Anda di halaman 1dari 3

Tugasan Projek/KKP EDU3105

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PENDIDIKAN RENDAH TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PISMP BM SJKC, BM SJKT, PAI, PRA, MT, BC AMBILAN JAN 2012

NAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS : TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU3105) TARIKH MULA 15 JUL 2013

SEMESTER : 4

TARIKH HANTAR

02 OGOS 2013

Hasil Pembelajaran Kursus i. Menjelaskan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan; ii. Memilih dan menggunakan media pengajaran secara berkesan; iii. Menghasilkan pelbagai media pengajaran yang sesuai dengan isi pelajaran; iv. Mengaplikasi kemahiran teknikal dengan menggunakan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran; v. Mengintegrasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran; vi. Menilai keberkesanan penggunaan media pengajaran; vii. Mengurus media dan sumber pendidikan dengan cekap dan bertanggungjawab. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran iii, iv, v, vi dan vii. Objektif Projek: i. Mengenal pasti langkah-langkah pembinaan bahan-bahan P&P untuk pembelajaran yang berasaskan model reka bentuk pengajaran. ii. Merancang penerbitan bahan cerita digital dengan tema yang diberikan. iii. Menggunakan perisian yang sesuai dalam menghasilkan sebuah cerita digital yang berkaitan dengan isi pelajaran major anda. iv. Mengintegrasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam penghasilan cerita digital. v. Mempersembahkan cerita digital di dalam kelas. vi. Menilai keberkesanan cerita digital. vii. Menjawab kuiz atas talian secara individu. viii. Menghasilkan portfolio yang mengandungi laporan, tugasan dan refleksi kursus.

Tugasan Projek/KKP EDU3105

Tajuk Projek: Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran bermatlamat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dari segi konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan, pemilihan, penghasilan, penggunaan dan penilaian media pengajaran, aplikasi kemahiran teknikal menggunakan pelbagai media pengajaran, pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran, pengurusan media dan sumber pendidikan. Sehubungan itu, pelajar perlu menghasilkan satu media pengajaran berbentuk cerita digital yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Subtugasan: a) Pelajar merancang proses penerbitan cerita digital dengan teliti. b) Media pengajaran yang dibangunkan sesuai dengan tema. c) Pelajar membuat persembahan di dalam kelas. d) Pelajar perlu melakukan penilaian keberkesanan terhadap media pengajaran yang dihasilkan. Panduan Pelaksanaan Tugasan Projek: 1. Dalam tugasan projek ini anda perlu Menyediakan satu media pengajaran yang berbentuk cerita digital. Anda perlu menggabungjalinkan beberapa kemahiran teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran yang telah dipelajari (30%): a. Membangunkan cerita digital dengan tema Cerita Digital Moral; b. Menyimpan tugasan projek dalam CD atau DVD dengan raw data sekali. c. Melakukan penilaian keberkesanan terhadap penghasilan media pengajaran ini. Anda perlu lampirkan laporan penilaian dalam portfolio anda. d. Anda boleh menggunakan mana-mana perisian yang sesuai dalam penghasilan cerita digital ini. e. Tugasan ini berbentuk tugasan kumpulan Dua atau tiga orang pelajar. f. Persembahan elektronik yang baik adalah seperti yang berikut; i. Elemen-elemen multimedia yang sesuai dengan persembahan elektronik. Elemen-elemen multimedia yang ditekankan adalah teks, grafik, audio, video dan animasi. 2. Menyediakan portfolio yang mengandungi proses-proses penerbitan cerita digital yang ditetapkan seperti berikut (50%): a. Laporan penghasian video yang mengandungi: ii. Tetapkan tujuan dan objektif iii. Penyelidikan bagi mengumpulkan bahan iv. Pilih bahan-bahan yang sesuai v. Menulis skrip vi. Bersedia membuat penggambaran vii. Sediakan bahan-bahan grafik viii. Sediakan bahan dan peralatan ix. Mulakan penggambaran

Anda mungkin juga menyukai