Anda di halaman 1dari 8

Usaha-Usaha Untuk Mencapai Matlamat Pendidikan Dan Bagaimanakah CabaraCabaran Ini Ditangani.

Oleh : Ahmad Syafiq Ayub

Jelasakan konsep dan matlamat pendidikan dalam konteks pembangunan insan yang kamil bagi merealisasikan misi dan visi negara Malaysia. Pada pendapat anda apakah cabaran-cabaaran yang perlu dihadapi dalam usaha mencapai matlamat tersebut dan bagaimanakah cabaran-cabaran ini dapat ditangani?

1.0 Konsep Pendidikan Hari ini semua tahu bahawa setiap organisasi mempunyai kosep yang tersendiri mahupun organisasi yang kecil sehinggakan organisasi yang besar ada konsep yang tersendiri begitu juga dengan pendidikan ada konsepnya sendiri untuk menjelaska bagaimana sesebuah pendidikan itu dicapai dengan sakses oleh itu pendidikan diertikan adalah berlainan dan berubah mengikut tujuan, tugas dan tempat. Dalam bahasa inggeris "education" atau pendidikan dikatakan berasal dari perkataan Latin "educare" bermakna memelihara dan mengasuh anak, mengikut buku pengantar pendidikan. Ada banyak tokoh-tokoh memberi makna yang tersendiri mengenai pendidikan ini. Pendidikan adalah satu proses pertumbuhan dan perkembangan mengikut tokoh John Dewey. Selain itu, pendidikan adalah satu proses memberi pertolongan maksimum kepada setiap anggota satu-satu masyarakat supaya hidup dengan penuh keselesaan serta kegembiraan mengikut James Mill serta mengikut John Macdonald dalam bukunya "A Philosophy Of Education" makna pendidikan jelas dilihat dengan membandingkan masyarakat primitif dengan masyarakat moden, yang mempunyai kelainan antara masyarakat yang primitif dan masyarakat moden dalam konsep pendidikan mereka ini. Menurut wikipedia pendidikan merupakan satu usaha yang terancang dan teratur bagi mewujudkan suasana proses pengajaran yang lebih aktif dalam kalangan murid agar mereka dapat meningkatkan potensi diri masing1

masing dan menurut Ki Hajar Dewantara pendidikan diertikan sebagai suatu usaha untuk memajukan diri sendiri dari segi budu pekerti, fikiran serta jasmani bagi membolehkan seseorang individu itu mendapat kehidupan yang lebih sempurna selaras dengan alam dan masyarakat. John Dewey telah mengemukan idea dan gagasannya dalam konsep " pendidikan Progresif yang pertama memberi peluang kepada murid untuk belajar secara perseorangan, yang kedua memberi peluang kepada murid untuk belajar malaui pengalaman, yang ketiga guru memberi dorongan semangat dan motivasi bukan hanya sebagai pemberi arahan, yang keempat guru melibatkan murid dalam kepelbagaian aktiviti pembelajaran di sekolah yang mencukupi pengajaran dan bimbingan dan yang kelima guru memberi arahan dan bimbingan sepenuhnya agar murid menyedari bahawa hidup itu dinamis dan mengalami perubahan yang begitu cepat. Konsep pendidikan secara umum seperti yang dijelaskan di atas, maka dapatlah dirumuskan bahawa matlamat umum pendidikan adalah untuk melahirkan individu mengawal persekitarannya, menentukan objektif-objektifnya tersendiri, menyatakan sesuatu dengan jelas, serta bertangungjawab terhadap kebajikan masyarakat, dan memberi sumbangan terhadap pembentukan semula masyarakat.

2.0 Definisi Misi Dan Visi Pendidikan Setiap negara yang bertamadun mesti ada misi dan visi yang tersendiri, begitu juga dengan kementerian pelajaran setiap negara yang ada misi dan visi mereka sendiri. untuk memantapkan kualiti pelajaran yang ada supaya mencapai kelas antarabangsa. Misi yang dierti dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tugas khusus yg dipertanggungjawabkan yang akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan organisasi dan visi pula diertikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan. 3.0 Matlamat Pendidikan Matlamat menerusi Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga adalah bermaksud sasaran atau arah tuju, pendidikan pula di ertikan dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi
2

Keempat adalah perihal atau perbuatan mendidik kanak-kanak. Melalui ini dapat dijelaskan lagi dengan matlamat pendidikan yang bermaksud ke arah melahirkan insan yang baik dan sempurna dengan memiliki serta menghayati ciri-ciri yang dianjurkan iaitu berilmu pengetahuan, berakhlak mulai, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara, berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara dan memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa matlamat pendidikan bukan sahaja untuk memantapkan akademik mahupun kokurikulum ini adalah menyeluruh untuk mengajar dan membentuk sahsiah atau perbuatan yang baik dalam setiap diri murid-murid di sekolah mengikut setiap tuntutan agama terutamanya agama islam yang mengajar umatnya berkelakuan yang baik dan sopan. Dalam matlamat pendidikan sudah dijelaskan dengan teliti dengan ayat yang pendek dan padat yang menunjukkan kesopanan yang perlu ada dalam diri setiap murid di sekolah, untuk membentuk insan yang kamil dari segi pelbagai aspek bagi merealisasi misi dan visi negara. Kamil dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat sempurna atau lengkap dalam agama islam menyatakan kamil adalah cukup lengkap dari segi sifat dan paras rupa, insan diertikan dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat adalah makhluk ciptaan Allah yang tidak lepas dengan kealpaan iaitu manusia. Hal ini boleh ditunjukkan dengan jelas bahawa manusia yang sempurna perlu ada orang yang menjaga mendidik dengan baik bagi membentuk perilaku yang baik. Jadi ibu bapa memberi peranan penting untuk membentuk perilaku anak mereka dan ditambahkan lagi dengan seorang guru untuk membantu para ibu bapa untuk membentuk anak-anak mereka supaya menjadi baik seperti yang diinginkan oleh semua ibu bapa. Guru merupakan insan yang kedua selepas ibu bapa yang mempunyai peranan untuk mendidik dan membentuk murid-murid di sekolah untuk menjadi insan yang berguna menuju wawasan 2020.

4.0 Pendapat Saya, Cabaran Dihadapi Dan Cara Mengatasi Pada pendapat saya cabaran yang dihadapi untuk memcapai matlamat pendidikan di negara ini adalah cara pengajaran dan pembelajaran diluar bandar dan di bandar itu sendiri berbeza. Kenapa saya memberi hujah sebegini ini adalah kerana cara
3

atau konsep pembelajaran di bandar dengan luar bandar adalah berbeza dari pelbagai aspek terutamanya dalam segi pengajaran yang dilakukan oleh guru setiap sekolah. Konsep belajar di bandar adalah lebih cangih dari segi penyampaian yang dilakukan. Hal perlu dipandang dengan teliti oleh pihak kerajaan bagi mencapai sebuah negara yang maju dari segi pendidikan yang ada di bandar dan luar bandar, jika perkara ini pun tidak boleh ditangani dengan baik oleh pihak kerjaan macam mana ingin mencapai matlamat pendidikan negara yang maju dari pelbagai aspek. Ini adalah perkara asas yang perlu ditangani oleh pihak kerajaan. Masalah ini boleh di selesaikan dengan mudah oleh kerajaan kerana pihak kerjaan adalah organisasi yang terbesar bagi sesebuah negara. Kerajaan perlu memberi satu kursus yang sama kepada semua guruguru contohnya buat satu kursus di setiap negeri masing-masing dan menjemput semua guru-guru supaya hadir dalam kursus tersebut untuk menyampaikan maklumat yang sama kepada guru-guru supaya cara pembelajaran dan pengajaran menjadi sama bagi setiap sekolah, tidak kira yang berada di bandar mahupun yang berada diluar bandar. Guru yang menyampaikan maklumat kepada murid-murid mestilah dengan cara yang berkesan agar tidak menjadi seperti mencurahkan air ke daun keladi. Guru tidak sepatutnya macam ini dalam kelas, guru mengajar murid bermain, guru perlu mengawal kelas dengan baik, guru tidak perlu bercakap kasar tetapi guru perlu memberi tahu kepada murid-muird dengan nada yang lembut tetapi tegas arahan yang diberikan. Pembelajaran pada hari ini begitu meluas sehinggakan tiada sempadam dengan kata lain pendidikan secara globalisasi. Globalisasi diertikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat adalah fenomena yang menjadikan dunia tanpa sempadam dari segi perhubungan manusia. Begitu juga dengan pendidikan, hari ini semua orang boleh belajar walaupun tiada cikgu untuk mengajar. Hal ini kerana pembelajaran secara alam maya menerusi internet contoh perisian secara alam maya ini adalah seperti Scor A dalam perisian di lengkapi dengan soalan-soalan daripada tahun 1990-an sehingga pada tahun tahun 2000, dengan tahap pembelajaran mudah sehinggakan kepada tahap yang paling untuk pelajar untuk belajar. Perisian ini juga membolehkan ibu pada dapat tahu anak-anak mereka belajar atau pun tidak menerusi perisian yang dibeli oleh ibu bapanya. Perisian ini juga dapat menilai tahap pencapaian anak-anak kita meningkat
4

atau tidak. Pada pandangan saya hal ini boleh dibendung dengan mudah jika setiap sekolah dapat menghidupkan makmal komputer yang ada untuk semua murid di sekolah dapat belajar secara alam maya dengan tunjuk ajar guru-guru. Sebelum murid didedahkan dengan pembelajaran secara alam maya gru terlebih dahulu perlu menjelaskan sukatan pelajaran supaya mudah guru untuk menilai tahap murid-murid dalam kelas ini berbeza supaya mudah guru-guru menetapkan tahap belajar dalam alam maya ini menerusi perisian Scor A. Pada hari ini guru-guru mahu melahirkan murid-murid seperti acuan yang di ingini, oleh itu guru merupakan seperti chef dan murid diibarakan seperti tepung yang diuli oleh chef untuk membentuk untuk dijadikan tepung yang berhasil dijadikan makanan yang sedap. Itu hanya boleh diibaratkan yang sebenar adalah terlalu rumit bagi seseorang guru-guru itu untuk membentuk dan mengubah perilaku anak murid yang ada di sekolah menjadi tanggungjawab seorang guru, walaupun banyak cabaran yang akan ditempuhi itu adalah misi dan visi seorang guru untuk melihat anak didiknya berjaya kemenara ganding. Tanggungjawab guru di sekolah bagaimana pula anak atau murid itu jika di rumah kalau tiada siapa yang mengajar dan mengubah perangai anak ini kalau bukan ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa jugak memainkan peranan yang utama sebelum guru-guru. Jika anak-anak ini kurang diberikan perhatian mereka ini akan mencari cara bagaimana untuk menarik perhatian semua orang untuknya. Oleh itu anak-anak atau murid-murid ini perlu diberi perhatian yang cukup bukannya mengharapkan orang lain untuk memberi perhatian kepada anak kita sendiri. Kalau ibu bapa itu sendiri yang beri perhatian kepada anaknya sendiri ini pasti lebih mudah untuk guru-guru membentuk dan mendidik mereka ini menjadi insan yang cemerlang seperti acuan yang terbaik. acuan ini bukannya untuk menampakan kuih itu cantik pada luaran tetapi rasanya tidak sedap ada masan, masin, pahit dan tawar. Biar acuan itu nampak buruk tetapi apabila dijadikan kuih nampak cantik luar dan dalam maksudnya di sini kuih itu sedap dari segi rasa dan bentuknya. Salain itu, cabaran Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum, Ohmae (1995) menyatakan bahawa perkembangan dalam teknologi maklumat dan arus globalisasi telah menyebabkan berlakunya kecairan sempadan nasional yang telah melahirkan

paradigma baru kepada semua organisasi, termasuk institusi pendidikan. Seperti manamana negara di seluruh dunia, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998) menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Hal ini akan menyebabkan daya saing dan daya kreativiti semua murid di negara malaysia kurang menyelah sekiranya perkara ini tidak dilakukan untuk mengubah sistem kurikulum, sejak tahun 1940-an negara malaysia mengalami perubahan yang redikal kepada perubahan yang global. Pada pendapat saya cabaran ini boleh ditangani sekiranya organisasi pendidikan boleh merombak semula sistem kurikulum yang sedia ada dan mengenal pasti kekurangan yang ada pada sistem kurikulum dan merangka semula kurikulum yang bertaraf dengan negara maju di seluruh dunia. Pihak sekolah tidak sepatutnya menumpukan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sahaja tetapi harus seimbang dengan kokurikulum yang di sedia. Jika ditumpukan kepada pembelajaran sahaja murid-murid akan jadi tidak kreatif untuk melakukan kerja kemahiran, pihak sekola sepatutnya mengimbangkan dengan kokurikulum supaya murid-murid akan jadi lebih kreatif untuk melakukan semua kerja dalam kehidupan seharian mereka. Cabaran yang lain adalah pembentukan jati diri yang sejati perlu di ambil beret oleh pihak sekolah agar Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan muridmurid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahupun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahupun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Pada saya perkara ini amat penting untuk membentuk jati diri murid-murid menjadi lebih seimbang dengan adanya orang untuk jati diti muridmurid ini agar dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial dapat dicapai. Perkara ini boleh dibentuk dengan mudah jika rool model yang baik untuk membentuk jati diri murid-murid. Rool
6

model di sekolah sudah mestinya guru-guru jika baik perilaku guru-guru maka baiklah murid-murid, jika rool model perangai yang tidak seonoh maka muid-murid di sekolah akan jadi tidak baik dari segi perilakunya.

5.0 Kesimpulan

Matlamat pendidikan ini boleh boleh dicapai dengan berkesan jika semua pihak mebantu antara satu sama lain bak kata perpatah ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul, pepatah ini pun jelas menunjukkan bahawa setiap perkara itu boleh dicapai jika semua pihak beerjasama anatara satu sama lain. Pendidikan di Malaysia sekarang sedang melalui era tranfonmasi yang sangat meluaskan sehinggakan gelombangnya dirasai oleh semua orang di negara ini tidak kecil besar tua dan muda.Hal ini demikian kerana semua ibu bapa inginkan anak mereka untk mendapat kerjayaan dalam hidup dan boleh memberi manfaat kepada negara dan orang ramai dengan dibantu oleh golongan yang profesional seperti guru. Wujudnya peranan ibu bapa yang optimis dalam pendidikan untuk anak-anak mereka adalah satu impak yang sangat besar untuk memajukan anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi untuk menghadapi dunia pendidikan sekarang yang agak mencabar dan global untuk semua orang. Selain itu, dengan kesedaran semua pihak dapat membantu institut pendidikan di negara kita, untuk menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar dengan perkembangan teknologi yang serba canggih. Dengan adanya masyarakat yang peka denga isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka ini pasti di persoalkan oleh ibu bapa. Organisasi dalam pendidikan perlu peka dengan isu-isu dan cabaran yang berbangkit untuk kemajuan pendidikan negara kita. Pihak yang bertanggungjawab ini juga perlu menyelesaikan masalah secara fleksibal dan perlu diberi tumpuan yang tertentu kepada sesetengah masalah serta mengurangkan masalah yang boleh membantutkan pelaksanaan pendidikan yang lain untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Dengan adanya semua ini sudah pasti matlamat pendidikan boleh direalisasikan dengan mudah dan jayanya, tanpa ada sokongan daripada semua pihak matlamat pendidikan tidak boleh direalisasikan dan dicapai.

Rujukan
Ahmad Subki Miskon dan Syed Ismail Syed Mustafa, (2011), Pengantar Pendidikan, Selangor Darul Ehsan: Multimedia Sdn Bhd. Datuk Haji Hassan Ahmad (1984), Dato Haji Jumaat Dato Haji Mohd Noor (1989) &nnnn A. Aziz Deraman (1994), (2002) ,Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ee Ah Meng, (2003), Pendidikan Di Malaysia III, Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti Sdn Bhd. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, (1994), Wawasan Pendidikan, Kuala Lumpur: Cahaya Pantai. Matlamat & Objektif Pendidikan Sekolah Rendah 13 August, 2012 from http://skkolapisbeluran.tripod.com/id68.html Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 13 August, 2012 from http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php Cabaran Mendidik Dan Mendisiplin Pelajar Alaf 21. 13 August 2012 from http://smkbpjb.edu.my/2011/01/cabaran-mendidik-dan-mendisiplin-pelajaralaf-21/

Anda mungkin juga menyukai