Anda di halaman 1dari 2

Teori Lawrence Kohlberg

Teori yang seterusnya iaitu teori perkembangan moral Lawrence Kohlberg. Sebab saya memilih teori kerana Kohlberg telah membina suatu model perkembangan moral berasaskan teori Piaget yang menghuraikan perkembangan moral adalah ditentukan oleh perkembangan kognitif. Kohlberg juga berpendapat penaakulan moral berkait dengan perkembangan kognitif seseorang individu walaupun kadang-kadang tahap pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang. Mengikut teori perkembangan Kohlberg, seseorang individu biasanya mengalami tiga tahap perkembangan moral yang utama, setiap tahap mengandungi dua peringkat. Ketiga-tiga tahap ini ialah moraliti prakonvensional, moraliti konvensional dan moraliti lepas konvensional. Peringkat Perkembangan Moral Huraian

Tahap 1 : Moraliti Prakonvesional : Awal Kanak-Kanak Peringkat 1 : Orientasi Hukuman Mematuhi peraturan untuk mengelakkan hukuman Peringkat 2 : Orientasi Ganjaran Mematuhi peraturan untuk mendap[at ganjaran atau pengkongsian untuk mendapat balasan Tahap 2 : Moraliti Konvensional : Masa Kanak-Kanak Peringkat 3 : Orrientasi Kanak-Kanak Baik Peringkat 4 : Orientasi Autoriti Mematuhi Peraturan Mengikut kebenaran atau persetujuan orang lain Mematuhi sebulat-bulatnya peraturan dan undang-undang masyarakat, demi mengelakkan hukuman atau denda

Tahap 3 : Moraliti Lepas Konvensional : Masa Remaja Peringkat 5 : Orientasi Kontrak Sosial Memahami sebab mematuhui undangundang kerana keperluan ketenteraman sosial. Mengakui peraturan boleh ditukar jika sesuai Peringkat 6 : Moraliti berdasarkan Prinsip Individu dan Hati Nurani Mematuhi kepada prinsip dalaman (keadilan dan kesamaan) untuk mengelakkan kutukan diri. Mungkin melanggar peraturan masyarakat jika berkonflik dengan kod etika peribadinya.

Untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah bagi teori perkembangan Kohlberg, sebagai guru perlulah mengemukakan satu dilema moral dan soalan probe untuk seseorang berfikir tentang beberapa alternatif dalam dilemma tersebut. Seterusnya, guru akan membuat pilihan moral dan memberi sebab ke atas pilihan tersebut. Berdasarkan kepada sebab yang diberikan tentukan peringkat pertimbangan moral dan tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral kanak-kanak. Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar dgn fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral mereka. Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur) bukan keputusan (kandungan) penaakulan atau pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral diberikan penekanan yang setara.

Anda mungkin juga menyukai