Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 1/2013

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 1 AMBILAN JANUARI 2013

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI PENGAJIAN PENDIDIKAN JASMANI 1 PENDIDIKAN PRASEKOLAH 3 TESL

TARIKH : 28 FEBRUARI HINGGA 3 MAC 2013

TEMPAT : TAMAN REKREASI PANTAI MERANG SETIU, TERENGGANU.

NAMA TUTOR : TN. HJ MOHAMAD BIN ABDULLAH (RBT) EN. ZARIZI BIN ABD RAHMAN ( PJ 1) EN. AZMI BIN IBRAHIM (PRA 3) PN. NORAZAH BT ABDUL AZIZ (TESL)

1.0 Pengenalan Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu kegiatan luar kelas yang wajib bagi semua guru pelatih. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Kursus Bina Insan Guru (BIG) adalah suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini merupakan sebuah program yang dilaksanakan pada awal semester. Ianya melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Modul Aktiviti Pendidikan Komuniti yang akan kami jalankan di Taman Rekreasi Pantai Merang ini diharapkan dapat membantu membina jati diri serta sifat bekerjasama dalam kalangan guru pelatih yang terlibat. Persekitaran luar yang digunakan berupaya memberikan pendidikan secara kognitif, psikomotor dan efektif yang bertujuan untuk menghasilkan satu perubahan sikap yang positif yang perlu ada pada setiap guru dalam era globalisasi ini. Oleh itu, pembelajaran secara informal ini secara tidak langsung telah pun merangkumi kemahiran ikhtisas yang menjurus kepada kemahiran-kemahiran asas dalam penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan. Dalam program ini, guru pelatih sendiri mengendalikan segala hal berkaitan dengan aktiviti dan para pensyarah pula akan bertindak sebagai pemudahcara yang akan membantu mana-mana yang perlu.

2.0 Matlamat Program Bina Insan Guru (BIG) ini bertujuan untuk meningkatkan keperibadian keguruan, kekentalan jiwa dan keyakinan diri seorang guru untuk menghadapi cabaran globalisasi. 3.0 Objektif Berlandaskan apa yang digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, program ini diyakini mampu melahirkan pelajar yang seimbang dari pelbagai aspek merangkumi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Semua peserta akan bekerjasama dalam menjayakan program ini. Pada penghujung program ini, diharap agar hasrat murni yang telah dinyatakan dapat direalisasikan bukan sahaja untuk kepentingan di masa ini malahan kekal sehingga bergelar seorang pendidik nanti seterusnya berupaya menjadi teladan buat generasi masa hadapan. Beberapa objektif turut digariskan dalam program ini. Antaranya ialah : 1. Memenuhi sukatan pelajaran Bina Insan Guru Fasa 1/2013 . 2. Melatih guru pelatih menggunakan ilmu dan kemahiran dalam perlaksanaan sesuatu. 3. Tindakan, amalan atau aktiviti melibatkan realiti sebenar seorang guru. 4. Memberi sumbangan kepada rakyat dan masyarakat setempat. 5. Memupuk semangat berpasukan dalam melaksanakan berkumpulan. 6. Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan antara komuniti pendidikan dengan masyarakat. 7. Menilai kesesuaian ciri personality kendiri dan kerjaya keguruan. 8. Membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. 9. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan. 10. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. kerja secara

4.0 Tema Guru Pembina Negara Bangsa

5.0 Tarikh Dan Tempoh Pelaksanaan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1/2013 ini dilaksanakan pada 28 Februari 2013 hingga 3 March 2013 iaitu 4 hari 3 malam.

6.0 Tempat Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1/2013 ini dijalankan di Taman Rekreasi Pantai Merang Setiu, Terengganu

7.0 Kumpulan Sasaran Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1/2013 melibatkan 63 orang guru pelatih iaitu 45 perempuan dan 18 lelaki daripada 4 unit pengajian iaitu Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Jasmani 1, Pendidikan Prasekolah 3 dan Bahasa Inggeris.

a) Reka Bentuk dan Teknologi : 11 orang b) Pendidikan Jasmani 1 c) Pendidikan Prasekolah 3 d) Bahasa Inggeris : 15 orang : 19 orang : 18 orang

( Sila rujuk lampiran 1 )

8.0 Ahli Jawatankuasa Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha : Zainol Harith Bin Muhamad : Nur Ain Zulkifli : Low Ying Yee : Lee Xue Jing

Bendahari AJK Keselamatan

: Mohamad Adib Bin Ibrahim : Mohd Idris Bin Jusoh Nurul Juseha Binti Johari

AJK Makan/ Minum AJK Peralatan

: Tan Chian Yee : Amir Ikhmal Bin Zuhaimi Siti Fatihah Bt Abdullah

AJK Kerohanian

: Muhammad Ariffudin Bin Sukiat Siti Nor Fatimah Binti Mohd Sapaie

AJK Kebajikan

: Muhammad Hidhir Bin Abd Ghani Shobana A/P Vijayakumar

9.0 Perbelanjaan Kos ANGGARAN Seorang : Makanan RM 18 x 3 hari = RM 54 63 orang : RM 54 x 63 = RM 3402 Seorang : Tapak RM 10 x 3 hari = RM30 RM 30 x 63 = RM 1890 P.A dan Kayak (Double Sit) hari 1 kayak : RM 20 30 kayak : RM 20 x 30 = RM 600 Jumlah Keseluruhan RM 5910 RM 600 RM 1890 Peruntukan daripada pihak institut RM 3402 KOS JUMLAH CATATAN

10.0 Penutup Program Bina Insan Guru Fasa 1/2013 ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan daya ketahanan yang tinggi serta dapat diterapkan kepada setiap peserta bagi menempuh cabaran akan datang. Diharapkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan sahsiah diri melalui protokol dan etika sosial sebagai seorang guru selaras dengan matamat kerajaan bagi melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi cabaran dalam abad ke 21. Segala kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

.. (LOW YING YEE) Setiausaha, Program Bina Insan Guru, PISMP Pendidikan Jasmani, Semester 1, IPG Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu.

Disemak oleh,

.. (EN. MOHAMAD YUSSOFF BIN ALI) Penyelaras Bina Insan Guru, IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Disahkan oleh,

............................................................... (EN. MOHAMAD BIN AB. LATIFF) Ketua Unit Kokurikulum, IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai