepada proses peneguhan. Ini bermakna guru perlu memberi pujian dan ganjaran bagi tingkah laku yang diingati.

3) Pembelajaran rangkaian motor Rangkaian merupakan satu siri tingkahlaku yang berkaitan antara satu sama lain untuk melengkapi satu tugasan yang dijalankan

4) Pembelajaran bahasa Pertalian berbahasa merupakan suatu bentuk rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan benda yang dilihat dengan nama objek secara menyebutnya.

5) Pembelajaran diskriminasi Jenis pembelajaran ini berlaku apabila murid dapat memilih gerak balas yang sesuai untuk bertindak bagi menghasilkan sesuatu.

6) Pembelajaran konsep Ini berlaku apabila murid bertindakbalas kepada benda-benda sebagai satu kelas atau kategori.

7) Pembelajaran hukum/prinsip
Melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian berbahasa.

8) Pembelajaran penyelesaian masalah


Melibatkan penggunaan konsep serta pembelajaran hukum. Gagne telah menggunakan urutan-urutan penyelesaian masalah sebagaimana yang dicadangkan oleh John Dewey: a) mengenal masalah b) mencari maklumat c) membuat hipotesis d) menguji hipotesis e) membuat rumusan

Anda mungkin juga menyukai