Anda di halaman 1dari 36

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI (PSS3112)

DISEDIAKAN OLEH :

PENSYARAH : TUAN HAJI MOHAMED YUSOFF BIN MOHAMED

DEFINISI PERTUMBUHAN EKONOMI

Pertumbuhan merupakan kadar kenaikan pendapatan kasar negara yang berubah setiap tahun.

Pertumbuhan yang tinggi dapat meningkatkan pendapatan negara, pendapatan per kapita sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat.

FAKTOR PERTUMBUHAN EKONOMI

Tanah dan Sumber Asli

Kemajuan Teknologi

Penduduk dan Buruh

Peranan Kerajaan

Modal

Peranan Pengusaha

TANAH DAN SUMBER ASLI

Meliputi tanah, kekayaan alam seperti kesuburan tanah, keadaan iklim, hasil hutan, tambang dan hasil laut.

Negara-negara dunia ketiga kurang memiliki kekayaan alam berbanding negara-negara maju pada saat mulamula membangun.

Zaman kolonialisme. -Merompak hasil alam negara lain sehingga berlakunya masalah sosial

Kekayaan sumber alam menjamin bekalan bahan mentah yang mencukupi untuk proses perindustrian.

PENDUDUK DAN BURUH

Kemampuan sesuatu negara tergantung kepada kecekapan penduduk.

Menentukan keberhasilan pembangunan melalui jumlah penduduk dan kualiti penduduk.


Penduduk negara dunia ketiga kurang pendidikan, pengalaman & jauh ketinggalan & akses terbatas.

Pertambahan jumlah penduduk mendorong faktor pertumbuhan ekonomi kerana : Menambah jumlah tenaga buruh Menambah jumlah pengeluaran Menambah saiz pasaran Meningkat perbelanjaan angregat Mendorong pertambahan keluaran negara Pertumbuhan ekonomi

MODAL

Bertujuan agar dapat membantu kelancaran proses pembangunan juga meningkatkan produktiviti.

Meliputi segenap aspek sumber daya seperti kewangan, tenaga dan juga kemudahan infrastruktur.

Aliran kapital atau invest asing dari luar negeri baik oleh sektor pemerintah mahupun swasta asing merupakan suplemen atau pelengkap bagi usaha pemecahan lingkaran arus kemiskinan.

1. Pertambahan pelaburan merangsang pertumbuhan ekonomi dalam sektor perkilangan, pembinaan, pertanian, dan sebagainya. 2. Keluaran negara dan pendapatan negara akan bertambah apabila pelabur bertambah. 3. Pelabur akan meningkat apabila tabungan meningkat kerana pertambahan tabungan menambahkan kebolehan negara itu mengumpul modal pelaburan.

PERANAN PENGUSAHA /USAHAWAN

Antara peranan yang perlu dimainkan oleh para pengusaha ialah : Menghormati dan memelihara komuniti masyarakat. Membantu memperbaiki kualiti hidup manusia Mengelakkan pemborosan sumber daya yang tidak dapat diperbaharui Menyokong kreativiti masyarakat untuk memelihara lingkungannya sendiri Memelihara kebajikan para pekerja Mengoptimumkan pengeluaran dan penggunaan sumber

Usahawan yang mahir dapat mengendalikan pengeluaran berasaskan teknologi tinggi. Proses pengeluaran dan pertumbuhan dapat dipercepatkan apabila pengeluaran adalah berasaskan teknologi tinggi. Kemahiran buruh dan usahawan meningat akibat daripada peningkatan : Taraf pendidikan Latihan Pengalaman bekerja

PERANAN KERAJAAN

Menyediakan barang keperluan yang mencukupi.

Mengawal kegiatan perusahaan agar tidak tumbuh menjadi perusahaan monopoli yang merugikan perekonomian.

Menjamin terhindarnya penindasan dan ketidakseimbangan ekonomi dalam masyarakat.

