Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada ilahi kerana buletin sinar khas


sempena hari guru telah disiapkan dengan jayanya. Terlebih dahulu, saya
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan buletin
sinar khas sempena hari guru ini.
Pada tahun 2014 ini, tema hari guru ialah GURU : PENCETUS KREATIVITI,
PENJANA INOVASI . Pada hemat saya, tema ini amat bertepatan dengan hasrat
Kementerian untuk mentransformasi sistem pendidikan negara menerusi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah dilancarkan.
Tema ini merupakan cerminan harapan rakyat dalam melahirkan generasi masa
hadapan yang lebih cemerlang di negara kita
Dalam melaksanakan hasrat PPPM, para guru berperanan untuk
melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap bertaraf dunia. Untuk itu, para guru
perlu memiliki satu wawasan unggul untuk mentransformasi pelbagai aspek
pendidikan, berpemikiran aras tinggi dan mampu berinovasi. Bagi menyahut hasrat
ini, para guru perlu berdedikasi dan berkepimpinan serta sentiasa berusaha untuk
meningkatkan keberhasilan sekolah dan kemenjadian murid.
Saya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, kepimpinan kesatuan
guru yang proaktif dan guru yang prihatin, InsyaAllah, kita akan dapat menjayakan
proses transformasi pendidikan di negara kita dengan cemerlang. Atas segalanya,
guru-guru merupakan pemimpin dan penjana utama transformasi negara. Dengan
keringat gurulah kita melahirkan insan yang mulia, dengan kudrat gurulah kita
membina masa depan yang sejahtera.
Akhir kalam, kepada semua guru, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari
Guru. Semoga para guru sekalian akan terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk
terus menabur jasa kepada nusa dan bangsa.
Selamat Hari Guru. Terima Kasih Cikgu.
Wabillahi al-taufik wa al-hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai