Anda di halaman 1dari 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

KOD KURSUS : HBAE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEMESTER SEPTEMBER 2012

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: ASRINA BINTI PANNYAU : 841213136128001 : 841213-13-6128 : 019-8054631 : as2salam@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SIBU

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 841213136128001 ASRINA BINTI PANNYAU

ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 2.0 Matlamat Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah 2.1 Objektif Pendidikan Seni Dalam Beberapa Domain 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 2.1.5 Aspek Kognitif Aspek Afektif Aspek Psikomotor Aspek Sosial Aspek Kreativiti 4 5 7 8 2 2

2.2 Analisis Objektif Berdasarkan Domain 2.3 Objektif PSV KBSR 3.0 Organisasi Kurikulum 3.1 Pemerhatian Aktif 3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4 3.1.5 Pengetahuan Sedia Ada Murid Benda yang Konkrit Minat, Kecenderungan dan Latar Belakang Murid Bahan, Bunyi, Pergerakan dan Aksi Mencetus Idea dan Imaginasi

3.2 Interaksi yang Kritis dan Kreatif dengan Bahan 3.2.1 3.2.2 3.3 Apresiasi 3.4 Menghargai Nilai 4.0 Langkah dan Hasil Kerja Murid 5.0 Kesimpulan 6.0 Rujukan Penerokaan Penghasilan/ membuat

11 12 13 16

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 841213136128001 ASRINA BINTI PANNYAU

1.0 PENGENALAN Pendidikan Seni Visual mejurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. PSV memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Bentuk hasil seni visual adalah bertumpu kepada penciptaan secara visual (penglihatan). Contoh bidang seni visual adalah seperti lukisan, catan, arca, cetakan, kaligrafi, landskap, reka bentuk grafik, animasi dan lain-lain. Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Melalui FPK, para murid sekolah rendah dapat dilahirkan dengan ciri harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. FPK dapat menyumbang modal insan negara kita ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara berdasarkan kepercayaan dan kesyukuran kepada Tuhan di samping juga menghargai keindahan alam sekitar serta memelihara keindahan seni dan warisan negara Malaysia. PSV berperanan dalam membantu memperkembang ciri-ciri ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran murid-murid. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis aktiviti seni visual akan membolehkan murid menyatakan idea dan ekspresi diri. Kesannya murid dapat membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. PSV sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dan mengaitkan dengan mata pelajaran lain. PSV turut menekankan kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK) yang mana murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Selain itu, seni visual dalam pendidikan ialah memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifat semulajadi kanak-kanak sukakan belaian, perhatian dan sentuhan dan melalui contengancontengan ini perkembangan seni tampak minda mereka berlaku dengan pesat. Namun begitu perkembangan ini berlaku berbeza mengikut persekitarannya, faktor keluarga dan latar belakang pendidikan mereka. Melalui proses lakaran ini, tahap mental kanak-kanak akan terus berkembang dengan baik. (Laura Chapman 1986). Sehubungan dengan itu pembangunan sosial kanak-kanak tadi terbina, menjadi seorang yang kreatif, berdikari dan yakin diri dalam kelompok masyarakatnya.

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 841213136128001 ASRINA BINTI PANNYAU

2.0 MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH Matlamat seni dalam pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi rakyat Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai- nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah

pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.1 Objektif Pendidikan Seni dalam beberapa domain Matlamat Kurikulum Pendidikan Seni Visual sejajar dengan kehendak FPK dalam aspek interlek, emosi, jasmani dan rohani, maka sekurang-kurangnya terdapat empat jenis objektif tingkah laku yang tertera dalam kesemua (sepuluh) objektif. Ketiga jenis objektif tingkah laku ialah Kognitif, Afektif, dan Psikomotor. Selain itu aspek kreativiti dan aspek sosial juga dititik beratkan dalam penddikan seni visual. Pendekatan ini juga diperkenalkan sebagai pendekatan perkembangan menyeluruh. Terdapat empat domain utama dan menjadikan fokus dalam mata pelajaran seni visual iaitu: 2.1.1 Aspek Kognitif Aspek kognitif meliputi kefahaman tentang unsur seni, prinsip rekaan, pengetahuan tentang alat serta teknologi bahan, bentuk gubahan serta kemasan dan pemahaman dan penghargaan. Mengikut Piaget (1983), keupayaan adaptasi psikologikal adalah amat penting dalam memastikan perkembangan struktur kognitif atau mental kanak-kanak. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru boleh menggalakkan kanak-kanak berfikir dengan cara mengadakan permainan yang boleh mencabar pemikiran kanak-kanak seperti bersoal-jawab apa yang mereka akan rasa sekiranya mereka menjadi sebuah buku, menjadi sebuah basikal, dan sebagainya. Hal ini mendorong kanak-kanak berfikir secara spontan dan secara langsung akan membantu perkembangan kognitif mereka.

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 841213136128001 ASRINA BINTI PANNYAU

2.1.2 Aspek Afektif Aspek afektif dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni Visual, nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama, ketelitian dan kesempurnaan. Menurut Iberahim Hassan 2001, afektif adalah suatu aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat, keperihatinan, pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. 2.1.3 Aspek Psikomator Aspek psikomotor pula melibatkan proses dalam penghasilan bahan. Biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang gerakan badan mereka seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk menjalankan aktiviti dalam kelas. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari.

2.1.4 Aspek Sosial Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil. Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku-tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Guru harus menyediakan pelbagai peralatan untuk memberi peluang kepada murid membuat penerokaan dan penemuan baru serta bersosialisasi dengan rakan-rakan. Hal ini demikian kerana, semasa aktiviti berkumpulan kanak-kanak perlu bergaul dengan semua rakan sebaya. Di samping itu, mereka dilatih bersifat sabar dan mematuhi peraturan kerana perlu bergilirgilir semasa menjalankan tugas dengan alatan yang terhad. Secara tidak langsung kanakkanak ini belajar untuk menghormati perasaan dan hak orang lain.

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 841213136128001 ASRINA BINTI PANNYAU

2.1.5 Aspek Kreativiti Kanak-kanak sangat gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan. Kanak-kanak akan mendapat pengalaman baharu melalui aktiviti meneroka, mengeksprimen, dan mengolah objek atau bahan. Oleh itu, melalui aktiviti seni kanak-kanak digalakkan meluahkan idea secara bebas dan kreatif. Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

2.2 Analisis Objektif Berdasarkan Domain Maka kesemua objektif dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah dapat dianalisa berdasarkan domain seperti berikut: Bil. 1 2
Objektif

Domain Afektif dan

Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.

Memupuk budaya penyelidik dalam proses penghasilan karya seni Kognitif visual. Psikomator

Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, displin serta Kognitif kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam Psikomator kehidupan dan kerjaya.

dan

Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk Kognitif mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti.

Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya Kognitif seni visual.

Mendapat nilai tambah dalam displin sains, teknologi dan mata pelajaran Kognitif dan lain. Afektif

Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam Afektif konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa.

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 841213136128001 ASRINA BINTI PANNYAU

8 9

Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya.

Afektif

Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan Afektif dengan keselesaan hidup.

10

Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.

Afektif

2.3 Objektif PSV KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) i) Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan Murid-murid akan sedar dan berasa syukur kerana kecantikan alam sekitar yang dikurniakan oleh Tuhan dan secara tidak langsungnya akan menghargai alam sekitar dengan memelihara dan memuliharanya dengan sempurnanya.

ii)

Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan. Pendidikan seni yang menyeronokkan akan sentiasa merangsangkan idea dalam kehidupan mereka dan tidak akan berasa bosan terhadap seni kerana seni adalah tanpa sempadan dan tidak terhad.

iii)

Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera. Seni visual memerlukan pemerhatian yang teliti dan terperinci khasnya semasa menghayati sesebuah karya di pameran seni.

iv)

Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya Murid-murid dapat mengetahui serta mengaplikasikan asas-asas seni umpamanya garisan, jalinan dan bentuk dalam hasil karya seni mereka tidak kira seni tampak atau seni tiga dimensi.

v)

Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. Hal ini dapat lihat semasa para murid boleh mengembangkan dan

mengeksploitasikan kemahiran asas dalam kegiatan seni yang berbagai-bagai seperti penghasilan arca, catan minyak dan rekaan grafik komputer.

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 841213136128001 ASRINA BINTI PANNYAU

vi)

Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat. Murid dapat berhati-hati khasnya menjalankan projek seni yang memerlukan peralatan yang bahaya supaya keselamatan mereka adalah terjamin dan berdisplin apabila mengikut aturan penghasilan karya seni.

vii)

Memupuk

nilai-nilai

kerjasama,

yakin

diri,

disiplin

diri

dan

bertanggungjawab Semangat kerjasama dapat dipupuk semasa bekerja secara berkumpulan bagi menjalankan sesuatu projek seni. Aktiviti seni juga boleh meningkatkan keyakinan diri pelajar dengan penghasilan karya seni mereka.

viii)

Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air Murid akan mempunyai rasa menghormati dan menghargai jasa sumbangan tokoh seni tanah air sebelum dan selepas kemerdekaan yang mampu membawa keharuman kepada negara kita ke peringkat kebangsaan.

ix)

Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual Murid-murid boleh menggunakan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual selain daripada hasil karya tradisional. Ini menggalakkan murid untuk memajukan diri dalam dunia teknologi.

x)

Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah Murid boleh menjalankan aktiviti seni untuk mengisikan masa lapang mereka dengan bermanfaat. Mengelakkan murid terjebak dalam kegiataan gejala sosial atau perkara yang negatif. Kegiatan seni boleh dijadikan hobi sendiri kerana aktiviti tersebut baik tanpa membazirkan masa murid dengan perkara yang tidak berguna.

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 841213136128001 ASRINA BINTI PANNYAU

3.0 ORGANISASI KURIKULUM Sukatan pelajaran PSV sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Satu modul pengajaran yang mantap untuk dicontohi sebagai strategi perlaksanaan kita ialah model Chapman (1986). Ianya boleh diubahsuaikan dengan iklim negara kita, kerana matlamat dan konsepnya hampir sama. Organisasi kurikulum merangkumi 4 aspek utama seperti berikut: a. pemerhatian secara aktif; b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan; c. apresiasi Seni Visual secara mudah; dan d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu: (i) pemerhatian (ii) penerokaan (iii) penghasilan (pembuatan) (iv) apresiasi dan perlanjutan

Laura Chapman (1986) menjelaskan 4 aspek utama organisasi kurikulum yang mempunyai persamaan dengan organisasi Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah di Malaysia iaitu: Persamaan Organisasi Pendidikan Seni Visual KBSR pemerhatian secara aktif; interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan; apresiasi Seni Visual secara mudah; menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan apresiasi dan perlanjutan Laura Chapman (1986) pemerhatian penerokaan penghasilan (pembuatan)

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 841213136128001 ASRINA BINTI PANNYAU

3.1 PEMERHATIAN SECARA AKTIF Aspek yang pertama yang perlu diberi perhatian oleh guru untuk ditekankan di dalam pengajaran ialah pemerhatian yang aktif. Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Pemerhatian yang aktif dapat meningkatkan kreativiti seseorang. Pemerhatian dapat melatih pengamatan murid pada sesuatu perkara. Melalui pemerhatian itu, murid-murid diminta membuat pengamatan dengan menggunakan pelbagai deria yang ada seperti sentuhan, penglihatan dan sebagainya. Sebelum memulakan pengajaran atau semasa menyediakan aktiviti, antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru ialah: 3.1.1 Pengetahuan sedia ada murid Guru Pendidikan Seni Visual haruslah peka sebelum memulakan pengajaran berkenaan hal pengetahuan sedia ada murid. Hal ini penting untuk memastikan objektif pengajaran dapat dicapai. Sebagai contoh guru yang hendak mengajar tentang Teknik Mozek kepada murid haruslah memastikan murid telah mahir atau tahu mengenai Kolaj. Berdasarkan teori kognitif, proses pembelajaran berlaku apabila seseorang itu menyerapkan ataupun menyesuaikan pengetahuan sedia ada di otak dengan data-data yang diperoleh melalui persekitarannya. 3.1.2 Benda yang konkrit Perkara yang hendak dipelajari oleh murid hendaklah benda yang konkrit pada peringkat murid-murid sekolah rendah ini. Oleh itu, perkara yang berada di persekitaran dan konkrit dapat dibuat dan bukan di dalam imaginasi atau maya. Sebagai contoh, apabila mengajar bidang kegiatan membentuk dan membuat binaantopeng, guru haruslah menggunakan benda yang konkrit seperti watak haiwan, kartun dan bukannya imaginasi seperti dewa ataupun alam khayalan. 3.1.3 Minat, kecenderungan dan latar belakang murid Perkara ini haruslah diambil berat oleh guru. Minat dan kecenderungan murid yang berbeza perlu dipertimbangkan kerana ianya amat mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan latar belakang murid, sama ada datangnya dari keluarga miskin, sederhana ataupun mewah.

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 841213136128001 ASRINA BINTI PANNYAU

Aktiviti dalam pendidikan seni visual boleh dijalankan dengan memanfaatkan kepelbagaian minat dan kecenderungan yang terdapat pada murid-murid dalam aktiviti berkumpulan ataupun aktiviti individu. 3.1.4 Bahan, bunyi, pergerakan dan aksi Melalui pemilihan bahan yang melibatkan deria, guru dapat menentukan rangsangan yang didedahkan kepada murid-murid dan kesannya terhadap gerak balas yang dihasilkan. Media pengajaran yang digunakan adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan/atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran termasuk juga proses pengalaman, persediaan dan perasaan (Ngui Kuan Sang, 1989). Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total. 3.1.5 Mencetus idea dan imaginasi Hasil daripada pemerhatian yang aktif, murid-murid akan dilatih membuat

pemerhatian terhadap objek alam dan buatan manusia. Murid akan dapat merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Justeru itu cetusan idea dan imaginasi dapat dihasilkan untuk murid menghasilkan karya yang kreatif melalui pemerhatian yang aktif ini.

3.2 INTERAKSI YANG KRITIS DAN KREATIF DENGAN BAHAN Aspek interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian oleh guru di dalam menjalankan aspek ini ialah: 3.2.1 Penerokaan Melalui aktiviti penerokaan ini, murid-murid KBSR akan dapat mendalami sesuatu perkara dan mencari penemuan baru. Penerokaan ini boleh berlaku sama ada dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Pelbagai bahan boleh digabungkan sehingga mewujudkan hasil seni yang unik dan menarik. Hasil daripada aktiviti penerokaan adalah penemuan yang akan dapat memberikan rangsangan kepada murid-murid menjadi lebih kreatif.

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 841213136128001 ASRINA BINTI PANNYAU

Percubaan

membuat

sesuatu

dapat

memberi

pengalaman

estetika

semasa

menghasilkan produk. Ini penting kerana melalui pengalaman itu, murid akan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Secara tidak langsung melalui percubaan demi percubaan dapat mendidik seseorang murid itu erti kesabaran: i. ii. iii. Aktviti kecil mudah ringkas Cuba mencuba, suaikenal dengan bahan Penemuan di dalam pembelajaran adalah oleh murid sendiri, dan guru sebagai pemudah cara dan murid juga digalakkan untuk uji menguji dengan menggunakan pelbagai teknik. iv. Mencari alternatif di dalam menjalankan aktiviti mewarna, variasi yang pelbagai dan kemungkinan lain. Contohnya penggunaan bahan untuk capan boleh dipelbagai selain daripada flora boleh juga digunakan bahan buangan seperti ronyokan kertas, plastik dan seumpamanya. v. Bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba dan pastikan guru menggalakkan murid menggunakan kreativiti sendiri dan tidak terikat kepada peraturan asal sekiranya ianya masih tidak menyalahi tajuk dan objektif pembelajaran. Sebagai contoh dalam memperkenalkan dan membuat kraf tradisional, anyaman- murid yang tidak mempunyai bahan gantian kertas warna boleh menggunakan kertas surat khabar berwarna selagi bahan itu boleh membentuk anyaman apabila dijalinkan.

3.2.2

Penghasilan / Membuat

Di dalam penghasilan dan membuat aktiviti, kepekaan pada persekitaran perlu digalakkan kepada murid-murid. Contohnya murid-murid perlu peka pada persekitaran mereka supaya dapat memanipulasikan objek-objek di sekeliling mereka menjadi sudut hasil seni. Murid-murid secara kreatif boleh memanipulasi bahan, ruang, cahaya dan sebagainya untuk diaplikasikan dalam karya mereka. Melalui pendidikan seni visual juga guru dapat menjana minda murid-murid untuk berfikir secara logik. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi antara murid-murid dan guru memainkan peranan penting bagi menjamin kefahaman murid-murid pada pengajaran yang disampaikan oleh guru. Suasana pembelajaran juga banyak dipengaruhi oleh

10

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 841213136128001 ASRINA BINTI PANNYAU

hubungan dua hala yang menekankan pendekatan kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan pelbagai aktiviti gerak kerja, peranan rangsangan dan gerak balas memainkan peranan yang penting bagi menjana proses pembelajaran murid-murid. Di dalam penghasilan dan membuat gerak kerja ini, murid-murid haruslah diberi perhatian terutamanya berkaitan dengan i. Penggunaan alat, bahan dan teknik yang dipilih haruslah bersesuaian dengan bidang yang hendak diajar oleh guru. Sebagai contoh bagi murid Tahun 1, bahan yang digunakan untuk capan mestilah bersesuaian seperti batang pisang atau keratan rentas bawang merah. ii. Tatacara, langkah dan proses membuat seharusnya diterangkan dan dibimbing dengan baik oleh guru pendidikan seni visual. Ini untuk memastikan murid yang kita ajar akan dapat mengikuti dan tidak ketinggalan sehingga mampu menimbulkan suasana yang menyeronokkan. iii. Amalan tatatertib kerja dan keselamatan semasa bekerja perlulah dititk beratkan oleh guru untuk memastikan aktiviti pembelajaran murid berjalan denegan lancar tanpa sebarang masalah atau musibah seperti kecederaan ataupun gangguan emosi. iv. Penyampaian kandungan subjek, idea dan halbenda dengan bentuk hasil hendaklah saling berkaitan.

3.3 APRESIASI Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Di dalam teori pembelajaran anjuran teori behaviorisme, guru harus beri ganjaran pada respons pelajar yang betul atau yang berani memberikan respons. Dalam sesi apresiasi ganjaran dalam bentuk penghargaan iaitu menampalkan karya seni murid di sudut seni atau papan kenyataan dapat meningkatkan harga diri murid dan memberikan keyakinan kepada mereka akan kebolehan mereka.

11

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 841213136128001 ASRINA BINTI PANNYAU

Melalui aktiviti apresiasi pendidikan seni visual ini, murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka. Aspek ini melibatkan pernyataan dan unsur afektif. Terdapat dua jenis utama aktiviti apresiasi. Aspek pertama ialah yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aspek kedua ialah aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Apresiasi diri satu aspek yang penting dijalankan setelah murid-murid menyiapkan kerja mereka. Dalam sesi ini, guru perlu memberikan perhatian kepada perkara berikut, i. Aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk. Ini seharusnya dikuasai oleh murid bagi memastikan pengukuhan dan guru perlulah membimbing murid memahami unsur seni yang dipelajari. ii. Aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda seperti nilai, kaitan dengan pelajaran lain atau perkaitannya dengan pengalaman hidup seharian. iii. Penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya. Ini boleh dibantu oleh guru dengan menampalkan hasil seni yang menarik di sudut tertentu agar timbul perasaan penghargaan diri pada jiwa pembuat dan semangat berlumba atau cabaran pda diri murid lain. iv. Penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan isi pelajaran.

3.4 MENGHARGAI NILAI Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. Sebagai contoh dalam aktiviti membuat kolaj, murid dididik supaya menggunakan bahan terbuang supaya dapat menanamkan semangat mencintai alam kehidupan. Begitu juga apabila tiba bulan kemerdekaan, murid digalakkan membuat poster yang bertemakan cinta pada tanah air.

12

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 841213136128001 ASRINA BINTI PANNYAU

Antara perkara yang berkait rapat dengan menghargai nilai ini ialah yang perlu disepadukan oleh guru semasa menjalankan aktiviti dan kesan selepas itu ialah, i. nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di luar kegiatan dalam kehidupan seharian seperti dengan keluarga dan masyarakat. Sebagai contoh, apabila murid sudah mahir mengenal warna dan jenis-jenisnya, dia boleh mengaplikasikan pengetahuannya itu dengan menolong bapanya memilih warna cat yang bersesuaian mengikut tona. ii. mencintai alam kehidupan seperti mencintai sungai dan keindahannya, hutan dan khazanahnya dan alam sekitar bersama flora dan fauna yang terkandung di dalamnya. iii. nilai patriotisme dan nilai murni lain seperti semangat cintakan negara atau semangat bermasyarakat dan seumpamanya dapat diamalkan dan diterapkan secara bersepadu melalui aktiviti pembelajaran yang berkesan.

4.0 LANGKAH DAN HASIL KERJA MURID Langkah 1: PEMERHATIAN AKTIF Guru boleh menyediakan bahan-bahan contoh untuk menarik minat bagi melihat ataupun menyentuhnya. Seterusnya perbincangan murid-murid dengan guru dibuat bagi mengolah idea mereka sebelum memulakan sesuatu aktiviti seni. Guru menunjukkan contoh corak lipatan dan guntingan. Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan jalinan, warna, imbangan, kontra dan harmoni.

13

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 841213136128001 ASRINA BINTI PANNYAU

Langkah 2: Guru menerangkan tentang alatan dan bahan yang sesuai untuk menghasilkan corak. Guru menunjukkan teknik melipat dan menggunting kertas untuk

menghasilkan corak. Guru juga boeh menunjukkan cara menampal corak kertas warna pada kertas lukisan Langkah 3: INTERAKSI YANG KRITIS DAN KREATIF DENGAN BAHAN Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek

psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta terknik-teknik mudah. Murid mula melipat dan melakar motif pada kertas
warna. Murid menggunting mengikut lakaran motif.

Selepas

aktiviti

penerokaan,

guru

perlu

membimbing muridnya membuat penghasilan dengan menggunakan alat atau bahan dan teknik yang sesuai dan betul. Selain itu, guru juga perlu menerangkan tatacara, langkah dan proses membuat dengan cara yang betul. Ini dapat membantu murid yang lemah untuk terus belajar dan tidak lari dari objektif yang hendak dicapai. Guru juga perlu menerangkan cara amalan tertib ketika melakukan sesuatu aktiviti, keselamatan dan membantu murid di dalam

penyampaian kandungan subjek, idea, hal benda dengan bentuk hasil.

14

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 841213136128001 ASRINA BINTI PANNYAU

Langkah 4: Apresiasi seni visual secara mudah Objektif pengajaran seni visual ini ialah menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar, mencorak, membuat binaan dan kraf, Slot ini penting agar murid tahu kekuatan dan kelemahan hasil seni mereka. Mereka sudah tentulah akan memperbaiki hasil kerja mereka pada sesi lain. Selain itu melalui kegiatan ini, muridmurid dapat mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan. Aspek ini merujuk kepada perasaan murid semasa dan setelah melakukan aktiviti seni didalam kelas.
Langkah 5:

Menghargai nilai murni Setiap hasilan seni yang dihasilkan, mereka perlulah melihat dari sudut pandangan yang positif. Ia mengenai nilai atau idea yang hendak disampaikan dan berkaitan dengan kehidupan yang sebenar. Contohnya, murid diharapkan dapat mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan dan mengutamakan keselamatan

15

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 841213136128001 ASRINA BINTI PANNYAU

5.0 KESIMPULAN Kementerian Pendidikan telah berusaha untuk meletakkan mata pelajaran pendidikan seni ke tahap yang sewajarnya. Pernyataan falsafah, matlamat dan objektifnya jelas serta isi kandungan pelajaran dan ruang lingkupnya telah dinyatakan selaras melalui sukatan pelajaran dengan harapan PSV dapat memenuhi wawasan dan falsafah pendidikan kebangsaan. Oleh itu, semua pihak mestilah berusaha melaksanakan pengajaran, menggunakan kaedah

pengajaran yang sesuai dan berkualiti supaya PSV lebih menarik, berkualiti dan bermakna dari perspektif murid. Di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang berkesan, peranan yang dimainkan bukan hanya daripada pihak guru sahaja. Semasa aktiviti bersama rakan-rakan, kanak-kanak sebenarnya sedang belajar cara-cara berinteraksi dan bersosial bersama orang lain di luar daripada lingkungan ahli keluarga. Memberi pendedahan sosial yang awal kepada kanak-kanak memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran di samping dapat menanam sifat berani dan berani ke hadapan. Murid harus dilibatkan sama secara langsung atau tidak langsung agar matlamat dan objektif pengajaran tercapai disamping memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Imaginasi dan kreativiti yang dipupuk sejak kecil lagi juga boleh menghasilkan insan yang proaktif serta inovatif kepada setiap cabaran yang dihadapi pada masa depan. Melalui Pendidikan Seni juga dapat menyemai seseorang dengan nilai-nilai kasih sayang, menghormati budaya sesuatu kaum, adat istiadat serta menanam sifat-sifat mulia terhadap diri. Justeru kita akan lebih memahami serta menghargai akan nilai-nilai warisan seni budaya keturunan kita sendiri di samping kaum-kaum sesuatu bangsa lain selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

16

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 841213136128001 ASRINA BINTI PANNYAU

6.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Abdullah. (2003). Mendorong Kreativiti Kanakkanak. Selangor Darul Ehsan: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd Hassan Mohd Ghazali. (2007). Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4&5. Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn Bhd Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab dan Universiti. Selangor Darul Ehsan: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Kuala Lumpur Rousliluddin Ambia & rakan-rakan. (2011). HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai