Anda di halaman 1dari 48

Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: : :

______________________ Norezayati bt Mohd Lazim 17 Ogos 2013

Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: : :

______________________ Rohaidah bt Suboh 17 Ogos 2013

Penghargaan
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, segunung penghargaan dan ucapan terima kasih kami rakamkan khas buat Pensyarah Penasihat kami iaitu En. Abdul Latiff bin Awi kerana telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami bagaimana untuk melaksanakan Kerja Kursus PSV 3104 ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu mencurahkan idea-idea yang bernas dalam pengubahsuaian tugasan ini agar menjadi lebih menarik, mencari bahan bersama-sama, dan bertungkus-lumus menyumbang pendapat. Semoga apa yang kami hasilkan ini mendapat keberkatan dari Allah S.A.W.

Akhir sekali, buat individu yang telah banyak membantu memberi maklumat dan kerjasama yang tidak berbelah bagi sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Tanpa bantuan rakan-rakan, dokumentasi serta penghasilan projek ini tidak dapat

dilaksanakan dengan sempurna. Diharapkan semoga hasil tugasan KKBI PSV ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang menggunakannya.

Pelbagai ilmu yang dapat di rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah kami juga tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi

peradaban zaman yang begitu hebat.

Sekian, terima kasih.

Senarai Kandungan
Soalan Tugasan Pengakuan Penghargaan Senarai Kandungan Tajuk Tugasan 1.0 2.0 Pengenalan Mengumpul dan Menyusun Maklumat : 2.1 Reka Bentuk 2.2 Pendekatan 2.3 Kaedah Mengaplikasikan kemahiran teori dan amali ke dalam pelaksanaan konsep 5P dalam bidang Membuat Corak dan Rekaan . Penghasilan Karya Pelan Lantai Bilik PSV di sekolah. 4.1 Pelan Lantai Bilik PSV

3.0

4.0

5.0

Rumusan

Rujukan Refleksi Kolaborasi Lampiran

Tajuk Tugasan

1. Tugasan Kumpulan : Mengumpul dan menyusun maklumat reka bentuk kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah dalam folio : Sumber bahan - Reka bentuk - Pendekatan - Kaedah

Mengaplikasikan kemahiran teori dan amali ke dalam pelaksanaan konsep 5P dalam bidang Membuat Corak dan Rekaan.

2. Tugasan Individu : Penghasilan karya Pelan Lantai Bilik PSV di sekolah.

1.0 Pengenalan
Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu Bidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui pendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan keputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasikan maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiran pengurusan. Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini, guru perlu

mengintergrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan penerokaan, pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara terancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu. Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya penyelidikan di kalangan murid. Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam pengurusan

terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik / Studio Pendidikan Seni Visual. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga dominan iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai. Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi. Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap Pendidikan Seni Visual dapat dikembangkan.

2.0 Pengumpulan dan Penyusunan Maklumat


2.1 Reka Bentuk Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visuallebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan mmperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ( KBKK ). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh : 1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, 2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan, 3. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, 4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, 5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual, 6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, 7. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, 8. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, 9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan 10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

ORGANISASI KURIKULUM Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.

Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.

Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi computer dalam kerja seni visual.

Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipertingkatkan iaitu:

a. Pemerhatian secara aktif b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c. Apresiasi seni visual secara mudah d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehiduapan

a) Pemerhatian Secara Aktif Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya kea rah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

b) Interaksi yang Kritis dan Kreatif dengan Alat dan Bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

c) Apresiasi Seni Visual Secara Mudah Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek

pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

d) Menghargai Nilai Baik dalam Semua Aspek Kehidupan Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

KANDUNGAN Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu : 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

2.2

Pendekatan Dalam Pendidikan Seni dan Visual

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciriciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-

pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan

pengajaran

yang

berasaskan

pengelolaan

murid

adalah

seperti

pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

Berdasarkan

kriteria

bagaimana

isi

pelajaran

disampaikan

maka

terdapatlah

pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang

memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan

pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

Akhirnya

dalam

pengajaran

bahasa

terdapat

pendekatan-pendekatan

seperti

pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teoriteori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedahkaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan

strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.

Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus

memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelum menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah

yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.

Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga serta sumber yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.

Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing. STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedahkaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan

strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.

Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus

memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelum menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.

Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga serta sumber yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.

Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.

Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua.

Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

STRATEGI PENGAJARAN

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri

seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KONSTRUKTIVISME Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru. Pengetahuan seni dibina secara beransur-ansur mengikut masa oleh pelajar sendiri dalam konteks social melalui interaksi idea-idea apabila maklumat baru disepadukan dengan idea yang sedia ada, dan hasilnya kesedaran atas apa yang dipelajari.

KONSTRUKTIVISME DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Setiap orang mempunyai konsep seninya sendiri. Berdasarkan pengetahuan sedia ada, pelajar terus membina pemahaman sendiri terhadap alam sekitar. Pembelajaran berlaku apabila pelajar menghubungkaitkan idea baru dengan idea sedia ada. Penstrukturan semula idea dapat ditingkatkan semula melalui strategi berfikir dan refleksi yang dirangsang oleh pengalaman. Pendekatan Konstruktivisme menjadikan pembelajaran Seni Visual bermakna dan menyeronokkan.

APLIKASI KONSTRUKTIVISME Pencetusan idea oleh pelajar sendiri sebelum memulakan tajuk penting. Pelajar berpeluang mencatat pengetahuan sedia ada sebelum dijalankan aktiviti melukis. Pelajar menjalankan eksperimen tidak terbimbing untuk menguji sesuatu sebagai usaha untuk membina pengetahuan baru berdasarkan

pengetahuan sedia ada.

Melalui projek pelajar mengadakan penyiasatan untuk menguji idea seni secara membina pengetahuan dan secara beransur-ansur membina inisiatif sendiri.

INKUIRI-PENEMUAN Pendekatan Inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara amnya membawa maksud maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti seperti eksperimen, pelajar akan mengkaji sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing pelajar untuk memahami konsep seni melalui hasil inkuiri.

INKUIRI-PENEMUAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Pelajar mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling melalui aktiviti eksperimen, projek, perbincangan, simulasi dan lawatan. Berdasarkan hasil inkuiri, pelajar menggunakan kemahiran berfikir untuk membuat kesimpulan sendiri serta menemui kajian seni dan membuat kesimpulan sendiri. Guru berperanan sebagai pembimbing.

APLIKASI INKUIRI-PENEMUAN Dengan menjalankan eksperimen, pelajar menguji perkara yang mereka hasilkan, kemudian mencari jawapan yang telah dikaji. Melalui projek, pelajar diberi masa yang lebih panjang untuk mengkaji sesuatu. Projek bukan sahaja melibatkan aktiviti seni malah melibatkan kemahiran lain seperti nilai murni. Perbincangan merupakan kaedah efektif untuk mencetuskan minda demi melanjutkan proses inkuiri dan penemuan atas pengetahuan seni. Di samping itu, semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman ditingkatkan.

PEMBELAJARAN KONSTEKSTUAL Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan

pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Pengikut teori, pembelajaran ini hanya akan berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan hubungkait yang bermakna dan relevan dengan persekitaran. Teori ini menggalakkan guru memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks budaya, social, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

PEMBELAJARAN KONSTEKSTUAL DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Pembelajaran PSV yang bermakna harus berdasarkan konteks kegiatan dan kejadian harian. Oleh itu, persoalan seni perlu dikaitkan dengan kehidupan harian pelajar secara eksplisit. Pembelajaran ini membolehkan pelajar menghayati

kerelevenan pembelajaran PSV dengan kehidupan sendiri.

PEMBELAJARAN MASTERI Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua pelajar menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap pelajar mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada pelajar untuk belajar mengikut kadarnya. Untuk pelajar yang sanggup menguasai konsep dengan cepat, aktiviti penggayaan mengukuhkan lagi

pengetahuannya. Untuk pelajar yang belajar pada kadar yang lebih perlahan, aktiviti pemulihan diberi untuk meningkatkan kadar pembelajaran.

PEMBELAJARAN MASTERI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Pembelajaran ini, topic seharusnya ditentukan dan dibahagikan kepada unit-unit pembelajaran mengikut satu hierarki. Guru bermula daripada satu unit pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dan bahan bantu mengajar yang sesuai.

APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI Pelajar menjalankan penyelidikan di pusat sumber atau melalui internet untuk mengkaji tajuk yang telah diberikan. Dalam aktiviti berfikrah, pelajar menggunakan KBSB untuk mengupas idea dengan lebih mendalam hingga menguasai idea berkenaan. Perbincangan menyediakan peluang kepada pelajar untuk mendalami konsep PSV hingga tahap masteri yang lebih tinggi.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ( ICT ) Dalam era maklumat ini, Teknologi Maklumat dan Komunikasi membolehkan pelajar mengakses data dan maklumat untuk memperluaskan pengetahuan dan kemahiran. Selain bahan cetak yang konvensional, media ICT yang membolehkan pemerolehan maklumat termasuk alat bantu audio-visual, internet, perisian computer dan lain-lain.

ICT DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Mod Tutorial penggunaan ICT sebagai praktis latih tubi. Maklum balas yang serta merta untuk pembelajaran kendiri. Mod Penemuan aplikasi ICT untuk memahami sesuatu konsep, seperti penggunaan perisian simulasi dan lain-lain.

Mod Resos melalui internet, muat turun untuk mencari bahan. Mod Perhubungan berkomunikasi seperti e-mail. Mod Sokongan penggunaan ICT dengan perisian seperti pemprosesan perkataan, pereka bentuk grafik.

APLIKASI PEMBELAJARAN ICT Melalui projek kolaboratif dengan menggunakan computer. Melalui penyelidikan mencari bahan melalui internet. Aktiviti berfikrah, pelajar mengkaji sesuatu bahan seni menggunakan ICT.

2.3

Kaedah Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedahkaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.

Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.

Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.

Dalam zaman atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.

Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedahkaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.

Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajaran kita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknikteknik yang tertentu.

3.0 Mengaplikasikan kemahiran teori dan amali ke dalam pelaksanaan konsep 5P dalam bidang

Membuat Corak dan Rekaan

4.0

Penghasilan Karya Pelan Lantai Bilik PSV di sekolah

PENGURUSAN BILIK SENI

Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti: unsur seni menggambar / melukis warna lukisan alam semulajadi seni huruf dan sebagainya.

Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panatia/guru kanan juga perlu mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai fasiliti yang lengkap, menarik dan menekankan aspek-aspek keselamatan. Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya adalah seperti berikut :

1. Trapuitik - yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri kebersihan, keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk.

2. Perabot yang sesuai - perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-cirinya

ialah ada bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkel halus.

3. Bahan P&P - teredapat bahan P&P yang sesuai di letakkan ditempat-tempat yang sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain-lain,

4. Alat P&P - Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain.

5. Peralatan PSV - Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk. Misalnya mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan sebagainya.

6. Bahagian Pameran - bahagaian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satulagi semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan reka bentuk.

7. Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P.

8. Stor - Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan P&P.

9. Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV.

10. Papan Maklumat - iaitu Notis Board, maklumat notis semasa, jadual pengagihan tugas dan jadual waktu penggunaan bilik seni.

11. Sebaiknya di bilik/studio PSV juga terletaknya pejabat seni kerana memudahkan segala pengurusan PSV samada darisegi pengurusan Fail dan pengurusan P&P.

PENGURUSAN RUANG PENDIDIKAN SENI VISUAL

Seiring dengan era globalisasi, pendidikan seni juga turut berubah kearah kesenian yang lebih kontemporari. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum melalui peredaran masa dan zaman, telah berlaku banyak perubahan di sekeliling kita tanpa kita sedari. Murid-murid semakin kreatif dalam menterjemahkan idea secara lisan tulisan mahupun melalui seni khususnya melalui subjek Pendidikan Seni dan Visual. Justeru, perlu ada satu arena yang kondusif dan sesuai serta lengkap prasarana juga infrastruktur supaya bakat-bakat seni dapat digilap. Untuk itu saya telah melengkapkan satu pelan lantai yang futuristik, dengan harapan dapat diterima pakai oleh pencinta-pencinta seni berkarya dan meluahkan hasil-hasil karya mereka apabila berada di ruang pendidikan seni visual futuristik ini. Konsep bilik seni yang saya bawakan adalah lebih kontemporari dengan mengekalkan keperluan asas di dalam bilik seni. Terdapat beberapa ruang utama didalam bilik seperti ruang utama pengajaran dan pembelajaran, ruang cetakan , ruang tembikar, ruang tekstil, ruang pejabat seni, ruang akses ict, stor dan sebagainya. Semuanya ini bertujuan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada pengkaryapengkarya yang menggunakan ruang futuristik yang saya ciptakan ini. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap kejayaan yang dicapai itu memerlukan sokongan dari perkaraperkara yang lain iaitu ruang pembelajaran yang dapat mencetuskan idea-idea hebat melalui penggunaan ruang atau prasarana yang kontemporari.

HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI A. RUANG CETAKAN

Ruang cetakan penting agar pelajar dapat mencetak hasil-hasil seni mereka. Pelbagai alat cetakan yang menggunakan teknologi canggih mahupun yang bersifat konvensional disediakan di ruangan ini. Pelajar boleh mempelajari teknik cetak konvensional seperti 1) Cetak tinggi (relief print), wood cutprint, wood engraving print, lino cut print, 2) Cetak dalam (Intaglio) dry print, etsa, mizotint, sugartint 3) Sablon (Silk screen). Teknik cetak dengan teknologi moden adalah seperti offset dan digital print. Dengan ini ruangan cetakan banyak membantu pelajar menghasilkan karya-karya seni hasil gabungan teknologi moden dan konvensional.

B. RUANG AKSES ICT

Ruang ini digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh pengguna-pengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan visual. Ruang ini boleh memuatkan antara 10 hingga 15 orang pada satu-satu masa. Ruang ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan yang optimum. Pendingin hawa ini juga telah dilaraskan secara automatik mengikut keselesaan pengunjung-pengunjung yang berada di dalam bilik tersebut. Untuk menjaga kebersihan bilik ini, rak kasut disediakan dan pengunjung-pengunjung boleh meletakkan kasut pada arak kasut yang telah disediakan. Seperti yang telah dinyatakan tadi, bilik ini adalah berkonsepkan futuristik maka rak kasut yang terdapat di sini juga dapat dikawal hanya dengan menekan butang yang disediakan dan rak kasut tadi akan masuk ke dalam satu ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Komputer-komputer yang digunakan juga berkonsepkan futuristik dan tidak dapat dilihat kecuali dengan menekan butang untuk mengeluarkan skrin komputer dan seterusnya dapat digunakan. Begitulah juga sewaktu komputer itu akan dimatikan, komputer ini akan masuk semula ke dalam ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang dan melindungi jangka hayat komputer supaya dapat bertahan lebih lama lagi.

C. STOR

Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat aktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahanbahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan ditempat yang selamat. Selain itu, stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor. Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor ini. Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan supaya setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. Stor yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana sudah pasti ada habuk, kotoran dan yang seumpamanya. Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan adalah canggih, maka habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat pengesan yang dapat mengesan sebarang kekotoran dan perkara ini dapat diatasi dengan begitu mudah.

D. RUANG PEJABAT SENI

Ruang pejabat seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya juga berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga digunakan sebagai tempat menerima, mengesah dan memperakukan barang yang diterima daripada pembekal.

E. BILIK AIR/TANDAS

Keperluan asas didalam bilik seni juga dititikberatkan. Bilik air dan tandas yang selesa disediakan untuk sesiapa sahaja yang menggunakan bilik seni. Semua tandas di sini juga berkonsepkan futuristik dan mesra pengguna. Revolusi reka bentuk kepala paip menunjukkan satu inovasi baru diadaptasikan di sini. Kepala paip diaplikasikan dengan teknologi sensor, pengguna cuma perlu menghulurkan tangan untuk mengeluarkan air. Kepala paip ini sungguh berkesan untuk mengurangkan pembaziran air ketika tidak digunakan dan juga memudahkan pengguna kerana tidak perlu memusing kepala paip sekiranya tangan licin atau berminyak. Bilik air dan tandas ini juga dilengkapi dengan exhaustfan untuk menyedut udara panas.

F. TAMAN ILHAM

Ruangan ini terletak di kawasan luar bilik seni dan berfungsi sebagai kawasan untuk bersantai setelah penat bekerja atau membuat pelbagai aktiviti. Murid-murid atau pengunjung-pengunjung yang datang boleh berehat atau menenangkan fikiran melalui dua buah sudut alam yang disediakan di situ. Sudut alam itu merangkumi kawasan taman yang menghijau dan terdapat kolam ikan juga beberapa jenis haiwan seperti beburung, arnab juga serangga seperti rama-rama yang berwarna-warni. Suasana ini sudah pasti memberi ketenangan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir apabila melihat keletah arnab-arnab yang berlari-lari, beburung yang berterbangan di dalam sangkar juga kilauan rerama yang dapat memberi inspirasi kepada semua. Tidak lupa juga dengan pergerakan ikan-ikan yang berenang-renang di dalam kolam yang lengkap dengan landskap yang cantik. Di samping dapat berehat dan menenangkan fikiran, kawasan ini juga untuk mendapat kenalan baru apabila pengunjung-pengunjung datang ke ruangan ini sambil berehat dan bertukar-tukar fikiran tentang perkara-perkara yang ingin dikongsikan bersama. Ruangan ini mempunyai bumbung berkaca yang membolehkan cahaya dari atas menerjah masuk. Walau bagaimanapun di kawasan ini juga ada disediakan sistem pendingin hawa untuk memberi keselesaan kepada pengunjung-pengunjung.

G. KORIDOR

Dinding koridor ini boleh digunakan oleh pelajar melukis mural yang boleh dipadam dan digunakan kembali mengikut keperluan. Dengan ini mural-mural selalu bertukar ganti dan dibuat mengikut design atau ilustrasi terkini. Dengan adanya ruang khas untuk pelajar melukis mural, ianya memudahkan lagi hasil-hasil seni pelajar dipamerkan secara tidak langsung . H. RUANG UTAMA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Ruang ini terletak di kawasan tengah bilik menjadi tempat berlangsungnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Didalam ruang ini ditempatkan meja, kerusi, kabinet menyimpan barangan, tong sampah, pentas persembahan murid serta beberapa kelengkapan lain yang bersesuaian. Bilik ini boleh menempatkan lebih kurang 40 orang murid juga peserta dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana konsep bangunan ini bercorak futuristik maka perabot-perabot yang digunakan juga adalah yang canggih dan terkini. Sebagai contoh kerusi yang digunakan oleh murid- 15 murid boleh dilaraskan mengikut saiz dan ketinggian murid atau peserta-peserta yang menggunakan kerusi tersebut. Ini akan memberi keselesaan dan keseronokan apabila berada di atas kerusi tersebut. Kerusi guru juga tidak kurang hebatnya kerana selain daripada selesa, guru juga boleh bergerak dalam bilik tersebut tanpa berjalan kerana kerusi ini ada akses kawalan yang membolehkan kerusi ini bergerak dengan lancar. Walau bagaimanapun terpulang kepada guru tersebut sama ada mahu menggunakan akses tersebut atau tidak. Pentas di dalam bilik ini juga disesuaikan dengan baik sekali supaya semua murid yang menggunakan bilik tersebut dapat melihat dengan jelas sesuatu bentuk aktiviti yang dijalankan dari pelbagai sudut. Pentas ini juga digunakan untuk sebarang presentation daripada murid mahupun daripada tenaga pengajar.

I. BLOK PAMERAN

Blok pameran ini berada di tengah-tengah bilik seni di dalam ruangan utama pengajaran dan pembelajaran. Ianya memudahkan sesiapa sahaja yang berkunjung untuk melihat hasil-hasil seni pelajar yang dipamerkan. Rak kayu yang diletak ditengahtengah ruang pameran dapat mempamerkan beberapa hasil 3 dimensi pelajar seperti arca, assemblaj, stabail, boneka, diorama, model dan origami. Selain itu juga guru boleh mempamerkan hasil kraf tradisional seperti tembikar, anyaman, seni ukiran kayu, gasing dan sebagainya. Seterusnya dengan adanya papan pameran gantung juga dapat mempamerkan hasil pelajar seperti mobail, topeng, model dan sebagainya. Objek-objek ini mampu untuk meransangkan deria pelajar disamping memberi peluang kepada pelajar untuk melihat dan menyentuh objek tersebut.

J. RUANG TEKSTIL

Tidak jauh dari ruang tembikar, terletak ruang tekstil. Ruang ini juga tidak jauh beza penggunaannya dengan ruang tembikar. Dari segi saiz dan struktur ruangnya adalah sama, cuma dari segi peralatan, proses dan produknya adalah berbeza. Di dalam bilik ini terdapat ketuhar pemanas, tempat mencelup kain, alat acuan menekap kain, meja untuk menekap kain, ampaian untuk menjemur kain juga peralatan lain yang bersesuaian. Proses untuk menghasilkan tekstil yang lengkap bermula di ruang ini. Dari sehelai kain putih yang kosong sehinggalah menjadi sehelai kain yang lengkap dengan pelbagai corak melalui proses menekap, melukis secara free hand dan pelbagai teknik terkini mengikut teknologi sekarang iaitu menggunakan komputer. Jika pada masa dahulu bilik memproses tekstil menggunakan cara manual, di ruang ini pula terdapat ke dua-dua cara sama ada secara manual atau menggunakan komputer. Ini bertujuan untuk menampilkan kelebihan dan juga kekurangan apabila kita menggunakan cara manual mahupun dengan menggunakan komputer. Ruang tekstil juga menggunakan tingkap automatik pada sebelah atas dinding untuk mendapatkan pengudaraan yang sistematik.

K. RUANG TEMBIKAR

Bilik seni ini juga dilengkapi dengan ruang tembikar. Ruang ini dilengkapi dengan alatalat untuk membuat tembikar seperti tanah liat, mesin acuan, mesin ketuhar, tanur elektrik, batu-bata yang berasaskan aluminium silikat untuk tujuan pembinaan dan lainlain bahan yang berkaitan. Ruang ini khusus untuk peserta-peserta membentuk tembikar yang diingini.. Selain daripada alat-alat tembikar, ruang ini juga dilengkapi dengan sudut pameran tembikar untuk dipamerkan kepada pengunjung yang hadir. Oleh kerana ruang ini tidak sesuai untuk dipasangkan pendingin hawa maka tingkap kawalan automatik dibina di bahagian atas dinding dengan tujuan memberi ruang untuk pengudaraan yang lebih sistematik. Semua akses hanya dengan menekan butangbutang kawalan yang sangat mudah dioperasi. Ciri-ciri keselamatan juga sangat diutamakan di sini seperti pemadam api yang dikawal secara automatik dan pantas. Semua ini adalah antara konsep futuristik yang terdapat dalam ruang ini untuk kemudahan dan keselesaan murid-murid juga pengguna-pengguna yang menggunakan ruang ini.

STRUKTUR BINAAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN

Struktur binaan bilik hendaklah menekankan aspek-aspek keselamatan. Pada dasarnya struktur bangunan yang terdapat bilik seni mestilah mempunyai ketahanan yang baik dan dapat mengelak daripada kebakaran berlaku. Ini dapat dicegah melalui penggunaan bahan kalis api. Selain itu bahan binaan itu juga seharusnya dapat membataskan pergerakan api ke bahagian lain dengan cepat. Bahan binaan bangunan juga perlu mempunyai ketahanan yang tinggi dalam menyerap haba, ini penting kerana aktiviti di bilik seni terutama di ruang tembikar menggunakan banyak bahan api. Setiap ruang di dalam bilik seni ini dihalang oleh dinding. Dinding ini dibina dengan bahan yang kalis bunyi untuk mengelakkan daripada berlakunya suasana bising yang boleh mengganggu setiap aktiviti yang dijalankan di dalam bilik seni ini.

Di dalam bilik seni ini juga ada disediakan sinki untuk membasuh alat-alat yang telah digunakan dan disimpan semula ke dalam kabinet. Bagi penggunaan sinki, pengguna hanya perlu menghulurkan tangan dan air akan keluar dengan sendiri sama ada air biasa atau air yang bersuhu panas dimana ianya menggunakan teknologi sensor. Sinki ini juga boleh disorokkan seandainya tidak perlu digunakan. Kabinet yang terdapat di sini akan masuk ke dalam dinding sewaktu tidak digunakan dan akan keluar semula seandainya perlu digunakan. Ini semua adalah untuk menjimatkan ruang dan memberi keselesaan kepada pengguna-pengguna. Oleh kerana bilik seni ini merupakan kawasan yang berisiko tinggi berlaku kemalangan, maka di sini juga disediakan peralatan kecemasan. Peralatan kecemasan yang disediakan bertujuan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku sewaktu proses mencanting dan seumpamanya. Ruang untuk menyimpan peralatan kecemasan ini adalah tahan daripada segala bentuk bencana seperti kebakaran dan sebagainya.

IKLIM BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL

Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.

(a) Aspek fizikal

Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:

(i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.

(ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

(iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.

(iv) Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang cukup dapat membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada murid.

(v) Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

(b) Aspek Sosial

Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam 20 pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan dapat: (i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru; (ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif; (iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid; (iv) memudahkan komunikasi antara guru dan murid; dan (v) menggalakkan pendedahan kepada kepelbagaian budaya.

(c) Aspek emosi

Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Anda boleh mewujudkan suasana rapport dan disenangi oleh murid dengan: (i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria; (ii) memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir; iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti; dan (iv) menghasilkan suasana persekitaran yang memberi keyakinan untuk berkarya.

Pelan Lantai Bilik PSV


Bengkel Mencanting Batik Stor
Dapur gas

Pintu 2

Sinki

Sudut Pameran Hasil Kerja Murid

Alat Pemadam Kabinet Peralatan PSV

Sudut ICT

Pintu 1

Meja Guru

Peti Kecemasan

Papan Info

Papan Putih Skrin

Papan Info

Rumusan

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ( KBKK ). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Seseorang guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru PSV yang lain untuk mewujudkan suasana kondusif dalam bilik Pendidikan Seni Visual bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Rujukan

http://norzianaiberahim.blogspot.com/2011/04/strategi-pendekatan-kaedah-dan-teknik.html http://notapismpks.blogspot.com/2013/01/psv-3107-pendekatan-strategi-kaedah.html http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul_psv/09kontekstual.pdf http://shydatulhushna.blogspot.com/2010/10/pendekatan-p-seni-visual.html http://santhiletchumanan.blogspot.com/2011/03/pengajaran-dan-pembelajaranpendidikan.html http://itukamibudakseni.blogspot.com/2010/11/pengenalan-kaedah-dan-teknik.html Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.

Refleksi

Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya selesaikan tugasan yang telah diberikan. Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing saya iaitu En Abdul Latiff bin Awi kerana telah banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya dalam usaha menyelesaikan tugasan ini.

Saya juga begitu bertuah dan berbesar hati kerana mendapat rakan tugasan yang menunjukkan komitmen yang baik sepanjang menjalankan tugasan yang diberikan. Kerjasama, tunjuk ajar, mesra dan bimbingan yang diberikan memudahkan lagi usaha saya menyiapkan tugasan ini. Tugasan yang telah diberikan ini perlu dilakukan secara individu. Saya memulakan tugasan sebaik sahaja taklimat diberikan. Saya bertanggungjawab untuk mencari maklumat temtang pembentukan kurikulum PS V yang mana boleh digunakan oleh guru dalam proses pengajaran terhadap pelajar mereka. Setelah mengumpul maklumat secukupnya dari buku dan internet, saya memulakan tugasan saya dengan menyediakan nota ringkas daripada maklumat yang telah saya perolehi.

Pelbagai pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya dapat melalui tugasan yang telah diberikan. Antaranya, saya dapat menambahkan pengetahuan tentang sukatan Kurikulum PSV dengan memberi penekanan kepada reka bentuk kurikulum, pendekatan pengajaran PSV dan kaedah yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran PSV. Dengan kajian dan pembinaan pelan lantai Bilik PSV, saya dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman saya tentang penyediaan bilik PSV yang betul-betul menepati dan kondusif untuk pembelajaran.

Setelah mempelajari dan mendalami subjek ini, saya dapat simpulkan bahawa tugasan ini memberikan saya seribu satu pengetahuan tentang Pendidikan Seni Visual. Dengan ini, saya amat berterima kasih kepada ahli kumpulan yang banyak membantu

dalam usaha mencari maklumat tentang tugasan ini dan juga tidak dilupakan kepada pensyarah pembimbing kami, En. Abdul Latiff bin Awi yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan garis panduan tentang tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

NOREZAYATI BT. MOHD LAZIM ( 771121-03-5898 )

Kolaborasi
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

Nama Pelajar

1. NOREZAYATI BT. MOHD LAZIM ( 771121-03-5898 ) 2. ROHAIDAH BT SUBOH ( 760315-01-7168 )

Kumpulan Mata Pelajaran Pensyarah

: : :

SAINS 1 ( SEMESTER 5 ) PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL ( PSV3104 ) EN. ABDUL LATIFF BIN AWI

BIL

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

KOMEN

T. TANGAN

1.

14 Julai 2013

Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah En. Abdul Latiff bin Awi. Tajuk tugasan dibahagikan kepada setiap kumpulan.

Tugasan ini dilaksanakan secara berkumpulan berdua dan individu.

2.

17 Julai 2013

Mencari maklumat Membaca maklumat daripada pusat sumber yang berkenaan dan dan melayari internet membuat nota. untuk memahami tajuk tugasan.

3.

20 Julai 2013

Menganalisa yang dicari.

maklumat High light maklumat yang penting dan mencatat maklumat tersebut.

4.

24 Julai 2013

Melakar Pelan Lantai Bilik Mengikut Pelan PSV sekolah. Lantai PSV sekolah.

Memurnikan Pelan Lantai PSV.

5.

15 Ogos 2013

Menulis refleksi kendiri tentang kekuatan, kelemahan dan langkah mengatasi semasa kami membuat tugasan sepanjang masa ini.

Imbas kembali apa yang telah di lakukan dan dihadapi sepanjang kami membuat tugasan subjek ini. Imbas kembali apa yang telah di lakukan dan dihadapi sepanjang kami membuat tugasan subjek ini.

6.

16 Ogos 2013

Penyemakan terakhir.

Bahagian salah telah diubahsuaikan.

7.

23 Ogos 2013

Menghantar tugasan Tugasan diterima dan direkodkan. kepada pensyarah

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai