Anda di halaman 1dari 5

Aplikasi teori-teori pembelajaran dalam sesi pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah.

1.

a) Murid berprestasi lemah

Di dalam kelas terdapat murid yang tahap pemikirannya rendah dan lemah. Mereka akan melihat sesuatu melalui pemerhatian, kemudian mereka akan cuba mengekalkan maklumat dengan cuba mengikut dan menghasilkan tingkah laku atau perkara yang mereka lihat atau mereka pelajari. Oleh itu, guru perlu memahami cara pembelajaran murid dan setiap perbuatan murid,guru perlu melihat samada murid mengikut sesuatu pelajaran dengan cara yang baik atau sebaliknya.Pendekatan humanistik atau teori humanis sesuai diaplikasikan bagi membantu murid lemah dimana teori ini menekan kepentingan guru dalam memberi sokongan dan mengambil berat serta bergantung lebih kepada menerangkan sebab sesuatu perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu. Teori ini lebih mementingkan perhatian guru kepada murid.Oleh itu, guru perlu mengajar serta membimbing murid dengan melihat kelemahan murid.Guru memerlukan perhatian yang lebih bagi murid yang lemah.Murid perlu didik dengan dengan tegas dan prihatin kerana mereka perlukan perhatian dari guru. Manakala teori pembelajaran behavioris menekankan peranan pengalaman dalam mentadbirkan tingkah laku.Tingkah laku juga menggunakan konsep pelaziman untuk menerangkan bagaiman pembelajaran berlaku.Pelaziman didefinasikan sebagai proses dimana tingkah laku organisme berkaitan dengan rangsangan daripada persekitaran supaya apabila rangsangan ini wujud tingkah laku tersebut berlaku.Oleh itu murid yang lemah boleh dibantu dengan memberikan mereka latihan latih tubi yang sama sehingga mereka berjaya menguasai sesuatu perkara yang diberikan.

b) Murid berprestasi tinggi Berdasarkan pemerhatian saya,teori yang digunakan oleh guru tersebut untuk murid yang berprestasi tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah teori kognitif dan teori sosial. Dalam mengaplikasikan teori kognitif guru ini mementingkan perubahan tingkah laku pelajar dan tingkah laku tersebut adalah sejajar dengan perubahan kognitif.Pengajaran guru ini mementing aspek pemahaman dan berlakunya perubahan mantap kepada murid-murid. Proses pengajaran dan pembelajaran dianggap Berjaya apabila berlakunya perubahan mental di dalam diri murid,iaitu bertambahnya maklumat yang tersimpan dalam ingatan masa panjang. Guru A ini memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan mempamerkan ayat-ayat dan isi kandungan yang bermakna dalam bentuk MS Power Point.Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini terdapat langkah di mana guru menyuruh murid membaca isi pelajaran ditayangkan sehingga murid memahami apa yang dibaca.Ini bersesuaian dengan teori kognitif yang mementingkan murid-murid memahami apa yang dibaca dan berlaku perubahan mental di dalam diri mereka. Manakala bagi teori sosial,guru bertindak sebagai pengirim maklumat dan penerimanya ialah murid.Sementara mesejnya ialah maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai yang disampaikan.Sumber ialah saluran atau media yang digunakan untuk menyampaikan maklumat tersebut. Model ini bertujuan untuk membantu murid menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain serta cara bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat berfungsi sebagai seorang ahli dalam pasukan atau kumpulan. Ini dapat dilihat dalam aktiviti kumpulan dimana murid-murid berinteraksi dengan rakan-rakan dalam kumpulan,dan membentangkan hasil kumpulan di dalam kelas.

2 (b)Laporan Berdasarkan perincian jadual di atas kedua-dua pengajaran yang dirakam lebih mempraktikkan teori behaviorisme, disamping serba sedikit aplikasi teori kognitivis, kontruktivis dan humanisme. Teori belajar behaviorisme merupakan teori belajar yang telah cukup lama dianut oleh para pendidik. Teori ini dicetuskan oleh Gage dan Berliner yang berisi tentang perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman. Teori ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi tidaknya perubahan tingkah laku. Teori behavioristik dengan model hubungan stimulus responnya, mendudukkan orang yang belajar sebagai individu yang pasif. Respon atau perilaku tertentu dengan menggunakan metode pelatihan atau pembiasaan semata. Munculnya perilaku akan semakin kuat bila diberikan penguatan dan akan menghilang bila dikenakan hukuman. Behaviorisme merupakan salah aliran psikologi yang memandang individu hanya dari sisi fenomena jasmaniah, dan mengabaikan aspek aspek mental. Dengan kata lain, behaviorisme tidak mengakui adanya kecerdasan, bakat, minat dan perasaan individu dalam suatu belajar. Peristiwa belajar semata-mata melatih refleks-refleks sedemikian rupa sehingga menjadi kebiasaan yang dikuasai individu. Dengan kata lain proses pembelajaran menurut teori Behaviorisme adalah bahwa proses pembelajaran lebih menekankan pada proses pemberian stimulus (rangsangan) dan rutinitas respon yang dilakukan oleh siswa. Inti pembelajaran dalam pandangan behaviorisme terletak pada stimulus respon (S-R). Tujuan pembelajaran menurut teori behavioristik ditekankan pada penambahan pengetahuan, sedangkan belajar sebagi aktiviti mimetic, yang menuntut pelajar untuk mengungkapkan kembali pengetahuan yang sudah dipelajari dalam bentuk laporan, kuiz, atau ujian. Penyajian isi atau materi pelajaran menekankan pada ketrampian yang terisolasi atau akumulasi fakta mengikuti urutan dari bagian ke keseluruhan. Pembelajaran mengikuti urutan kurikulum secara ketat, sehingga aktiviti belajar lebih banyak didasarkan pada buku teks/buku wajib dengan penekanan pada ketrampilan

mengungkapkan kembali isi buku teks/buku wajib tersebut. Pembelajaran dan evaluasi menekankan pada hasil belajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran oleh kedua-dua orang guru mereka lebih mempraktikkan teori behaviorisme iaitu murid telah bersedia untuk belajar dari segi pengetahuan lepas dan dari segi kecenderungan minat dan bersedia belajar dari segi fizikal.Selain itu guru juga menggunakan teknik pengulangan isi pelajaran yang lepas untuk dikaitkan pada pelajaran yang hendak disampaikan pada hari ini.Latihan dan latih tubi juga dipraktikkan di dalam kelas dengan menggunakan buku latihan untuk murid menjawab soalan. Disamping itu guru juga memberi peneguhan yang positif iaitu memberi pujian contohnya perkataan bagus dan baik bagi setiap jawapan yang betul,dengan ini dapat memupuk rasa berjaya di kalangan murid.Guru juga memberi peluang kepada murid untuk menjawab soalan yang dikemukakan, ini menggalakkan murid sama-sama terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran.Bagi menguji kefahaman murid guru telah membuat pertandingan secara kumpulan berbentuk kuiz,markah diberikan kepada kumpulan yang berjaya menjawab dan kumpulan yang menang diberikan hadiah sebagai peneguhan positif.Manakala yang tidak berjaya guru memberikan kata semangat untuk mencuba lagi di sesi pengajaran yang akan datang. Dalam pengajaran mereka juga mempraktikan teori kognitivis dalam kelas iaitu dengan mengemukakan contoh positif,iaitu kebaikan penggunaan teknologi dalam kehidupan manusia seharian ( dalam pengajaran sains).Mereka juga menggunakan ABM yang menarik dan penggunaan slide yang ceria dan berwarna warni untuk menarik minat murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.Di samping itu guru juga menyatakan apa yang perlu mereka fahami dalam tajuk dan mengcungkil pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan topik yang dipelajari.Contohnya guru A bertanya tentang pekerjaan-pekerjaan masyarakat setempat dan guru B bertanya tentang teknologi yang mereka gunakan dalam kehidupan harian.

Manakala teori kontruktivis ,mengaplikasikan pembelajaran koperatif , pembelajaran melalui proses aplikasi pengetahuan dan melalui interaksi dengan orang lain ini dapat dipraktikkan dalam kerja kumpulan yang dilakukan di dalam kelas. Di samping itu, teori humanisme juga diaplikasikan di dalam kelas supaya dapat mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan perkara yang dipelajarinya.murid mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah dan mengcungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan melalui aktiviti dalam kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai