Anda di halaman 1dari 53

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

EDU 3101

BAB 5

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Pembentukan FPK berdasarkan..

Matlamat pendidikan
Dasar-dasar negara : - Dasar Pendidikan Kebangsaan

- Dasar Ekonomi Baru


- Rukun Negara Amalan-amalan pendidikan

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Satu dokumen yang mengandungi pernyataan dasar dan strategi pelaksanaan pendidikan di Malaysia

RUKUN NEGARA

Keadaan perbezaan dan ketidakseimbangan kaum-kaum dalam masyarakat di Malaysia telah memberi kesedaran bagi negara ini untuk merangka RUKUN NEGARA (de facto Malaysian pledge of allegiance) dan telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 yang kemudian dijadikan dasar pendidikan.

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak : mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakatnya ;
memelihara satu cara hidup demokratik ; mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran

negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;


menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi

kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan


membina satu masyarakat progresif yang akan

menggunakan sains dan teknologi moden.

PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA

Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

Berlandaskan Rukun Negara, Malaysia berazam untuk:

Mencapai perpaduan yang lebih erat di antara satu sama lain atau dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Memelihara satu cara hidup yang demokrasi.

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Mempunyai satu kebudayaan nasional yang kaya dan pelbagai corak. Membina satu masyarakat maju yang menggunakan sains dan teknologi moden.

FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), yang telah diumumkan secara rasminya pada tahun 1988.
Falsafah pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan ini menentukan arah tujuan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam pendidikan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat pendidikan negara

ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna.

Berdasarkan matlamat tersebut, ciri-ciri yang diperlukan adalah seperti berikut:

Percaya dan patuh kepada Tuhan. Berilmu pengetahuan. Berakhlak mulia. Bertanggungjawab kepada, masyarakat, agama dan negara. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

PROSES PENDIDIKAN
i. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberi sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.

ii.

iii. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.

iv. Melahirkan rakyat yang setia kepada Raja dan cintakan negara.

v.

Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi mewujudkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum.

vi. Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan golongan yang kurang berada.

Berdasarkan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu,

demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran

negara.

FAKTOR-FAKTOR
YANG MEMPENGARUHI

PEMBENTUKAN FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1. FAKTOR AGAMA
Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia.

Agama lain seperti agama Kristian, agama Buddha, agama Hindu dan sebagainya adalah bebas dianuti oleh seseorang mengikut undang-undang negara. Agama Islam merupakan satu faktor yang penting bagi mempertimbangkan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Unsurnya adalah berdasarkan pernyataan: mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

2. FAKTOR SOSIAL
Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang

kaum dimana keharmonian & kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Sikap positif seperti ini adalah diperlukan dalam

mewujudkan keadaan sosial yang stabil.

Pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;

.melahirkan rakyat Malaysiamemberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

3. FAKTOR POLITIK
Falsafah Pendidikan Kabangsaan digubal berlandaskan kepada ideologi negara

berdasarakan dokumen-dokumen rasmi:


Laporan Pendidikan Rancangan Malaysia Rukun Negara

Matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4. FAKTOR EKONOMI
Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai

kemahiran dapat membantu negara dalam memperkembangkan dan membantu ekonomi negara dengan mempertingkatkan daya pengeluarannya. Malaysia yang berilmu pengetahuan,

Tujuan ini dapat dicapai dengan lahirnya rakyat

berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara.
Cita-cita dalam memperkembangkan ekonomi

Malaysia menjadi satu matlamat pendidikan negara seperti yang dinyatakan FPK.

5. FAKTOR INDIVIDU
Potensi individu dapat diperkembangkan melalui

proses pendidikan yang mana ia meliputi aspekaspek intelek rohani, emosi dan jasmani.

Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang harmonis.
Insan seperti ini sentiasa mengamalkan sikap

bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Pendidikan Kebangsaan.

Merupakan pernyataan utama dalam Falsafah

6. FAKTOR SEJAGAT
Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak terpisah

daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa.

Idea-idea yang dihasilkan dalam seminar pendidikan

antarabangsa memberi pengaruh kepada FPK.

Contoh; program pendemokrasian pendidikan, pensarwajatan

pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO dalam 1980an diadakan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan. (pendidikan seumur hidup)

FALSAFAH PENDIDIKAN

Umumnya, perkataan falsafah difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Ia dijalankan melalui cara saintifik, sistematik dan logikal.

FALSAFAH PENDIDIKAN
Tujuan falsafah :
Mencari serta membukti kebenaran dan

memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.

Falsafah Pendidikan - pedoman, arah tuju

atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia pendidikan.

PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


i.

Sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan.

ii. Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan matlamat pendidikan negara.
iii. Sebagai rujukan para pendidik memahami sistem pendidikan negara.

iv. Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugasan

pendidikan.

v.

Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahanbahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

vi. Sebagai pengawal ke atas penyelewengan aktiviti daripada dasar pendidikan. vi. Menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang

usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.

ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1. PENDIDIKAN SUATU USAHA BERTERUSAN


Pendidikan - Proses perolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta

penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia.

Proses pendidikan ini berlaku sepanjang hayat. Proses pendidikan berterusan atau sepanjang hayat ini dapat dilihat seperti

berikut :

ZAMAN KANAK-KANAK

ZAMAN REMAJA

DEWASA

AKHIR HAYAT

Rasional Pendidikan sepanjang hayat:

Membolehkan kita menghadapi dan menangani pelbagai pendidikan dan pembangunan yang pesat khasnya perkembangan K-ekonomi dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

2. MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU


Berdasarkan penyelidikan, individu memiliki pelbagai keupayaan seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak dilahirkan.
Potensi ini dapat dilihat secara fizikalnya

walaupun ia terpendam dalam diri.

3. PERKEMBANGAN INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU


Perkembangan potensi individu tidak akan lengkap sekiranya dilakukan secara berasingan. Ia hendaklah dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu dari segenap

aspek.

Jadi, bagi membentuk atau mencapai matlamat ini, aktiviti kokurikulum harus diberi penekanan di samping kurikulum akademik dalam bilik darjah.

4. INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS


Ciri-ciri insan yang seimbang dan harmonis:
Insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir,

berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan pemikiran yang tenang, tubuh badan yang sihat dan cergas, serta kematangan emosi dan sosial. jasmani, emosi dan rohani secara menyeluruh dan bersepadu pada tahap yang optimum.

Potensi individu juga diperkembangkan dari segi intelek,

Individu yang memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap

tanggungjawab diri, keluarga dan negara dan sentiasa berikhtiar dan beruasah menyelesaikan masalah dihadapi dan melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara.

5. UNSUR INTELEK
Menguasai kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu. Mempunyai daya pemikiran yang kritis dan kreatif (KBKK). Dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri sendiri dan orang lain serta

membawa kepada kemajuan negara.

6. UNSUR ROHANI
Mempunyai perasaan menyedari dan mengingati bahawa adanya Pencipta. Mempunyai perasaan menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta. Mempunyai perasaan yang sedar dan menginsaf terhadap tanggungjawab. Dapat memupuk dan membina disiplin kendiri.

Dapat membentuk akhlak mulia.

7. UNSUR EMOSI

Memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal. Memiliki perasaan kasih sayang.

Memiliki semangat kekitaan, muhibah, kerjasama dan perpaduan di kalangan masyarakat.


Mempunyai kemahiran menilai dan menghargai keindahan dan kesenian.

8. UNSUR JASMANI
Menjaga kesihatan tubuh badan dan juga diri.

Melakukan riadah dengan sempurna.


Menggunakan bakat dan kemahiran teknikal / manipulatif dengan cekap.

Memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat. Meningkatkan daya pengeluaran demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara.

9. KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN


Kepercayaan yang dimaksudkan adalah keyakinan

manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiri tetapi ada Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan.

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan adalah

seperti berikut:

Mengakui wujudnya Pencipta. Mengakui manusia dan alam dijadikan oleh

Pencipta.

Mengetahui hukum dan fenomena alam adalah

peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta.

10. RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN


Ciri-ciri masyarakat berilmu pengetahuan :
a. Mencintai ilmu

b. Suka membaca
c. Sentiasa menambah ilmu dan menyebarkannya

d. Berfikiran terbuka, luas dan mendalam

11. RAKYAT MALAYSIA YANG BERKETRAMPILAN


Rakyat yang berilmu dan berkemahiran yang mampu menyumbang ke arah

pembangunan negara.

Rakyat yang berpandangan jauh dan berinisiatif. Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri. Berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna.

12. RAKYAT MALAYSIA YANG BERAKHLAK MULIA


Rakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersatu padu dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.

13. RAKYAT MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB

Rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna terhadap Tuhan, bangsa dan negara dan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.

14. RAKYAT MALAYSIA YANG BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI

Rakyat seperti ini ialah rakyat yang memiliki keupayaan :

Daya ketahanan diri yang kuat. Berfikiran waras dengan jiwa tenang. Berkemahiran mewujudkan perhubungan baik.

15. RAKYAT MALAYSIA YANG DAPAT MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA

Melalui latihan, rakyat boleh menggunakan tenaganya yang mahir, inovatif dan produktif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara.

16. BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI

Mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi. Berkebolehan untuk menghadapi cabaran dan mengharungi liku-liku kehidupan.

Sekian untuk kuliah hari ini.

AKTIVITI MINDA

Berdasarkan artikel yang diberi, dalam kumpulan anda, bincangkan dan buat peta minda tentang Implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara.

Anda mungkin juga menyukai