Anda di halaman 1dari 6

WAJ 3107 1 ISL 10

Pengetahuan Asas Dalam Pergerakan Pendidikan pergerakan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai tambahan kepada kurikulum sekolah. Ia sebenarnya merupakan suatu pendekatan dalam pendidikan kanak-kanak yang menyumbang ke arah perkembangan pelajar itu dengan cara seperti berikut: a. membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor kemahiran pergerakan manipulatif dan kestabilan saraf otot. b. memantapkan tahap kecerdasann fi izikal, pengetahuan dan sikap c. memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui pengalaman-

pengalaman pergerakan terarah. d. memupuk tatalaku sosial dan emosi yang disanjungi masyarakat. e. memantapkan perkembangan konsep akademik menerusi pengintergrasian konsep bilik darjah dengan program aktiviti fizikal. f. meningkatkan minat beriadah menerusi aktiviti-aktiviti pergerakan yang mencabar dan menyeronokkan.

Istilah pergerakan membawa erti yang agak baru dalam bidang pendidikan. Secara literalnya istilah ini bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan

improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatankegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar.

Pergerakan asas yang penting yang menjadi kata kunci dalam aktiviti pergerakan ialah berjalan, berlari, berlompat, memintal, berpusing, meregang dan menguncup. Umpamanya, gabungan aktiviti berjalan dengan melompat mengikut iringan muzik merupakan bentuk pergerakan asas dalam tarian zapin dan joget. Bukan Lokomotor Membongkok Meregang Memulas Berpusing Lokomotor Berjalan Berlari Meloncat Melompat

George Boniface

WAJ 3107 2 ISL 10

Mengangkat badan Merebah Menghayun

Lari skip Galop Meluncur

Satu daripada tujuan program pendidikan pergerakan di prasekolah ialah untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Antara kemahiran yang perlu diajar kepada mereka adalah kemahiran lokomotor. Kemahiran ini membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kemahiran Lokomotor Asas a. Berjalan Berjalan ialah kemahiran yang paling asas yakni kita banyak melakukannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Banyak kanak-kanak mempunyai tabiat yang salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian badan yang lain, selain kaki, dan juga menggunakan tenaga berlebihan yang sepatutnya boleh dikurangkan. Imbangan badan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul. Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang dengan memindahmindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Semasa berjalan, hujung kaki hendaklah menghala lurus ke hadapan dengan sisi bahagian dalam keduadua belah kaki seolaholah mengikut satu garisan lurus. Tangan melenggang bebas berselang seli mengikut arah kaki melangkah. Perlakuan seumpama ini dapat memberi imbangan badan sambil dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke hadapan. Terdapat ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah, dan pada masa inilah satu tapak berpijak yang baru terhasil bagi menahan anggota badan daripada rebah. Kedudukan badan hendaklah sentiasa tegak dan dalam keadaan yang lega. Frasa pengajaran penting: Ayun langkah dari paras punggung Berpijak di tumit dan biarkan berat badan beralih pantas di sepanjang bahagian sisi luar tapak kaki sehingga ke hujung ibu jari. Ibu jari kaki menghala lurus ke hadapan. Berjalan dengan lembut Muka dongak dan memandang lurus ke hadapan

George Boniface

WAJ 3107 3 ISL 10

Melenggangkan lengan dan tangan secara bersahaja

Cadangan untuk penelitian: Berjalan tegak-tinggi, kemudian berjalan tegak berjengket yakni lebih tinggi Jalan berundur kemudian ke hadapan Berjalan seperti robot atau askar permainan. Berjalan seperti gergasi Berjalan seperti gorilla, gajah, anjing cedera di kaki Berjalan seperti barang permainan berkuasa bateri Berjalan seperti patung-patung kawalan tali Berjalan bebas (tekankan imbangan yang baik) Berjalan setempat, ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan bentuk zig-zag Berjalan mengikut gabungan mana-mana cara di atas Berjalan berjengket, di atas tumit, mengangkat lutut tinggi, kaki jegang dan berjalan seperti berkawat Berjalan perlahan dengan langkah besar dan langkah kecil Berjalan pantas dengan langkah besar dan langkah kecil Berjalan perlahan sambil menurunkan dan meninggikan badan.

b. Berlari Pola berlari adalah sama dengan pola berjalan.Yang berbeza ialah semasa berlari ada ketikanya kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi. Lutut lebih kerap diangkat dan dibawa kea rah hadapan. Tangan dibengkokkan di bahagian siku sambil diayun kearah hadapan dan belakang bertukar ganti dengan arah pergerakan kaki. Frasa pengajaran penting: Berlari di atas bebola kaki. Bengkokkan siku dan lutut Ayun tangan ke hadapan Tegakkan kepala Berlari dengan gaya yang lembut

George Boniface

WAJ 3107 4 ISL 10

Cadangan untuk Penelitian: Berlari setempat, ayun tangan ke hadapan. Berlari dengan perlahan, lutut diangkat tinggi Berlari dengan ringan di atas bebola kaki. Berlari kuat (dengan bunyi bising) kemudian beransur-ansur senyap. Berlari pantas dan kemudian beransur perlahan-lahan. Berlari dan berhenti apabla syarat diberi, kemudian berlari semula. Berlari ke hadapan, berundur ke sisi. Berlari mengikut seorang ketua. Berlari mengikut pelbagai kelajuan. Berlari mengikut hala zig-zag Berlari berjengket Berlari menendang ke belakang

c. Berlari serta Berlonjak (LEAP) Berlari serta berlonjak hamper menyerupai pergerakan berlari, Cuma ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Semasa berlari, lutut di angkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakang bengkok serta terangkat daripada tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjuran untuk bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas kaki yang satu lagi. Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna. Frasa pengajaran penting: Tolak ke atas, hulur dan jejak. Ayun tangan (lengan) ke atas dan ke hadapan Lari, lari dan lompat (tekankan perkataan lompat untuk menandakan kekuatan dalam pergerakan)

Cadangan untuk Penelitian: Berlari serta berlonjak (leap) adalah sukar bagi kanak-kanak. Beri latihann lompatan. Variasi jarak dan ketinggian lompatan yang memandai perlu dikuasai: Lari beberapa langkah dan kemudian melompat

George Boniface

WAJ 3107 5 ISL 10

Melompat seperti rusa melompat pagar Melompat seutas tali di atas lantai Melompat tali yang ditinggikan sedikit Melompat menyeberang dua utas tali yang menyerupai anak sungai

d. Lompatan Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada diudara buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan. Frasa pengajaran penting: Mengayun tangan ke belakang dan kehadapan, dan ke bawah dan ke atas Membengkokkan lutut dan buku lali dan melonjak dengan kuat Hulur dan jejak

Cadangan untuk Penelitian: Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan Melompat seperti pantulan berubah-ubah pantulan tinggi dan rendah Melompat dan capai pelbagai benda Melompat sambil bergerak kehadapan dan pelbagai arah. Melompat kedalam dan ke luar gelung rotan Lompat untuk jarak Melompat sambil mengubah ke arah lompatan Melompat seperti kanggaru Melompat anak sungai Melompat Ketingting

Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif alatan hendaklah dibina di peringkat umur yang lebih awal. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal,

menangani atau mengawasi sesuatu objek. Kemahiran manipulatif berikut merupakan asas kepada pembinaan kemahiran diri seseorang pelajar: Membaling

George Boniface

WAJ 3107 6 ISL 10

Menyambut Memukul Menendang atau menyepak Menggelecek

Kesemua

Kemahiran

manipulatif

di

atas

juga

dapat

mempertingkatkan

perkembangan kordinasi tangan-mata dan kaki-mata. Di samping itu kemahiran manipulatif ini dapat memberi keyakinan serta membentuk sikap pelajar untuk menjadi untuk menjadi seorang yang berjaya dalam menempuh kehidupannya.

George Boniface

Anda mungkin juga menyukai