Anda di halaman 1dari 37

Pengenalan Kepada Oop

Dibangunkan oleh sekumpulan pengaturcara diketuai James Gosling, dipanggil Green Project, dibiayai oleh Sun Microsystem pada 1991 dan menghasilkan satu bahasa pengaturcaraan berasaskan C dan C ++. 1991 - Pada asalnya dipanggil Oak. Untuk kegunaan aplikasi elektronik. Namun, pasaran bagi alatan elektronik tidak memberangsangkan.

Pengenalan Kepada Oop

1993 - di rekabentuk semula untuk pembangunan aplikasi Internet kerana WWW pada masa itu menjadi popular. 1995 - nama ditukar kepada Java kerana diketahui sebenarnya telah ada bahasa komputer yang dipanggil Oak. Sekumpulan pekerja Sun melawat satu kedai kopi, nama Java dicadangkan dan digunakan sampai kini. Sun secara rasminya memperkenalkan Java pada bulan Mei 1995.

Pengenalan Kepada Oop

Hampir sama dengan C++ dan Bahasa Inggeris. Tiada kod yang kompleks seperti penunjuk (pointer).

Kaedah urus program mengikut model dunia sebenar. OOP memfokuskan kepada ciri dan kelakuan objek individu.

Program Java adalah fleksibel untuk menjadi aplikasi program, applet berasas web, aplikasi server-side dan perisian tersedia.
Kod sumber Java yang telah dikompil menghasilkan bytecode yang boleh diguna pada pelbagai platfom.

Pengenalan Kepada Oop

Boleh dipercayai dan kuat. Dapat mengesan dan memperbaiki ralat sebelum melaksanakan program.

Java mempunyai system pertahanan yang baik terhadap kod virus.

Java menyokong perlaksanaan melalui pelbagai rangkaian.

Pengaturcara boleh membina sebarang program yang berbilang tugas.

Java sesuai dengan pelbagai jenis persekitaran sistem.


Pengenalan Kepada Oop 5

Standard Edition (SE) Enterprise Edition (EE) Micro Edition (ME)

Pengenalan Kepada Oop

untuk program seperti aplikasi-aplikasi desktop dan server. Banyak fungsi, lebih stabil, mudah dan pelbagai-platfom. Menyokong pangkalan data, aplikasi GUI dan rangkaian komputer.

Pengenalan Kepada Oop

Untuk program Internet atau program aplikasi yang berskala besar. Pakej-pakej dalam Java SE di ditambah untuk menyokong JavaBeans, Java Servlet dan Java Server Pages. Pengendalian program yang lebih fleksibel.

Pengenalan Kepada Oop

Untuk program bagi produk elektronik seperti pager, smartcard, telefon mudahalih, pengimbas barcode dan PDA. Lebih portable dan selamat dalam penggunaan rangkaian. Penggunaan pakej yang lebih kecil. Ia juga dapat diskala untuk disesuaikan dengan Java SE dan Java EE.

Pengenalan Kepada Oop

Perbezaan bagi ketiga edisi adalah dari segi API (Application Programming Interface) yang tersedia. Edisi yang lebih tinggi merangkumi edisi yang lebih rendah. Turutan edisi dari yang tertinggi ke rendah: J2EE, J2SE,J2ME.

Pengenalan Kepada Oop

10

Java Runtime Environment (JRE) Java Compiler Java Class Library (API) Java Virtual Machine (JVM) Garbage Collection

Pengenalan Kepada Oop

11

Hasil dari perlaksanaan JVM. Mengandungi fail dalam piawai perpustakaaan Java yang boleh dilaksana. Diguna sebagai penterjemah dari byte code kepada bahasa mesin. Ia bersifat pelbagai platfom.

Pengenalan Kepada Oop

12

Digunakan untuk menukar kod sumber kepada program binari yang mengandungi byte code. Byte code adalah set arahan yang machine independence Ia mewujudkan fail .class

Pengenalan Kepada Oop

13

Set perpustakaan piawai yang boleh digunakan oleh aplikasi Java pada bila-bila masa. Dalam java dipanggil API (Application Programming Interface)

Pengenalan Kepada Oop

14

JVM adalah penterjemah yang akan menukar bytecode kepada bahasa mesin. Ia wujud untuk pelbagai platfom dan melaksanakan 4 tugas utama: i) Memuat kod ii) Mengesahkan kod iii) Melaksanakan kod iv) Menyediakan persekitaran masa larian.

