Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JALAN DATIN HALIMAH 80350 JOHOR BAHRU

NAMA NO KP OPSYEN KOD KURSUS

: : : :

NOREZAYATI BT MOHD LAZIM 771121-03-5898 PENGAJIAN SAINS RENDAH SCE 3108 : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( MODEL 5 FASA NEEDHAM )

TAJUK / SOALAN

UNTUK PERHATIAN : EN. K MOHAN GOVINDARAJU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh Hari Masa Kelas Bilangan Murid Tema Bidang Objektif Umum

: 15 Oktober 2012 : Khamis : 9.00 10.00 pagi : 4 Tekun : 38 orang : Menyiasat Dunia Teknologi : Teknologi : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat memahami kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian.

Objektif Khusus

a) Menyatakan bahawa terdapatnya had keupayaan dalam diri manusia semasa melakukan sesuatu perkara.

b) Mengenalpasti alat-alatan teknologi yang digunakan untuk mengatasi had keupayaan manusia.

c) Menerangkan bagaimana alat-alat teknologi digunakan untuk mengatasi had keupayaan manusia.

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid telah mengetahui dan mengenali beberapa alat-alat teknologi yang sering dilihat dalam kehidupan seharian dan di dalam makmal sains seperti mikrofon, kanta pembesar dan mikroskop.

Kemahiran Berfikir

Membuat analisis Membuat penilaian Menggambarkan Mensintesis

Nilai & Kemahiran Saintifik

: Berkomunikasi Video, persembahan slide, kertas A4, sampul surat berwarna-warni, jigsawpuzzle, crossword puzzle.

Sumber p & p

PERANCANGAN PENGAJARAN HARIAN FASA / MASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN

Orientasi ( 10 minit )

Memahami kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian.

Guru memulakan pengajaran dengan meminta murid-murid untuk cuba mengingati nombor telefon ibu bapa mereka dan menulisnya di dalam helaian kertas yang disediakan oleh guru. Seterusnya, guru mempamerkan 5 nombor telefon yang lain dalam persembahan slide. Guru menutup slide itu, dan meminta muridmurid mengingati dan menulis kembali nombornombor telefon tersebut dalam helaian kertas. Guru bertanya kepada murid-murid adakah mereka mampu mengingati kesemua nombornombor tersebut dengan betul? Kemudian, guru meminta semua murid-murid bangun dan berada di sisi meja masing-masing dan melompat setinggi yang boleh sehingga menyentuh siling kelas yang tinggi itu. Guru bertanya kepada murid-murid adakah mereka mampu melompat sehingga menyentuh

BBM : Persembahan slide Helaian kertas

KPS : Berkomunikasi

Kemahiran Berfikir : Menghubungkait

siling kelas? Seterusnya, guru mempamerkan di slide Saya Mahu Berjaya menggunakan tulisan Arial bersaiz 10. Guru meminta murid yang berada di belakang sekali dalam kelas untuk membaca apa yang terdapat di slide. Murid tidak boleh membaca kerana tulisan terlalu kecil dan berada jauh di belakang. Seterusnya, guru meminta beberapa orang murid untuk melekatkan kad-kad huruf lalu menyelesaikan teka-kata di hadapan. Guru memberitahu murid-murid apa yang akan dipelajari pada hari ini.

Pencetusan Idea ( 10 minit )

Memahami kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian.

Guru bertanya dengan murid-murid mengenai had keupayaan yang ada pada manusia. Guru bertanya apakah yang perlu dilakukan atau digunakan untuk mengatasi had keupayaan manusia supaya memudahkan manusia melakukan aktiviti harian dengan baik? Guru menyenaraikan beberapa contoh situasi : 1) Bagaimanakah manusia hendak melihat KPS : Berkomunikasi

objek-objek halus dan seni seperti mikroorganisma? 2) Bagaimanakah manusia hendak melihat objek yang jauh seperti bintang di angkasa? 3) Bagaimanakah kita hendak berhubung dengan orang yang tinggal jauh dari rumah kita? 4) Bagaimanakah kita hendak ke London dari Pulau Pinang dalam masa 12 jam sahaja? Kemahiran Berfikir : Menghubungkait

Penstrukturan Semula Idea ( 20 minit )

Memahami kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian.

Guru menayangkan video mengenai Bagaimana sains dan teknologi digunakan untuk mengatasi had keupayaan manusia? di hadapan kelas. Guru menayangkan video-video mengenai teknologi microsurgery, alat bantu mendengar, Kemahiran Berfikir : x-ray, dan night vision googles. Seterusnya, guru menyuruh murid-murid mengenalpasti alat-alat sains dan teknologi yang terdapat dalam video yang digunakan Menghubungkait KPS : Berkomunikasi

untuk mengatasi had keupayaan manusia. Setelah tamat tayangan video, guru bertanya kepada murid-murid apakah alat-alat sains dan teknologi yang terdapat dalam tayangan video tersebut.? Guru menyuruh murid-murid menyatakan apakah had keupayaan yang diatasi oleh alatalat sains dan teknologi tersebut. Murid-murid dalam kumpulan diberi satu sampul surat berwarna-warni yang mengandungi satu klu arahan tugasan dan beberapa kepingan jigsaw puzzle. Murid-murid dikehendaki menyusun semula jigsaw puzzle itu sehingga membentuk gambar sebuah alat teknologi. Guru dan murid-murid berbincang mengenai bagaimana alat-alat ciptaan sains dan teknologi tersebut berfungsi dan digunakan untuk mengatasi had keupayaan manusia.

BBM : Video-video berkaitan Helaian kertas A4 Sampul surat

BBM : Aplikasi Idea (15 minit ) Memahami kepentingan teknologi dalam kehidupan manusia. Guru menyediakan crossword puzzle mengenai bidang teknologi. Murid-murid secara berkumpulan dikehendaki menyelesaikan kesemua soalan dalam masa yang ditetapkan oleh guru. Setelah itu, guru dan murid-murid akan membincangkan jawapan bersama-sama. Kemahiran Berfikir : Menghubungkait KPS : Memerhati Kertas crossword puzzle

Refleksi ( 5 minit )

Memahami kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian.

Guru membimbing murid-murid untuk mengingati semula mengenai tajuk p & p iaitu had keupayaan manusia dan teknologi. Guru meminta dua orang murid sebagai wakil untuk membuat refleksi kendiri mengenai topik had keupayaan manusia dan teknologi. Guru membuat kesimpulan mengenai had keupayaan manusia dan teknologi.

KPS : Berkomunikasi

Kemahiran Berfikir : Menghubungkait

Anda mungkin juga menyukai