Anda di halaman 1dari 7

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

KOD KURSUS : HBEF2803


TAJUK KURSUS : PERKEMBANGAN
PROFESIONALISME KEGURUAN

NAMA E-TUTOR

: ENCIK LING HAU CHING

NAMA

: MOHD. KHAIRUL SHAHRIR BIN OSMAN

NO. MATRIKULASI

: 831203135237001

NO. KAD PENGENALAN : 831203135237


NO. TELEFON

: 019-8152312

E-MEL

: khairul2yea@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN: OUM SIBU

HBEF2803
831203135237001

Tugasan 2 Aktiviti 1: Rumusan Ceramah Tajuk 1 (T2A1)


Berdasarkan kepada video seminar yang telah dimuat naik dalam portal EPiC, anda
dikehendaki membuat rumusan terperinci berkaitan Tajuk 1 Pembangunan Profesionalisme
Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri.
Rumusan tersebut harus merangkumi aspek-aspek penting yang telah dibentangkan.

Tajuk : Pembangunan Profesionalisme Berterusan Kebertanggungjawaban Inisiatif


Kendiri
Pembentang :Dr. Nasaruddin b. Basar
Ketua Penolong Pengarah,
Sektor Peningkatan Ilmu Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia

HBEF2803
831203135237001
RUMUSAN
Program Pensiswazahan Guru telah bermula sejak tahun 2002 lagi, ramai graduan
yang telah mengikuti program tersebut dengan jayanya. Ada yang berpendapat bahawa
program tersebut perlu diteruskan. Kumpulan yang mengikuti program ini menyatakan
bahawa, program Open University Malaysia (OUM) memang memberi banyak manfaat
kepada guru-guru yang mengikutinya. Pihak OUM telah memberi bantuan sepenuhnya
dari segi modul, syarahan dan segala keperluan melalui forum yang mudah untuk
mendapatkan markahyang baik serta membolehkan para guru berkongsi pendapat dan
perbincangan atas talian. Oleh itu , program pjj perlu diteruskan lagi dengan beberapa
penambah baikan dilaksanakan bagi memantapkan lagi program yang dijalankan.
Kehadiran guru-guru dalam institusi ini memberikan impak yang besar kepada
guru mahupun sistem pendidikan yang telah sedia ada . Ruang dan peluang yang
diberikan oleh pihak institusi bukan sekadar untuk lulus sahaja tetapi kehendak OUM
lebih menumpukan kepada cara berfikir sebagai seorang guru. Penguasaan dalam bidang
ICT wajar di aplikasikan dalam bilik darjah bersama murid-murid, rakan sekerja agar
budaya abad ke -21 dapat dilaksanakan. Selain itu, pengetahuan intelak sebagai seorang
guru dapat dikembangkan.
Guru perlu mencari inisiatif sendiri seperti melanjutkan pelajaran dan
bersemangat untuk terus belajar. Pilihan yang tepat untuk terus belajar adalah punca
kecemerlangan dan kejaya dalam profesion yang dicaburi. Berikut merupakan 4 aspek
yang ditekankan dalam seminar ini:
Empat Aspek kebertanggungjawaban inisiatif kendiri yang diutarakan:
1. Konsep pembangunanan profesionalisma keguruan berdasarkan trend terkini
dalam pembangunan profesionalisme.

HBEF2803
831203135237001
2. Perkaitan inisiatif guru, iaitu peranan dan sumbangan seorang guru dalam
profesion keguruan. Guru perlu berfikiran lebih jauh tidak memadai dengan satu
kepakaran sahaja. Dalam pelan pembangunan pendidikan , guru perlu berubah
dan menguasai bidang-bidang lain. Kopetensi guru masa ini perlu luas agar lebih
mantap.
3. Kebertanggungjawaban seorang guru dan kesan atas pembangunan pelajar, diri
dan kejaya
4. Potensi dalam peluang kerjaya seperti yang termaktub dalam pelan pembangunan
pendidikan Malaysia
Mentranformasi keguruan sebagai profesion pilihan Dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan anjakan Ke-4 menjadi visi yang perlu ditafsirkan dan diaplikasikan oleh guru
pada masa kini. Sejajar dengan perubahan semasa. Kualiti yang sedia ada tidak dapat
menjamin survival Negara pada masa akan datang.
Jika dilihat pada masa ini,ramai pelajar mampu menunjukkan pencapaian
cemerlang dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PMR SPM DAN STPM, namun
masih ada lagi kumpulan yang gagal dalam ukuran pencapaian akademik mereka. Oleh
itu, kemahiran guru masih perlu ditambah baikkan serta dibangunkan. Kopetensi sebagai
seorang guru perlu kaitkan diri kita dengan kemenjadian anak didik kita. Keberhasilan
terhadap murid perlu berlaku kerana golongan inilah yang akan membentuk Negara kita
pada masa hadapan.

Peneraju utama Negara kelak adalah modal insan yang kita didik

pada masa ini.

Trend para majikan hari ini dalam mencari pekerja lepasan universiti
Berdasarkan kajian yang telah dibuat. Pihak majikan biasanya menilai pengambilan
pekerjanya berdasarkan beberapa kriteria.

HBEF2803
831203135237001
1. Pekerja yang boleh berkomunikasi dengan berkesan .
Komunikasi yang berkesan akan memberi keyakinan kepada pelanggan majikan.
Graduan mahir dalam pelbagai bahasa merupakan kelebihan yang ada untuk
bersaing bersama merebut pekerjaan yang diingini.
2. Pekerja boleh berkoleborasi dengan semua pihak.
Bekerja dalam suasana penuh koleborasi untuk menghasilkan produk yang
berkualiti dan terbaik. Secara tidak langsung pekerja ini mampu mengingkatkan
komitmen dan boleh bekerjasama tanpa perasaan pilih kasih.
3. Mahir dalam bidang yang dipilih.
Memiliki kemahiran dalam bidang yang dicaburi. Kemahiran yang tinggi dalam
satu-satu bidang juga adalah aset utama serta boleh menjadi penanda aras dalam
pemilihan pekerja. Contohnya kursus yang diambil di universiti bersesuaian
dengan pekerjaan yang diceburi.
Ramai majikan di Malaysia kini memilih graduan yang memiliki ijazah kepujian
sahaja berbanding graduan yang memiliki ijazah yang cemerlang. Ini kerana majikan
akan berfikir bahawa graduan yang terlampau cemerlang lebih cenderung kepada
menghafal daripada mengaplikasi . selain itu, mereka juga lebih mementingkan diri
sendiri dan kurang berkoleborasi bersama rakan-rakan yang lain. Sikap seperti ini
biasanya tidak tahan pada cabaran persekitaran. Oleh itu perlu ada tranformasi dalam
profesion keguruan

untuk menghasilkan modal insan yang seimbang dan mampu

berkerjasama bersama rakan sekerja yang lain.


Kualiti guru sering menjadi perbincangan umum pada masa ini. Kualiti adalah
bersifat dinamik dan berubah mengikut peredaran zaman. Profesion perlu penambah
baikkan agar murid yang dididik dapat survival bukan setakat lulus peperiksaan sahaja.
Sebaiknya penguasaan dan teknik guru perlu lebih kehadapan dan berkesan kerana
generasi masa ini lebih moden dan mudah terdedah dengan dunia teknologi dan
5

HBEF2803
831203135237001
komunikasi . Kaedah dan pendekatan yang lebih kreatif dan kritis perlu diterapkan dalam
bilik darjah agar bersesuaian dengan kualiti pada masa akan datang.
Kemahiran yang kita sampaikan pada masa kini adalah untuk anak didik
meneruskan kehidupan pada masa akan datang. Tranformasi perlu bermula sekarang dan
janganlah asyik menunggu segala kemudahan yang diberikan lengkap dan sempurna.
Inovasi dan alternatif lain perlu difikirkan oleh guru dan bersedia mengharungi cabaran
dari segi kemudahan yang serba tidak lengkap. Guru merupakan pemangkin atas segala
perubahan yang telah dilaksanakan dan menyahut cabaran mengikut peredaran semasa.
Keperluan semasa mengkehendaki guru yang bersikap proaktif tanpa perlu
menunggu arahan dari Guru Besar , Jabatan

mahupun kementerian untuk bergerak

kerarah yang lebih positif. Dalam PPPM, murid, ibu bapa, dan masyarakat inginkan guru
menyediakan anak didik ke arah suatu jaminan dalam menempuh cabaran di masa
hadapan. Pengalaman mengajar tidak menjamin anak didik kita untuk Berjaya
menempuh cabaran pada masa hadapan . Oleh itu, perubahan baru dan penambah baikan
dari guru dalam teknik pengajaran dan pembelajaran perlu mengikut peredaran semasa.
Dalam beberapa kajian yang telah di jalankan mendapati bahawa kursus-kursus
yang diberikan di peringkat sekolah mahupun BPG atau KPM tidak dapat memenuhi
kehendak semasa . Beberapa perubahan telah dicadangkan oleh pihak kementerian untuk
memberi laluan kepada guru-guru untuk meningkatkan prestasi kendiri. Melalui bahan
bacaan, dialog prestasi bersama rakan sekerja dan kajian tindakan yang dibuat bukan
setakat jaminan lulus peperiksaan OUM sahaja tetapi boleh diterapkan dalam profesion
keguruan kita.
Potensi dalam diri murid boleh ditingkatkan dengan kaedah yang releven dan
terkini serta bermakna dalam usaha menyediakan kemenjadian modal insan yang berguna
dan positif dimasa akan datang. Dalam era globalisasi yang moden ini segala maklumat
ibarat dihujung jari kita, dengan itu kemudahan yang dimiliki perlu diguna pakai dengan
6

HBEF2803
831203135237001
sepenuhnya dalam usaha memajukan diri para pendidik . Hasilnya murid dapat
menguasai ilmu yang berkesan dan bermakna berdasarkan komitmen guru pada tahap
yang maksima. Inovasi yang guru ciptakan boleh dikongsi bersama melalui media sosial
yang sedia ada dengan menyalurkan maklumat yang bermanfaat untuk semua pihak.
Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita harus sentiasa membangunkan diri
yang sediaada mengikut perubahan semasa. Sekarang anak didik kita memerlukan
inisiatif kita untuk membawa kejayaan pada kita dalam masa yang sama untuk kejayaan
anak murid kita juga. Ilmu yang sedia ada perlu selalu ditambah baik atau tambah nilai
dan bangunkan diri kita dalam inisiatif pembangunan professional keguruan yang
ditawarkan. Pelan Pembanganan Pendidikan menjelaskan kepada guru untuk mendidik
pelajar-pelajar kita untuk bersaing di persada dunia pada masa sekarang dan masa akan
datang. Kaedah dan pendekatan yang kita guna pada hari ini boleh menjamin survival
anak didik kita pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai