Anda di halaman 1dari 25

Tamadun Yunani

Perkembangan Keilmuan Tamadun Yunani

Dasar Pendidikan Yunani


Sparta- pendidikan bertujuan melahirkan individu yang boleh bertindak (a)membentuk warganegara tentera yang sempurna. (b)menekankan latihan fizikal (persediaan untuk melahirkan individu yang setia kepada negara)& sebagai tentera dan pahlawan yang hebat.

Athens- pendidikan bertujuan: (a)melahirkan warganegara yang sempurna dari segi perkembangan tubuh dan minda yang seimbang. (b)menekankan pembelajaran ilmu, seni muzik, sukan

Institusi Pendidikan Yunani

Sparta:
Institusi pendidikan Sparta boleh diringkaskan seperti berikut:

Institusi

Usia

Ciri-ciri Pendidikan

Keluarga

Kanak-kanak akan dibesarkan oleh ibu hingga ia 1-7 tahun mencapai usia 7 tahun. Bayi yang lemah akan dibiarkan mati atau diserahkan kepada hamba.

Komuniti akan mengawasi kanak-kanak dengan memberikan latihan(berlari, melompat, bergusti, Komuniti 8-18 tahun bertinju, ) di berek tentera. Mereka yang tamat pengajian akan menjadi kadet dan mengawasi perbatasan. 19-20 tahun Setelah mempunyai pengalaman bertugas sebagai tentera/kadet selama 10 tahun, mereka boleh menikmati hak penuh warganegara apabila mencapai usia 30 tahun.

Negara

Kaum wanita Sparta pula menjalani kehidupan di luar rumah dan mereka diajar melompat, berlari, bermain bola, melontar cakera, bertinju, menari dan menyanyi.

Athens:
Dibahagikan kepada pendidikan lama (abad ke-6 S.M5 S.M) dan pendidikan baru (pertengahan abad ke-5 S.Mpertengahan abad ke-4 S.M).

Ciri-ciri institusi pendidikan lama Athens:

Institusi Sekolah

Usia 7 tahun

Ciri-ciri Pendidikan Latihan fizikal yang ringan dan permainan bola.

Sekolah

12-15 tahun

Latihan gimnastik.

Sekolah

Kemahiran dalam kursus 5 bahagian(pentathlon). 15 tahun Ia meliputi lompatan, larian, tinju, lumba lari, ke atas lompat pagar, membaling cakera dan tarian. Termasuk juga bacaan dan menghafal.

Sekolah muzik yang mengajar subjek muzik, Awam membaca, menulis dan mengira. Individu perlu 18 tahun mengangkat sumpah untuk menjadi warganegara (Unversiti) yang baik.

Ciri-ciri institusi pendidikan baru Athens:


Institusi Ciri-ciri Pendidikan

Sekolah

Pengajar adalah guru baru yang dikenali sebagai sofis. Pengajaran tertumpu kepada pembacaan, penulisan, aritmetik dan menghafal sajak dan syair.

Akademi (Sekolah Pelajar bebas memberi pendapat. Pendidikan Tinggi)

Kurikulum Pendidikan Yunani Sparta:


Bermula bila seseorang kanakkanak berusia tujuh tahun dan berakhir pada usia 30 tahun apabila kanak-kanak lelaki dibenarkan berumah tangga.

Kurikulum Negara kota Sparta:


Usia Aktiviti Latihan fizikal, melempar cakera, lembing dan bergusti. Pertandingan bertempur dengan musuh. Tentang peperangan dan latihan menggunakan senjata dan cara bertempur. Peperiksaan setiap 10 hari. Tujuan Menjadikan kanak-kanak lasak dan mempunyai nilai-nilai baik. Menyiapkan diri sebagai warganegara yang berguna dan lasak.

8-18 tahun

19 tahun

Disebat di tempat penyembahan dewa untuk menguji kekuatan fizikal dan ketabahan.
Kehidupan militer yang sebenar. 20 tahun 10 tahun dalam dunia peperangan dengan memburu binatang dan mengawal sempadan. Persediaan untuk menjadi warganegara yang lasak.

Dalam kurikulum Sparta, kaum wanita mendapat pendidikan di rumah dan kurikulumnya meliputi aktiviti berlari, melompat, melontar cakera, melontar lembing, bertinju, menari dan menyanyi. Tujuan: menanamkan semangat patriotik, melahirkan ibu yang sihat dan berketurunan baik.

