Anda di halaman 1dari 44

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

GAYA BERFIKIR
Mohammad Firdaus Bin Ismail Mohd Akmal Bin Mohd Din

KONSEP BERFIKIR
Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur. Edward de Bono ( 1976 ) Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.

KONSEP PEMIKIRAN
V.R. Ruggiero, 1984, pemikiran ialah satu proses mental yangdigunakan untuk membentuk/menyelesaikan masalah dan kemudiannyamembuat keputusan demi memenuhi keinginan mendapatkan jawapan Beyer, 1981, pemikiran pula ialah satu operasi mental terhadap inputderia, dan menggunakan maklumat dalam ingatan untuk membuatpenyesuaian dan asimilasi yang bertujuan untuk membentuk/memahamisesuatu konsep RUMUSAN: satu usaha oleh otak manusia untuk mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling waja

JENIS-JENIS PEMIKIRAN
KONVERGEN

REFLEKTIF

DIVERGEN

KREATIF

MENEGAK

KRITIS

LATERAL

PEMIKIRAN KONVERGEN
Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis. Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.

Pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan

Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada

pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu.

Dikenali juga pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.

Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.

PEMIKIRAN DIVERGEN
Dikenali sebagai pemikiran bercapah (keupayaan mencadangkan idea-idea/penyelesaian yang berbeza terhadap masalah yang terbuka) Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. (jawapan terbuka) Memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat.(sesuai untuk bidang sastera) Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendatar atau lateral dan mempunyai unsur intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.

PEMIKIRAN MENEGAK
Keupayaan menjana satu idea/penyelesaian kepada suatu masalah serta membuat penerokaan ke atasnya secara lebih mendalam dan terperinci

Dr. Edward De Bono,: pemikiran ini menggunakan proses-proses akal yang tradisional untuk mengatasi sesuatu masalah

PEMIKIRAN MENEGAK /pemikiran logik Dikenali sebagai pemikiran logik kerana ia menggunakan satu urutan langkah-langkah yang sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah Menggalakkan para murid menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dengan pemikiran menegak melalui satu set soalan

PEMIKIRAN LATERAL
Melibatkan proses pemikiran diluar kebiasaan ketika menyelesaikan sesuatu masalah melalui sumber yang berlainan atau yang tidak berkaitan. Maksudnya: mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik. Pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif. Contoh: Bagaimana kita boleh ukur ketinggian pokok.

Melatih minda mempertimbangkan pelbagai aspek yg berbeza dan tidak berkaitan dengan sesuatu masalah bagi memperoleh penyelesaian unik. Kesan pemikiran ini akan menghasilkan pelajar yg berfikiran kreatif

Perbezaan antara Pemikiran Menegak dengan Pemikiran Lateral


Pemikiran Menegak Mencari pendekatan yang betul Menekankan kebenaran idea Sedia ada hala tuju Pemikiran Lateral Mencari pendekatan sebanyak mungkin Menekankan kekayaan Membina hala tuju

Analitikal Tersusun dan mengikut kronologi


Setiap langkah mesti betul Menolak yang tidak relevan Membuat analisis terhadap sesuatu idea

Provokatif Tidak tersususn


Setiap langkah tidak semestinya betul Menerima sebarang pendapat Tidak banyak penerokaan

PEMIKIRAN KRITIS
Satu penerokaan bertujuan utk mengkaji situasi, fenomena, persoalan, atau masalah utk menghasilkan rumusan yg merangkumi semua maklumat yang ada. Maksudnya: kemahiran intelektual utk menilai dan mempertimbangkan sesuatu situasi.

Penerokaan seseorang yang berfikiran kritis sangat berkaitan pengalaman yg dialami (bacaan), pemerhatian, mendengar dan melihat atau menempuhnya sendiri.

