Anda di halaman 1dari 4

Cetak Emel SOALAN LAZIM > MEMOHON PINJAMAN > PINJAMAN KEDUA

PINJAMAN KEDUA

Soalan: Saya mempunyai baki kelayakan sebanyak RM200,000. Bolehkah saya membuat pinjaman perumahan kali kedua untuk membeli harta baru sebanyak RM150,000 dan baki RM50,000 lagi untuk membuat kerja-kerja ubahsuai rumah. Jawapan: Pinjaman kedua adalah membeli harta kedua atau membuat kerja ubahsuai rumah (pilih salah satu) tertakluk kepada syarat pinjaman kedua dan ubahsuai.

Soalan: Saya telah menikmati kemudahan pinjaman perumahan Perbendaharaan kali pertama secara pinjaman bersama dengan isteri. Baki hutang pinjaman isteri saya telah pun dijelaskan sepenuhnya. Bolehkah saya membuat permohonan pinjaman bersama bagi pembelian harta kedua sedangkan hutang pinjaman pertama saya masih belum dijelaskan sepenuhya. Jawapan: Tidak boleh dipertimbangkan.

Soalan: Apakah syarat-syarat utama yang ditetapkan bagi melayakkan seseorang kakitangan Kerajaan memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan bagi pembelian harta kedua. Jawapan: a) Baki hutang pinjaman pertama selesai sepenuhnya. b) Kelayakan pinjaman kedua tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada anggaran pencen bulanan pemohon yang akan diterima berdasarkan gaji hakiki semasa.

Soalan: Saya telah mengambil pinjaman perumahan Perbendaharaan dan pada masa yang sama saya telah mencagarkan harta tersebut kepada bank untuk pinjaman bagi tujuan mencukupkan wang beza. Adakah saya layak mengambil pinjaman tambahan dengan menggunakan baki kelayakan bagi mengambilalih pinjaman bank tersebut. Jawapan: Tidak boleh dipertimbangkan.

Soalan: Saya telah diluluskan pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Memandangkan keluasan tanah tersebut masih boleh digunakan untuk mendirikan sebuah rumah lagi, bolehkah saya menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kali kedua untuk tujuan tersebut. Jawapan: Tidak boleh dipertimbangkan kerana pinjaman perumahan bagi membina rumah hanya dibenarkan untuk mendirikan sebuah rumah sahaja di atas satu lot tanah.

Soalan: Saya telah mengambil pinjaman perumahan Perbendaharaan dan telah menyelesaikan kesemua baki hutang pinjaman saya. Seterusnya saya telah mencagarkan harta tersebut kepada bank untuk tujuan peribadi. Bolehkah saya menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kali kedua untuk menebus hutang pinjaman saya dengan bank berkenaan. Jawapan: Tidak boleh dipertimbangkan.

Soalan: Sekiranya suami saya meletak jawatan, adakah saya layak mengambil alih pinjaman perumahan Perbendaharaan bagi menyelesaikan baki hutang pinjaman. Jawapan: Boleh dipertimbangkan dengan syarat suami bersetuju untuk memindahmilik harta sekurangkurangnya sebahagian atau sepenuhnya kepada nama isteri.

Soalan: Bolehkah saya mengambilalih pinjaman suami saya yang meletak jawatan sekiranya bayaran berperingkat belum dikeluarkan 100% atau rumah masih belum siap. Jawapan: Tidak boleh dipertimbangkan.

Soalan: Sekiranya suami saya memilih persaraan pilihan sendiri, adakah saya layak mengambilalih pinjaman perumahannya kerana belum menerima bayaran pencen bulanan. Tambahan pula saya belum lagi mengambil pinjaman perumahan Perbendaharaan. Jawapan: Boleh dipertimbangkan. Soalan: Saya telah membeli rumah melalui pinjaman perumahan Perbendaharaan. Malangnya rumah tersebut masih belum siap kerana terlibat dengan projek terbengkalai/bermasalah yang disahkan oleh KPKT/JPPH/SUK yang mana berkaitan. Bolehkah saya membatalkan pinjaman perumahan tersebut dan memohon pinjaman perumahan yang baru untuk membeli rumah lain. Jawapan: Boleh dipertimbangkan. PINJAMAN KEDUA BAGI PEMBELIAN HARTANAH KEDUA 1. Pemohon telah menyelesaikan hutang pinjaman pertama. 2. Pemohon yang mengambil pinjaman hartanah kedua tidak layak memohon pinjaman Jenis VII. 3. Amaun pinjaman hartanah kedua adalah perbezaan antara kelayakan semasa dengan amaun yang telah diambil atas pembelian hartanah pertama tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% daripada anggaran pencen bulanan pemohon yang akan diterima berdasarkan gaji hakiki semasa. 4. Bagi pinjaman Jenis IV, amaun kelayakan adalah tidak melebihi 50% daripada baki kelayakan semasa. Tempoh maksimum bayaran balik adalah 300 bulan atau tertakluk kepada baki tempoh perkhidmatan bagi Skim KWSP.

JENIS II - MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI 2.1 Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan. 2.2 Rumah hendaklah dibina di atas tanah yang ada Hakmilik Individu dan bebas daripada sebarang bebanan. 2.3 Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama suami/isteri. 2.4 Surat kebenaran menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri diperlukan jika hartanah ada sekatan kepentingan. 2.5 Pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuat kuasa. 2.6 Rumah yang dibina hendaklah mengikut pelan semasa kelulusan pinjaman. 2.7 Bayaran adalah mengikut Jadual Ketiga kepada Jadual G Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989.

Anda mungkin juga menyukai