Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN REFLEKSI CERAMAH MOHD ZULKIFAR BIN YUSOFF 710615-03-5741 Bismillah, bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana

telah Berjaya melaksanakan tugasan Bina Insan Guru (BIG) Fasa kedua bagi guru-guru di bawah Ijazah Sarjana Muda Perguruan Mod Program Pengsiswazahan Guru (PPG).Bina Insan Guru pada kali ini memerlukan saya untuk melakukan atau melaksanakan aktiviti ceramah.Program ceramah ini turut menjadi Kursus Dalam Latihan (LADAP) bagi guru-guru di Sekolah Kebangsaan Sering, Kota Bharu, Kelantan.Program ini telah saya kendalikan bersamasama guru di bawah Program Pengsiswazahan Guru (PPG) dengan kerjasama AJK LADAP Sekolah Kebangsaan Sering. Program ini telah menyediakan ceramah yang bertajuk Kualiti, Peribadi Dan Profesionalisme Seorang guru.Ceramah ini telah disampaikan oleh seorang

penceramah yang diundang khas iaitu Encik Mohd Azman bin Mohd Yusoff Guru Cemerlang dari Sekolah Kebangsaan Hamzah, Machang, Kelantan. Antara kekuatan yang dapat dikenalpasti dalam program ceramah ialah: 1. Penyampaian ceramah adalah sangat berkesan. Penceramah menyampaikan ceramah dengan berkesan di mana huraian yang disampaikan adalah sangat jelas dan bertepatan dengan tajuk.Ini memberi peluang kepada peserta memanafaatkan ceramah yang disampaikannya.Penyampaian

ceramah yang berkesan adalah sangat penting kerana mesej yang hendak disampaikan perlu dihuraikan dengan jelas dan teratur agar peserta dapat menangkap apa yang ingin disampaikannya.

2. Lokasi ceramah adalah selesa dan bersesuaiLokasi di mana berlangsungnya ceramah adalah sangat selesa untuk para peserta memberi tumpuan kepada isi ceramah.Pada pendapat saya, penyediaan tempat ceramah yang baik adalah sangat penting kerana keleselasaan akan dapat menentukan pencapaian objektif

ceramah.Kegagalan menyediakan tempat yang selesa dan sesuai akan menyebabkan para peserta tidak dapat memberikan tumpuan yang maksima. 3. Penceramah menyediakan bahan Hand Out Kekuatan lain yang boleh saya perhatikan ialah semasa program ini berlangsung ,penceramah telah mengedarkan hand-out kepada setiap peserta dan ini sudah pasti memberi lebih kefahaman kepada para peserta.Peserta boleh membuat rujukan isi yang disampaikan oleh penceramah.Dengan itu pserta dapat memahami dengan lebih jelas lagi tentang apa yang disampaikan oleh penceramah. 4. Kerjasama dari kalangan guru-guru Pada peringkat awal perancangan program,semua guru memberikan reaksi yang positif terhadap program ini.Mereka menunjukkan minat yang tinggi dan bersungguh-sungguh terhadap tugasan yang diagihkan.Ini merupakan satu kelebihan yang tidak dapat dinafikan lagi di sekolah saya.Dengan komitmen dan kerjasama inilah mereka dapat memberikan kelancaran terhadap program ini. Kesempurnaan sesuatu perkara tidak akan sempurna seratus peratus.Setiap kekuatan pasti ada juga kelemahan.Antara kelemahan yang dapat saya kesan melalui program ini ialah : 1. Pengurusan masa yang kurang berkesan Pengurusan masa adalah sangat penting dalam sesuatu program.Ini akan menentukan sesuatu program yang dilaksanakan Berjaya atau tidak.Namun demikian dalam

perjalanan program ini tidak selancar yang diharapkan.Ada beberapa slot yang berlangsung tidak mengikut jadual seperti yang direncanakan. Ini terbukti apabila masa rehat yang diperuntukkan selama setengah jam tetapi telah mengambil masa lebih kurang satu jam.Keadaan ini berlaku akibat daripada penyediaan makanan yang agak lewat.Kelewatan ini berpunca dari pihak penyediaan makanan.Oleh kerana kelewatan perjalanan slot ceramah ini telah dilanjutkan dari masa yang sepatutnya. 2. Kesilapan pengacara semasa mengendalikan majlis Kesilapan pengacara majlis semasa menjemput Ustaz Lutfi untuk bacaan

doa.Pengacara silap menyebut nama Ustaz Lutfi iaitu disebutnya Ustaz Latif.Walaupun kesilapan yang dilakukan kecil tetapi ia menggambarkan kurangnya persediaan yang lakukan oleh pengacara majlis.Namun begitu ianya hanyalah kesilapan kecil yang boleh dimaafkan serta menjadi pengajaran kepada peserta lain pada masa akan datang. Program ini sebenarnya boleh dianggap Berjaya kerana mampu mencapai 2/3 matlamat yang diharapkan.Innya hasil daripada gabungan tenaga dan idea AJK yang bekerja keras dalam memastikan kelancaran perjalanan program ini.Saya merasa bertuah kerana mempunyai rakan sekerja yang begitu komited dalam memjalankan tugas tanpa mengenal penat dan lelah.

CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN 1. Mengadakan Post-mortem Sesuatu aktiviti yang dijalankan hendaklah disusuli dengan post-mortem sejurus selepas sesuatu program berlangsung.Ini bertujuan untuk menilai kekuatan serta

kelemahan perjalanan program tersebut.Melalui kaedah ini kita akan dapat mencari jalan penyelesaian.Cara ini berkesan untuk menambahbaikan bagi program yang akan dijalankan di masa hadapan.

2. Pengurusan masa yang baik dan berkesan Pengurusan masa adalah sesuatu yang amat penting dalam menjalankan sesuatu program.Ia akan menentukan sesuatu program itu berkesan dan berjaya

dilaksanakan.Diharap agar di masa hadapan program yang dijalankan dapat mengikut masa yang dirancangkan.Ini sebenarnya dapat melatih kecekapan seseorang guru dalam mengendalikan sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan.Sekian Wassalam.

LAPORAN REFLEKSI KHIDMAT MASYARAKAT MOHD ZULKIFAR BIN YUSOFF 710615-03-5741 Bismillah, Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah Berjaya melaksanakan tugasan Bina Insan Guru (BIG) Fasa bagi guru-guru di bawah Ijazah Sarjana Muda Perguruan Mod Program Pengsiswazahan Guru (PPG).BIG pada kali ini memerlukan kami untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong. Guru merupakan pembina generasi Malaysia, pembangunan modal insan berkualiti merupakan satu usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memilki kekuatan sahsiah yang unggul.Justeru Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu usaha ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang diharapkan.Melalui program ini, banyak perkara yang dapat saya perolehi sebagai menuju ke arah pembangunan diri sebagai insan guru yang cemerlang. Sepanjang program khidmat masyarakat iaitu membersihkan masjid ini, saya telah mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan umum secara langsung dan tidak langsung.Pengalaman dan pengetahuan bermula ketika saya membuat perancangan awal lagi iaitu mencari lokasi dan penagihan tugasan.Saya memilih lokasi masjid kerana saya berpendapat bahawa gotong rong di sekolah sudah acap kali dilakukan dan ingin memberi pengalaman baru kepada pelajar saya.Ini juga bertujuan untuk

mencari pengalaman berbakti kepadkomuniti dan tempat ibadat.Hal ini telah mengajar saya tentang untuk menghargai dan mencintai tempat ibadat iaitu masjid. Selain daripada itu, saya juga dapat berpeluang untuk memupuk semangat berpasukan dan bertanggungjawab serta mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan guru, murid-murid dan masyarakat setempat.Semasa menjalankan aktiviti gotong royong ini, kami telah dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai tugasan yang tertentu.Namun dalam begitu, kami tetap membantu kumpulan yang lain dalam melaksanakan tugasan mereka.Bak kata pepatah Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Sepanjang program ini berlangsung, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dapat saya kenalpasti.Antaranya ialah : KEKUATAN 1. Mewujudkan perhubungan yang erat dan dinamis Program ini telah dapat mewujudkan hubungan yang erat dan dinamis antara guruguru, murid-murid dan masyarakat setempat.Di samping itu saya juga dapat bertukartukar pendapat.Contohnya saya dapat berinteraksi antara satu sama lain semasa menjalankan aktiviti.Hal ini telah member saya mempelajari cara berkomunikasi dengan mesyarakat setempat. 2. Program ini dikendalikan debdan pendekatan bersepadu Program ini melibatkan empat komponan manusia iaitu aspek kerohanian, mental, intelektual dan fizikal.Maka semua peserta akan lebih mengetahui kelemahan dan kekuatan diri mereka sendiri dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

3. Menerapkan nilai-nalai murni Program khimat masyarakat yang dijalankan ini sememangnya menerpkan nilai-nilai murni dalam diri setiap peserta.Sebagai contoh, nilai seperti kasih sayang, cinta kepada alam sekitar, berdikari dan sebagainya.Dan sudah semestinya nilai-nilai dapat memartabatkan profesion perguruan ini.

4. Penjimatan kos Penjimatan kos berlaku secara keseluruhannya.Ini adalah kerana program BIG khidmat kemasyarakatan ini diadakan di masjid yang terletak hanya 200 meter sahaja daripada sekolah.Saya pengangkutan. 5. Penyediaan makanan yang mencukupi Selain daripada itu penyediaan makanan adalah mencukupi.Saya juga berasa seronok apabila dapat makan bersama-sama selepas penat bergotong royong.Lebih meriah lagi apabila ada di kalangan guru yang membawa kuih-muih tambahan.Ini dapat membina semangat kekeluargaan dan kasih sayang di antara peserta. 6. Tiada berlaku kemalangan Dari segi keselamatan pula, sepanjang program ini tiada berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan.Ini kerana semua peserta mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh ketua program. 7. Komitmen yang baik dari peserta tidak perlu bersusah payah untuk mencari dan menyediakan

Kesemua peserta berjaya melaksanakan tugasan mereka dengan sempurna. Semua kumpulan dapat memberikan kerjasama dan memberikan komitmen yang terbaik semasa gotong-royong dijalankan. Kesemua aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar sebagaimana yang di tetapkan di dalam tentatif program ini.

KELEMAHAN Dari sudut kelemahan pula, boleh dikatakan tidak berlaku kelemahan semasa program gotong-royong membersihkan sekolah diadakan. Ini adalah kerana segala perancangan telah dapat dilaksanakan dengan lancar dan semua pihak berpuas hati dengan pembahagian tugas yang telah dibuat.Program ini juga telah mencapai objektif dan matlamatnya.Sekian wassalam.

Anda mungkin juga menyukai