Pengenalan Kepada Oop

15

Memandangkan objek secara dinamiknya dicipta menggunakan operator new, tentu anda tertanya bagaimana ia dimusnahkan dan memorinya dikosongkan untuk objek lain. Bahasa pengaturcaraan lain seperti C++ menggunakan operator delete bagi mengosongkan memori bagi objek yang telah dicipta. Tidak bagi Java. Ia menggunakan pendekatan lain di mana pengosongan memori tersebut berlaku secara automatik.
Pengenalan Kepada Oop 16

Teknik ini dipanggil Garbage Collection. Apabila tiada rujukan ke atas sesuatu objek dalam program, objek tersebut akan dianggap tidak diperlukan, dan memori yang diguna oleh objek tersebut akan diguna semula untuk objek lain. Tidak perlu menggunakan kata khas untuk memusnahkan objek itu kerana ia berlaku secara automatik semasa perlaksanaan program.

Pengenalan Kepada Oop 17

JRE dan JDK datang sebagai installer manakala JVM disertakan bersama-sama dengan mereka. JRE hanya mengandungi persekitaran untuk melaksana program java tetapi ia tidak mengandungi alatan lain yang diperlukan untuk mengkompil program Java. JVM disertakan bersama dengan JDK dan JRE. Ia akan wujud apabila anda laksana (execute) program Java.

Pengenalan Kepada Oop

18

Pengenalan Kepada Oop

19

Komen / Comment Kata Simpan / Reserved word Pengubah / Modifiers Pernyataan / Statement Blok / Blocks Kelas / Classes Fungsi / Method Fungsi Utama / Main method

Pengenalan Kepada Oop

20

Komen adalah nota yang ditulis oleh pengaturcara untuk memudahkan pemahaman aturcara. Apa sahaja selepas simbol tersebut tidak akan dibaca oleh pengkompil. // untuk 1 baris. /* ...*/ -1 baris atau lebih.

Pengenalan Kepada Oop

21

Kata khas dalam Java yang tidak boleh digunakan untuk menamakan kelas, fungsi atau pembolehubah. (identifier) Antaranya ialah : Abstract, assert, boolean, break, byte, case, catch, char, class, const, continue, default, do, double, else, enum, extends, false, final, finally, float, for, goto, if, implements, import, instanceof, int, interface, long, native, new, null, package, private, protected, public, return, short, static, strictfp, super, switch, synchronized, this, throw, throws, transient, true, try, void, volatile, while
Pengenalan Kepada Oop 22

Kata khas Java yang diguna untuk mengawal kawalan capaian ke atas kelas, fungsi atau pembolehubah. Dibahagi kepada 2 : Access Control Modifiers dan Non-Access Modifiers

Pengenalan Kepada Oop

23

Modifier

Diguna untuk Penerangan Boleh dicapai oleh mana-mana kelas dalam pakej sama. Boleh dicapai oleh mana-mana kelas dalam pakej sama. Boleh dicapai oleh mana-mana kelas dalam pakej sama. Boleh dicapai oleh mana-mana kelas dalam pakej sama. Hanya boleh dicapai di dalam kelas yang ditakrif sahaja. Boleh dicapai oleh semua kelas. Boleh dicapai oleh semua kelas. Boleh dicapai oleh semua kelas. Hanya boleh dicapai dalam pakejnya dan kelas terbitan sahaj.

Default kelas (no keyword) ahli kelas fungsi konstruktor private public ahli kelas kelas interface ahli ahli kelas

protected

Pengenalan Kepada Oop

24

Modifier static

Diguna untuk kelas fungsi medan kelas

Penerangan

Make an inner class top-level class A class method, invoked through the class name. A class field, invoked through the class name one instance, regardless of class instances created. pembina kelas Run when the class is loaded, rather than when an instance is created. kelas fungsi medan pembolehubah kelas Tidak boleh diwarisi. Tidak boleh diwujudkan fungsi lain yang sama nama dengannya Nilai tidak boleh diubah pemalar. Nilai tidak boleh diubah pemalar. Mengandungi fungsi yang belum dilaksana dan tidak boleh diwujudkan objek dari kelas tersebut. Semua interfaces adalah abstrak. Namun tidak wajib diletakkan kata khas abstract. Tiada badan fungsi. Hanya pengisytiharan namanya sahaja.

final

abstract

interface
fungsi

Pengenalan Kepada Oop

25

1 atau lebih baris arahan dalam bahasa Java atau kod program yang membentuk arahan lengkap untuk dilaksana. 3 kumpulan utama yang membezakan pernyataan dalam Java:
i) Pernyataan Perwakilan (Expression ): mengubah nilai bagi pembolehubah, panggilan fungsi dan mencipta objek. ii)Pernyataan Pengistiharan (Declaration ): mengisytihar pembolehubah, pemalar, fungsi dan kelas. iii)Pernyataan Kawalan Aliran (Control flow): mengawal urutan perlaksanaan pernyataan.
Pengenalan Kepada Oop 26

Contoh pernyataan: //declaration statement int number; //expression statement number = 4; //control flow statement if (number < 10 ) { //expression statement System.out.println(number + " is less than ten");
Pengenalan Kepada Oop 27

Blok adalah kelompok pernyataan di dalam tanda { } Penggunaan blok sangat disarankan walaupun hanya melibatkan satu pernyataan. Contoh:
if (syarat) { // awal blok // pernyataan; } // akhir blok
Pengenalan Kepada Oop 28

Kelas merupakan salah satu konsep asas pemrograman berorientasi objek. Kelas adalah rangka bagi program mengandungi data dan method. Dalam struktur aturcara java, perlu menakrifkan atau mengisytiharkan kelas: public class ContohKelas { // badan kelas; } Dalam Java, nama kelas sekaligus mewakilkan nama fail Java, dan sifatnya adalah case-

sensitive.

Pengenalan Kepada Oop

29

Method adalah sub aturcara yang menjalankan satu tugas pada satu masa. Untuk menakrif / mengisytihar method:
Jenis_data namaMethod (parameter) { Badan Method; }

Pengenalan Kepada Oop

30

public static void main (String args[]){

public adalah kawalan capaian data fungsi boleh dipanggil dari mana-mana lokasi- dalam dan luar kelas. static adalah nama sama untuk semua instance (objek) dari kelas. void bermaksud fungsi tidak memulangkan apaapa nilai. String args[] adalah array objek string berbentuk tatasusunan. Setiap kelas boleh memiliki fungsi main, namun hanya satu yang ditetapkan untuk dilaksanakan.
Pengenalan Kepada Oop 31

Cara meletakkan komen yang sesuai. Cara menamakan kelas, fungsi atau pencam (identifier). Jarak baris dan indentation yang betul. Stail blok.

Pengenalan Kepada Oop

32

JavaTM 2 Software Development Kit (SDK) adalah satu koleksi perisian percuma dari Sun Microsystems, Inc. boleh dimuat turun di www.java.sun.com. Arahan terperinci tentang cara memuat turun boleh diperolehi di laman web tersebut. Jika anda belum menginstal Java, dapatkan versi yang terbaru.

Pengenalan Kepada Oop

33

apabila selesai, anda seharusnya mempunyai satu subfolder pada hardisk anda yang bernama jdk1.6.0 (atau yang berkenaan).

Pengenalan Kepada Oop

34

1.

2. 3.

Cipta satu folder dalam direktori anda untuk menyimpan fail kod aturcara yang anda taip. Contohnya, ciptakan satu folder bernama Exercise dalam direktori C, dan simpan fail kod aturcara Java di dalamnya. Kemudian, kenalpasti lokasi JDK, contohnya C:\Program Files\Java\jdk1.6.0 Taip kod aturcara menggunakan teks editor seperti Notepad dan simpan sebagai fail .java (NamaFail.java)

Pengenalan Kepada Oop

35

Buka DOS-Prompt. Pada DOS ini, pastikan anda berada di dalam direktori anda yang mempunyai fail Java tadi. 5. Taip arahan untuk set path:
4.

C:\Exercise>
C:\Exercise>set path=%path%; C:\Program Files\Java\jdk1.6.0
6.

Kemudian kompil fail tersebut. Taipkan arahan javac <NamaFail.java>


C:\Exercise>javac Filename.java
Nota: Setelah fail Java dikompil, secara automatiknya satu fail .class akan diwujudkan dalam folder anda. Fail .class ini anda akan laksanakan untuk mendapatkan output.

7.

Taipkan arahan untuk laksanakan output iaitu java <nama_kelas> C:\Exercise>java ClassName
Pengenalan Kepada Oop

36

7.

Akhir sekali, taipkan arahan untuk laksanakan output iaitu java <nama_kelas>
C:\Exercise>java ClassName

Selain daripada cara yang diberi tadi, program Java juga boleh dilaksanakan dengan menggunakan perisian Java seperti Jcreator, NetBeans, Eclipse dll.

Pengenalan Kepada Oop

37

Anda mungkin juga menyukai