Anda di halaman 1dari 4

ENGINE PENCARIAN @ SEARCH ENGINE

APA ITU ENJIN CARIAN? Enjin carian adalah laman pengkalan data yang mana fungsi utamanya adalah untuk memberi maklum balas terhadap keyword (kata kunci) atau frasa yang dimasukkan ke dalam ruangan yang disediakan. Maklum balas ini adalah hasil carian. Hasil carian akan dipaparkan dalam SERP atau bahasa melayunya hasil muka carian dalam enjin carian. Mesin pencari, dimana sistem yang ada pada sistem tersebut diolah melalui satu atau sekelompok komputer yang berfungsi untuk melakukan pencarian data. Sistem database yang dirancang untuk mengindex alamat-alamat website di internet. Untuk melaksanakan tugasnya ini, search engine atau mesin pencari memiliki program khusus yang biasanya disebut spider crawler. Sekiranya kita mendaftarkan sebuah alamat website (URL), spider dari search engine tersebut akan menerima dan menganalisa URL tersebut lalu mengcrawlnya. Contohnya bila cari keyword pada enjin carian resepi kek coklat mudah, entry Resepi Kek Coklat Moist Moist Kukus Cara Mudah blog cik tom terdapat di first page SERP tapi kedudukan yang ke 9. Namun tak semua enjin carian adalah sama konsepnya. Sesetengah enjin carian hanya akan mengindeks tajuk nama post sahaja manakala sesetengah lagi akan mengindeks kandungan sesebuah post entry. CONTOH ENJIN CARIAN Sebenarnya, terdapat pelbagai contoh enjin carian dalam internet. Antara 3 contoh enjin carian yang paling banyak digunakan dan disukai oleh ramai kerana mesra pengguna adalah Google, Yahoo dan Bing. BAGAIMANA ENJIN CARIAN BEKERJA? Enjin carian bekerja dengan menghantar crawler (perayap) atau spider (labah-labah) untuk memasuki senarai laman web yang ada di internet dan mengumpul segala maklumat berbentuk teks yang terdapat dalam laman web. Perayap ini kemudiannya akan menghantar semula ke pelayan enjin carian yang akan menyimpan data-data ini dan diproses. Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan maklumat yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data.

Nak mudah faham cuba imagine, seekor labah-labah (spider enjin carian) datang merayap-rayap ke atas makanan korang (blog). Sudah tentu labah-labah ni akan merayap di segenap makanan dan makan bahagian makanan disukai (maklumat dan isian blog). Segala makanan ini akan tersimpan ke dalam perut dan diproses (pelayan enjin carian). Dah siap proses, segala makanan akan dikeluarkan dalam bentuk najis (apabila saat diperlukan iaitu carian keyword dari enjin carian, segala data ini akan diperlukan dan tersenarai dalam SERP). Sori najis tue saja nak bagi contoh yang mudah ye. BAGAIMANA PENGHASILAN INDEKS BERLAKU? Apabila pelayan menerima maklumat, ia akan membuat indeks berdasarkan sesebuah laman web. Indeks adalah simpanan enjin carian tentang sesebuah laman web. Korang boleh periksa laman web sudah diindekkan atau belum dengan menaip URL blog di enjin carian. Contoh yang blog cik tom taip: www.ciktom.com pada enjin carian dan cari dimana kedudukannya. Jika ada hasil carian (perkataan berkaitan dengan kandungan laman) bermaksud laman tue sudah diindekskan dan akan muncul pada SERP. Jika tidak menemui laman web masing-masing pada muka pertama SERP, jangan bimbang kerana berkemungkinan blog itu ada tersenarai dalam hasil carian cuma berada di muka belakang iaitu ke 2, 3 dan seterusnya. DAFTAR URL WEBSITE/ BLOG Jika kita mahu blog diindekskan oleh enjin carian, kita perlulah mendaftarkan alamat blog dalam senarai enjin carian yang terdapat di internet. Ini bagi memudahkan lagi proses mengindeks blog korang. Contohnya, seperti kita nak masuk belajar di mana-mana sekolah atau IPT, kita perlulah mendaftar segala maklumat mengenai diri kita sendiri terdahulu. Selepas mendaftar, barulah segala maklumat kita tersenarai dalam rekod IPT tue. Apabila berlaku apa-apa, segala maklumat peribadi mengenai kita akan senang dicari atau di indeks. Korang faham tak penerangan yang cik tom sediakan? Kalau ada yang tersalah, sila perbetulkan ye. Sebab segala penerangan ini diolah dari perkspektif cik tom dari sumber-sumber rujukan yang berkaitan. Nantikan esok pukul 12.30 pm, cik tom dah set satu entry autopublish; Tutorial Cara Daftar Blog Pada Enjin Carian.

APA ITU ENJIN CARIAN? Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci 'Malaysia' pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci 'Malaysia' dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan 'Malaysia' akan dipaparkan kepada anda. Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja. Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari. Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang 'search' yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari. Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil 'spiders'. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.

BAGAIMANA ENJIN PENCARI BERFUNGSI? Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing.

Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna. Berikut adalah contoh-contoh enjin carian internet: Google.com MSN.com Altavista.com MetaCrawler.com Excite Northern Light Hotbot