PEMIKIRAN KREATIF
Cropley (1967) dan Torrance (1972) : kanak-kanak kreatif biasanya menimbulkan gangguan dibilik darjah karana golongan ini kurang menumpukanperhatian di dalam bilik darjah

CIRI-CIRI KANAK-KANAK KREATIF


Menurut Torrance (1962 & 1972) : suka berkerja dalam humor, tidak suka keadaan yang stress sedia mencuba sesuatu yang mencabar jangka masa yang panjang untuk menumpukan perhatian dan minat melahirkan idea-idea yang luar bahasa dan imaginatif lebih sensitif dan bedikari kawan-kawan kerap melabelkan mereka bodoh atau gila

KEJAYAAN ORANG-ORANG KREATIF


Pentandingan syarahan Mencipta sajak, cerpen dan artikel Melukis Pertandingan muzik Menghasilkan kartun

CIRI PEMIKIRAN KREATIF


Mampu mengendalikan sesuatu di luar jangkaan orang lain Berfikiran secara autonomi Memiliki daya fokus yang tinggi dan berterusan Pelbagai dan dinamik Holistik Kaya dengan idea baru

PEMIKIRAN REFLEKTIF
Pemikiran reflektif memerlukan seseorang untuk menghubungkaitkan idea-idea dengan pengalaman masa lampau atau terkini untuk proses seterusnya. Proses pemikiran ini juga melibatkan proses penyoalan dan penyoalan kendiri, penilaiankendiri, melalui pengalaman kita, menjeleskan tindakkan alternatif yang mungkin berdasarkan andaian-andaian tertentu dan jangkaan kita.

GAYA PEMBELAJARAN

KONSEP GAYA PEMBELAJARAN


Gaya pembelajaran bermaksud cara seseorang menerima dan memproses maklumat. Teori ini menekankan kepada pemerolehan pengalaman pembelajaran bergantung pada gaya pembelajaran dan bukan persoalan tentang tahap kepintaran pelajar. Menurut ahli psikologi pendidikan gaya pembelajaran berasaskan faktor warisan, cara didikan dan persekitaran.

Hillard

Gaya pembelajaran ialah hasil tambah corakcorak seseorang individu membentuk caracara untuk respons terhadap sesuatu pengalaman. Dunn dan Dunn (1981) Gaya pembelajaran ialah cara setiap murid mula memberi perhatian, memproses atau menyimpan maklumat bharu dan maklumat yang sukar. Woolfolk (1998) Gaya pembelajaran ialah pendekatan tersendiri seseorang individu kepada pembelajaran dan biasanya melibatkan pemprosesan maklumat yang mendalam.

GAYA PENERIMAAN DAN MEMPROSES MAKLUMAT


Penerimaan konkrit dan abstrak.
Penerimaan konkrit akan menerima maklumat melalui pengalaman, perasaan, perlakuan dll. Penerimaan abstrak mengambilo maklumat melalui analisis, pemerhatian dan berfikir.

Pemproses yang aktif dan reflektif.


Pemprosesan yang aktif menggunakan meklumat yang diperolehi melalui pengalaman sebagai asas berfikir. Manakala pemprosesan reflektif pula menjadikan pengalaman sebagai asas untuk membuat renungan.

JENIS PEMBELAJARAN DALAM MODEL DUNN DAN DUNN.


Dibahagi kepada dua :
Pelajar global
Melihat secara menyeluruh sebelum dapat memahami pelbagai bahagian yang lain. Suka gaya pembelajaran yang fleksibel dan tidak formal.

Pelajar analitis
Melihat bahagian-bahagian dalam urutan sebelum dapat memahami keseluruhanya. Lebih suka persekitaran yang berstruktur dan formal.

TUJUH JENIS UTAMA PELAJAR


Pelajar auditori Pelajar visual

Pelajara taktik/ kinestetik

Aktivis

Teoris

Reflektor

Pragmatis

PELAJAR VISUAL
Mereka mudah menjalani pembelajaran melalui penglihatan. Mereka perlu menatap wajah dan riaksi guru yang mengajar dengan bantuan bahasa isyarat, imej gambar, paparan visual dll. Akan memastikan bahan-bahan visual dapat dilihat dengan jelas. Jika tidak dapat lihat akan berkata nak tengok.. Mereka mudah terangsang dan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru sekiranya menggunakan bahan visual yang menarik. Kanak-kanak berkeperluan khas masalah pendengaran, penggunaan bahan visual sangat penting. Aktiviti yang dicadangkan: puzzle,mewarna, melukis dll.

PELAJAR AUDITORI
Mereka belajar melalui pendengaran. Pembelajaran paling berkesan ialah melalui kuliah, perbincangandan mendengar penerangan dan pendapat orang lain. Bagi pelajar auditori, intonasi suara, pitch kelajuan dan butiran-butiran sangat penting untuk mereka memahami apa yang diajar oleh guru. Aktivit yang dicadangkan: bercerita, membaca teks secara lantang dan menggunakan pita perakam

PELAJAR TAKTIK/KINESTETIK
Pelajar ini belajar melalui pergerakan, sentuhan, susunan, mereka cipta dan membuat binaan. Belajar paling sesuai menggunakan pendekatan hands-on. Apabila mereka berinteraksi dengan ruang sekitar, mereka dapat mengingat dan memproses maklumat. Mereka lebih cenderung belajar jika guru menyediakan ruang pembelajaran kepada mereka untuk membina atau menunjukkan perasaan mereka melalui isyarat tubuh badan. Golongan ini jarang dapat duduk diam dengan lama, malah mereka mudah terganggu kerana keinginan kuat mereka untuk melakukan sesuatu aktiviti atau meneroka.

AKTIVIS
Bagi pelajar aktivis, mereka lebih suka mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran Mereka tidak akan leka sungguh pun perhatian mereka terganggu. Mereka akan mengambil bahagian dalam pelajaran secara peribadi. Kebiasaanya, mereka akan melibatkan diri secara rela dalam proses pembelajaran.

REFLEKTOR
Golongan ini gemar berfikir dan mengkaji semula maklumat yang baharu untuk disesuaikan dalam kerangka sedia ada. Mereka akan menganalisis dan berfikir secara mendalam tentang sesuatu perkara sebelum menjawab. Refleksi ini dapat menambah lebih maklumat ke dalam ingatan jangka panjangnya.

TEORIS
Pelajar kategori inisentiasa mencari bukti supaya dapat membuat generalisasi bagi hukum-hukum dan teori-teori . contoh : dalam bidang matematik, mereka akan cuba menganalisis dan mensitesiskan data , mengorganisasikan konsep dan prinsip serta mencadangkan idea-idea dan hubungan-hubungan.

PRAGMATIS
Mereka sentiasa ingin tahu bagaimana sesuatu perkara itu berfungsi walaupun tidak mementingkan buktinya. Mereka menganggap pembelajaran sebagai suatu proses membina pengalaman. Pembelajaran berlaku secara aktif semasa mereka melalui proses menyelesaikan masalah. Pelajar pragmatis mampu menyelesaikan masalah secara bijak.

Implikasi Gaya Pembelajaran dalam Pendidikan


KURIKULUM:
Guru perlu menekankan perasaan, imaginasi dll untuk mendorong murid menganalisis, memberikan alasan dan menyelesaikan masalah secara tersusun.

BIMBINGAN :
Guru perlu mereka satu bentuk bimbingan untuk menghubungkan bentuk gaya pembelajaran dengan mengambil unsur pengalaman, refleksi dan uji kaji.

PENILAIAN :
Kepelbagaian teknik penilaian yang memberikan fokus pada perkembangan terhadap kapasiti otak secara menyeluruh perlu dilaksanakan oleh guru.

Perbezaan Individu dalam Gaya Pembelajaran


Tempoh masa belajar.
Murid yang lambat memberikan tindak balas tidak bermakna tidak berjaya mencapai hasil pembelajaran. Guru tidak boleh menganggap semua murid mampu menyiapkan tugasan dalam waktu yang ditetapkan. Tempoh masa yang diperuntukkan kepada murid perlu sesuai dengan gaya pembelajaran dan tahap murid

Pembelajaran kendiri:
Sebahagian murid mampu belajar sendirian, namun ada murid yang perlukan bimbingan guru. Guru perlu merancang pengajaran dengan kemas dan teliti bagi murid ini tidak tercicir. Pada waktu guru memberi tumpuan pada murid yang memerlukan bimbingan, guru juga perlu menyalurkan aktiviti yang sesuai kepada muridnya yang pantas dan cepat dalam meyiapkan tugasan mereka.

TUMPUAN :
Kapasiti tumpuan bagi setiap individu adalah tidak sama, ada yang mampu memberikan tumpuan dalam jangka masa yang lama dan ada yang tidak tahan lama. Guru tidak sepatutnya menerus pengajaran sekiranya terdapat murid yang tidak beri perhatian. Guru boleh melakukan: Menyebut nama pelajar tersebut Mengemukakan soalan yang menerujakan murid untuk menjawab Ajak murid menyanyi, bermain kuiz dll suara guru harus lantang dan ulang beberapa kali fakta yang dirasakan tidak ditumpukan.

Reaksi Terhadap Situasi Yang Baru.


Reaksi ini berlaku apabila murid naik kelas pada setiap awal tahun, bertukar sekolah dll. Guru perlu peka terhadap perlakuan muridnya apabila berlaku situasi baru. Dalam hal ini, guru perlu mengambil beberapa pendekatan bagi membantu murid menghadapi situasi baru ini. Antaranya ialah:
Membenarkan murid menggunakan buku lama Merancang aktiviti kesukaan murid. Memberi perhatian kepada murid.

IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU DALAM P&P

Guru perlu membuat persediaan yang rapi bagi memastikan semua murid memperoleh maklumat dan ilmu yang disampaikan. Setiap murid mempunyai gaya dan keupayaan berfikir yang berbeza. Ini akan menentukan juga gaya pembelajaran mereka yang berbeza. Guru perlu mengkaji perbezaan antara setiap murid.

Penentuan Hasil Pembelajaran


Di dalam sesebuah kelas, terdapat pelbagai aras kecekapan murid iaitu aras tinggi, sederhana dan rendah. Guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang sesuai dan mengikut kemampuan setiap murid. Tugasan yang diberikan oleh guru perlu mempelbagaikan aras bagi memastikan semua murid mendapat manfaat daripada pembelajaran.

Kepelbagaian Strategi dan Kaedah P&P


Guru perlu kreatif bagi menghasilkan pelbagai strategi dan kaedah P&P seterusnya mencapai matlamat P&P pada hari itu. Bagi murid yang kurang berminat belajar, guru boleh menghasilkan permainan yang tanpa disedari mereka sedang menguasai pembelajaran pada hari itu. Bagi murid yang berada di aras tinggi, guru menyediakan aktiviti analisis dengan menggunakan borang grafik

Kepelbagaian Bahan dan Peralatan Mengajar


Guru boleh menggunakan audio visual bagi menarik minat murid yang kurang berminat belajar. Lakukan aktiviti lakonan atau nyanyian dan rakamkan. Lalu pertontonkan kepada mereka rakaman tersebut. Secara tidak langsung, mereka menguasai aspek komunikasi dan wujud unsur peneguhan berbahasa.

Guru juga boleh mendorong murid untuk menghasilkan bahan pembelajaran mereka sendiri dengan menggunakan peralatan ICT. Boleh juga diwujudkan pusat pembelajaran di suatu sudut yang menempatkan bahan- bahan hidup untuk mendorong murid berfikir

Penyampaian Guru
Guru sepatutnya mampu mempelbagaikan penyampaian dan memastikan maklumat yang disampaikan diterima oleh murid. Guru perlu mempunyai personaliti yang pelbagai untuk menarik perhatian murid.

Anda mungkin juga menyukai