Anda di halaman 1dari 11

11 Golongan Manusia Didoa Malaikat

Assalamualaikum. PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah: 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam

keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia. 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.

5. Kalangan malaikat mengucapkan amin ketika seorang imam selesai membaca Al Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Jika seorang imam membaca(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu aamiin kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku? Mereka menjawab: Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali du a malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.

Solat Jamak dan Qasar Secara Detail


Assalamualaikum.. Marilah kita sama-sama tanpa jemu mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi serta selawat dan salam ke atas Baginda Muhammad S.A.W. Ramai di antara kita yang pasti akan menempuhi perjalanan yang jauh. Allah Taala Maha Pemurah. Allah Taala telah memberi kelonggaran ataupun keringanan kepada umat Islam dalam mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir. Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda .

Rasulullah

S.A.W

Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya. Hadis riwayat Ahmad. Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambil kira kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir

SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK

1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat. 2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM). 3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat). HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK 1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.

2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia. 3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun. 4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan. SOLAT QASAR Bahasa ; Pendek dan ringkas. Istilah ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat. Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak. SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR

bagi

1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal. 2. Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik. 3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya. 4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar. Cara Solat Qasar 1. Dikerjakan hanya 2 rakaat. 2. Lafaz niat adalah spt beikut ;

Sahaja Aku solat fardhu Zohor Asar Isya 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala. SOLAT JAMAK Bahasa : Himpun @ kumpul Istilah : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu. Solat Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya. Solat Jamak terbahagi kepada ; 1. JAMAK TAQDIM Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib). Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai). 2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama). Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah. 3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat. Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak. Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat. 4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya TakbiratulIhram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.

5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua. 6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah. Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM 1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar Isya) 2. Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua. 3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim

Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala. Solat Maghrib dan Isya Jamak Taqdim

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Sahaja Aku solat fardhu Isya 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala. 2. JAMAK TAHIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar. SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TAHIR

1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib). Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja. 2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan. * Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar Isya), adalah waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua. Cara melakukan solat JAMAK TAHIR 1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar Isya) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama (Zohor/Maghrib) 2. Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama. 3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAHIR Solat Zohor dan Asar Jamak Tahir

Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Tahir kerana Allah Taala. Solat Maghrib dan Isya Jamak Tahir

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya kepadanya Jamak Tahir kerana Allah Taala.

Sahaja Aku solat fardhu Isya 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Tahir kerana Allah Taala. SOLAT QASAR DAN JAMAK Selain drpd melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak. Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak. Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Tahir, Cuma ditambah Qasar sahaja iaitu Solat Zohor Asar Isya menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaa t. Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.

Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim dan Qasar.

Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala. Solat Maghrib dan Isya Jamak Taqdim dan Qasar.

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Sahaja Aku solat fardhu Isya 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat Zohor dan Asar Jamak Tahir dan Qasar.

Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Tahir kerana Allah Taala. Solat Maghrib dan Isya Jamak Tahir dan Qasar.

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya kepadanya Jamak Tahir kerana Allah Taala.

Sahaja Aku solat fardhu Isya 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Tahir kerana Allah Taala. Sumber : http://forum.digitalmukmin.org/ Wallahua'alam..

Anda mungkin juga menyukai