Anda di halaman 1dari 10

PELAN STRATEGIK

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA JAWHAR


Gemilang Digilap, Terbilang Ditekad

JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI JABATAN PERDANA MENTERI PUTRAJAYA MALAYSIA 2008

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) 2008 Cetakan Pertama 2008 Hak cipta terpelihara. Dilarang mengeluarkan semula mana-mana bahagian di dalam penerbitan ini atau mengubah dalam apa jua bentuk atau cara, samada elektronik atau mekanikal, termasuklah fotokopi, rakaman atau mana-mana sistem storan, tanpa keizinan bertulis daripada penerbit.

ISBN 978-983-43303-8-5 Diterbit oleh: Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri, Aras 7, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA Tel. No: 03-8883 7400 Fax No: 03-8883 7406

Disusunatur dan dicetak oleh: Percetakan Nasional Malaysia Berhad Jalan Chan Sow Lin 50554 kuala Lumpur Tel:603-92366909/10 Fax: 603-92230397

Kandungan
Perutusan - Timbalan Ketua Setiausaha, JPM Sekapur Sireh - Ketua Pengarah JAWHAR Seulas Pinang - Pengarah Pengurusan JAWHAR Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia Jawhar - Latar Belakang Jawhar - Peranan Jawhar Dalam Pembangunan Negara - Aplikasi Keterbilangan Jawhar - Rasional Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia (PSPSM) Jawhar - Cabaran-cabaran Pengurusan Sumber Manusia - Teras Strategik Sumber Manusia - Pelaksanaan Strategi Strategi Perancangan Sumber Manusia Strategi Pemilihan Strategi Penempatan (placement) dan Pertukaran Strategi Pengurusan Prestasi v vii ix 5 5 11 15 19 23 29 29 29 30 32 33 34 35 36 37 41 42 43 45

Strategi Pembangunan Kerjaya, Pembangunan Kepimpinan dan Perancangan Penggantian (Succession Planning). Strategi Latihan Strategi Menyediakan Program Pengiktirafan dan Penghargaan Strategi Meningkatkan Motivasi, Morale dan Espirit De Corps - Penutup Model Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia Jawhar Program dan Penanda Aras Utama (KPIs) Tindakan Susulan

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA JABATAN PERDANA MENTERI

PERUTUSAN

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan taufik dan hidayah-Nya, Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dapat disempurna dan didokumentasikan dalam bentuk penerbitan buku Pelan Strategik sewajarnya. Perancangan strategik pembangunan modal insan merupakan satu elemen penting di dalam pengurusan sesebuah organisasi. Modal insan merupakan ramuan penting dan utama sesebuah organisasi. Kebolehan melihat cabaran, potensi, kekuatan dan kelemahan dengan perspektif yang lebih menyeluruh akan menjadi kunci penentu kejayaan pengurusan modal insan sesebuah organisasi. Perspektif menyeluruh pengurusan modal insan perlulah digarap dan dicerna melalui proses tadabbur dan tadbir yang mantap bagi membolehkan hala tuju dan teras tadbir urus strategik sesebuah organisasi itu menjadi jelas, lebih fokus dan dapat dicapai. JAWHAR yang dipertanggungjawabkan mengenai hal-ehwal pengukuhan institusi wakaf, zakat, mal dan haji di negara ini, sudah pasti mempunyai peranan yang begitu penting dan besar. Sehubungan ini, warga kerja JAWHAR perlu diadun mengikut acuan yang tersendiri bagi menjayakan cabaran membangunkan ummah melalui pemantapan pengurusan wakaf, zakat, mal dan haji. Keikhlasan, komitmen, kebijaksanaan dan usaha yang sistematik oleh seluruh warga kerja JAWHAR adalah kritikal dalam merealisasikan hasrat ini. Ianya memerlukan pengurusan kepimpinan yang bersifat

PELAN STRATEGIK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA JAWHAR

pragmatik, proaktif dan dinamik, dan mestilah disokong dengan modal insan yang bersifat luhur akhlak dan budi yang tinggi. Sistem penyampaian yang berkesan mestilah menjadi outcome JAWHAR dan ini memerlukan suatu perancangan yang rapi dan bersifat jangka panjang lagi terancang. Penerbitan buku Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia JAWHAR ini sudah semestinya akan menjadi blueprint kepada warga kerja JAWHAR untuk melaksanakan program dan aktiviti yang telah dirancang bagi memenuhi sasaran dan matlamat pengurusan modal insan JAWHAR yang digambarkan melalui dua teras strategik dalam Pelan Strategik JAWHAR (2007 2011) iaitu, Teras Strategik 2: Pembangunan berterusan warga kerja yang kompeten, berprestasi tinggi dan tauhidik; dan Teras Strategik 7: Perkhidmatan sokongan bertaraf dunia menerusi pengurusan sumber manusia dan pentadbiran yang responsif dan berintegriti. Akhir kata, saya ingin sekali lagi merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada JAWHAR yang telah mengambil daya usaha yang begitu dinamik dengan penerbitan buku Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia JAWHAR ini bagi memastikan matlamat Pelan Strategik JAWHAR (2007 2011) dapat disempurnakan sepenuhnya dengan pelbagai nilai tambah yang terbilang. Sekian, terima kasih.
PELAN STRATEGIK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA JAWHAR

