Anda di halaman 1dari 16

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik

dan seimbang. Justeru bukan sesuatu yang menghairankan apabila sesetengah kanak-kanak telah dihantar untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis seawal usia tiga tahun di pelbagai pusat pendidikan awal di Negara ini. Sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu-bapa untuk memberikan pendidikan asas yang kukuh yang dapat menjamin masa depan anak-anak termasuk mereka yang kurang bernasib baik. Dengan peluang pendidikan awal berkualiti mereka dapat meningkatkan keupayaan dari segi emosi, sosial, fizikal dan pembangunan kognitif tanpa mengambil kira latar belakang keluarga dan taraf sosio-ekonomi. Ini merupakan peluang terbaik kepada semua kanak-kanak kurang bernasib baik untuk bersama-sama menikmati suasana pembelajaran berkualiti (portal pendidikan Utusan Malaysia).

Penubuhan Prasekolah yang berkualiti amatlah penting untuk melahirkan kanak- kanak yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS). Perkhidmatan yang berkualiti juga adalah untuk menjamin keselamatan, hak dan keperluan kanak- kanak dengan sebaiknya. Seorang kanak- kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan jadi dengan penubuhan prasekolah keperluan tersebut dapat dipenuhi. Selain itu, pendidikan awal kanak- kanak juga penting untuk meencungkil potensi yang ada pada diri kanak- kanak. Prasekolah ini juga mestilah mempunyai sudut- sudut yang tertentu untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Manusia mempunyai pelbagai keperluan iaitu bermula pada peringkat asas hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Kanak-kanak seperti orang dewasa juga mempunyai keperluan tertentu. Boleh dikatakan keperluan kanak-kanak

kebanyakannya berkisar di bahagian asas dan kasih sayang seperti mereka lebih suka dihargai dan diberi perhatian yang serius. Perkhidmatan prasekolah merupakan tunggak penting selepas di rumah. Kanak-kanak yang sedang membesar akan lebih terdedah di prasekolah pada sekitar umur 4 hingga 6 tahun. Perkhidmatan prasekolah yang disediakan perlulah berkualiti dan dapat memenuhi hak dan keperluan kanak-kanak supaya generasi yang berkualiti apat dibentuk pada masa

akan datang. Secara amnya perkara yang berkaitan dalam keperluan tersebut ialah keprluan asas, keperluan asas, keperluan kasih sayang dan ketegasan, keperluan penghargaan atau pujian, keperluan keselamatan, komitmen guru dan pembantu prasekolah, pengangkutan dan guru yang berkualiti.

Penubuhan sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti mengambilkira beberapa perkara seperti :

Matlamat & objektif

Tinjauan kebolehbinaan

Infrastruktur kawasan, lokasi, keluasan, ruang dan persekitaran & bangunan

Organisasi pengurusan

Kewangan

Peralatan dan sumbangan

Peraturan dan undang-undang

Peta Minda 1: Perancangan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Yang Berkualiti

Penjelasan berdasarkan Akta 550 seorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan. Oleh itu, dengan adanya peraturan ini, tidak akan ada prasekolah yang ditubuhkan tanpa kebenaran. Pandangan ibu bapa juga inginkan prasekolah yang terbaik, berkualiti, cemerlang dan mendapat kelulusan untuk anak-anak mereka belajar di awal kanak-kanak lagi, malah mementingkan guru yang berkelulusan tinggi dalam mendidik anak anak mereka.

Berdaftar Selain itu, dengan adanya peraturan-peraturan tersebut segelintir masyarakat yang ingin mengaut keuntungan semata-mata dalam dunia pendidikan akan terhalang dari menubuhkan prasekolah tersebut tanpa mendaftar dan mendapatkan kelulusan, dan ini akan menghapuskan sikap mereka yang ingin mengaut keuntungan tanpa memikirkan sebab dan natijahnya jika perkara tersebut terus berlarutan akibat dari perbuatan mereka yang mementingkan diri sendiri. Selain itu, bagi mengelakkan kanak-kanak menjadi mangsa dek kerana pendidikan awal yang diperolehi dari pihak-pihak yang tidak sepatutnya akan menjejaskan perkembangan yang sepatutnya kanak-kanak berkembang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Malah dengan termaktubnya undang-undang ini mereka yang ingin menubuhkan prasekolah akan mendaftarkan dahulu untuk mendapatkan kelulusan dari pihak yang sepatutnya dan kesannya mereka akan mendapat perhatian,

pantuan, serta peruntukan untuk menubuhkan prasekolah tersebut dan menjadi prasekolah yang diyakini serta dipercayai masyarakat, ini akan memberi impak positif yang besar kepada kanak-kanak.

