Anda di halaman 1dari 27

Penghargaan Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Saya ini mengucapkan jutaan terima kasih yang juga penghargaan khusus buat En. Fuadi B. Hj. Abd Razak kerana segala tunjuk ajar serta membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan PISMK -OUM Pengajian Melayu yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Penghargaan juga kepada orang yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan tugasan ini. Akhir sekali, penghargaan istimewa buat ibu bapa saya yang banyak memberi galakan dan sokongan agar memastikan saya berjaya dalam pelajaran. Semoga mereka semua mendapat balasan yang setimpal daripada Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih.

Soalan tugasan
1

Penggolongan kata bahasa melayu merupakan aspek yang penting dikuasai oleh pelajar. Kaji dua buah buku, iaitu Tatabahasa Dewan dan Petunjuk Tatabahasa dan buatlah perbandingan tentang penggolongan kata. Huraian anda mestilah disertai dengan contoh-contoh yang relevan. Rujukan buku 1. Asraf (2008) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, Kota Damansara: Sasbadi Sdn. Bhd.
2. Nik Safiah et. al (2008) Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

(40 markah)

Pendahuluan

Golongan kata merupakan sesuatu perkataan dalam bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Oleh itu, sesuatu perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu frasa, klausa, dan ayat. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa predikat pula dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Frasa-frasa ini disebut frasa utama ayat. Dalam bahasa Melayu terdapat dua kumpulan kata, iaitu: I. II. Kata isian (kumpulan yang terbuka kerana sentiasa berkembang) Kata tugas (kumpulan kata tertutup seperti dan, itu, amat, walaupun, sekiranya, dan sebagainya. Kata-kata boleh digolongkan berdasarkan faktor sintaksis dan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada empat iaitu: I. II. III. IV. Kata nama kata kerja kata adjektif kata tugas

Kata nama, kata kerja dan kata adjektif ialah kata isian yang terbuka.

Definisi Penggolongan Kata Menurut Nik Safiah(2008) kata nama, kata kerja, dan kata adjektif bolehlah disebut golongan kata utama kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat. Selain tiga golongan utama ini, tidak terdapat lagi perkataan-perkataan yang boleh menjadi inti bagi mana-mana frasa utama.
3

Oleh itu, perkataan-perkataan, selain tiga golongan kata nama itu, boleh dikelompok ke dalam satu golongan kata secara kolektif, disebut kata tugas yang bersifat heterogen. Kesimpulannya, golongan kata dalam bahasa Melayu menurut Nik Safiah terbahagi kepada empat, iaitu : i. ii. iii. iv. Kata nama Kata kerja Kata adjektif Kata tugas

Manakala menurut Asraf (2008) kata-kata dala bahasa Melayu dapat digolongkan kepada kelas-kelas berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Kata nama Kata kerja Kata adjektif Kata sendi Kata keterangan Kata hubung Kata seru Kata sandang

Di antara kelas-kelas kata itu, kata nama,kata kerja, dan kata adjektif dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya. Manakala kelas kata yang lain tidak dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya, tetapi dapat bertugas untuk menentukan makna sesuatu ayat. Oleh itu, kata sendi, kata keterangan, kata hubung, kata seru, dan kata sandang boleh dimasukkan dalam kelas kata tugas.

Perbandingan Utama Golongan Kata Nik Safiah Karim (2008) Kata Nama i. ii. iii. Kata nama am Kata nama khas Kata ganti nama Asraf Abdul Wahab (2008) Kata Nama i. ii. iii. Kata nama am Kata nama khas Kata ganti nama
4

iv. Kata Kerja i. Kata kerja aktif Kata kerja aktif transitif Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja pasif

Kata bilangan

Kata Kerja i. ii. iii. Kata kerja tak transitif Kata kerja transitif Kata kerja pasif

i.

Kata Adjektif i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Kata adjektif sifat @ keadaan Kata adjektif warna Kata adjektif ukuran Kata adjektif bentuk Kata adjektif waktu Kata adjektif jarak Kata adjektif cara Kata adjektif perasaan Kata adjektif pancaindera

Kata Adjektif i. Kata penguat

Kata Tugas a) b)
c)

Kata Tugas i. ii. iii. iv. v. Kata sendi Kata keterangan Kata hubung Kata seru Kata sandang

d) e) f) g) h) i) j) k) l) m) n)

Kata hubung Kata seru Kata tanya Kata perintah Kata pangkal ayat Kata bantu Kata penguat Kata penegas Kata nafi Kata pemeri Kata sendi nama Kata pembenar Kata arah Kata bilangan

Golongan Kata Nama


5

Nik Safiah Karim (2008) - merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.

Asraf (2008) - kata yang menyatakan makna orang, binatang, benda tempat, dan sebagainya yang disertai kata bilangan di depannya atau kata ganti tunjuk ini atau itu dibelakangnya.

Kata nama dipecahkan seperti berikut : i. ii. iii. Kata nama am Kata nama khas Kata ganti nama

Kata nama terbahagi kepada : i. ii. iii. iv. Kata nama am Kata nama khas Kata ganti nama Kata bilangan

Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am terbahagi kepada dua jenis, iaitu

Kata nama am ialah merujuk sesuatu yang bernyawa dan hidup seperti manusia, binatang dan tumbuhan serta yang tidak bernyawa dan tidak hidup seperti benda dan tempat. Dibahagikan kepada dua jenis

a. Kata nama am konkrit (yang

membawa konsep kebendaan) Contohnya : tangan, pekerja, rumah, kereta, sungai, kambing, lautan
b. Kata nama am abstrak (yang a. Konkrit nama sesuatu yang

dapat dilihat, atau dipegang dan dirasakan.Kata nama am konkrit terdiri daripada kata asal atau kata terbitan. Contohnya : biara biarawan, duta kedutaan, duri durian.
6

membawa konsep mujarab atau bukan kebendaan)

Contohnya : mimpi, roh, idaman, kedamaian, perpaduan serapan

b. Abstrak nama sesuatu yang

hanya dibayangkan sebagai ada dalam fikiran atau khayalan. Kata nama am abstrak pun boleh terdiri daripada kata asal atau kata terbitan. Contohnya : agama keagamaan, Kata perkataan, kisah pengisahan.

Kata Nama Khas Kata nama yang ditulis dengan huruf besar dipangkalnya termasuk dalam Kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Terbahagi kepada dua iaitu : a. manusia, contohnya : Ali, Abu Chua a. Kata nama khas hidup Manusia Contohnya : Nina, Hani Bukan manusia Contohnya : Lassie, Putih b. binatang, contohnya : Comel, Hitam, Tomi c. bangunan, contohnya : Wisma Putra, Dayabumi
7

kelas kata nama khas. Merupakan kata yang khasnya merujuk kepada :

d. bandar, a. Kata nama khas tak hidup Contohnya : Kuala Lumpur, Proton Saga, Pasir Mas, Brunei, Gunung Jerai, Angkasapuri contohnya : Kuantan, Dubai e. negeri, contohnya : Kedah, Perlis, Perak f. judul buku, contohnya : Hujan Pagi, Cinta
g. makhluk lain seperti malaikat.

Contohnya : Jibrail, Mikail

Kata ganti nama ialah kata yang Kata Ganti Nama mengambil tempat kata nama sebagai pengganti. Terbahagi kepada a. kata ganti diri Kata ganti nama terbahagi kepada dua iaitu : a. kata ganti nama tunjuk kata ganti nama tunjuk umum contohnya : ini, itu kata ganti nama tunjuk tempat contohnya : sini, situ a. kata ganti nama diri
a) Kata ganti diri ialah untuk

b. kata ganti tanya c. kata ganti tempat d. kata ganti tunjuk e. kata ganti tak tentu

mengganti kata nama orang. Kata ini terbahagi kepada tiga iaitu : 1. kata ganti diri pertama contohnya : aku, beta, daku, hamba 2. kata ganti diri kedua contohnya : dikau, kalian, kamu, tuanku, anda 3. kata ganti diri ketiga contohnya : baginda, ,mereka,
8

kata ganti nama diri tanya contohnya : siapa, apa, mana

kata ganti nama diri orang

dia Manakala kata ganti nama diri orang terbahagi kepada a. kata ganti nama diri orang pertama contohnya : saya, aku, beta, kita, patik, kami b. kata ganti nama diri orang kedua contohnya : saudara, kamu, awak, kau, engkau, anda
a) Kata ganti tanya digunakan untuk a) Kata ganti diri singkat dapat

disingkatkan seperti yang berikut :


aku menjadi ku engkau menjadi kau kamu menjadi mu dia atau ia menjadi nya

membentuk ayat-ayat tanya. Contohnya : apa, mana, dan

c. kata ganti nama diri orang ketiga contohnya : ia, dia, beliau, mereka -nya

siapa

b) Kata ganti tempat ialah kata

yang digunakan untuk mengganti kata nama tempat. Ada tiga sahaja kata ganti tempat iaitu : sana sini situ

a) Kata ganti tunjuk ialah kata yang

menunjukkan sesuatu atau seseorang. Kata ganti tunjuk ada dua sahaja iaitu: ini itu
9

a) Kata ganti tak tentu ialah kata

ganti yang menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu. Antara contoh kata ganti tak tentu ialah :
a. apa-apa (mengganti nama benda

atau hal tidak tentu). contoh ayat : Dia tidak berkata apa-apa.
b. mana-mana (mengganti nama

benda atau nama tempat yang tidak tentu). contoh ayat : Mana-mana pun berguna bagiku.
c. siapa-siapa atau sesiapa

(mengganti orang yang tidak tentu). contoh ayat : Kami tidak menyebelahi siapa-siapa.

Kata Bilangan -merupakan kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu. -boleh terdiri daripada kata asal atau kata terbitan. -kata bilangan terbahagi kepada 7 jenis :

a) kata bilangan tentu


10

contohnya: satu, dua, tiga, seratus b) kata bilangan tak tentu contohnya: beberapa,semua,para c) kata bilangan tanya contohnya: berapa d) kata bilangan pecahan contohnya: setengah,suku, dua pertiga e) kata bilangan pisahan contohnya: setiap, tiap-tiap, masing-masing f) kata bilangan perhimpunan contohnya: ribuan, pelbagai,puluhan,berabad-abad g) kata bilangan tingkat contonya: pertama, kedua, ketiga

Penjodoh bilangan -merupakan kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. -ada kalanya penjodoh bilangan biasanya tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. Misalnya:

a) sekalian peserta (betul) sekalian orang peserta (salah)


11

b) seluruh negeri (betul) seluruh buah negeri (salah)

-penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak. -misalnya, beberapa cara, dua abad, ketiga-tiga sifat, dan sebagainya. -beberapa contoh penjodoh bilangan : batang bentuk bidang biji bilah buah butir

carik, dll.

Golongan Kata Kerja Nik Safiah Karim (2008) -kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. -kata kerja terbahagi kepada dua iaitu : a) kata kerja aktif kata kerja aktif tak transitif kata kerja aktif transitif a) kata kerja pasif Asraf (2008) -kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan. -umumnya kata kerja ditandai dengan imbuhan-imbuhan seperti ber-, ber an,berkan,me-kan, mekan, mei, memper-..,memperkan, dan memper i -kata kerja terbahagi kepada tiga,iaitu: a) Kata kerja tak transitif b) Kata kerja transitif

12

c) Kata kerja pasif

Kata kerja aktif tak transitif -kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. -dibahagi kepada subgolongan, iaitu:

Kata kerja tak transitif -terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu: Asal Merupakan kata kerja bebas dan tidak berimbuhan. Contohnya: balik, bangkit, bersin, Berawalan ber-.. Dikenali sebagai kata kerja bentuk terbitan. Contohnya: berasal,beroda,belajar Berapitan berkan Contohnya: beralaskan, berdasarkan

a) kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap

kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut.

Contohnya: Semua orang pulang. a) kata kerja aktif tak transitif berpelengkap

kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.

Contohnya: Keadaan bapanya beransur baik.

Berapitan ber...an

Contohnya: bercucuran, berdekatan Berawalan meContohnya: menyala,mendarat Berawalan terContohnya: termenung, tertawa

Kata kerja aktif transitif -kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. contohnya:

13

Saya telah menjawab surat itu. Kami membaiki kereta itu.

Kata kerja terikat -ada juga kata kerja tidak berimbuhan tetapi bukan pula kata kerja asal melainkan kata kerja terikat yakni tidak bebas.

Kata kerja pasif -kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Contonya: Surat itu telah saya jawab. Kereta itu telah kami baiki.

-contohnya: adu, ampun, angkat,beli, beri,bina,bawa, cabut, capai, dadak, dll.

Kata kerja Transitif -kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat. -objek yang menyertai kata kerja transitif mesti frasa nama. -terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu:

Berawalan me-..

Contohnya: melukis, membeli

Berapitan mekan

Contohnya: mengajarkan, membelikan

Berapitan mei

Contohnya: membasahi,mendekati

Berawalan rangkap memper-

Contohnya: memperalat,
14

memperoleh

Berapitan memperkan

Contohnya: memperhatikan, mempersatukan

Berapitan memperi

Kata kerja Pasif -kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak lagi berawalan me-. -kata kerja pasif boleh berawalan perserta berakhiran i dan berakhiran kan. -kata kerja pasif berawalan ber-,ter-, berapitan ke..an.

- contohnya: ambil, atasi, berikan, percepat, peringati, perhatikan, berasah,bertulis, terbunuh,tercapai, kehujanan, kecurian dan dll.

-satu lagi ialah bentuk frasa kerja pasif bantuan yang terdiri daripada kata kerja pasif serta kata bantu kena.

-contohnya: kena curi, kena pukul, Golongan Kata Adjektif

15

Nik Safiah Karim (2008) -dikenali sebagai kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. -kata adjektif dibahagia kepada 9 jenis iaitu: a) Kata adjektif sifatan @ keadaan -memberi pengertian sifatan atau keadaan. Contohnya: baik, lemah, gopoh, sihat, pandai, berani, takut. b) Kata adjektif warna -membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan. Contohnya : merah, biru, putih c) Kata adjektif ukuran -membawa pengertian ukuran. Contohnya: panjang, pendek, besar, kecik, tebal, nipis d) Kata adjektif bentuk -membawa pengertian rupa bentuk. Contohnya: bulat, lurus, buncit, leper, lekuk, bujur, bengkok. e) Kata adjektif waktu -membawa pengertian konsep masa. Contohnya: baharu, lama, awal

Asraf (2008) -kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat. -kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. -Contoh kata adjektif : Adil, aman, beku, cemas, , cerdas, dahaga, damai, elok, enak, fasih, gagah, , hina, hebat, indah, jahat, gila, kagum, lambat, mahal, dan dll.

-ada juga kata adjektif yang berawalan ter-. Misalnya : terdekat, tertinggi, dll -kata adjektif disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan bertugas sebagai kata penguat.

Kata penguat -sebagai penanda adjektif terbahagi kepada tiga, iaitu:

a) Penguat depan Contohnya: agak,begitu,lebih, paling b) Penguat belakang Contohnya: benar, betul, nian, dan
16

f) Kata adjektif jarak -membawa pengertian konsep ruang antara dua bentuk atau keadaan sebagai penerang k.nama Contohnya: jauh, rapat, hampir, g) Kata adjektif cara -membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam. Contohnya: cepat, selalu, laju, deras, lincah, jelas. h) Kata adjektif perasaan -membawa pengertian konsep perasaan. Contohnya: rindu, benci, cinta i) Kata adjektif pancaindera -membawa maksud konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera. i. Deria rasa Contohnya: sedap,masin ii. Deria pandang Contohnya:cantik,segak iii. Deria dengar Contohnya: lunak,garau iv. Deria bau Contohnya:harum,busuk v. Deria sentuh Contohnya:kasar,licin Golongan Kata tugas Nik Safiah Karim (2008)

sekali. c) Penguat bebas Contohnya: amat, sangat, sungguh

Asraf (2008)
17

-kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik: frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif. -kata tugas dapat dikelompokkan kepada empat kelompok yang berikut :

-kata tugas dibahagikan kepada 5 jenis iaitu: a) Kata sendi -bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasafrasa yang lain. -kata sendi dari, di, dan ke, adalah kata sendi utama. -Contoh kata sendi nama yang

1. Kata penyambung ayat -ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. a) Kata hubung -kata hubung gabungan Jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Contohnya: dan, lalu, serta, sambil, atau, malahan

lain ialah: akan, bagi, daripada, dengan, hingga, kepada,oleh, pada, sebagai, sejak, seperti, dan tentang.

b) Kata keterangan -adalah kata yang menerangkan kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan yang lain. -kata keterangan terbahagi kepada:

Kata keterangan cara seperti begini, begitu, demikian,dll.

Kata keterangan masa seperti akan, belum, masih, pernah, sedang, sudah, telah, dll

-kata hubung pancangan Jenis kata hubung yang menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.

Kata keterangan tanya


18

Kata hubung pancangan terbahagi kepada 3 jenis iaitu: - keterangan Berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contohnya: kerana, agar, semasa, ketika, untuk, apabila, kalau dll.

iaitu bagaimana, bila dan mengapa. Kata keterangan darjah seperti agak, amat, nian, paling, sangat, dll.

Kata keterangan tak tentu seperti agaknya, barangkali, entah-entah, dll.

- komplemen Berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap apda klausa utama. Contohnya ada dua iaitu: bahawa dan untuk. - relatif Berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Contohnya: yang a) Kata hubung -kata yang digunakan untuk menghubungkan unit-unit tatabahasa dalam ayat gabungan dan ayat pancangan. -kata hubung terbahagi kepada : 1. Kata praklausa -sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, yang terdiri daripada : Kata hubung gabungan -iaitu kata hubung yang digunakan untuk
19

Kata keterangan nafi seperti bukan,tak, dan tidak.

-ada beberapa lagi kata keterangan yang tidak dapat dijelaskan lagi. Misalnya : hanya,jua, juga, saja, dll.

menggabungkan sepatah a) Kata seru Bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contohnya: aduh, aduhai, ah, amboi, cih, cis, eh, nak, oh, wah, dan wahai.
b) Kata tanya

kata, atau satu frasa dengan satu frasa, atau satu klausa dengan satu klausa dalam bentuk ayat majmuk gabungan. Contohnya: atau, dan, lalu, maka, serta dan tetapi. Kata hubung pancangan -iaitu kata yang digunakan untuk memancangkan satu klausa yang lain untuk membentuk ayat pancangan. Contohnya: agar, andaikata, apabila, bahawa, hingga, supaya, tatkala, dll

Perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Contohnya: mengapa, bagaimana, berapa, bila, apa, siapa, mana. c) Kata perintah Bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan. Contohnya: jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap. d) Kata pembenar Perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan. Contohnya: ya, benar, dan betul.

Kata hubung berpasangan -iaitu kata yang digunakan secara berpasangan dalam bentuk ayat majmuk gabungan juga. Contohnya: baik mahupun, baikbaik, bukan saja tetapi juga, kiankian, sedangkan tambahan pula, dll

20

e) Kata pangkal ayat Perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contohnya: hatta, maka, adapun, arakian, sebermula, alkisah a) Kata seru -ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seperti geram, hairan, marah, sakit, takut, dll. -digunakan untuk membentuk ayat-ayat yang dikenal sebagai ayat seruan. Contoh kata seru ialah 1. Kata prafrasa dan pascafrasa -sejumlah perkataan yanghadir sebelum dan sesudah empat frasa tersebut.
a) Kata bantu (sebelum frasa)

aduh, aduhai, ah, amboi, cih, cis, eh, nak, oh, wah, dan wahai.

a) Kata sandang -dikenali sebagai kata penyerta merupakan partikel yang tidak mempunyai erti serta tidak dapat berdiri sendiri. -mempunyai tugas yang penting untuk menentukan makna dalam ayat. Contoh kata sandang ialah nya sang si yang

Jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu di bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu: Kata bantu aspek Menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau, masa kini atau masa hadapan. Contohnya: telah, sudah, baru, pernah, masih, mula, belum, akan, sedang.

21

Kata bantu ragam Bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan. Contohnya: hendak, mahu, harus, mesti, dapat, boleh.

a) Kata penguat

Perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Ada 3 jenis kata penguat iaitu: Kata penguat hadapan Perkataan yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contohnya : terlalu, paling, agak, cukup, makin, dan kurang. Kata penguat belakang Perkataan yang terletak di belakang frasa atau kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul, nian.

22

Kata penguat bebas Perkataan yang terletak di hadapan atau pun di belakang frasa atau kata adjektif. Contohnya: amat, sangat, dan sungguh. a) Kata penegas Sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas iaitu : Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, -kah, -tah, -lah Yang menegaskan keduadua bahagian ayat iaitu subjek atau predikat. Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi dan memang.

a) Kata nafi Perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat. Contohnya : bukan dan tidak. b) Kata pemeri
23

Unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua cara iaitu,

Secara persamaan antara subjek dengan predikat atau ekuatif, dengan penggunaan kata pemeri ialah.

Secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri adalah.

a) Kata sendi nama Perkataan yang terletaknya di hadapan frasa nama. Contohnya: di, bagi, laksana, antara, untuk, dalam, sampai, pada, kepada, dari, daripada, ke, bagai, akan, oleh, dll.

b) Kata arah Sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contohnya: atas, bawah, tepi, belakang, hadapan, tengah,
24

sudut, sisi, luar, utara, selatan, dll. c) Kata bilangan Sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Jenis kata bilangan ialah :

Jumlah yang tentu. Contohnya, dua, sejuta, seribu, tiga, sepuluh, dll

Bilangan tak tentu. Contohnya, semua, para, beberapa, seluruh, banyak, sedikit dll.

Himpunan. Contohnya, beribu-ribu, berguni-guni, bertiga-tiga, dll.

Pisahan. Contohnya masing-masing, setiap, tiap-tiap.

Pecahan. Contohnya setengah, dua pertiga, dll.

a) Kata adverba

Perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Contohnya, selalu, sentiasa, esok, dan sering kali.

25

1. Kata pascakata -satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Antara bentuk kata demikian ialah sesungguhnya, nampaknya, lajunya, dan datangnya. a) Kata penekan Bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contohnya: Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. b) Kata pembenda Bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Contohnya: Lajunya ialah 100km sejam.

Bibliografi Bagi menyiapkan tugasan ini, rujukan utama saya adalah seperti di bawah. Hal ini disebabkan soalan tugasan berkehendakan perbandingan antara dua buku ini sahaja. Bagi rujukan internet pula, saya hanya merujuk untuk pendahuluan sahaja.

1. Asraf (2008) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, Kota Damansara: Sasbadi Sdn. Bhd.
26

2. Nik Safiah et. al (2008) Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Internet http://www.tutor.com.my/stpm/golongan%20kata/golongan_kata.htm www.geocities.com/wr200x/Golongan_Kata.htm

27

Anda mungkin juga menyukai