Zainol bin Othman

vi

KETUA PENGARAH JAWHAR

SEKAPUR SIREH

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana telah diberikan kesempatan untuk berkongsi sepatah dua kata di dalam buku Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia JAWHAR ini. Kemajuan dan pembangunan negara pastinya tidak akan dicapai dalam sekelip mata tanpa adanya usaha-usaha dan perancangan yang rapi. Kita amat bersyukur melihat kejayaan hasil usaha yang dilaksanakan membuahkan outcome positif dan menjadi warisan generasi yang akan datang. Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada strategi pengurusan terutamanya pengurusan modal insan sebagai aset bernilai Jabatan. Oleh itu, perancangan pelan strategik pengurusan sumber manusia merupakan elemen utama untuk terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan untuk mencapai kejayaan. Sebagai sebuah jabatan Kerajaan yang baru empat tahun ditubuhkan, JAWHAR memerlukan satu kerangka pelan strategik pengurusan sumber manusia bagi menyokong pelaksanaan Pelan Strategik JAWHAR (2007 2011) yang akan menjadi panduan dan rujukan utama dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab warga kerjanya. Antara tanggungjawab JAWHAR ialah memacu keterbilangan jabatan, meningkatkan taraf sosio-ekonomi ummah dan memantapkan tadbir urus terbaik institusi wakaf, zakat, mal dan haji. Bagi memenuhi tanggungjawab tersebut, penerbitan Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia JAWHAR ini adalah suatu usaha yang proaktif dan

vii

PELAN STRATEGIK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA JAWHAR

melambangkan komitmen yang padu ke arah meningkatkan kualiti sistem pengurusan sumber manusia bagi mengemilangkan sistem penyampaian perkhidmatan jabatan ini. Sehubungan itu, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Bahagian Pengurusan dan Sumber Manusia, JAWHAR kerana telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menterjemahkan aspirasi penubuhan JAWHAR melalui perancangan pengurusan sumber manusia yang rapi ini. Saya amat berharap perancangan yang telah dibuat ini mampu memberikan impak serta membawa manfaat bukan sahaja kepada warga kerja Jabatan ini tetapi juga kepada agama, bangsa dan negara. Semoga usaha murni ini berjaya menghasilkan outcome yang gemilang dan seterusnya membawa JAWHAR ke tahap yang lebih terbilang lagi dengan pencapaian objektif bagi menangani dengan jayanya cabaran-cabaran pengurusan sumber manusia. Sekian, terima kasih.

viii

PELAN STRATEGIK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA JAWHAR

Dr. Hj. Sohaimi Hj. Mohd Salleh

PENGARAH PENGURUSAN JAWHAR

SEULAS PINANG

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan keizinan-Nya, Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia JAWHAR ini berjaya disempurnakan penerbitannya. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan penerbitan buku pelan strategik ini. Sebagai sebuah jabatan Kerajaan yang baru dilancarkan dengan rasmi pada 8 Oktober 2004, JAWHAR telah dipertanggungjawabkan dengan amanah yang amat besar iaitu untuk memastikan pentadbiran harta wakaf, zakat, mal dan urusan haji di seluruh negara lebih tersusun, sistematik dan berkesan. Ia juga bermaksud untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang menerusi pengurusan sumber manusia yang mantap dan berkualiti. Justeru itu, JAWHAR perlu memainkan peranannya secara lancar dan berkesan dalam usaha memartabatkan pembangunan ummah ke mercu yang terbilang dengan sokongan warga kerja yang terlatih dan kompeten. Dalam merealisasikan visi, misi dan objektif JAWHAR untuk menjadi sebuah jabatan Kerajaan yang terunggul dalam memacu pengukuhan institusi wakaf, zakat, mal dan haji yang bertaraf dunia, JAWHAR telah menggorak langkah proaktif dengan menghasilkan satu Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia bagi menyokong dua teras

PELAN STRATEGIK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA JAWHAR

ix

strategik seperti yang termaktub dalam Pelan Strategik JAWHAR (2007 2011). Ke arah matlamat menjayakan Pelan Strategik JAWHAR (2007 2011) ini, maka amatlah penting sekali Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia diterbitkan sebagai suatu langkah memperkasa dan memurnikan modal insan JAWHAR. Untuk memastikan JAWHAR berjaya dengan terbilang menunaikan segala amanah yang dipertanggungjawabkan maka adalah penting untuk JAWHAR menggarapkan gagasan strategi serta pelan tindakan pengurusan sumber manusia yang strategik. Justeru itu, Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia JAWHAR ini bertindak sebagai asas di mana semua program dan aktiviti berkaitan penjanaan modal insan yang kompeten, tauhidik dan berkualiti akan dilaksanakan, dipantau dan dinilaikan supaya ianya dapat diuruskan dengan lebih berkesan dan menjadi pedoman dalam menggorak hala tuju JAWHAR merealisasikan pencapaian hasrat projek JAWHAR 2020 sewajarnya. Sekian, terima kasih.

PELAN STRATEGIK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA JAWHAR

Nikhat binti Niaz Ahmad

Anda mungkin juga menyukai