Anda di halaman 1dari 4

BMK

Bahasa Melayu Kontekstuel Komunikasi yang berkesan ditentukan oleh tujuh ciri-ciri asas supaya halangan dapat dihindarkan. Jelaskan lima daripada ciri-ciri yang menjadi asas tersebut. Komunikasi adalah proses untuk memberi maklumat atau menerima maklumat daipada dua belah pihak. Contohnya apabila seseorang bercakap dan berbual-bual, maklumat telah disampai daripada kedua-dua pihak. Tujuan komunikasi ini ialah menyampaikan sesuatu maklumat. Kontekstuel ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Ini akan membentuk seusatu komunikasi dalam kehidupan seharian. Dalam komunikasi ini, terdapat tujuh ciri asas yang digunakan untuk menyampaikan maklumat terhadap dua belah pihak. Antara ciri tersebut yang menjadi asas dalam komunikasi ialah sapaan ataupun salam. Apabila seseorang individu atau diri kita sendiri berjumpa dengan orang yang lain, kita perlulah membuat sapaan atau salam yang akan mewujudkan komunikasi di antara dua pihak. Dengan sapaan dan salam seperti ucapan selamat pagi, dengan secara tidak langsung akan membolehkan dua belah pihak dapat berkomunikasi. Dalam masa yang sama, proses memberi dan menerima maklumat juda telah berlaku dengan bermulanya salam sdan sapaan terhadapa seseorang. Bukan dengan sapaan dan salam sahaja yang menjadi asas kepada komunikasi. Sikap ikhlas dan jujur dalam diri individu juga akan membentuk komunikasi. Jika diri kita tidak jujur dan ikhlas, maka sesuatu komunikasi mungkin tidak akan terjadi kerana tiada siapa yang akan mempercayai seseorang individu jika tidak jujur. Jadi untuk melepasi halangan ini, sifat jujur dan ikhlas sememangnya penting dalam diri setiap individu. Bagaimanakah komunikasi akan wujud jika jujur dan ikhlas tidak ada pada seseorang individu? Jadi, untuk mewujudkan sesuatu komunikasi diantara dua pihak, sifat jujur dan ikhlas perlu

BMK

ada pada masyarakat masa kini supaya komunikasi dapat diwujudkan dan akan akan mengeratkan silaturahim dikalangan masyarakat. Selain itu, komunikasi yang berkesan juga ditentukan oleh ciri berikutnya iaitu mendengar dengan aktif yang menjadi asas supaya halangan komunikasi dapat dihindarkan. Semasa kita menerima dan memberi maklumat kepada sesuatu pihak yang lain, kita perlulah menjadi seorang pendengar yang baik. Bukan setakat itu, kita juag mesti menjadi pendengar yang aktif supaya apa yang telah diterima akan dapat diaplikasikan dalam diri. Kalau seseorang individu berkomunikasi dengan orang lain tetapi tidak mendengara dengan aktif, maka komunikasi itu akan terhalang kerana pihak yang menerima maklumat itu tidak mengambil perhatian dan mendengar dengan baik. Ini akan menyebabkan penerima maklumat akan mendapat maklumat yang kurang jelas kerana tidak mendengar dengan aktif dan akan juga boleh menyalah tafsirkan sesuatu maklumat. Ciri kamonikasi yang menjadi asas ialah megemukakan soalan yan disukai oleh pihak yang lain. Dengan mengemukan soalan yang yang disukai, maka komunikasi ini akan menjadi sesuatu yang lebih menarik. Ia juga akan menjadikan sesuatu perbincangan menjadi lebih bermakna dan kedua-dua pihak yang sedang berkomunikasi akan memahami sesuatu maklumat yang diberi dan diterima daripada kedua-dua belah pihak. Dengan adanya soalan yang dikemukakan, ini akan membolehkan sesuatu masalah akan dapat diselesaikan dengan mudah seterusnya mewujudkan komunikasi seara tidak langsung dalam kehidupan seharian kita. Senyuman dan mimik air muka juga boleh mewujudkan komunikasi di antara dua pihak. Misalnya dengan memberikan senyuman kepada seseorang akan menunjukkan kita menghormati orang lain dan juga menunjukkan budaya kita. Dengan senyuman dan menunjukkan mimik air muka terhadap seseorang, orang itu akan memahami sesuatu masalah yang kita hadapi. Jadi dengan keadaan ini, tentu pihak itu akan menegur dan menanya terhadap diri kita, maka terjadilah komunikasi dengan langsungnya. Komunikasi akan juga terjadi kerana senyuman menjadikan seseorang itu membuat sapaan tehadap diri kita. Dengan

