Anda di halaman 1dari 5

HAMBA As-Syahid Sayyid Qutb Hamba itu bukanlah orang-orang yang kerana dipaksa oleh keadaan sosial dan

situasi ekonomi, menjadi hamba sahaya, di mana para pemilik memperlakukan mereka sama dengan memperlakukan bendabenda dan binatang. Yang dinamakan hamba itu ialah orang-orang yang diselamatkan oleh keadaan situasi ekonomi dari perhambaan, tetapi mereka berebutan untuk menjadi hamba dengan sukarela. Hamba adalah orang-orang yang mempunyai istana dan tanah perkebunan, mempunyai kecukupan dalam soal harta benda, mempunyai pekerjaan dan penghasilan, tidak dikuasai oleh seorang pun dalam soal harta benda dan jiwa mereka, tetapi walau pun demikian mereka berebut-rebut di pintu tuan-tuan, berebut-rebut untuk menjadi hamba dan memberikan jasa. Mereka sendiri yang meletakkan belenggu di tengkuk mereka, yang merantai kaki mereka dan memasang lencana perhambaan, dengan berebut-rebutan dan dengan merasa bangga pula. Hamba adalah orang-orang-orang-orang yang berdiri di pintu tuannya, berdesak-desakan, padahal mereka melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana di dalam tuan itu menyepak-nyepak hambahambanya yang hina dina itu denga tumit sepatunya, bagamana hamba-hamba itu diusir dari pekerjaan mereka tanpa pemberitahuan dan tanpa peringatan, bagaimana mereka menunduk-nundukkan kepala kepada tuan itu, lalu tuan itu menampar kepalanya denga penuh kehinaan, dan memerintahkan agar mereka itu dilemparkan ke luar pintu. Tetapi selepas semuanya ini mereka kembali pula berdesakdesakan di pintu, menawarkan jasa-jasa untuk menggantikan orangorang yang telah dilemparkan ke luar. Semakin keras penghinaan tuan kepada mereka, mereka semakin berdesak-desakan di sekeliling tuan itu bagaikan lalat. Hamba adalah orang-orang yang melarikan diri dari kemerdekaan. Bila mereka dihalau oleh seorang tuan, mereka mencari tuan yang lain. Dalam jiwa mereka terdapat keperluan mendesak untuk menjadi hamba, kerana mereka mempunyai deria keenam, atau ketujuh, iaitu deria kehinaan. Keperluan ini harus mereka penuhi. Kalau tidak ada orang-orang yang mahu menjadikan mereka hamba, maka jiwa mereka itu merasa haus untuk diperhamba, mereka berdesak-desakan di pintu-pintu, mereka meminta untuk diperhamba, dan mereka tidak menunggu walaupun isyarat jari si tuan, untuk menjatuhkan diri sujud kepadanya.

Hamba adalah orang-orang yang apabila telah dimerdekakan merasa iri hati terhadap hamba-hamba yang masih merengkok dalam sangkar, bukan merasa iri hati terhadap orang-orang yang bebas merdeka, kerana mereka takut kepada kemerdekaan, kerana kehormatan diri itu mereka rasa terlalu berat. Ikatan perkhidmatan di kalangan mereka adalah merupakan lencana kehormatan yang amat merka banggakan, kerana warna-warna yang memenuhi baju perkhidmatan itu, adalah pakaian yang paling megah yang mereka dambakan. Hamba adalah orang-orang yang merasakan adanya belenggu, bukan ditengkuk tetapi dalam jiwa. Mereka yang bukan kulit mereka menjadi merah kerana cambuk tuannya, tetapi jiwa mereka yang menjadi merah oleh kerana cambuk kehinaan. Mereka bukan orang-orang yang diseret oleh pedagang hamba dari lubang telinga mereka , kerana mereka itu diseret tanpa pedagang hamba, kerana pedagang hamba itu tersembunyi di dalam darah mereka. Hamba adalah orang-orang yang selalu mendapati dirinya berada di rantai perhambaan, di dalam sangkar-sangkar penjual hamba. Kalau mereka dilepaskan, mereka akan tersesat dalam lautan kehidupan, dan terumbang-ambing dalam keriuhan masyarakat. Mereka takut menghadapi cahaya. Kerana itu mereka kembali mengetuk pintu rumah penjara mereka, memohon kepada para penjaga agar mereka sudi membukakan pintu kurungan itu sekali lagi. Tetapi walaupun begitu, hamba itu adalah orang-orang yang perkasa di atas dunia, berlaku kejam dan bengis terhadap orang-orang yang merdeka, dengan sukarela menganiaya mereka, dan merasa senang sekali mengazab dan menyakiti mereka, membalaskan dendam kepada mereka seperti algojo yang bodoh. Mereka sama sekali tidak mengerti kenapa orang-orang yang merdeka itu mempunyai motivasi untuk menjadi merdeka. Mereka fikir kebebasan itu sebagai suatu pemberontakan, keunggulan sebagai suatu yang luar biasa, kemuliaan sebagai suatu dosa. Kerana itu mereka menumpahkan segala rasa benci mereka yang tidak tertahankan itu kepada orang-orang bebas yang mempunyai harga diri, iaitu orang-orang yang tidak mahu berjalan dalam barisan hambahamba. Mereka berlumba-lumba menciptakan cara-cara baru untuk menghukum orang-orang yang bebas merdeka, sebagaimana mereka berlumba-lumba menyenangkan hati para tuan mereka agar tuan itu jangan merasa tidak senang dan mengusir mereka dari pekerjaan mereka, kerana tuan-tuan itu merasa bosan dengan permainan yang berulang-ulang. Mereka ingin mengubah para pemain dan

menggantinya dengan orang-orang yang sejak tadi telah berdiri di pintu. Walaupun demikian masa depan adalah kepunyaan orang-orang yang bebas merdeka, bukan milik para hamba dan bukan pula milik tuantuan yang menginjak-nginjak hamba di bawah telapak kaki mereka. Masa depan adalah milik orang-orang yang bebas, kerana perjuangan seluruh umat manusia untuk kemerdekaan tidak akan sia-sia saja, kerana penjara-penjara hamba yang telah diruntuhkan tidak akan dapat berdiri lagi, dan kerana rantai-rantai perhambaan yang telah dihancurkan tidak akan disambung kembali. Hamba memang selalu bertambah banyak, tetapi perbandingan orangorang yang merdeka selalu berlipat ganda . Bangsa-bangsa keseluruhannya menggabungkan diri kepada barisan-barisan kemerdekaan dan menjauhkan diri dari iringan-iringan hamba-hamba. Kalau maupun hamba itu sendiri dapat menggabungkan diri ke dalam golongan orang-orang yang merdeka, kerana genggaman algojo-algojo itu tidak lagi sekuat dahulu kala sehingga selalu dapat mengendalikan mereka, kerana reruntuhan perhambaan itu tidak mempunyai kekuatan lagi untuk memimpin barisan. Tetapi sebagaimana telah saya katakan, para hambalah yang mengetuk pintu sangkar hamba itu, agar hidung mereka dapat diikat dengan tali. Tetapi barisan-barisan kemerdekaan berjalan terus. Ribuan dan bahkan jutaan orang-orang menggabungkan diri dalam perjalanannya. Sia-sia para tukang pukul itu berusaha menghalangi barisan-barisan ini atau membubarkannya dengan memasukkan hamba-hamba itu untuk berhasil, walaupun mereka dapat merobek-robek kulit orang-orang merdeka. Sia-sia saja usaha mereka untuk membelokkan barisan itu, setelah bendungan-bendungan itu dihancurkan, setelah batu-batu diangkatkan, sehingga yang tinggal di tengah jalan hanya duri-duri saja. Inilah putaran demi putaran. Seluruh pengalaman masa lampau menunjukkan bahawa kemenangan dalam setiap pertempuran yang terjadi antara kemerdekaan dan perhambaan adalah untuk kemerdekaan. Genggaman kemerdekaan mungkin mengeluarkan darah, tetapi pukulan maut itu selalu dimiliki oleh kemerdekaan. Itulah sunnatuLlah di atas dunia, kerana kemerdekaan adalah tujuan jauh di puncak masa depan. Sedangkan perhambaan adalah penyelewengan yang aneh di lembah masa lalu.

Iring-iringan hamba selalu berusaha untuk menghalangi barisan kemerdekaan. Tetapi iring-iringan itu tidak berdaya untuk memecah barisan, kerana ke dalam barisan itu telah masuk semua orang-orang. Barisan itu hanya berisi kepala-kepala hamba. Bagaimana iring-iringan hamba yang hanya berisi bekas tinggalan hamba-hamba saja, dapat menghalangi barisan kemerdekaan yang telah mencakup seluruh umat manusia?. Walaupun hakikat seperti ini telah pasti, terdapat sebuah hakikat lain yang tidak kurang pastinya. Iaitu, barisan kemerdekaan itu selalu menghendaki korban. Iringan hamba sudah pasti dapat merobek beberapa pinggir barisan. Punggung beberapa orang yang merdeka sudah pasti terkena cambuk tukang-tukang pukul itu. Kemerdekaan meminta harga yang harus dibayar. Perhambaan itu sendiri juga meminta korban iaitu perhambaan itu sendiri. Apakah kemerdekaan tidak akan meminta korban, pada hal ia adalah kemerdekaan?. Ini adalah suatu hakikat. Dan itu adalah suatu hakikat pula. Tetapi akhirnya sudah diketahui, tujuan telah jelas, jalan telah terbuka lebar dan pengalaman telah banyak terjadi. Marilah kita biarkan iring-iringan hamba itu, dengan seluruh hamba yang terdapat di dalamnya, menghiasi diri dengan bintang-bintang dan tanda-tanda kohormatan menghiasi dada mereka. Marilah kita perhatikan barisan-barisan orang-orang merdeka, di mana di dalamnya orang-orang yang kepala mereka dihiasi oleh bintang-bintang harga diri. Marilah kita teruskan langkah-langkah kita dalam barisan itu dengan langkah yang perlahan tetapi pasti di jalan yang dipenuhi duri. Hasilnya yang terakhir kita telah tahu. Hasil terakhir untuk orang-orang yang sabar.