Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TEMENGGONG BRAHIM JOHOR BAHRU RANCANGAN LATIHAN OLAHRAGA (WAJ 3112)

Jenis Sukan Tarikh Hari Bilangan Peserta Masa Tajuk Kemahiran Objektif Latihan

: Olahraga : 4 hb Februari 2013 : Isnin : 32 0rang : 8.00 hingga 9.00 pagi ( 1 jam) : Olahraga (balapan) : Lompat Jauh : Murid-murid boleh melakukan perbuatan lompat jauh dengan teknik pergerakan anggota badan yang betul.

Alatan Latihan

: tali/getah (4 utas), skeletal (8), rotan panjang (4), bangku panjang, pita pengukur.

AKTIVITI 1.O Memanaskan Badan 1.1 Aktiviti Ketegangan dan kelonggaran

Organisasi/Penerangan/Butiran Mengajar

Murid mengambil ruang sendiri di depan pembimbing. a). Regangan otot dari kepala hingga kaki. b). Kepala : menolak kepala ke atas, bawah, kiri dan kanan.

(gambar)

c). Menolak kedua-dua belah tangan untuk mencapai ke depan, belakang dan atas.

(gambar)

d). Meregang pinggang dan membengkok badan ke kiri dan ke kanan. (gambar)

e). Mengangkat kaki kiri dan kanan ke atas sehingga 90 darjah. Menarik kaki kiri dan kanan ke belakang seperti rajah: (gambar)

f). Sambil duduk , meluruskan kaki ke depan, memegang (menyentuh) jari (tapak) kaki dengan kedua-dua belah tangan.

g). Meregang pinggang dan memusing badan ke belakang kiri dan kanan. (gambar)

h). Menarik nafas sebanyak 3 kali.

1.2 Larian dan Melompat

a). Sediakan peralatan seperti dalam gambar di bawah.

b). Murid berlari dalam bentuk bulatan sambil melompat melepasi halangan

2.0 Kemahiran Lompat jauh (ansur maju) 2.1 Latihan kemahiran

a). Ketinting kaki kiri/kanan dalam gelung rotan. Melompat dengan hujung kaki dan hayun tangan

(gambar)m/s 117

b). Lari , langkah/lompat halangan

(gambar)m/s 117

c). Melompat dan mendarat dari atas bangku panjang. Mendarat dengan cara gaya layar, gaya gantung dan gaya tendang kayuh

(gambar) lukis sendiri berdasarkan gambar m/s 118

3.0 Praktikal Lompat Jauh

a). Guru membuat tunjukcara lompat jauh . Mengira langkah yang sesuai (gunakan nombor ganjil, menggunakan penanda untuk tanda tepat permulaan. Lari dengan cara lari pecut, iaitu lutut tinggi, hayunan tangan di sisi sampai ke aras dada dan berlari dengan kelajuan optima. Melonjak dengan menggunakan sebelah kaki yang kuat.

(gambar)

Kaki yang melepasi papan lonjakan dikira batal. Melentikkan badan ke belakang, angkat kedua-dua belah tangan tinggi supaya lompatan boleh dijauhkan sebelum mendarat. (gambar)

Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dan lutut dibengkokkan.

b). Murid diberi 2 percubaan lompatan. Guru membahagikan lapangan pendaratan kepada beberapa bahagian dari jarak yang dekat kepada yang jauh. Markah tertinggi diberi jika murid mendapat di bahagian yang paling jauh dan sebaliknya.

4.0 Pertandingan (dalam kumpulan)

(gambar)

Guru membahagikan lapangan pendaratan kepada beberapa bahagian dari jarak yang dekat kepada yang jauh. Markah tertinggi diberi jika murid mendapat di bahagian yang paling jauh dan sebaliknya.

(gambar)

a). Murid membentuk kumpulan b). Setiap murid diberi 2 atau 3 kali lompatan (mengikut kesesuaian masa). c). Lompatan paling jauh setiap individu akan diberi markah. d). Kumpulan pemenang dikira berdasarkan gabungan markah individu dalam sesuatu kumpulan.

5.0 Penutup (Menyejukkan Badan).

a). Murid mengambil ruang dalam bentuk separuh bulatan. b). Membuat aktiviti kelonggaran dari kaki ke kepala. c). Menarik dan menghembus nafas sebanyak 3 kali.

Anda mungkin juga menyukai