SISTEM OTOT
Manusia direka untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan manusia berlaku hasil daripada gabungan sistem rangka dan otot. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot.
Tisu Penghubung
Endomisium - Setiap fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang dikenali sebagai endomisium Perimisium - Perimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot bagi membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel Epimisium -Keseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti tisu penghubung kasar yang dikenali sebagai epimisium
Sel otot rangka dirangsangkan oleh asetilkolina yang di bebaskan di persimpangan neuromaskular oleh neuron motor. Apabila sel dirangsangkan, retikulum sarkoplasmanya akan membebaskan ion kalsium (Ca2+). Ini akan saling bertindak dengan miofibril dan, dengan itu, mendorong pengucupan otot (melalui mekanisma gelongsoran filamen. Selain kalsium, proses ini memerlukan adenosina trifosfat (ATP). ATP dihasilkan melalui proses yang memetabolismekan kreatina fosfat dan glikogen yang disimpan dalam sel otot serta glukosa dan asid lemak yang diperolehi daripada darah.
Setiap neuron motor mengawal sekumpulan sel otot yang dikenali sebagai "unit motor". Apabila lebih tenaga diperlukan, dari apa yang dihasilkan oleh satu unit motor, lebih banyak unit dirangsangkan; ini dikenali sebagai "penglibatan unit motor". Jika lebih tenaga diperlukan dari apa yang boleh di dapati dari pengucupan unit semasa, neuron motor akan menghantar rangsangan tambahan; ini menyebabkan proses "penjumlahan pengecutan" yang meningkatkan tahap pengucupan. Jika otot mengucup secara maksima, ia dikatakan telah mencapai tahap "pengucupan tetanik".
Huraian Melekat pada tulang atau kulit Tunggal, panjang dan berjalur
Kekerapan Kontraksi Terkawal dan dikawal oleh sistem saraf Kelajuan Kontraksi Rentak Kontraksi Dari perlahan ke cepat Tiada PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
Otot rangka melekat pada tulang dan meliputi pada tulang rangka. Fiber otot rangka merupakan otot yang terpanjang, mempunyai jalur yang jelas dan terkawal. Bertanggungjawab bagi semua pergerakan. Halaju penguncupan fiber otot rangka bergantung kepada jenis fiber sama ada fiber sentak cepat dan fiber sentak lambat. Contohnya : semua otot yang melekat pada tulang, otot lidah, palatinum, hujung esophagus
Sel otot rangka mempunyai bentuk silinder panjang dan nukleus berbilang. Nukleus otot ini terdapat di bawah membran plasma yang mengosongkan bahagian tengah gentian otot untuk miofibril. Otot ini biasanya mempunyai salah satu hujungnya terlekat kepada tulang pegun seperti skapula, dan hujung satu lagi melintasi sendi dan melekat kepada tulang yang lain seperti humerus.
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
Lembut
Kekerapan Kontraksi Luar kawal dan diikawal oleh perentak jantung. Kelajuan Kontraksi Rentak Kontraksi Perlahan Ada
Ciri-ciri Lokasi
Huraian Dinding organ viseral seperti perut, pundi kencing dan saluran jantung
Bentuk Sel
Kekerapan Kontraksi Luar kawal dan dikawal oleh sistem saraf, hormon, bahan kimis dan regangan. Kelajuan Kontraksi Rentak Kontraksi Sangat perlahan Ada pada otot-otot tertentu sahaja
Menstabilkan sendi. Otot-otot rangka menstabilkan sendi-sendi terutama pada pergerakan yang melibatkan banyak sendi. Menghasilkan haba. Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting untuk mengekalkan suhu normal badan
40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
o leher
o toraks o abdomen o sisi abdoman
NAMA Pinggul o gluteus maksimum Paha o sartorius o Kuadriseps Rektusfemoris Vastusleteral Vastus medial Vastusintermedius o Hamstring Bisepsfemoris Semitendinosus semimembranosus
LOKASI
o punggung
o anterior paha anterior paha internal paha medial paha anterior paha posterior paha posterior paha posterior paha
o betis o betis
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
Otot-otot akan bertindak secara berkumpulan dan ia melibatkan: Agonis Otot-otot penggerak utama (prime movers) Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakan khusus Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus Contoh: biseps brakii dan brakialis
Antagonis
Menghasilkan pergerakan yang berlawanan dengan otot penggerak utama. Apabila agonis menguncup, antagonis akan mengendur atau relaks. Megawal kelajuan pergerakan dan melicinkan pergerakan yang dilakukan oleh agonis. Contoh: triseps brakii
Sinergis
Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama. Sinergis menambah daya pada pelekatan otot. Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otototot itu melekat. Contoh: Otot-otot brakioradialis, biseps brakii dan brakialis bertindak sebagai sinergis untuk membengkok sendi siku.
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
Perlekatan otot
Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup. Sebaliknya apa yang umumnya berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya hasil daripada interaksi filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha kedua-duanya untuk menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalam fiber otot.
Penguncupan ini tidak menghasilkan pergerakan tetapi menghasilkan daya. Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada kepanjangan otot. Contoh: Aktiviti menolak dinding dengan siku bengkok. Dinding tidak bergerak tetapi otot triseps brakii menguncup dan menghasilkan daya
Menolak dinding
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
Penguncupan Isotonik
Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak. Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik. Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot. Contoh: Penguncupan bisep semasa mengangkat dumbell. Penguncupan esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot.
Biceps curl
Penguncupan Isokinetik
Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetap sepanjang pergerakan. Penguncupan ini dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang dapat mengawal halaju pergerakan tersebut. Contoh: Pengunaan mesin multi-gym.
Bench press
Halaju Penguncupan
Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan penguncupan otot. Halaju penguncupan otot berbeza mengikut pergerakan yang dilakukan. Terdapat dua jenis fiber otot yang mempengaruhi halaju penguncupan iaitu fiber sentak cepat dan fiber sentak lambat Peratusan fiber sentak cepat dan lambat ini dalam otot begantung kepada baka, fungsi dan latihan seseorang individu.