Anda di halaman 1dari 20

Bina Insan Guru Sesi Bengkel dan Ceramah.

Definisi Pendidik Menurut al-Ghazali, guru ialah -murabbi -mudarris -muaddib

1-Murabbi ialah seseorang yang membawa manusia untuk mendekati Pencipta 2-Mudarris ialah seseorang yang membawa kepada ilmu pengetahuan dunia. 3-Muaddib ialah seseorang yang mengajar manusia untuk beradab dan bertatasusila.

Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik.

Ciri Guru 1. Ciri peribadi 2.Ciri mengajar 3.Ciri intelek

Ciri Peribadi Seorang yang 'bermatlamat' (mission-driven) dan juga seorang yang 'asyik' dalam pekerjaannya. Kedua , ianya bersikap positif dan 'real' iaitu yakin dalam apa jua yang dilakukan di samping sabar menerima 'kenyataan' biar pun pahit untuk ditelan. Ketiganya ia merupakan seorang 'guru-pemimpin di samping mengajar ia juga membimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dan siapa sahaja.

Ciri Mengajar Seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek 'dengannya' ("with-it-ness") dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yang murid-muridnya mesti buat. Ia juga mempunyai stail yang tersendiri, sesuai dengan semua keadaan dan persekitaran, nilai dan budaya, peraturan dan undang-undang. Ianya juga memiliki kepakaran memotivasi serta kebekesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ciri Intelektual Seorang yang suka 'membaca buku', dan mempunyai 'mental life' yang segar, berkembang dan bersifat self-actualization dengan minda yang sihat dan terbuka, melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh (banyak) di samping melihat, menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yang banyak

Tanggungjawab guru
-Allah -diri -ilmu -profesion -pelajar -rakan sejawat -masyarakat dan negara

Tanggungjawab terhadap Allah

1. Seorang guru hendaklah sentiasa memantapkan keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya. 2. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian. 3. menghayati rasa khusyuk dan takut kepada Allah. 5. Guru mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya. 6. Guru hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya

Tanggungjawab terhadap diri 1. Guru hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral. 2. Prihatin terhadap kebersihan diri,pakaian, perawakan dan tempat tinggal. 3. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek. 4. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara. 5. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti sebagai seorang guru.

Tanggungjawab terhadap ilmu 1. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam. 2. Beriltizam dengan amanah ilmiah. 3. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari. 4. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan. 5. Dari semasa ke semasa guru hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan. 6. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat.

Tanggungjawab terhadap profesion


1. Dia tidak bertingkah laku yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. 2. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. 3. bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah yang baik 4. mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek,

Tanggungjawab terhadap pelajar

1. mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar 2. Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama. 3. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. 4. Membimbing seseorang pelajar dalam mata pelajaran yang diajar tanpa sebarang bayaran. 5. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat


1. mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara 1. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia dan bertanggungjawab dan berguna 3. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

Tanggungjawab terhadap ibu bapa


1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. 3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka. 5. Mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri dari melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa.

Guru yang seimbang ialah guru yang berjaya menguasai lima aspek ini ketika mereka mengajar dan berhadapan dengan masyarakat 1-aspek jasmani 2-aspek emosi 3-aspek rohani 4-aspek intelek 5-aspek sosial

Cabaran Dunia Pendidikan


" Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan

diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh


itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul."

Rumusan Pendekatan melahirkan insan harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya faktor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri.

Anda mungkin juga menyukai