Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM SELANGOR LAPORAN (SEBELUM) PELAKSANAAN PERTANDINGAN SYARAHAN

Tarikh Hari Tempat Masa

: 2/2012) 22 Februari 2013 (BIL. : Jumaat : Kompleks Pendidikan Islam Bangi : 2.30 p.m 5.00 p.m

Kami telah mendapat Kerja kursus PQE 3101 Tilawah dan Tafsir pada 8 februari 2013. Kerja kursus ini mengkehendaki kami untuk merancang dan melaksanakan program pendidikan al-Quran kepada pelajar sekolah rendah. Justeru itu, kelas kami telah mengadakan satu mesyuarat untuk membentuk jawatan kuasa bagi menjalankan program cintakan al-Quran. Alhamdulillah, mesyuarat telah dapat dijalankan dengan lancar dengan kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli kelas kami. Kelas kami telah mendapat tugasan untuk menganjurkan pertandingan syarahan. Antara tugasan yang kami telah agihkan kepada ahli-ahli kelas ialah membuat teks syarahan, menguruskan kelancaran majlis, dokumentasi, tugas-tugas khas, makanan, dan persiapan tempat. Kami menjalankan tugas masing-masing dengan baik dan berkualiti. Pada tarikh 22 Februari 2013 kami telah pergi ke sekolah yang telah dipilih iaitu Kompleks Pendidikan Islam Bangi untuk meninjau kawasan sekolah dan menjalanlan latihan serta pemilihan peserta pertandingan syarahan. Komples ini berada

berhampiran dengan Institut kami ini. Kami sampai di sekolah itu pada pukul 2.30 petang dan terus meminta kebenaran dari guru besar untuk ke Kelas yang telah disediakan untuk kami. Kami mendapat kelas 6 bukhari. Kelas ini berada di aras 2 yang berdekatan dengan surau sekolah.

Seterusnya, Kami telah memasuki kelas 6 bukhari dan amat menggembirakan kami kerana semua murid-murid kelas tersebut sangat gembira menyambut kedatangan kami. Aktiviti kami dimulakan dengan bacaan doa . Setelah itu, saudara Hafizuddin bin Nazarali telah memberi sedikit taklimat kepada murid-murid tentang latihan syarahan dan pertandingan syarahan yang akan diadakan pada minggu hadapan. Selepas itu, kami telah memnbahagikan mereka kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan perjalanan sesi latihan. Setiap kumpulan di latih oleh 2 orang jurulatih. Semua murid menunjukkan wajah yang ceria semasa berlatih. Sesi latihan bermula pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang. Pada pukul 4.30 , kami telah mengadakan sesi pemilihan atau uji bakat. Kami akan memilih sebanyak 6 orang yang terbaik. Mereka semua sangat berbakat dan sukar bagi kami memilih yang terbaik. Alhamdulillah, sesi uji bakat tamat pada pukul 6.00 petang. 6 orang murid telah kami pilih dan akan bertanding pada 1 mac minggu hadapan. Banyak pengalaman yang indah telah kami perolehi semasa sesi latihan ini. Semoga Allah memudahkan urusan kami . Terakhir, semua bersurai ke tempat kediaman masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai