Anda di halaman 1dari 2

Rekabentuk Instruksional berdasarkan Model ADDIE Model ADDIE mempunyai lima bahagian utama iaitu: i. ii. iii. iv.

v. ADDIEAnalyze (Analisis) Design (Reka bentuk) Develop (Pembangunan) Implement (Pelaksanaan) Evaluate (Penilaian)

i.

Analisis (Analyze) a.) Persekitaran Pembelajaran Guru memastikan persekitaran pembelajaran murid dalam keadaan selesa supaya pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lancar.

b.) Objektif Pembelajaran Murid dapat: i. ii. iii. iv. Menerangkan pengertian sistem kawalan Menerangkan secara ringkas fungsi setiap peringkat yang terdapat dalam sistem kawalan Menyenaraikan beberapa komponen yang terdapat dalam satu sistem kawalan mudah Menerangkan secara ringkas bagaimana satu sistem kawalan beroperasi

ii.

Reka bentuk (Design) Guru menggunakan kaedah pembelajaran secara tutorial berbantukan bahan multimedia coursewaremenggunakan komputer.

iii.

Pembangunan (Develop) Menggunakan program Lecture Maker dan Flash untuk menghasilkan courseware. Guru menggunakan elemen multimedia untuk mengajar subjek reka cipta Tingkatan Lima. Tajuk Sistem Kawalan merupakan tajuk yang dipilih. Ia penting dan releven dengan kehidupan seharian para pelajar. Dalam courseware tersebut guru menggunakan elemen multimedia untuk menyampaikan bahan pengajaran dan pembelajaran.

iv.

Perlaksanaan (Implement) Pengajaran yang berkesan dapat dilaksanakan bagi menghasilkan sesuatu pembelajaran yang bermakna kepada murid-murid. Guru menggunakan multimedia untuk menimbulkan minat dan bahan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Murid menggunakan seluruh pancaindera untuk mengikuti sesi pengajaran selama 80 minit (dua masa pengajaran).

v.

Penilaian (Evaluate) Penilaian secara formatif dilakukan untuk menilai dan mempertingkatkan serta memperbaiki tahap keberkesanan bahan yang telah direka dengan menjadikan ahli kumpulan sebagai simulasi (mikro teaching). Manakala penilaian secara sumatif dilakukan pada akhir sesi pengajaran untuk menilai peratusan pelajar mencapai objektif pembelajaran dengan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan di akhir sesi. Murid dapat menggunakan kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir dan kemahiran belajar apabila belajar menggunakan multimedia. Objektif pengajaran dapat dicapai pada akhir pengajaran dan pembelajaran. Soalan-soalan pengukuhan dan interaktif telah disediakan dan respon terhadap jawapan murid dalam masa yang singkat.

KESIMPULAN Penggunaan model ADDIE dalam rekabentuk instruksional sebenarnya dapat membantu guru mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik berbanding kaedah pengajaran secara tradisional. Model ADDIE bukan saja mudah difahami, malah mudah diamalkan oleh guru dan pelajar. Diharapkan courseware yang telah dibangunkan menggunakan multimedia ini menjadi pencetus idea kepada rakan guru untuk mengimplimentasikan P&P berbantukan komputer agar dapat menarik minat dan memotivasikan pelajar dan menjadikan pelajaran menjadikan lebih berkesan.

Anda mungkin juga menyukai