Anda di halaman 1dari 18

Latar belakang Teori Perkembangan Moral Kognitif Pemahaman tentang perkembangan moral pelajar dipercayai dapat memberi satu

sumbangan yang signifikan terhadap pendidikan moral di sekolah. Menurut Abdul Rahman dan Chang (1994), pengetahuan ini akan membantu guru-guru memilih kandungan dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan peringkat perkembangan moral yang telah dicapai oleh pelajar di sekolah. Dengan mengetahui dan mengenal pasti peringkat-peringkat penaakulan moral pelajar, guru mampu meningkatkan lagi perkembangan moral mereka ke satu peringkat seterusnya yang lebih tinggi melalui aktiviti perbincangan dilemma moral di dalam bilik darjah. Ini bermaksud kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan peringkat perkembangan moral pelajar mungkin dapat merangsangkan pemikiran yang rasional. Teori perkembangan moral kognitif telah mula-mula dicadangkan oleh John Dewey. Teori ini bercorak kognitif kerana ia mengakui bahawa pendidikan moral mempunyai asas dalam merangsangkan pemikiran aktif pelajar terhadap isu-isu dan membuat keputusan yang berkaitan dengan moral (Kohlberg, 1975). Dewey telah mengenal pasti tiga peringkat perkembangan moral iaitu: (1) Peringkat pramoral (prakonvensional) di mana sesuatu perlakuan itu dimotivasikan oleh dorongan biologikal dan sosial yang mengakibatkan moral. (2) Peringkat konvensional di mana seorang individu menerima standard atau norma-norma masyarakatnya tanpa banyak tentangan. (3) Peringkat autonomous di mana perlakuan seseorang itu adalah dibimbing oleh pemikiran dan pertimbangannya tentang sama ada sesuatu matlamat itu baik atau tidak. Menurut Mosher (1980), Piaget, selepas menjalankan penyelidikan, telah menjelaskan semula peringkat-peringkat penaakulan moral Dewey kepada peringkat-peringkat berikut:

(1) Peringkat pramoral di mana seseorang itu tidak mempunyai obligasi terhadap peraturan. Pada peringkat ini, pelajar belum lagi memahami fungsi sesuatu peraturan. (2) Peringkat heteronomos iaitu sesuatu yang betul itu merupakan ketaatan kepada peraturan. Seseorang itu sudah mula menerima peraturan dan mempunyai obligasi dan kepatuhan terhadap kuasa dan hukuman. (3) Peringkat autonomos di mana seseorang itu mempunyai keupayaan untuk menimbang di antara tujuan dan kesan-kesan sesuatu peraturan. Obligasi terhadap peraturan adalah berasaskan kepada amalan timbal balik dan pertukaran. Kohlberg dalam tahun 1955 telah mengenalpasti tiga tahap perkembangan moral dan setiap tahap dibahagikan pula kepada dua peringkat. Lawrence Kolhberg dianggap sebagai pelapor utama dalam memperkatakan teori perkembangan moral. Teori perkembangan moral yang dikemukakan oleh Lawrence Kolhberg berasaskan kepada pemikiran Jean Piaget dan John Dawey yang menekan pertumbuhan manusia secara falsafah dan psikologi dalam bentuk yang positif. Teori ini berpandangan bahawa penalaran moral, yang merupakan dasar dari perilaku etis, mempunyai enam tahapan perkembangan yang dapat ditentukan. Ia mengikuti perkembangan dari keputusan moral seiring penambahan usia yang semula diteliti Piaget, yang menyatakan bahawa logika dan moralitas berkembang melalui tahapan-tahapan konstruktif. Kohlberg memperluas pandangan dasar ini, dengan menentukan bahawa proses perkembangan moral pada prinsipnya berhubungan dengan keadilan dan perkembangannya berlanjut selama kehidupan, walaupun ada dialog yang mempertanyakan implikasi filosofis dari penelitiannya.

Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg (1927 1987) Kohlberg (1975) mengakui bahawa pendidikan moral mempunyai asas dalam merangsangkan pemikiran aktif seseorang ketika dia membuat keputusan terhadap isu-isu moral. Teknik yang digunakan dalam pendekatan ini ialah ceritacerita yang mengandungi dilema moral. Dilema-dilema moral tersebut membincangkan isu-isu moral yang berbeza dan melibatkan nilai-nilai yang berkonflik antara satu sama lain seperti undang-undang, peraturan sosial dan perintah autoriti. Mengikut Zieler (1990), tugas guru yang mengemukakan dilema moral adalah untuk mencari alasan-alasan yang betul dan bukannya jawapanjawapan yang betul. Daripada kajian-kajian pelbagai penyelidik (Rest, 1974; Nisan & Kohlberg, 1982; Walker & Thomas, 1991), dapat disimpulkan bahawa perbincangan dilema moral dapat mengembangkan penaakulan moral pelajar di dalam bilik darjah. Antara isu moral yang dihadapi guru apabila dia masuk ke bilik darjah sekolah rendah (kanak-kanak berumur enam tahun) ialah murid-murid akan mempersoalkan keadilan pembahagian (Damon, 1994 dalam Woolfolk, 2004). Guru akan mendengar aduan seperti, mariam dapat plastisin lebih daripada saya, ini tidak adil atau Cikgu tak adil sebab beri saya lima markah dan beri Amin 10 markah sedangkan kerja yang kami buat sama. Satu lagi aspek perkembangan moral yang penting ialah kanak-kanak perlu memahami dan mematuhi peraturan. Piaget, 1965 (dalam Woolfolk, 2004) menamakan keadaan ini sebagai realisme morale. Kanak-kanak mula memahami adanya peraturan yang tidak akan berubah. Apabila kanak-kanak membesar dan bergaul dengan orang lain, mereka berkebolehan memahami perspektif orang lain dan akan memahami bahawa terdapat peraturan yang berbeza-beza di kalangan individu atau moraliti kerjasama (morality of cooperation). Contohnya di rumah datuk, makan perlu bersila di atas tikar tetapi di bandar, tempat dia tinggal, makan perlu di meja makan . Individu memahami bahawa peraturan adalah dibuat oleh orang yang berautoriti dan boleh ditukar.

Intipati Teori Perkembangan Moral Kognitif Teori Perkembangan Moral Kognitif Lawrence Kolhberg membahagikan peringkat perkembangan moral kepada 3 peringkat yang utama. Setiap moral dibahagikan kepada 2 tahap. Kohlberg berpendapat bahawa moraliti berkembang mengikut satu siri. Ia berkembang secara universal dalam tiga tahap dan dalam satu tahap terbahagi kepada dua peringkat. Beliau membina teorinya berdasarkan gerak balas kanak-kanak terhadap sesuatu dilema yang dialaminya.

PERINGKAT

TAHAP (Ramlah J, 2002) Tahap 1: Orientasi dendaan

TAHAP (Ee Ah Meng, 1988:74) Tahap 1: kemoral heteronomous Tahap 2: Individualisme, Tujuan dan pertukaran Tahap 1: Harapan saling memahami antara individu perhubungan dan persetujuan antara individu Tahap 2: Sistem sosial dan kata hati Tahap 1: Kontrak sosial/ utility dan hak-hak individu Tahap 2: Prinsip etika sejagat

i) Pra-konvensional

dan kepatuhan Tahap 2: Orientasi ganjaran peribadi Tahap 1: Orientasi harmoni antara peribadi

ii) Konvensional

Tahap 2: Orientasi undangundang dan peraturan Tahap 1: Orientasi kontraksosial iii) Pos-konvensional Tahap 2: Orientasi prinsip etika sejagat (sumber: Ramlah J& Mahani, R, 2002:55 : Eh A.M, 1988:74-77 : Kolhberg, L 1979:34-35)

i) Peringkat Pra- konvensional Peringkat pra-konvensional dari penalaran moral umumnya ada pada anakanak, ( 0 hingga 9 tahun ) walaupun orang dewasa juga dapat menunjukkan penalaran dalam tahap ini. Seseorang yang berada dalam tingkat prakonvensional menilai moralitas dari suatu tindakan berdasarkan akibatnya langsung. Peringkat pra-konvensional terdiri dari dua tahapan awal dalam perkembangan moral, dan murni melihat diri dalam bentuk egosentris. Ciri penaakulan di pra konvensional ialah kepercayaan bahawa apa yang dianggap betul ialah mematuahi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pemikir lebih menekankan kepentingan diri serta kesan satu-satu tingkah laku itu. Tahap 1: Orientasi Dendaan dan Kepatuhan Pada peringkat ini, pemikiran moral adalah berorientasikan egosentrik di mana selarasan moral adalah untuk diri sendiri. Morality di peringkat ini juga terbentuk berdasarkan kepada prinsip Hedonisme. Kanak-kanak percaya bahawa perlakuan yang baik akan mendapat reaksi yang baik juga. Dalam persepsi kanak-kanak, apa yang penting adalah kesan fizikal dan bukan kesan psikologi ke atas orang lain. Kanak-kanak pada peringkat ini akan mematuhi peraturan. Pada masa yang sama, kanak-kanak juga akan melanggar peraturan sekiranya mereka rasa mereka boleh terlepas dari dikenakan hukuman ataupun ditangkap. Tahap 2: Ganjaran Peribadi Peringkat ini juga dikenali sebagai Hedoisme utilitarian di mana seseorang menilai sesuatu tingkahlaku berdasarkan keinginan untuk mendapatkan ganjaran atau balasan baik. Tindak balas yang selesa diertikan sebagai baik dan tidak selesa diertikan sebagai tidak baik. Konsep keadilan pada kanak-kanak di peringkat ini adalah apabila semua orang mendapat semua benda yang sama.

ii)Peringkat Konvensional Peringkat konvensional umumnya ada pada seorang remaja atau orang dewasa. Orang di tahapan ini menilai moralitas dari suatu tindakan dengan membandingkannya dengan pandangan dan harapan masyarakat. Tingkat konvensional terdiri dari tahap ketiga dan keempat dalam perkembangan moral. Pada peringkat konvensional, yang betul ialah tingkah laku yang dianggap baik oleh sebahagian besar masyarakat. Penekanan adalah pada dorongan kendiri untuk melakukan apa yang diterima dan diharapkan oleh masyarakat. Pendapat orang ramai, taat setia dan persetujaun orang lain adalah penting. Tahap 3: Harmoni antara Peribadi Kanak-kanak pada tahap perkembangan moral ini sudah boleh menerima norma masyarakat. Sesuatu tindakan yang dilakukan akan dinilai baik atau buruk berdasarkan sokongan atau persetujuan orang lain. Perlakuan yang baik ditafsirkan sebagai perlakuan yang disukai oleh orang lain dan mereka akan berkelakuan baik untuk mendapat ganjaran atau pujian daripada orang lain. Tahap 4: Orientasi Undang-undang dan peraturan Merujuk kepada kesanggupan melakukan sesuatu tanggungjawab dalam masyarakat dan mematuhi peraturan sosial yang sedia ada. Pada peringkat ini, perlakuan yang baik adalah perlakuan yang boleh membawa kepada keharmonian kelompok. Individu biasanya merujuk kepada norma-norma masyarakat, peraturan dan undang-undang sebagai sesuatu yang mutamad dan seluruh masyarakat mestilah patuh kepada peraturan dan undang-undang.yang telah ditetapkan.

iii) Peringkat Pos-konvensional Peringkat Pos-konvensional, juga dikenal sebagai peringkat berprinsip, terdiri dari tahap lima dan enam dari perkembangan moral. Kenyataan bahawa

individu-individu adalah entitas yang terpisah dari masyarakat kini menjadi semakin jelas. Perspektif seseorang harus dilihat sebelum perspektif masyarakat. Akibat hakikat diri mendahului orang lain ini membuat tingkatan pasca-konvensional sering tertukar dengan perilaku pra-konvensional Pada peringkat pos-konvensional, apa yang dianggap betul ialah yang sejajar dengan hak manusia sejagat, nilai-nilai atau prinsip-prinsip yang perlu ditahankan oleh masyarakat dan individu. Individu memahami prinsip-prinsip dan tujuan sesuatu peraturan. Tahap 5: Orientasi Kontrak Sosial Pemikiran moral pada tahap ini berfokus kepada usaha-usaha mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai dan sebarang perhubungan sosial yang telah dipersetujui dalam masyarakat. Peraturan dan undang-undang yang digubal adalah hasil persetujuan orang ramai dan boleh membawa kebaikan kepada masyarakat. Mereka yang mengakui bahawa peraturan yang digubal adalah fleksibel dan boleh diubah sekiranya bertentangan dengan norma-norma masyarakat atau apabila tidak diperlukan lagi. Tahap 6: Orientasi Etika Sejagat Peringkat ini merupakan peringkat yag tertinggi dalam pemikiran moral seseorang kerana ia melibatkan soal falsafah tentang moral itu sendiri. Individu pada peringkat ini sering mempertikaikan nilai dan norma. Apa yang dianggap betul ditentukan berdasarkan satu prinsip pilihan kendiri yang sesuai untuk semua manusia sejagat tanpa mengira masa dan keadaan. Walau bagaimanapun, prinsip yang diterima pada peringkat ini bukan semata-mata berdasarkan penerimaan sosial sahaja, malah adalah prinsip-prinsip yang perlu adalah dalam masyarakat seperti prinsip keadilan, persamaan hak dan menghormati maruah individu. Justeru, adalah salah sekiranya setiap undangundang atau manusia mesti dihormati dalam segala aspek.

Peringkat ini adalah lebih baik daripada peringkat rendah (peringkat 1) yang dianggap kurang matang kerana hanya patuh kepada peraturan atau takut dikenakan tindakan atau hukuman. Contohnya : Ali sedang memandu di suatu persimpangan yang mempunyai lampu isyarat dan kamera perakam. Ali telah memberhentikan kenderaannya apabila lampu isyarat merah menyala. Sebuah kenderaan meluncur laju melepasi lampu merah tersebut. Beberapa saat kemudian, kereta itu terbalik dan terbakar. Ali telah menampak beberapa orang meronta-ronta dalam kenderaan tersebut. Apakah tindakan yang sepatut Ali lakukan? Adakan dia patut mematuhi lampu isyarat merah atau menghadapi tindakan undang-undang kerana melanggar lampu isyarat untuk membantu mangsa kemalangan. Jika Ali memilih untuk mematuhi lampu isyarat dan melihat sahaja kemalangan tersebut kerana mematuhi undang-undang, ini bererti Ali hanya berada di peringkat pertama dan belum mencapai orientasi sejagat. Menurut Kohlberg, peringkat-peringkat perkembangan moral itu mempunyai beberapa ciri. Antaranya ialah: a) Peringkat-peringkat ini adalah bersifat hierarchial integrations. Apabila seseorang individu didapati berada di satu peringkat yang lebih tinggi, ini bermakna bahawa dia telah melalui peringkat-peringkat moral yang lebih rendah. b) Peringkat-peringkat itu adalah structured wholes kerana ia merupakan sistem pemikiran yang berterusan. Cara seseorang menganalisis dan menginterpretasikan data serta membuat keputusan mengenai masalah moral dan peribadi merupakan perkara yang sangat penting dalam perkembangan moral secara keseluruhan. c) Urutan dalam peringkat-peringkat itu adalah tidak varian, iaitu pergerakan dalam peringkat penaakulan moral selalunya adalah ke depan dan tidak pernah undur.

Berdasarkan kepada kajian-kajiannya yang dijalankan dibeberapa negara seperti Amerika Syarikat, Taiwan, Turki, Mexico dan Yucatan, Kohlberg (1973) mendakwa bahawa teori perkembangan moralnya itu adalah sejagat dan merentas budaya iaitu All individuals in all cultures use the same thirty basic moral categories, concepts or principles and all individuals in all cultures go through the same order or sequence of gross stage development, though they vary in rate and terminal point of development. Menurut Kohlberg (1975), tingkahlaku moral adalah bersifat developmental. Justeru, kanak-kanak dari kategori umur yang berlainan juga diharapkan berbeza dalam perkembangan serta tingkah laku moral mereka Dilema Moral Kohlberg Teori Kohlberg dikembangkan berasakan perkembangan kognitif dalam Teori Piaget (Lester, 1997, dalam Woolfolk, 1997). Kolhberg memperoleh maklumat yang menjadi asas kepada teori perkembangan moral melalui kajian yang bertanyakan sesuatu nilai betul-salah tentang sesuatu situasi. Subjek-subjek dalam kajian beliau yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat dan umur dikehendaki menilai sesuatu cerita yang mempunyai ciri-ciri dilema moral. Tiap-tiap satu cerita itu mempunyai satu bentuk penilaian yang relatif, oleh itu ia tidak ada bentuk yang betul dalam semua aspek. Beliau ingin melihat tahap operasi pemikiran serta tahap perkembangan moral yang ada pada tiap-tiap tahap perkembangan manusia. Dalam kajiannya, beliau telah mengemukakan dilema moral dalam usaha mendapatkan pandangan dan sikap kanak-kanak, remaja dan orang dewasa tentang moraliti. Dilema moral merupakan cerita atau hipotesis yang dibina bukan berlandaskan kisah benar. Dilema moral Heinz adalah sepeti berikut:

In Europe a woman was near death from a special kind of cancer. There was one drug that the doctors thought might save her. It was a form of radium that a druggist in the same townhas recently discovered.. the drug was expensive to make but the druggist was charging ten times what the drug cost him to make. He paid $200 for the radium and charged $2,000 for a small dose of the drug. The sick womans husband, went to everyone he knew to borrow the money, he could only get together about $1,000... He told the druggist that his wife was dying ans asked him to sell him cheaper or let him pay later. But the druggist said: No, I discovered the drug and I am going to make money from it. So Heinz got desperate and broke into the mans store to steal the drug for his wife. Should the husband have done that? Sumber: Springthall dan Oja 1998; ms.194 Setelah memberi pernyataan seperti yang tercatat di atas, Kohlberg bertanyakan sama ada subjek (Heinz) di dalam pernyataan itu bersalah atau tidak. Haruskah Heinz mencuri ubat? Adakah mencuri ubat tersebut benar atau salah? Patuhkah suami yang baik itu mencuri? Kohlberg tidak hanya ingin mengetahui jawapan persoalannya, tetapi ingin mengesan proses bagaimana subjeknya menjawab soalan yang berunsur dilema moral. Daripada kajian beliau, Kohlberg (1983) menyarankan tiga tahap utama perkembangan moral dan tiaptiap tahap boleh dibahagikan kepada dua peringkat. Kohlberg telah mengemukakan hipotetikal moral atau cerita tersebut kepada responden kajianya. Kohlberg mendapati gerak balas responden bukan sahaja berbeza mengikut peringkat umur tetapi juga berbeza alasan mengenai tindakan yang perlu diambil. Pendapat responden adalah seperti dalam Jadual 3.2. Jadual 3.2 Peringkat dalam Teori Penaakulan Moral Kohlberg Tahap Peringkat Menyokong tindakan Heinz Membantah tindakan

Heinz I:Prakonvensinal didorong oleh kepentingan diri (self interest). Peringkat I Orientasi Dendaan dan Kepatuhan didorong oleh perasaan mengelak hukuman. Kalau kamu biarkan isteri kamu mati, kamu akan dapat susah. Kamu tak sepatutnya mencuri dadah itu sebab sekiranya kamu ditangkap, kamu akan dipenjarakan. Dia mungkin dapat hukuman ringan kerana mencuri dadah itu, tetapi bagaimana kalau mati juga sebelum dia keluar penjara, jadi lebih baik dia usah mencuri. Bukan sahaja penagih menganggap kamu penjenayah tetapi semua orang juga.

Peringkat II Orientasi Ganjaran Peribadi didorong oleh perasaan ingin mendapat hadiah atau pujian.

Tak apalah kamu masuk penjara asalkan dapat dadah itu sebab apabila kamu keluar daripada penjara, isteri kamu dah sihat.

II: Konvensional didorong oleh peraturan dan undang-undang konvensional.

Peringkat III Harmoni antara Peribadi (Budak baik) didorong oleh perasaan ingin mendapatkan persetujuan ibu bapa dalam sesuatu yang ingin dilakukan. Peringkat IV Orientasi Peraturan dan Undang-undang didorong oleh perasaan memenuhi tanggungjawab dan mengelak

Tiada sesiapa fikir kamu jahat tetapi jika kamu tidak curi, kamulah suami yang tiada perikemanusiaan.

Sekiranya kamu mempunyai harga diri, kamu tidak akan benarkan isteri kamu mati dan kamu takut melakukan perkara yang dapat

Kamu akan rasa bersalah selamanya kerana telah tidak amanah dan melanggar undangundang.

III:Poskonvensiona l didorong oleh prinsip moral yang abstrak.

rasa bersalah. Peringkat V Orientasi Kontrak Sosial didorong oleh perasaan untuk bertindak rasional, berasaskan prinsip persetujuan bersama. Peringkat VI Prinsip Etika Sejagat didorong oleh perasaan ingin mempertahankan prinsip kemanusiaan sendiri dan mengelak menyalahkan diri sendiri.

menyelamatkannya. Sekiranya kamu membiarkan isteri kamu mati, ia disebabkan perasaan takut kamu bukan disebabkan alasan yang munasabah. Kamu akan hilang pendirian dan kehormatan dalam masyarakat sebab melanggar undangundang. Kalau kamu curi dadah, kamu akan benci diri kamu sebab tidak mematuhi undangundang dan tidak mematuhi hati kecil kamu.

Kalau kamu tidak mencuri dadah itu...Benar kamu telah mematuhi peraturan tetapi ia bertentangan dengan perasaan hati kecil kamu.

(Sumber: Diubah suai daripada Lawrence Kohlberg, The Philosophy of Moral Development (Volume 1) dalam Lester, 1997, m.s.127. Kelebihan dan Fakta-Fakta yang Mendukung Teori Perkembangan Moral Kohlberg Teori perkembangan moral Kohlberg dipengaruhi oleh tradisi formal dalam filsafat dan tradisi strukturalis dalam psikologi, sehingga dia memusatkan pada hirarki perkembangan moral, yang mana penalaran moral individu dapat digolongkan dalam tahap-tahap menurut pemecahan mereka terhadap dilema moral yang diajukan. Salah satu kelebihan teori perkembangan moral dari Kohlberg adalah pada tahap-tahap perkembangan itu sendiri yang memudahkan orang dalam memahami perkembangan moral. Adanya ketahapan juga memudahkan orang untuk membuat jangkaan tentang perkembangan moral seseorang. Secara

praktis, dengan adanya tahap-tahap perkembangan memudahkan orang dalam memberikan stimulasi yang tepat untuk meningkatkan penalaran moral seorang anak. . Teori Kohlberg merupakan sebuah teori perkembangan kognitif klasik, yang memberikan catatan tentang sifat yang integrated.Beberapa penelitian yang mendukung teori Kohlberg tersebut di atas antara lain penelitian Kohlberg sendiri (dalam Durkin, 1995) yang menemukan bahawa dengan meningkatnya usia, maka subjek juga cenderung mencapai penalaran moral yang lebih tinggi. Beberapa penelitian lain dengan menggunakan prosedur skoring dari Kohlberg ataupun prosedur yang lebih objektif yang dikembangkan oleh Rest (dalam Durkin, 1995) menunjukkan hasil adanya konsistensi antara menigkatnya usia dengan peningkatan penalaran moral. Snarey (dalam Durkin, 1995), yang membuat tinjauan 44 penelitian dalam 26 budaya berbeza di seluruh dunia, menemukan adanya lintas budaya antarabangsa dalam tahap penalaran moral. Hasil penelitian lain mendukung pendapat Kohlberg tentang pentingnya konflik sosio kognitif dan iklim moral lingkungan sosial dalam meningkatkan penalaran moral. Penelitian Speicher (1994) menunjukkan hubungan positif antara penalaran moral orang tua dengan penalaran moral anak-anaknya. Polapola perkembangan menunjukkan bahwa selama remaja, penalaran moral orang tua berhubungan dengan penalaan moral anak-anaknya, tetapi lebih kuat pada anak perempuan dibandingkan anak laki-Iaki. Namun pada usia dewasa muda, penalaran moral ayah dan pendidikan merupakan petunjuk yang paling kuat bagi penalaran moral anak laki-laki mahupun perempuan. Dari teori perkembangan moral Kohlberg yang telah dijelaskan sebelumnya, tampak bahawa Kohlberg tidak melihat pentingnya aspek keperibadian dalam mempengaruhi penalaran moral seseorang, kecuali kemampuannya dalam melakukan ambil alih peranan. Sementara itu dari penelitian Hart dan Chmil (1992) menunjukkan bahawa kepribadian remaja,

khususnya pola mekanisme pertahanan diri, mempengaruhi penalaran moral sampai usia dewasa. Kepentingan Teori Perkembangan Moral Menurut Armstrong (1993), sekolah boleh memainkan peranan penting dalam memajukan pemikiran pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru itu, adalah pentingnya guru di sekolah mengetahui peringkat penaakulan moral pelajarpelajar terlebih dahulu sebelum merancangkan pengajaran. Ini adalah kerana pengetahuan sedemikian dapat membantu guru memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Menurut Stoll dan Beller (1993), kaedah pengajaran yang sesuai boleh membawa perubahan dalam perkembangan moral, baik dari segi kognitif mahupun tingkahlaku. Justeru itu, adalah baik jika guru di sekolah dapat diberi pendedahan tentang cara-cara menentukan tahap dan peringkat penaakulan moral para pelajar agar strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran dapat mengembangkan peringkat penaakulan moral pelatih ke peringkat yang lebih tinggi. Kemahiran menentukan tahap dan peringkat penaakulan moral ini juga boleh didedahkan kepada guru pelatih yang merupakan bakal guru Pendidikan Moral di sekolah agar pengajaran dan pembelajaran moral dapat meninggikan daya pemikiran dan penaakulan murid-murid sekolah. Pengetahuan tentang peringkat penaakulan moral pelatih juga boleh membantu guru menyediakan soalan-soalan yang boleh menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut Kohlberg (1976), guru harus mengetahui kemahiran menyoal ketika mengemukakan dilemma moral kerana soalan-soalan probe boleh menggalakkan pelajar berfikir dan seterusnya mempengaruhi perkembangan penaakulan moral. Kritik terhadap Kohlberg

Teori perkembangan moral Kohlberg yang provokatif tidak berlalu tanpa tentangan. Kritik mencakup hubungan antara penalaran moral dan perilaku moral, kualitas penelitian, pertimbangan yang memadai tentang peranan kebudayaan dalam perkembangan moral, dan pengabaian perspektif pengasuhan. 1. Pemikiran Moral dan Perilaku Moral Teori Kohlberg dikritik kerana memberi terlalu banyak penekanan pada penalaran moral dan kurang memberi penekanan pada perilaku moral. Penalaran moral kadang-kadang dapat menjadi tempat perlindungan bagi perilaku immoral. Seperti para penipu, koruptor, dan pencuri mungkin mengetahui apa yang benar, tetapi masih melakukan apa yang salah. 2. Kebudayaan dan Perkembangan Moral Kritik lain terhadap pandangan Kohlberg ialah bahawa pandangan ini secara kebudayaan bias. Suatu tinjauan penelitian terhadap perkembangan moral di 27 Negara menyimpulkan bahawa penalaran moral lebih bersifat spesifik kebudayaan daripada yang dibayangkan oleh Kohlberg dan bahawa sistem skor Kohlberg tidak mempertimbangkan penalaran moral tingkat tinggi pada kelompok-kelompok kebudayaan tertentu. Penalaran moral lebih dibentuk oleh nilai-nilai dan keyakinan-keyakinan sesuatu kebudayaan daripada yang dinyatakan oleh Kohlberg. 3. Gender dan Perspektif Kepedulian Carol Gilligan percaya bahawa teori perkembangan moral Kohlberg tidak mencerminkan secara memadai relasi dan kepedulian terhadap manusia lain. Perspektif keadilan (justice prespective) ialah suatu perspektif moral yang berfokus pada hak-hak individu; individu berdiri sendiri dan bebas mengambil keputusan moral. Teori Kohlberg ialah suatu perspektif keadilan. Sebaliknya, perspektif kepedulian (care perspective) ialah suatu perspektif moral yang memandang manusia dari sudut yang berkait dengan manusia lain dan

menekankan komunikasi interpersonal, relasi dengan manusia lain, dan kepedulian terhadap orang lain. Teori Gilligan ialah suatu perspektif kepedulian. Menurut Gilligan, Kohlberg kurang memperhatikan perspektif kepedulian dalam perkembangan moral. Dia percaya bahawa hal ini mungkin terjadi kerana Kohlberg seorang laki-laki, kerana kebanyakan penelitiannya adalah dengan lakilaki daripada dengan perempuan, dan kerana ia menggunakan respons laki-laki sebagai suatu model bagi teorinya.

Bibliografi Abdul Rahman Md. Aroff dan Chang L.H. (1994). Pendidikan moral. (Dinamika Guru). Siri Pendidikan Longman: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Armstrong, D. (1993). Developing and documenting the curriculum. Boston: Allyn and Bacon. Durkin, Kevin. 1995. Developmental Social Psychology. Massachussetts: Blackwell Publishers Inc. Ee, A.H. (1998). Pendidikan moral. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Hart, D. & Chmiel, S. 1992. Influence of Defense Mechanism on Moral Judgment Development: A Longitudinal Study. Developmental Psychology, 28 (4), 722-730. Kohlberg, L. (1973). Collected papers on moral development and moral education. Cambridge, Mass: Lab of Human Development, Harvard University. Kohlberg, L. (1973). Moral stages and moralization: the cognitive development approach. Dalam T. Lickona (ed.). Moral development and behavior: theory research and social issues. New York: Holt , Rinehart& Winston. Kohlberg, L. (1975). The just community approach to corrections: A theory. Journal of Moral Education, 4(3), 243-260. Kohlberg, L. (1976). Moral stages and moralization: the cognitive developmental approach, in Lickona, T. (ed.), Moral development: theory, research and social issues. Holt, Rinehart & Winston, pp 31 53. Mosher, R. L.(1980). Moral education: A first generation of research and development. New York: Praeger Publishers. Nisan, M., & Kohlberg, L. (1982). Universality and Variation in moral judgement: A longitudinal and cross-sectional study in Turkey. Child Development,53, 865-876. Rest, J., Cooper, D., Coder, R., Masanz, J., & Anderson, D. (1974). Judging the important issues in moral dilemmas - An objective measure of development. Developmental Psychology, 10(4), 491-501. Speicher, B.. 1994. Family Patterns of MoralJudgment DuringAdolescense and EarlyAdulthood. Developmental Psychology, 30 (5), 624-632. Sprinthall, R.C., Sprinthall, N.A., dan Oja, S.N. (1998), Educational Psychology A Developmental Approach, Boston: McGraw-Hill Company. Walker, L. J., & Thomas, J. (1991). Moral reasoning in a communist Chinese

society. Journal of Moral Education, 20(2),139-155. Woolfolk, A. (1997), Educational Psychology, 3rd Edition, New Jersey: Prentice Hall Inc. (2004), Educational Psychology, 9th Edition, Boston: Pearson Education. Zieler, D. L. (1990). Values, morality & STS issues: A developmental perspective. Paper presented at the Annual Meeting of the National Association for Science, Technology & Society. (ERIC Document Reproduction Service No. ED 324246),