Memastikan pertumbuhan ekonomi diwujudkan dengan efisien

Pelan perancangan

Penyertaan pihak swasta

Menyeimbangkan antara wilayah dan kaum

Memantapkan sistem pendidikan

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi

PELAN PERANCANGAN

RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN (RPLT)

Antara Langkah Yang Diambil :


Penubuhan RIDA pada tahun 1951 untuk pembangunan ekonomi, FELDA(1956) untuk pembangunan tanah, MARA(1966) untuk bantuan kredit dan teknikal, PORIM (1979) untuk pembangunan penyelidikan pertanian Unit Perancang Ekonomi (EPU) mempunyai peranan untuk merancang pembangunan ekonomi negara MARDI (1969)

Membangunkan Kemajuan Teknologi Dalam Industri :


Makanan Pertanian Asas Tani Tempatan

Khidmat Nasihat

Latihan Teknikal

Menyediakan Inkiubator Teknologi

Khidmat R&D

PERANAN MARDI

MENYEIMBANGKAN ANTARA WILAYAH DAN KAUM Bermula dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990 Matlamat : membasmi kemiskinan : menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.

Menawarkan perkhidmatan dan kemudahan awam seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah

Menambahkan peluang untuk menukar kegiatan yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti rancangan-rancangan tanah FELDA, FELCRA, projek perikanan dan ternakan moden dan sebagainya

Menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional pada 17 Jun 1991 yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Dasar Pembangunan Nasional ini menandakan bermulanya Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2).

MEMPELBAGAIKAN KEGIATAN EKONOMI

Kerajaan telah melancarkan dua kajian utama pada tahun 1983 : * Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) menilai dan mengubahsuai dasar-dasar perindustrian negara yang ada dan mengkaji semula galakan-galakan pelaburan dan dasar-dasar peningkatan eksport.

* Pelan Induk Perindustrian (PIP) menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am di samping menentukan strategi-strategi untuk sektor-sektor kecil yang berpotensi

MEMANTAPKAN SISTEM PENDIDIKAN

Menyediakan satu sistem pendidikan yang membolehkan setiap rakyat mendapat ilmu dgn mudah. Melakukan pelaburan ekonomi seperti bantuan kewangan. Contoh : biasiswa dan tajaan.

PENYERTAAN PIHAK SWASTA

Dasar Penswastaan Negara -Penjualan perusahaan milikan negara atau milikan awam kepada sektor swasta yang akhirnya menyebabkan ekuiti swasta dikuasai oleh sektor swasta Contoh : Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia Berhad (TM), Malaysia International Ship Company(MISC)

KESIMPULAN : PERANAN KERAJAAN

Galakan kerajaan melalui dasar-dasar ekonomi dan penyediaan kemudahan infrastruktur menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Kemudahan infrastruktur seperti bekalan air, elektrik, perhubungan dan pengangkutan akan melancarkan proses perindustrian.

KEMAJUAN TEKNOLOGI

Kemajuan teknologi yang meningkatkan pekerja Terjadi apabila penerapan teknologi tersebut mampu meningkatkan mutu atau keterampilan angkatan kerja secara umum. Misalnya, dengan menggunakan LCD, televisyen dan media komunikasi elektronik lainnya di dalam kelas.

Kemajuan teknologi yang hemat tenaga kerja Penggunaan teknologi tersebut memungkinkan kita memperoleh output yang lebih tinggi dari jumlah input tenaga kerja yang sama. Penggunaan komputer elektronik, mesin tekstil automatik, traktor dan mesin pembajak tanah dan banyak lagi jenis mesin serta peralatan moden lainnya.

1. Kemajuan teknologi mendorong meninggikan Kecekapan pengeluaran Menambah jumlah keluaran Menurunkan kos pengeluaran

2. Kemajuan teknologi juga meninggikan mutu barang yang sedia ada dan menghasilkan barang baru di pasaran.

RUJUKAN
Chamhuri Siwar et.al. (2007). Ekonomi Malaysia. Selangor. Pearson Publications. Sdn. Bhd Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia. (2008). Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia Ismail Said et.al. (2009) . Pengajian Sosial 2. Selangor. Karisma Sdn. Bhd. Publications

Jomo.(1989). Dasar-Dasar Ekonomi Mahathir. Kuala Lumpur. Institut AnalisaSosial Md.Zhahir Kechot et.al. (2004). Makroekonomi. Selangor. Penerbit Fajar Sdn. Bhd Mohd Rosli Mohamad et.al. (2003) . Pembangunan Ekonomi Malaysia Era Globalisasi . Kuala Lumpur. Universiti Malaya Shamsul Amri Baharuddin.(1990).Masyarakat Malaysia Yang Membangun. Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Bakti

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai