Anda di halaman 1dari 2

Strategi pembelajaran bersifat konseptual dan untuk mengimplementasikannya pelbagai kaedah pembelajaran tertentu digunakan.

Oleh itu, kaedah pembelajaran dapat diertikan sebagai cara atau langkah-langkah yang digunakan untuk mengimplementasikan perancangan yang sudah disusun dalam bentuk kegiatan nyata dan praktik untuk mencapai tujuan pembelajaran. Contoh kaedah pembelajaran yang boleh digunakan untuk mengimplementasikan strategi pembelajaran, diantaranya: (1) ceramah; (2) demonstrasi; (3) perbincangan; (4) simulasi; (5) debat dan sebagainya. Teknik pembelajaran juga dapat diertikan sebagai cara yang dilakukan seseorang dalam mengimplementasikan suatu kaedah secara spesifik. Guru boleh menggunakan pelbagai teknik pengajaran walaupun menggunakan kaedah yang sama. Satu kaedah dapat diaplikasikan melalui pelbagai teknik pembelajaran. Sebagai contoh, penggunaan kaedah ceramah pada kelas dengan jumlah pelajar yang relatif banyak memerlukan teknik tersendiri, berbanding dengan penggunaan kaedah ceramah pada kelas yang jumlah pelajarnya terbatas. Demikian pula, dengan penggunaan kaedah perbincangan, perlu digunakan teknik yang berbeza pada kelas yang pelajarnya tergolong aktif dengan kelas yang pelajarnya

tergolong pasif. Dalam hal ini, guru dapat berganti-ganti teknik meskipun menggunakan kaedah yang sama.

2. KAEDAH : Kaedah merupakan satu perancangan yang sistematik secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran.Ia merupakan satu prosuder melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan.Dengan itu,sesuatu pendekatan memungkinkan beberapa kaedah yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut M Anthony: Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. 3. TEKNIK : Teknik ialah apa yang kita lihat di dalam bilik darjah sewaktu guru mengajar dan proses pembelajaran sedang berlaku.Sesuatu teknik harus dilihat dalam konteksnya dengan kaedah yang digunakan.Umpamanya,menggunakan makmal bahasa untuk mengajar bahasa Arab merupakan suatu teknik.Menghafal sesuatu petikan atau ayat juga bolehdikatakan satu teknik.Apa yang penting ialah pemilihan sesuatu teknik mestilah berasaskan sesuatu kaedah yang berlandaskan pendekatan yang telah ditentukan.Pada akhirnya,keberkesanan sesuatu teknik

yang digunakan bergantung atas asas-asas pengkaedahan dan pendekatan yang kukuh serta boleh dipercayaai.

TEKNIK Kamus Dewan (edisi ketiga) : kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony : satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz : pengendalian suatu organisasi yang benarbenar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

KAEDAH Mangantar Simanjuntak (1982) : satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang di gunakan. Parera (1986) : satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan Ishak Ramly (2006) : satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai