Anda di halaman 1dari 5

Nota ringkas tentang ujian formatif, sumatif, ujian kefasihan,kemajuan, ujian bakat, dan ujian pencapaian.

UJIAN FORMATIF Merupakan suatu ujian untuk mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan. Biasanya digunakan untuk mengesan bidang kelemahan penguasaan kemahiran pelajar secara individu supaya dapat membetulkan kesalahannya dengan serta merta. Dijalankan secara formal (ujian kertas pensel) atau tidak formal (pemerhatian dan soal jawab) semasa waktu pelajaran dengan secara individu, secara berkumpulan atau secara kelas. Dilaksanakan semasa mengajar sesuatu atau beberapa kemahiran. Soalannya meliputi sesuatu kemahiran (ujian idak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal). Keputusan ujian ini akan direkodkan dalam borang prestasi yang akan digunakan untuk menentukan tindakan selanjutnya. Membetulkan kelemahan dengan serta merta atau menjalankan aktiviti seperti menempatkan pelajar dalam kumpulan-kumpulan yang sesuai dan merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan untuk pelajar.

UJIAN SUMATIF Sesuatu ujian formal untuk mengesan pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan. Tujuannya adalah untuk mengesan pencapaian pelajar berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatkan gred pelajar. Ujian dilaksanakan secara formal dalam beberapa waktu pelajaran secara kelas atau tingkatan.

Dilaksanakan selepas mengajar beberapa unit pembelajaran. Dilaksanakan secara formal seperti ujian kertas pensel atau ujian lisan dalam jangkaan masa yang sesuai. Dilakukan secara kelas atau secara tingkatan. Soalannya meliputi beberapa unit pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan. Penggunaan rekod profil atau pensijilan. Tindakan susulannya adalah seperti: o Menempatkan pelajar dalam kumpulan / kelas yang sesuai o Merancang dan mengubahsuai pelajaran / kurikulum o Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan Contoh jenis ujian sumatif adalah sepeti: o Ujian pertengahan tahun o Ujian akhir tahun o UPSR o PMR o SPM o STPM o PKBS

UJIAN KEFASIHAN Tujuan ujian kefasihan: o Ujian kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. o Juga digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka. o Untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.

Ujian kefasihan penting untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang. Kefasihan seseorang berbahasa bergantung kepada latar belakang penguasaan bahasa. Kefasihan mempengaruhi kemahiran berkomunikasi secara berkesan dan menjadi kriteria bagi pengelompokan dari segi kebolehan penguasaannya. Ujian kefasihan dinilai dari segi: o Pengucapan dan penyebutan dengan betul dan terang. o Kadar kelajuan bacaan sesuai dengan bahan yang dibaca. o Intonasi dan nada yang sesuai. o Pemilihan ungkapan yang betul. o Mimik muka yang jelas dan sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas. o Posisi tubuh yang betul. o Kedudukan buku yang betul. o Pergerakan mata o Pembaca yang fasih boleh mengenalpasti struktur dan ayat dan mampu memecahkan ayat-ayat yang panjang menjadi bahagianbahagian kecil. o Perbuatan menunjuk ketika membaca boleh mengganggu kefasihan membaca.

UJIAN KEMAJUAN Setiap ujian kemajuan yang dilaksanakan di dalam kelas adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja. Ujian kemajuan dilaksanakan berasaskan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar. Ujian kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan atau perkara yang diajar tentang satu-satu tajuk tersebut.

Hasil ujian kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tetang kemajuan setiap murid dan juga kemajuan darjah secara keseluruhan.

UJIAN PENCAPAIAN Dilaksanakan setelah kursus tamat. Bertujuan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh. Bertujuan untuk menentukan setakat manakah pelajar telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka. Soalan-soalan yang dikemukakan mesti berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja. Boleh dilaksanakan pada akhir kursus ataupun setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau mengikut penggal atau semester persekolahan. Berbeza daripada ujian kemajuan kerana lebih bersifat menyeluruh dan pencapaian lebih rasmi.

UJIAN BAKAT Ujian bakat adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya. Bertujuan untuk mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing sama ada secara khusus atau keseluruhan. Selalunya melibatkan data-data bahasa yang artificial dan mengandungi pelbagai unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Kemahiran berbahasa yang diuji dalam ujian bakat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, menjadi perkara utama dalam pendidikan bahasa.

Terbahagi kepada 2 kumpulan: i. ii. Berasaskan kajian besar-besaran seperti bidang mekanikal. Berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dibentuk dan digunakan bagi memenuhi sesuatu keperluan (lebih sesuai dalam bidang bahasa).

http://cikguzainabpapar.blogspot.com/2011/02/jenis-penilaian-bahasa-ujianbakat.html

Anda mungkin juga menyukai