BMK

adanya ciri-ciri asas yang dinyatakan tadi, komunikasi akan menjadi berkesan lagi dan sebarang halangan dapat dihindarkan semasa berkomunikasi. Halangan dalam komunikasi dapat mengelakkan secara berkesan dalam organisasi. Huraikan bagaimana halangan tersebut berlaku. Komunikasi dalam organisasi mempunyai tiga tahap iaitu yang pertama pihak atasan ke pihak bawahan. Kedua pihak bawahan ke pihak atasan dan yang ketiga adalah mendatar. Pada peringkat atas ke bawah adalah bertujuan untuk memberi arahan tugas, proses kerja dan maklum balas kepad pihak bawahan. Namun terdapat beberapa halangan yang menghalang terjadinya komunikasi ini. Antaranya ialah perbezaan status yang akan menyebabkan maklum balas daripada pihak bawahan. Ini kerana status yang lebih tinggi dimiliki oleh pihak atas yang menyebabkan terhalangnya komunikasi dalam organisasi. Selain itu, faktor persekitaran dan sifat peribadi yan negatif terhadap sesuatu pihak juga kan menghalang komunikasi di antara pihak atasan dan bawahan. Dengan sifat yang dimiliki ini, wujudnya salah faham dan prasangka yang timbul daripada kedua-dua belah pihak. Pada peringkat kedua iaitu dari pihak bawahan ke pihak atasan. Tujuannya ialah membuat maklumat tugas dan memberi pandangan atau pendapat kepada pihak yang tinggi. Namum, tidak semudah itu kerana maklum balas diterima baik sahaja dan ketua tidak bersedia menerima subordinan dari pihak bawahan. Halangan yang terjadi dalam komunikasi ini adalah kerana perasaan takut dan fobia untuk memaklumkan sesuatu perkara kepada pihak atasan. Selain itu, ketua tidak minat untuk mendengar masalah daripada pihak bawahan. Selain itu, segala pelaksanaan yang dilakukan tidak mendapat pengiktirafan daripada pihak atas serta ketua yang sukar untuk ditemui oleh orang bawahannya menyebabkan halangan dalam komunikasi telah berlaku dalam sesebuah organisasi.

BMK

Di peringkat ketiga komunikasi dalam organisasi ialah mendatar. Tujuan komunikasi mendatar ini adalah untuk meningkatkan kerjasama diantara dua pihak. Selain itu, aliran pengurusan maklumat yang cepat dan pencapaian ke arah matlamat dapat dilaksanakan dengan mudah. Tetapi terdapat juga dalam peringkat ini . Antara halangan yang menghalang komunikasi diperingkat ini ialah buah mulut dan gosip yang boleh menjadikan perkara yang kecil menjadi lebih serius dan akan menyebabkan pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak. Bukan itu sahaja, perkara-perkara yang buruk seperti gangguan juga akan menghalang komunikasi ini. Contohnya ialah seperti khabar angin, menerima mesej yang tidak baik dan salah faham diantara kedua belah pihak akan menjejaskan prestasi sesebuah organisasi tersebut. ini kerana fikiran yang kondusif serta faktor persekitaran yang kurang baik yang juga menyumbang menghalang komunikasi ini. Dalam kehidupan seharian, komunikasi adalah sesuatu perkara yang penting. Ini kerana tanpa komunikasi, tidak akan wujud masyarakat yang aman dan harmoni. Selain itu, komunikasi dapat mengeratkan hubungan diantara dua belah pihak dengan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi semasa berkomunikasi didalam kehidupan sehari-hari.

Anda mungkin juga menyukai