Anda di halaman 1dari 9

RAKAN SEBAYA

Rakan sebaya ataupun teman sepermainan memainkan peranan penting dalam agen sosialisasi. Ketika berada di luar rumah anak-anak akan mempunyai kawan-kawan untuk bermain dan berkongsi pendapat. Rakan sebaya banyak memainkan peranan dalam membentuk keperibadian seseorang individu. Dalam pergaulan anak-anak akan memperlajari peraturan yang mengatur peranan dan kedudukan seseorang mempelajari nilai-nilai yang murni dalam masyarakat. dan

Walaupun pengaruh keluarga sangat kuat dalam kehidupan kanak-kanak, lamakelamaan pengaruh tersebut semakin berkurangan apabila kanak-kanak sudah cukup besar untuk mempunyai rakan-rakannya sendiri. Kumpulan rakan sebaya terdiri daripada mereka yang sebaya dengan kanak-kanak dan kebanyakannya daripada status sosial yang sama. Berlainan dengan keluarga, kumpulan rakan sebaya tidak berniat untuk mensosialisasikan kanak-kanak. Tujuan utamanya ialah rekreasi. Namun demikian, fungsi sosialisasi yang tersembunyi yang ada pada rakan sebaya adalah agak penting. Pengaruh rakan sebaya sangat ketara pada peringkat remaja. Kadangkala ahli-ahli dalam clique atau geng mempunyai pengaruh yang kuat dari segi nilai, sikap dan pandangan terhadap kehidupan. Akibatnya, remaja cuba menghayati norma, nilai, kod dan segala harapan rakan sebaya supaya dia disanjungi oleh kumpulannya.

Ramai ahli sosiologi mengatakan bahawa dalam masyarakat moden, kumpulan rakan sebaya telah menjadi agen sosial yang terpenting. Dalam masyarakat tradisional, pola kebudayaan yang stabil menjadi garis panduan kepada tingkah laku. Pembentukan personaliti banyak bergantung kepada tradisi masyarakat yang ada di sekeliling kanakkanak. Gejala ini agak berlainan dalam masyarakat moden di mana pembentukan personaliti banyak bergantung kepada pengaruh rakan sebaya. Remaja merasakan dirinya perlu diterima oleh kumpulan rakan sebaya, remaja perlu akur atau patuh kepada nilai rakan sebaya. Kadangkala, norma dan nilai tersebut bertentangan dengan

norma dan nilai keluarga atau tradisi dan ini akan merupakan bibit-bibit konflik antara golongan muda dan tua.

Jurang generasi semakin meningkat dalam negara moden seperti Amerika Syarikat. Apabila seseorang itu mencapai peringkat remaja, kumpulan rakan sebaya membuat tuntutan terhadapnya supaya berfikir dan berkelakuan yang bercanggah dengan norma generasi tua. Banyak kebudayaan kaum muda muncul seperti bentuk seni baru, peraturan seks yang tidak ketat, cara berpakaian ala moden, pelbagai stail rambut ala punk, cuba berjinak dengan dadah dan banyak lagi tingkah laku lencong yang sukar diterima oleh orang tua. Biasanya, nilai dan harapan ibu bapa dibangkang secara terus terang. Protes dan pemberontakan tersebut pada pandangan kaum muda adalah untuk menunjukkan mereka tidak lagi bergantung kepada orang dewasa. Tujuannya ialah untuk mempunyai konsep kendiri yang tersendiri.

Rakan sebayalah yang mempengaruhi cara bermain, bergaul dan tingkah laku remaja banyak terbentuk dari rakan sebaya. Sehingga kepada dewasa membawa kepada pembentukan clique atau gang dimana nilai, kod dan etika dalam clique atau gang akan diterima pakai oleh rakan sebaya. Nilai, kod dan etika yang dipengaruhi oleh rakan sebaya ini kadang kala bertentangan dengan nilai norma keluarga atau nilai norma masyarakat tempatan. Ini boleh membawa kepada pertembungan nilai, kod dan etika.

Kesimpulannya

rakan

sebaya

memainkan

peranan

penting

dalam

perkembangan kanak-kanak . Ini kerana selain ibu bapa dan keluarga, rakan sebayalah yang menjadi teman mereka. Kehadiran mereka penting dalam pembentukan personality, tingkahlaku, kognitif dan sebagainya. Sepotong Hadith Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud, Pilihlah rakan yang betul. Sekiranya kamu bersahabat dengan seorang penjual minyak wangi nescaya bauan kasturinya akan terkena pada kamu. Tetapi, apabila kamu bersahabat dengan tukang besi nescaya bau tengik besi akan terpalit juga pada diri kamu. ,

MASYARAKAT

Peranan dan tanggungjawab diri sebagai angota masyarakat yang menghayati kepentingan hidup bersama bagi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat masih diteruskan.. Kita bersyukur, walaupun negara kita dalam proses pemodenan, tetapi kita masih lagi mengekalkan dan mengamalkan budaya-budaya ketimuran Generasi muda kini masih lagi mengamalkan sikap saling hormat-

menghormati kepada generasi tua dan meneruskan kesinambungan budaya-budaya yang positif. Proses sosialisasi dikalangan generasi muda juga dipengaruhi oleh budaya dan amalan hidup masyarakat setempat. Amalan gotong-royong dalam majlis-majlis perkahwinan masih lagi diamalkan disesetengah tempat. Amalan tersebut diteruskan kerana tidak mahu budaya tersebut dilupakan oleh generasi muda.

Masyarakat kita masih lagi bertindak sebagai hakim terhadap tingkahlaku songsang yang diamalkan oleh anggota masyarakat lain. Masyarakat kita menolak tingkah laku negatif yang boleh memalukan keluarga dan masyarakat itu sendiri seperti perzinaan, ragut, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Jika terdapat isu-isu masyarakat yang diketengahkan melalui media massa, masyarakat kita akan mengutuk perbuatan-perbuatan yang tidak baik itu melaui komen-komen yang disalurkan melalui laman social seperti facebook, twitter dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa masyarakat negara kita masih mengambil berat , peka terhadap isu-isu semasa dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian walau pun sibuk dengan urusan masing-masing.

Masyarakat kita yang berbilang kaum dan bangsa, telah mengajar kita supaya saling hormatmenghormati agama dan budaya masing-masing. Anak-anak yang berbilang bangsa ini boleh hidup bersama-sama dan saling kenal-mengenali antara satu sama lain sehingga ada diantara mereka yang menganggap rakan-rakan yang berlainan agama dan budaya ini sebagai rakan karib. Mereka boleh bermain bersama-sama, belajar bersama-sama dan menikmati makanan tradisional tanpa ada perasaan prejudis. Perpaduan dan sikap toleransi antara kaum yang diamalkan oleh masyarakat kita secara tidak langsung mendidik generasi muda bersosialisasi secara sihat bagi mengekalkan keamanan dan kemakmuran Negara Malaysia yang tercinta ini.

Penghayatan nilai-nilai murni oleh masyarakat majmuk perlu diteruskan dan dipupuk agar diamalkan bagi membendung serta mengatasi gejala sosial dalam masyarakat hari ini. Kesemua agama dan budaya masyarakat yang merupakan entiti terbesar dalam negara kita iaitu agar Melayu, berakhlak Cina mulia. dan India menyeru serta mengajak nilai-nila I

penganutnya

Ketiadaan

penghayatan

murni dalam masyarakat menyebabkan perilaku mereka menjuru s k e a r a h negatif. Kerajaan telah berusaha dalam menangani permasalahan tersebut dan sentiasa menyuburkan serta membuka ruang perbincangan dan percambahan minda agar masyarakat sedar tentang tanggungjawab masingmasing.Olehsebab itu setiap warganegara Malaysia perlu menghayati nilai-nilai positif yang ada dalam ajaran agama masing-masing.

SALBIAH BINTI HARUN\ 730814-10-5114

REFLEKSI

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpahkurniaNya, saya bersama dua orang rakan PGSR Pengajian Sosial Cikgu Norizam Bin Mohd. Junid dan Cikgu Yaakob Bin Bahari, dapat menyiapkan tugasan KKP yang diamanahlan oleh En.

.Melalui tugasan yang diberikan ini saya mendapat banyak ilmu pengetahuan tentang agen-agen sosialisasi dan peranan yang dimainkan oleh agen-agen tersebut di dalam pembentukan keperibadian seseorang. Dalam kehidupan yang lebih mencabar kini, banyak pengaruh-pengaruh negatif mula menular dalam masyarakat kita. Budayabudaya ini diserap masuk melalui agen-agen sosialisasi seperti media massa, rakan sebaya dan juga masyarakat. Untuk mencegah diri daripada terjebak dengan anasiranasir yang negatif seperti zina, pergaulan bebas, pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah dan sebagainya,masyarakat perlu memainkan peranan sebagai agen sosialisasi bagi generasi muda. Banyak faktor yang mendorong individu sama ada berperibadian mulia atau sebaliknya.

Pengaruh persekitaran sosial yang paling awal diterima oleh seseorang manusia sudah tentulah daripada ibu bapa sebagaimana hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud:

Tidak ada seorang bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih daripada sebarang dosa), maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikan anak itu sama ada sebagai seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan pendidikan anakanak dan membentuk asas-asas perkembangan diri seseorang anak. Ibu bapalah yang dapat membantu anak-anak memperolehi pendidikan yang cemerlang dan bermutu. Oleh itu,

mereka bertanggungjawab membentuk sikap yang positif di dalam diri anak-anak seperti ingin belajar, rajin membaca, ingin tahu, suka bergaul dengan orang lain, sentiasa aktif dan mengambil bahagian dalam aktivitiaktiviti sekolah. Ibu bapa juga harus menunjukkan contoh sikap ini kepada anak-anak dan membimbing kelakuan mereka. Ibu bapa juga bertanggungjawab meletakkan asas-asas nilai murni dan pembentukan konsep diri yang positif di kalangan anak-anak ( Selain daripada peranan ibu bapa, pembentukan keperibadian seseorang turut dipengaruhi oleh pelbagai pengaruh yang wujud dalam persekitaran kehidupan manusia seperti mana yang dijelaskan dalam al-Quran ayat ke 8 hingga ke 10 Surah alShams yang bermaksud: Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya. Dalam ayat ini dijelaskan tentang proses pembentukan keperibadian manusia dipengaruhi oleh elemen-elemen ilham sama ada ia menuju kepada jalan yang baik mahupun yang buruk. Namun manusia dibekalkan dengan akal untuk memilih jalan mana yang harus diikuti. Pengaruh-pengaruh jalan kebaikan dan kefasikan ini pada hakikatnya merupakan pengaruh-pengaruh yang wujud daripada persekitaran dalam kehidupan seseorang. Rasulullah saw juga telah menghuraikan pentingnya elemen pengaruh persekitaran sosial terhadap proses pembentukan keperibadian seseorang. Baginda menjelaskan tentang pentingnya seseorang

memperhatikan dengan siapakah dia bergaul dalam kehidupan sehariannya kerana pergaulan tersebut akan memberi kesan terhadap keperibadiannya.

Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah. Di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan

intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.

Imam al-Ghazali juga turut menekankan faktor pembelajaran sosial iaitu pergaulan dengan orang-orang yang soleh sebagai salah satu daripada tiga kaedah membentuk akhlak yang mulia dalam diri seseorang . Ini adalah kerana manusia itu secara semulajadi bersifat meniru di mana seseorang itu boleh memperolehi kedua-dua sifat baik dan buruk daripada keadaan seseorang yang lain. Jika seseorang itu bergaul dengan seseorang yang baik dalam tempoh tertentu, dia akan memperolehi dalam dirinya sesuatu kebaikan daripada orang tersebut dan secara tidak disedari banyak mempelajari sesuatu.

Guru dan sekolah merupakan ejen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tahun 1988 iaitu:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Sehubungan dengan itu juga, guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar daripada segi fizikal, intelek, emosi

dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif, efektif dan psikomotor pelajar.

Secara kesimpulannya, hasil daripada perbincangan dapat disimpulkan bahawa faktor persekitaran sosial terutama ibu bapa, rakan sebaya, guru, media massa dan sebagainya memainkan peranan yang cukup penting dalam pembentukan jati diri individu. Hal ini sekaligus mengisyaratkan bahawa urusan mengembangkan potensi dan pendidikan bukan hanya terletak dalam konteks persekolahan semata-mata, malah perlu dilakukan secara holistik oleh semua pihak yang terlibat melalui pelbagai pendekatan pembelajaran sosial seperti permodelan, peneguhan, maklum balas dan nasihat secara langsung bagi menggalakkan pembelajaran sosial yang positif. Elemanelemen pembelajaran sosial yang sedia wujud dalam kehidupan pelajar perlu digerakkan secara bersepadu agar mereka turut memberi sumbangan yang positif terhadap pembinaan generasi muda yang dinamik, berketrampilan dan berakhlak mulia.

Bibliografi

Azhar Ahmad & Ab. Halim Tamuri. 2010. Pembelajaran Pengaturan Kendiri dalam Pendidikan Islam. Dlm. Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif .2005. Membentuk Identiti Remaja.Pahang. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Dato Dr. Mohd. Fadzillah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar. 2006. Kunci Menjadi Individu Berkredibiliti. Selangor.PTS Millennia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai