Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN JURNAL

MINGGU 1 ( 15 JULAI 2013 19 JULAI 2013 )

KEMAHIRAN MENULIS NAMA SENDIRI DI ATAS KAD NAMA

1.

Isu / Masalah

Pada minggu pertama praktikum ini, saya berazam untuk berusaha mengingat nama muridmurid yang saya ajar. Oleh kerana terdapat dua kelas yang saya ambil pada sesi praktikum kali ini iaitu tahun 4 Inovatif dan 3 Kreatif, semakin ramailah bilangan murid yang saya perlu ingat namanya. Maka, saya telah melakukan satu inisiatif dengan membekalkan satu kad nama bagi setiap murid dan murid perlu meletakkannya di atas meja pada setiap kali pengajaran. Kad nama yang saya berikan ini kosong dan murid perlu menulis sendiri namanya dan menggunakan kreativiti tersendiri untuk kad nama mereka menarik. Namun, saya juga memberikan beberapa syarat seperti tulisan perlulah besar dan mudah difahami. Saya juga mengingatkan murid agar sentiasa membawanya ke dalam bilik darjah dan menjaganya dengan sebaik mungkin. Hukuman akan dikenakan kepada murid yang menghilangkan atau merosakkan kad nama mereka.

2.

Analisis

Pemerhatian telah dilakukan disepanjang minggu ini. Berikut merupakan hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan ; a. Terdapat beberapa kesalahan kepada sebilangan murid iaitu bercampur huruf kecil dan besar. b. Ada murid yang tidak membawa kad nama mereka ketika sesi pengajaran. c. Terdapat juga murid yang membuat kad nama yang baru dengan alas an kad nama yang lain tidak cantik. d. Kebanyakan murid lalaki tidak membawa kad nama mereka dan ada yang sudah menghilangkannya.

Berdasarkan pemerhatian ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa terdapat sebilangan murid yang masih salah menulis nama mereka. Tidak ada kesalahan dari segi ejaan tetapi kesalahan yang terjadi ialah pada kedudukan huruf kecil dan huruf besar. Saya telah menegur murid yang membuat kesalahan huruf kecil dan besar dan menyuruh mereka memperbetulkan kad nama mereka. Namun, lama-kelamaan semakin sedikit murid yang membawa kad nama. Saya telah memberikan amaran kepada mereka untuk membawanya namun mereka tetap berdegil dan memberikan bermacam alasan untuk melepaskan diri.

3.

Cadangan Untuk Memperbaiki

Sebagai cara untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat kolaborasi dengan guru pembimbing dan berbincang mengenai hal ini. Hasil daripada kolaborasi tersebut, beberapa cadangan dan penambahbaikan dilakukan bagi memastikan masalah ini diselesaikan. Pertama sekali, bukan hukuman sahaja yang perlu saya lakukan. Malah, ganjaran juga saya perlu lakukan untuk sebagai menaikkan semangat murid yang lain. Murid yang membawa kad nama akan diberikan ganjaran. Secara tidak langsung, murid yang tidak membawa kad nama akan berasa cemburu dan akan membawa kad nama dengan harapan dia juga akan mendapat ganjaran. Edwars L.Thorndike (1889), yang telah mengemukakan Teori Pelaziman Operan menyatakan bahawa semakin banyak latihan, semakin bertambah kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas tertentu dengan rangsangan berkaitan. Beliau menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu yang disebut hukum pembelajaran. Hukum ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Menurutnya, antara pendekatan yang berkesan ialah dengan memberikan ganjaran dan peneguhan untuk memberikan repons yang betul.

4.

Tempoh Masa

Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah sehingga semua murid dapat membawa kad nama mereka setiap hari dan dalam keadaan kemas dan cantik.

5.

Tindakan Susulan

Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah menulis nama ; a. Menyediakan kad nama yang baru. b. Memberi arahan yang jelas kepada setiap murid sebelum mereka menulis nama di kad nama mereka. c. Memberikan ganjaran kepada murid yang membawa kad nama. d. Memberikan hukuman kepada murid yang tidak membawa kad nama. e. Menunjukkan satu contoh kad nama dalam kalangan rakan-rakan yang dapat menjaga kad nama dengan baik dan sentiasa membawa kad namanya sebagai dorongan dan motivasi kepada rakan-rakan yang lain. 6. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, setiap murid mempunyai latar belakang dan sikap yang berbeza. Maka, sebagai guru, kita tidak boleh mengharapkan bahawa setiap murid akan memberikan respon yang sama terhadap apa sahaja yang kita kehendaki dan arahkan. Maka, guru perlu melakukan beberapa perubahan dalam menarik minat murid danmemastikan murid mendengar dan mematuhi arahan. Sebagai seorang guru pelatih, saya menyedari bahawa hal ini adalah satu aspek yang perlu diambil kira ketika mula semester satu persekolahan. Ia bukan sahaja membantu murid menguasai kemahiran menulis tetapi juga membantu saya untuk mengingati setiap nama murid yang ada di dalam kelas seterusnya memudahkan saya untuk menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran. Amalan yang baik perlu diteruskan dan kelemahan itu diperbaiki demi kecemerlangan dan kegemilangan generasi bakal pemimpin.

Disediakan oleh ;

Disahkan oleh :

____________________________ (NUR SAKINAH BINTI ABD RAUF)

_________________________ ( )

Guru Praktikum.

Pensyarah Penyelia

Anda mungkin juga menyukai