Anda di halaman 1dari 3

AKTIVITI TRANSISI BAHASA MELAYU

TEMA : DIRI SAYA AKTIVITI 1 (Kelas Kurang Murid) 1. Murid mencari pasangan masing-masing. 2. Murid berkenalan sesama mereka. 3. Murid tampil ke hadapan kelas bersama pasangan dan memperkenalkan pasangan mereka kepada murid lain. 4. Guru menulis nama murid pada kad manila dan tampal pada baju murid. 5. Guru bertanya kepada murid lain nama murid yang telah diperkenalkan. 6. Guru memberikan ganjaran kepada murid yang berjaya memperkenalkan diri rakan baru mereka. Peralatan yang diperlukan : Ganjaran (pelekat bentuk bintang)

AKTIVITI 2(Kelas Ramai Murid) 1. Setiap murid diberi kad bentuk / warna yang berbeza. 2. Murid diminta bergerak mencari kumpulan mengikut kad masing-masing. 3. Muzik dimainkan, dan murid perlu berada di dalam kumpulan sebelum muzik diberhentikan. 4. Muzik berkenalan dengan setiap ahli kumpulan masing-masing. 5. Guru akan memilih beberapa murid untuk memperkenalkan rakan dalam kumpulan mereka. 6. Aktiviti disambung dengan menukar kad yang lain. Peralatan yang diperlukan : Kad (bentuk dan warna) Mengikut bilangan murid Muzik

Aktiviti 3 1. Murid menyanyikan lagu ABC bersama guru. 2. lagu ABC.mp4 3. Aktiviti bertulis (menyambung huruf a-z) 4. lembaran kerja.docx

TEMA : KELUARGA SAYA

AKTIVITI 1( Kelas Kurang Murid)

KERUSI BERIRAMA 1. Murid bermain kerusi berirama. 2. Murid yang terkeluar akan mengambil satu gambar daripada kotak pada guru. 3. Murid menceritakan tentang gambar yang mereka dapat. Contoh : gambar ayah (murid bercerita tentang ayah mereka)

Peralatan yang diperlukan: Kerusi Kad gambar (ibu, bapa, nenek, datuk, abang, adik, kakak) Muzik

AKTIVITI 2( Kelas Ramai Murid)

KOTAK BERACUN 1. Murid duduk di dalam bulatan. 2. Muzik dimainkan dan kotak akan digerakkan oleh murid dalam bulatan. 3. Muzik berhenti dan murid yang memegang kotak akan mengambil gambar di dalam kotak tersebut. 4. Murid diminta bercerita tentang gambar yang mereka dapat. Contoh : gambar ayah (murid bercerita tentang ayah mereka)

Peralatan yang diperlukan: Kotak Kad gambar (ibu, bapa, nenek, datuk, abang, adik, kakak) Muzik

Aktiviti 3 1. Murid menyanyikan lagu bertajuk Bapaku Pulang Dari Kota 2. Guru bertanya ahli keluarga yang terdapat di dalam lagu. 3. Lagu Kanak-kanak Bapaku Pulang Dari Kota.mp4

Anda mungkin juga menyukai