Anda di halaman 1dari 24

1

PEMARKAHAN
ISI BAHASA KESELARASAN FORMAT JUMLAH

SEMESTER 3 / 2013 KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN TAJUK


KSSR mengekalkan konsep kesepaduan dalam DokumenStandard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Pembelajaran(DSP) seperti yang terdapat dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR). Bincangkan dokumen-dokumen KSSR berserta matlamat dan objektif yang perlu dicapai oleh murid.

KUMPULAN : D1 DISEDIAKAN OLEH NAMA TAN BEE BEE TAN SOOK FUN TANG PHAIK HOON
TEOH CHING TEE PPG/BC/01/00625/2012/2/KIC 811029-08-5730 017-3075511

NO. ID 810320-14-5378 820806-14-508 650511-07-5608

NO. TELEFON 012-2933527 016-2085377 012-2983459

TEH SHIO WEI THANABALAN SHANMUGAM

810924-03-5786 720508-08-5881

012-5650013 016-3634858

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. TARIKH SERAH: 20.4.2013


ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Tranformasi Kurikulum 2.1 Reka Bentuk Kurikulum Persekolahan 2.1.1 Tunjang Komunikasi 2.1.2 Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai 2.1.3 Tunjang Kemanusiaan 2.1.4 Tunjang Ketrampilan Diri 2.1.5 Tunjang Fizikal Dan Estetika 2.1.6 Tunjang Literasi Sains Dan Teknologi 3.0 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 3.1 Matlamat KSSR 3.2 Hasrat KSSR 3.3 Matlamat dan Objektif bagi mata pelajaran yang berikut: 3.3.1 Bahasa Melayu 3.3.2 Matematik 3.3.3 Dunia Sains dan Teknologi 3.3.4 Pendidikan Jasmani 3.3.5 Dunia Seni Visual 3.3.6 Pendidikan Moral 3.3.7 Dunia Muzik 3.4 Prinsip KSSR 3.4.1 Pendekatan Bersepadu 3.4.2 Perkembangan Individu Secara Menyeluruh 3.4.3 Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid 3.4.4 Pendidikan Seumur Hidup 3.5 Fokus KSSR 3.6 Organisasi Kurikulum 3.6.1 Organisasi Tahap I 3.6.2 Organisasi Tahap II HALAMAN

3 3.7 Kurikulum Berasaskan Standard 3.7.1 Standard Kandungan 3.7.2 Standard Pembelajaran 3.8 Elemen Merentas Kurikulum (EMK) 3.9 Pendidikan Khas 4.0 KSSR Terap 1 Malaysia 5.0 Rumusan 6.0 Rujukan

1.0 Pengenalan Sistem pendidikan perlu mempunyai satu konsep organisasi yang menjadi panduan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan juga mengikut arus dunia. Oleh itu, kurikulum menjadi ilmu teras dalam pendidikan sebagai panduan bagi memastikan sistem pendidikan mudah dilaksanakan. Pembentukan kurikulum perlu dirancang dalam masa yang singkat sebaliknya kurikulum dirancang dengan teliti serta berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yang Akta Pendidikan kurikulum dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. "Suatu kokurikulum program pendidikan termasuk dan kegiatan nilai, yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma,

unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan." 1 Pembentukan kurikulum pendidikan sesebuah negara perlu berasaskan keadaan semasa sosial, ekonomi, politik, masyarakat, budaya dan bangsa. Dengan itu, bidang kurikulum merangkumi banyak ilmu seperti pengurusan, ekonomi, sains, kejuruteraan, psikologi dan sosiologi.Ini bertujuan untuk permulaan memenuhi keperluan dalam sistem masyarakat supaya ilmu dapat dimanipulasikan secara berterusan bermula dari tahap iaitu kanak-kanak di sekolah rendah.Pendidikan dalam kalangan kanakkanak sekolah rendah adalah untuk memberi kesedaran sendiri, perhubungan sesama serta masyarakat sekeliling, kecekapan dalam urusan ekonomi dan semangat patriotik yang tinggi.Masyarakat umum telah mengenali istilah kurikulum apabila Kementerian Pendidikan memperkenalkan KBSR dan KBSM pada tahun 1982. Namun, ramai yang beranggapan kurikulum itu adalah sukatan pelajaran.Ishak, (2005) menjelaskan bahawa kandungan kurikulum terdapat pelbagai sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran yang akan diajar. Oleh itu, guru merupakan pemangkin perubahan untuk menyampaikan kurikulum kepada para pelajar di sekolah.Ianya adalah penting bagi seseorang guru tahu dengan lebih terperinci tentang segala aspek kurikulum yang digunapakai dalam sistem pendidikan di negara kita.

Akta Pendidikan (1996), Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan)Pendidikan, 1997


1

5 2.0 Transformasi Kurikulum Transformasi Kurikulum Kebangsaan bermula daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha mempertingkatkan kualiti sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan semasa dan masa depan. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah. Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan multitask yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan. Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan benchmark dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan maklumat semasa daripada pelbagai pihak seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dipertingkatkan . Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsipprinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan ini telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara. Bagi institusi sekolah, perubahan ini perlu dikaji dan berasaskan sistem pendidikan dunia yang sentiasa berubah, memerlukan sekolah turut berubah untuk

6 mengikut arus (KBSR) agak global. Oleh yang demikian, untuk mengekalkan keberkesanan dan ketinggalan zaman, untuk menghasilkan insan cemerlang yang

prestasi yang lebih optimum, sekolah perlu berubah kerana struktur kurikulum sedia ada berpengetahuan luas, sesuai dengan warga negara masa depan, mengikut panduan yang diterapkan oleh FPK. Transformasi pendidikan ini juga diharapkan akan berupaya mewujudkan suasana perpaduan yang harmoni dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Sehubungan dengan itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah digubal berpandukan keperluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 -2010 yang dicetuskan oleh mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dasar membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni seperti yang digariskan dalam Teras 2 PIPP. Matlamat utama dasar ini ialah memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai- nilai murni. Dasar ini akhirnya direalisasikan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah seperti yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran. Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih. Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011.2 Kurikulum ini berobjektifkan dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.

2.1 Reka Bentuk Kurikulum Persekolahan Reka bentuk kurikulum transformasi dapat dilihat dalam enam tunjang yang membawa kepada
2

perkembangan

individu secara

seimbang

dengan pemikiran

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2010).

7 kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi.3 Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang. 2.1.1 Tunjang Komunikasi Dalam tunjang yang pertama iaitu Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. 2.1.2 Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini. 2.1.3 Tunjang Kemanusiaan Tunjang ketiga iaitu Tunjang Kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan Pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara & global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep pembangunan berterusan(sustainable development ) dan pembangunan sumber tenaga berterusan (sustainable and renewal energy). Selain itu, tunjang ini juga memberi
3

Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, (2010)

8 penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri individu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian,Tunjang Kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar. 2.1.4 Tunjang Ketrampilan Diri Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti (kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. Tunjang Ketrampilan Diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam penglibatan kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dan negara. dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat

2.1.5 Tunjang Fizikal dan Estetika Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang

9 pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik. 2.1.6 Tunjang Literasi Sains dan Teknologi Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, Tunjang terakhir ialah reka bentuk Tunjang Literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menghadapi impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Murid perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menguasai kemahiran proses sains melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi dan pengalaman seharian murid. Ledakan maklumat, globalisasi dan konsep dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan dengan literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan masa akan datang. Capaian maklumat melalui kemudahan jalur lebar atau infrastuktur internet tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Kemudahan ini perlu digunakan secara berkesan dan optimum supaya manfaat kemudahan transaksi maklumat (transfer of information) ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua. 3.0Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan

10 Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris. 3.1 Matlamat KSSR Matlamat pendidikan sekolah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyuruh, seimbang, dan bersepadu sebagai mana yang ternyata dalam FPK.Perkembangan potensi ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis, dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan. KBSR terus mengalami perubahan dan mulai tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) dilaksanakan ke atas murid tahun 1.

3.2 Hasrat KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut: - Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial - Warganegara yang bertanggungjawab

11 - Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player) - Pekerja berilmu

3.3 Matlamat dan Objektif bagi mata pelajaran yang berikut : 3.3.1 Bahasa Melayu
MATLAMAT Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.

OBJEKTIF Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk:
i.

, frasa dan ayat dengan betul; menulis imlak dengan tepat. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul;

ii.

mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul;

iii.

mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;

iv.

bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila;

v.

bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

vi.

berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila;

12
vii.

berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;

viii.

membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;

ix.

membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

x.

membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul;

xi.

membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.

xii.

membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;

xiii. xiv. xv.

melakukan aktiviti pramenulis dengan betul; menulis secara mekanis dengan betul dan kemas; membina dan menulis perkataan

3.3.2 Matematik MATLAMAT Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF

13 Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik membolehkan murid: Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik. Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan kehidupan harian. Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah. Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan seharian. Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya. Menghargai dan menghayati keindahan matematik. Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik. 3.3.3 Dunia Sains Dan Teknologi MATLAMAT Untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains,kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni. OBJEKTIF Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia di sekeliling mereka Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif Meningkatkan daya kreativiti murid

14 Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara krtitis, kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid mengamalkannya. Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.

3.3.4 PENDIDIKAN JASMANI MATLAMAT Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas malalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. OBJEKTIF Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani berkebolehan untuk;1. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan; 2. mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor; 3. mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan; 4. mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan; 5. mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala; 6. mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal; 7. melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat; 8. mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan 9. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan

3.3.5 Dunia Seni Visual

15 MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF Setelah mengikuti Kurikulum Seni Visual sekolah rendah murid dapat: 1. menghargai keindahan alam cipaan Tuhan 2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan 3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera 4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya 5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual 6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat 7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri, dan bertanggungjawab 8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air 9. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

4.3.6 Pendidikan Moral Matlamat Membentuk insan berakhlak mulia,bertangungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan Negara serta masyarakat global. Objektif memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia meningkatkan amalan budi pekerti mulia

16 menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar

Mengembangkan dan mengaplikasikan pemikiran moral, perasaan moral dan perlakuan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilainilai murni masyarakat Malaysia

3.3.7 Dunia Muzik MATLAMAT Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif yang menghayati dan menikmati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzikal. OBJEKTIF Kurikulum Dunia Muzik sekolah rendah bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut: 1. Mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik. 2. Mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal. 3. Menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik 4. Membaca dan menulis notasi muzik. 5. Menghargai pelbagai jenis muzik dengan menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya muzik yang didengar. 6. Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal

3.4 Prinsip KSSR

17 Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut: 3.4.1 Pendekatan Bersepadu Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. 3.4.2 Perkembangan Individu Secara Menyeluruh KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu. 3.4.3 Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.

3.4.4 Pendidikan Seumur Hidup KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat. 3.5 Fokus KSSR KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Pada Tahap I,pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai

18 kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK. Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah. 3.6 Organisasi Kurikulum KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid. 3.6.1 Organisasi Tahap I Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di bawah. Modul Teras Asas Modul Teras Asas merangkumi bidang pembelajaran asas yang terdiri daripada Modul Bahasa, Modul Matematik, Modul Pendidikan Jasmani, dan Modul Pendidikan Kesihatan. Modul-modul ini mesti dipelajari oleh semua murid. Modul Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Modul Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam. Modul Teras Tema Modul Teras Tema menggabungkan beberapa disiplin ilmu dalam satu modul. Terdapat dua modul Teras Tema iaitu Dunia Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dunia Kesenian terdiri daripada Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik. DST pula menggabungkan disiplin Sains, Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Modul Teras Tema mesti dipelajari oleh semua murid.

19

Modul Elektif Modul elektif merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada murid seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Modul ini ditawarkan untuk membolehkan murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa. Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.

3.6.2 Organisasi Tahap II Pada Tahap II, kurikulum diorganisasikan secara modular dalam Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Semua kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul. Modul Komunikasi Modul Komunikasi merangkumi bidang pembelajaran asas yang terdiri daripada Modul Bahasa Malaysia, Modul Bahasa Inggeris, Modul Bahasa Cina, dan Modul Bahasa Tamil. Modul Komunikasi Elektif Modul Komunikasi Elektif merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada murid seperti Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Semai dan Bahasa Kadazandusun. Modul ini ditawarkan untuk membolehkan murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa. Modul Kerohanian, Sikap Dan Nilai

20 Modul Kerohanian, Sikap Dan Nilai terdiri daripada Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Modul Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Modul Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam. Modul Fizikal Dan Estetika Modul Fizikal Dan Estetika merangkumi Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Dunia Seni Visual. Modul tersebut mesti dipelajari oleh semua murid. Modul Sains Dan Teknologi Modul Sains Dan Teknologi menggabungkan disiplin Matematik, Sains, Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Modul Sains Dan Teknologi mesti dipelajari oleh semua murid. Modul Kemanusiaan Modul Kemanusiaan Merangkumi Sejarah atau Malaysia Negaraku.

3.7 Kurikulum Berasaskan Standard


KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pertanyaan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. 3.7.1 Standard Kandungan Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. 3.7.2 Standard Pembelajaran

21 Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk ( indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

3.8 Elemen Merentas Kurikulum Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi,Pendidikan Alam Sekitar,Nilai Murni dan Patriotisme. Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah. 3.9 Pendidikan Khas Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas merangkumi kurikulum bagi murid bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran. Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dan murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) secara umumnya menggunakan kurikulum aliran perdana. Sungguh pun begitu, terdapat beberapa pengubahsuaian dilakukan terhadap beberapa mata pelajaran

22 aliran berkenaan (khususnya dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran) selaras dengan keperluan khas pembelajaran. Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dan murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) masing-masing turut diwajibkan mempelajari mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK) dan Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMAL). Kurikulum Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina berdasarkan tahap keupayaan dan keperluan murid. Kurikulum bagi kumpulan murid ini lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu, dan tidak terlalu menekankan akademik. Di Tahap I, murid Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) disediakan mata pelajaran Asas 3M, Pengurusan Kehidupan, Seni Kreatif, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani. Sementara itu di Tahap II, disediakan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Kemahiran Hidup Asas, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Pengurusan Kehidupan. Program pengajaran dan pembelajaran bagi ketiga-tiga kategori ini juga dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.

4.0 KSSR terap 1 Malaysia KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik. KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahuntahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

23 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks, oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

5.0 RUMUSAN Perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini. Bertujuan agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.

6.0 RUJUKAN
Akta Pendidikan (1996), Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan)Pendidikan, 1997 Pusat Perkembangan Kurikulum, (2010).

24 Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, (2010)

Anda mungkin juga menyukai