Athens: Kurikulum Negara kota Athens:

Kurikulum Zaman Lama Usia Kandungan

Usia

7-19 tahun (sekolah 7-14 tahun dan Latihan fizikal, muzik (sekolah akademi, dan pembacaan. rendah) sekolah pendidikan tinggi) 15-17 tahun Latihan fizikal dalam sukan pentathlon. Pendidikan dalam kursus tugas-tugas ketenteraan untuk menjadi warganegara yang dikenali sebagai Ephebus(youth) 20-30 tahun 35-50 tahun

Kurikulum Zaman Baru Kandungan Membaca, retorik, ucapan, mengira dan penekanan kepada tatabahasa. Sekolah retorik pertama adalah pada 390 S.M dan sekolah falsafah pertama Akademik pada 386 S.M

Motifnya adalah untuk menyediakan individu kepada kerjaya awam.

Sains, aritmetik, geometri dan astronomi dengan tujuan untuk mengasah berfikir dan mencari kebenaran.
Individu mengabaikan diri kepada kerja-kerja kebajikan.

Konsep Ilmu Yunani Tamadun Yunani melahirkan ramai ahli falsafah(Socrates, Plato, Aristotle) yang memberikan sumbangan besar dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Ahli falsafah Yunani menekankan akhlak, melibatkan politik alam idea atau bentuk yang universal sebagai sumber ilmu. Aristotle-menyumbang dalam bidang pengetahuan melalui karya-karya(logika, biologi, dan metafisika). Logika: pemikiran analitis yang menjadi asas bagi ilmu pengetahuan.

Sumber Ilmu Yunani Aliran rasionalisme- menekankan akal fikiran sebagai sumber pengetahuan yang sebenar. dipelopori oleh Plato yang berpendapat bahawa terdapat dua Dunia (dunia idea-lebih sempurna, dunia konkrit) menekankan bahawa ilmu bertolak daripada usahausaha akal yang membawa kepada rumusan yang bersifat deduktif. Aristotle merupakan pendukung aliran rasionalisme yang menekankan bahawa ilmu bertolak daripada usaha-usaha akal yang membawa kepada rumusan yang bersifat deduktif. Aristotle juga mengemukakan cara berfikir secara teratur dalam satu sistem yang dikenali sebagai sillogisme.

Astronomi Yunani
Ptolemy menghasilkan sebuah ensiklopedia astronomi berjudul Almagest. Beliau berpendapat bahawa bumi berada dalam keadaan statik manakala matahari, bulan dan planet-planet lain dalam satu pusingan selama 24 jam. Beliau berpendapat alam bersifat ego pusatan dan terdiri daripada pelbagai lapisan dan berpusatan kepada bumi.

Matematik Yunani
Thales adalah tokoh matematik Yunani yang pertama mempelajari ilmu geometri semasa melawat Mesir. Antara maklumat yang dipelajari oleh Thales : Bulatan dibahagi dua sama banyak oleh garis pusat. Sudut tapak segi tiga sama adalah sama besar. Pada dua garis yang memotong antara satu sama lain,sudut yang bertentangan.
Thales mengukur saiz kapal di laut dengan menggunakan prinsip segi tiga sama manakala tinggi piramid diukur dengan membandingkan panjang bayang-bayang dengan bayang-bayang benda yang diketahui tingginya.

Pythagoras (580-500S.M.) adalah tokoh matematik yang terkenal dan pernah mempelajari ilmu matematik Mesir dan Babylon. Beliau terkenal dengan Teorem Pythagoras dan berpendapat angka dan geometri penting untuk membersihkan jiwa dan mendapat ketenangan. Masyarakat Yunani menggunakan dua sistem nombor iaitu sistem herodianik yang terdiri daripada garis-garis dan sistem Ionic yang terdiri daripada huruf abjad Yunani.

Euclid (320-260S.M.) adalah tokoh matematik Yunani yang terkenal menerusi Elements yang mengandungi konsep-konsep seperti akisom,teorem,postulat dan pembuktian yang menjadi asas ilmu matematik moden. Konsep Elements merupakan asas ilmu geometri dan mengandungi tulisan tokoh-tokoh Yunani sebelum itu Thales dan Pythagoras.

Perkembangan dan Sumbangan

Thales adalah tokoh mathematik Yunani yang pertama mempelajari ilmu geometri semasa melawat Mesir. Pythagoras pernah menuntut ilmu dari pendeta di Mesir .Beliau mengetahui tentang sudut tepat berdasarkan nombor 2, 3,4,5 dan seterusnya membentuk Teorem Pythagoras. Kemajuan orang Yunani dalam bidang geometri berasal daripada ilmu mengukur tanah yang diambil daripada orang Mesir. Orang Yunani juga mempelajari sistem tulisan daripada orang Phoenicia dan ilmu-ilmu astronomi daripada Tamadun Mesopotamia.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai