Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR TAHUN 2011 DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA

DAN MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

SCRAP BOOK

PENDAHULUAN

1.0 Projek ini dijalankan oleh usahasama setiap ahli Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Singkir dalam mencapai sasaran untuk Projek MBMMBI peringkat sekolah. RASIONAL DAN JUSTIFIKASI

2.0 Setiap perancangan atau aktiviti akan berjaya sekiranya semua guru di dalam Panitia Bahasa Inggeris bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing. 2.1 Program ini juga dapat membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. 2.2 Program ini dapat meningkatkan peratus lulus dalam ujian dan peperiksaan. MATLAMAT

3.0 Membantu setiap pelajar agar dapat meningkatkan tahap penguasaan perbendaharaan kata yang maksimum. OBJEKTIF

4.0 Meningkatkan nilai tambah dalam pembelajaran murid melalui aktiviti-aktiviti sokongan Bahasa Inggeris di dalam dan luar bilik darjah. 4.1 Membina keyakinan diri dalam kalangan murid untuk berkomunikasi secara lisan atau tulisan dalam Bahasa Inggeris.

PELAKSANAAN PROGRAM

5.0 Tatacara Pelaksanaan: Guru Bahasa Inggeris yang mengajar di setiap kelas akan bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti buku scrap.

6.0 Kumpulan Sasaran: Semua pelajar Tahap 1 dan 2. 7.0 Tarikh dan Jangkamasa Pelaksanaan: Aktiviti buku scrap akan dilakukan sepanjang tahun dan akan diteruskan untuk tahuntahun seterusnya.

Buku scrap akan dilakukan sekurang-kurangnya selepas satu atau dua unit pembelajaran dihabiskan.

8.0 Pengisian program: Buku scrap akan dilakukan secara individu dan berkumpulan. Buku scrap akan dimulakan dari peringkat asas untuk Tahun Satu dan akan beralih ke peringkat seterusnya untuk tahap seterusnya. Murid-murid mencari keratan akhbar berdasarkan topic yang diberi oleh guru. Guru akan menyediakan kertas warna A4 untuk dilekatkan huruf dan gambar yang telah

digunting dari keratan akhbar.

9.0 Anggaran Perbelanjaan: Kertas warna A4 setiap satu bernilai RM 25.00. Jumlah yang diperlukan ialah sebanyak 14 rim yang bernilai RM 350.00.

10.0 Sumber Kewangan: Panitia Bahasa Inggeris

PENUTUP

11.0 Program buku scrap perlu dilakukan agar ianya dapat membantu para pelajar dalam memperbanyakkan lagi perbendaharaan kata dan sekaligus dapat diaplikasikan ke dalam pembinaan ayat. Dsediakan oleh, Disemak oleh, (MARLIANA BT. ABD. HAMID) GURU BESAR GURU BAHASA INGGERIS SK. SINGKIR SK. SINGKIR

Anda mungkin juga menyukai