Anda di halaman 1dari 5

Soal selidik kumpulan sasaran

1. Sila tulikan butiran diri anda pada tempat kosong.


2. Sila baca soalan dengan teliti dan tandakan ( / ) pada ruang pilihan anda.
3. Jika anda tidak faham mana-mana soalan, minta pertolongan guru.
Nama : ________________________________
Kelas : ________________________________
Jantina : _______________________________

Bil Perkara Ya

Tidak

1. Saya suka terhadap permainan
ubahsuaian yang digunakan guru semasa
sesi memanaskan badan.
6 0
2. Penggunaan permainan ubahsuaian
meningkatkan semangat saya untuk
meneruskan pembelajaran.
6 0
3. Saya berasa seronok menjalankan sesi
memanaskan badan.
4 2
4. Permainan ubahsuaian semasa sesi
memanaskan badan dapat menarik minat
saya.
6 0
5. Saya tidak berasa bosan mengikuti sesi
memanaskan badan.
6 0
6. Saya dapat berkomunikasi dengan baik
bersama rakan melalui penerapan
permainan ubahsuaian dalam sesi
memanaskan badan.
6 0
7. Permainan ubahsuaian yang digunakan
oleh guru memberi saya peluang yang
lebih banyak untuk memanaskan badan.
6 0
8. Permainan ubahsuaian sesuai dengan
kemampuan saya.
4 2
9. Permainan ubahsuaian mudah untuk saya
ikuti dan lakukan.
6 0
10. Permainan ubahsuaian membantu saya
memahami keadaan sebenar tubuh badan
selepas sesi memanaskan badan.
6 0

Setelah ketiga-tiga intervensi telah saya laksanakan, satu soal selidik telah saya edarkan
bagi mendapatkan respon daripada murid. Item dalam soal selidik ini hanya perlu dijawab
dengan memilih jawapan Ya ataupun Tidak. Bagi memberi gambaran yang lebih jelas, logo
emoticon telah diletakkan di bawah pilihan jawapan soal selidik ini. Terdapat 10 item yang telah
disoal dalam soal selidik ini.
Bagi item pertama iaitu Saya suka terhadap permainan ubahsuaian yang digunakan
guru semasa sesi memanaskan badan kesemua 6 orang responden telah memilih Ya sebagai
jawapan. Keputusan ini menunjukkan bahawa secara amnya, kesemua responden menyukai
permainan ubahsuaian yang diterapkan oleh guru semasa sesi memanaskan badan. Tiada seorang
pun daripada responden yang memilih Tidak sebagai jawapan untuk item ini.
Trend yang sama diperolehi bagi item yang kedua apabila kesemua responden memilih
bahawa permainan ubahsuaian yang diterapkan oleh guru semasa sesi memanaskan badan
meningkatkan semangat mereka untuk meneruskan pembelajaran. Ianya mungkin kerana
permainan ubahsuaian yang diterapkan oleh guru merupakan sesuatu yang baharu kepada
responden-responden saya ini. Justeru mereka berminat untuk meneruskan sesi pembelajaran
yang dilihat mempunyai kelainan.
Item ketiga dalam soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada
responden mengenai perasaan mereka semasa menjalankan sesi memanaskan badan
menggunakan intervensi yang saya rancang. Keputusan soal selidik menunjukkan empat orang
responden telah mengatakan bahawa mereka berasa seronok semasa sesi memanaskan badan
dijalankan. Namun begitu terdapat dua orang responden yang menjawab bahawa mereka tidak
berasa seronok menjalankan aktiviti yang saya rancang. Ianya mungkin murid ini lebih
cenderung melakukan aktiviti yang melibatkan manipulasi alatan yang kurang diimplementasi
dalam intervensi saya ini.
Minat murid terhadap intervensi yang dijalankan disoal dalam item keempat soal selidik
ini. Keputusan soal selidik mendapati semua responden bersetuju bahawa permainan ubahsuian
yang diterapkan oleh guru semasa sesi memanaskan badan telah menarik minat mereka untuk
melibatkan diri. Keadaan ini dibuktikan melalui kerjasama yang sepenuhnya yang ditunjukkan
responden semasa intervensi dijalankan tanpa ada murid yang memberi alasan untuk tidak
menyertai aktiviti yang dijalankan.
Bagi mendapatkan lebih kepastian berkaitan perasaan yang dilalui oleh murid semasa
melakukan permainan ubahsuaian untuk memanaskan badan, item kelima diajukan kepada
murid. Keputusan soal selidik menunjukkan kesemua responden tidak berasa bosan semasa
melakukan permainan ubahsuaian apabila mereka menandakan Ya untuk kenyataan pada item
kelima ini. Jika dibandingkan keputusan item ketiga dan kelima, didapati dua responden kurang
seronok dengan permainan ubahsuaian yang dijalankan tetapi tiada satu pun responden
mengatakan bahawa aktiviti yang dijalankan adalah membosankan. Perkara ini mungkin sekali
disebabkan oleh faktor minat murid terhadap manipulasi alatan dalam permainan.
Bagi item keenam soal selidik ini, ianya bertujuan mendapatkan maklumbalas responden
berkaitan aspek komunikasi mereka bersama rakan semasa menjalankan aktiviti permainan
ubahsuaian. Enam orang responden telah bersetuju bahawa permainan ubahsuaian telah
menggalakkan komunikasi antara mereka. Melalui pemerhatian sebelum intervensi dijalankan,
kesemua responden saya kelihatan sukar untuk berkomunikasi bersama rakan yang lebih tangkas.
Dengan pengubahsuaian yang telah dilakukan terhadap permainan diterapkan maka komunikasi
antara responden dapat ditingkatkan.
Peluang penglibatan responden dalam sesi memanaskan badan difokuskan dalam item
soal selidik yang ketujuh. Keputusan soal selidik menunjukkan kesemua responden bersetuju
permainan ubahsuaian yang dilaksanakan telah meningkatkan peluang mereka untuk terlibat
secara langsung dalam sesi memanaskan badan. Kebanyakkan responden tidak diberi peluang
untuk beraksi daripada rakan kerana tidak mahu kumpulan mereka kalah dalam apa jua
permainan kecil yang dijalankan. Dengan pengubahsuaian terhadap permainan dan pembahagian
kumpulan, peluang responden untuk terlibat secara langsung dalam sesi memanaskan badan telah
dapat ditingkatkan.
Bagi item kelapan, empat responden telah bersetuju bahawa aktiviti permainan
ubahsuaian yang dijalankan adalah bersesuaian dengan kemampuan mereka. Namun begitu,
terdapat dua responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Perkara ini adalah disebabkan
terdapat satu aktiviti yang memerlukan kekuatan lompatan yang diluar kemampuan mereka.
Perkara ini akan diperbaiki pada kajian akan datang.
Seterusnya item kesembilan, semua responden telah memilih bahawa permainan
ubahsuaian yang dilaksanakan mudah untuk mereka ikuti dan laksanakan. Enam responden
memilih Ya dan tiada responden memilih tidak untuk kenyataan ini.
Item terakhir dalam soal selidik ini mendapat kata sepakat daripada responden yang
bersetuju bahawa melalui pelaksanaan intervensi ini, responden telah mengetahui keadaan tubuh
yang sepatutnya selepas menjalankan sesi memanaskan badan. Hanya seorang sahaja responden
mengakui pernah merasai kesan memanaskan badan seperti yang mereka rasai selepas intervensi
dijalankan manakala yang lain tidak pernah merasainya. Hal ini kerana mereka seringkali
tersingkir awal ataupun disisihkan dalam permainan kecil sewaktu sesi memanaskan badan
sebelum ini.

Anda mungkin juga menyukai