Sebagaimana yang termaktub dalam Akta 550, Kuasa Menteri untuk menubuhkan tadika tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika. Sememangnya, hanya Menteri tersebut yang berkuasa bagi menubuhkan dan menyenggarakan tadika. Oleh itu, dengan berdaftarnya prasekolah dan mendapat kelulusan dari Menteri ini akan memberi kelebihan, keselesaaan kepada kanak-kanak untuk belajar dan dengan di bawah kuasa Menteri prasekolah yang berdaftar akan selalu dipantau sejauh mana perkembangan dan kemajuan

yang dicapai, adalah selaras dengan kehendak falsafah pendidikan kebangsaan negara ini.

Garis Panduan KSPK Semestinya hanya dengan kuasa Menteri yang berhak untuk menggubal serta memberi penambahbaikan untuk kemajuan prasekolah. Sebagaimana sekarang di negara kita yang mementingkan guru prasekolah yang berkelulusan tinggi serta mempunyai pelbagai kemahiran, pengalaman dan mengikuti garis panduan KSPK yang telah ditetapkan dan hanya dengan kuasa Menteri untuk menentukan segalagalanya.

Gambar 1: Kurikulum Standard Prasekolah (KSPK)

Pentadbiran Dan Organisasi Yang Sistematik Prasekolah yang berkualiti sememangnya mempunyai ciri-ciri yang mantap dari aspek Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi sebagai contoh sistem fail, penilaian dan pentaksiran murid, kewangan, kelas yang kondusif, rekod

perkembangan murid dan sebagainya. Prasekolah yang baik sentiasa menyemak dan mengemaskini sistem fail murid-murid dari masa ke semasa bagi memudahkan

proses merekod dan menilai tahap perkembangan murid dan dijadikan sebagai bahan bukti utama kepada ibu bapa. Malah pengurusan kewangan yang baik juga sangat dititikberatkan bagi menjaga ekonomi prasekolah supaya tidak

disalahgunakan wang prasekolah ke arah yang tidak disepatutnya.

Aspek Keselamatan Perkhidmatan prasekolah yang akan dijalankan perlu memenuhi ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya dan bersesuaian dengan keadaan sekeliling supaya pelajar dan juga tenaga pengajar berada dalam keadaan baik sepanjang masa. Selain daripada itu, aspek keselamatan kebakaran juga diambil berat, diantaranya pihak pengusaha prasekolah perlulah menyediakan alat pencegah kebakaran dari jenis yang diluluskan oleh pihak Bomba. Pelan laluan kecemasan kebakaran akan disediakan bagi makluman semua yang berada di Prasekolah. Tangga dan pintu keselamatan juga harus dikenalpasti tidak ada sebarang bentuk hadangan yang menghalang pergerakan pantas jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pihak pengusaha prasekolah juga perlu memastikan bahawa gril keselamatan yang dipasang boleh membantu murid melepaskan diri semasa kebakaran. Selain itu , bilik kanak-kanak seelok-eloknya mempunyai keluasan yang cukup untuk mereka bermain dan sebaik-baiknya pilih perabot jenis pasang siap, khususnya almari kerana ia menjimatkan ruang dan tidak digalakkan memasang tingkap gaya Perancis atau tingkap kaca besar. Jika mahu memasang tingkap kaca, digalakkan memilih jenis berlapik yang diperbuat daripada kaca dan plastik kerana, jika pecah ia tidak berterabur dan merebak ke tempat lain kerana lapisan plastik memastikan kedudukan kaca kekal di tempatnya. Malah tidak digalakkan sama sekali pemasangan langsir labuh hingga mencecah lantai bagi mengelakkan kanak-kanak menariknya atau mereka boleh terjatuh akibat terpijak langsir. Seelok-eloknya labuh langsir hanya mencecah ambang sahaja.

Gambar 2: Keselamatan Prasekolah

Penggunaan Bahasa Seterusnya adalah bahasa pengantar di tadika, walau apa pun subseksyen 17(1), bahasa-bahasa selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib. Kepentingannya adalah kanak-kanak akan lebih berpeluang untuk belajar pelbagai bahasa jika pelbagai bahasa perantara diajar, supaya generasi muda yang akan datang mempunyai ilmu serta memiliki banyak pengetahuan dengan menguasai pelbagai bahasa lain. Selain itu, penggunaan bahasa kebangsaan akan meningkatkan lagi penguasaan bahasa kita serta bagi memartabatkan lagi bahasa Melayu seperti mana yang ditekankan oleh kerajaan Malaysia.

Keperluan Kasih Sayang Seseorang individu memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa, kawan dan juga penerimaan dari masyarakat. Setiap orang perlu dikasihi dan mengasihi orang lain. Jika keperluan ini dipenuhi, seorang individu akan berasa bahagia dan dapat meningkat ke satu lagi peringkat yang lebih tinggi. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, seseorang itu akan menunjukkan ciri-ciri emosi yang tidak stabil seperti bimbang, tidak bahagia dan kecewa. Dalam konteks persekolahan, guru mesti menunjukkan kepada pelajarnya bahawa dia menyayangi mereka. Perkhidmatan prasekolah yang akan dibentuk perlulah menekankan aspek ini. Tenaga pengajarnya, iaitu orang yang terdekat dengan pelajar perlu memberikan perhatian dan kasih sayang selaras

dengan usia kanak-kanak prasekolah. Apabila seseorang itu berasa selamat dan dikasihi, dia akan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Terdapat dua jenis penghargaan, iaitu penghargaan kendiri dan juga penghargaan dari orang lain.

Keperluan kasih sayang merupakan lumrah hidup manusia, kerana kasih sayang merupakan pengikat hubungan serta semangat. Kanak-kanak merupakan insan yang sangat memerlukan kasih sayang. Tanpa kasih sayang mereka akan rasa diri mereka tidak diberi perhatian, ini akan memjejaskan emosi kanak-kanak. Ini merujuk kepada keperluan kedamaian, ketenteraman dan perasaan yang bebas daripada segala jenis ancaman dan ketakutan bagi kanak-kanak. Jika kehendak seseorang kanak-kanak selalu dilayani, dia akan berasa selamat dan akan menjadi seseorang yang mempunyai emosi yang stabil. Dalam konteks persekolahan, guru mesti mengelakkan diri daripada menghina pelajar dan mewujudkan satu suasana yang selamat dan harmonis dalam bilik darjah. Jika seseorang guru itu tidak mampu untuk memberikan kasih sayang dengan cara yang betul maka impaknya sangat besar yang akan menimpa kepada kanak-kanak, ini kerana kanak-kanak di usia prasekolah sangat memerlukan dan masih memerlukan kasih sayang dan bimbingan dari orang dewasa dan orang-orang dekat dengan mereka. Oleh itu, setiap kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kanak-kanak kita tidak boleh dan jangan sesekali memandang rendah serta membanding bezakan dengan kanakkanak lain.

Keperluan bimbingan dan pendidikan Malah sebagai guru hendaklah sentiasa mengambil berat akan muridnya, serta apa masalah yang dihadapi oleh mereka, ini kerana kanak-kanak hanya mampu mendiamkan diri jika emosi terganggu dan di sekolah lah tempat kedua yang boleh mereka meluahkan perasaan dan mengembangkan emosi mereka. Budaya Sekolah Penyayang diterapkan, dimana kesemua murid sekolah adalah penting dan perlu diberi layanan yang sama rata. Hubungan guru-murid bukan hanya setakat pemberi ilmu tetapi juga mengambil peranan ibubapa. Guru menjadi pembimbing

dan pendengar yang baik. Memberi nasihat dan mengatur strategi yang sesuai apabila berhadapan dengan murid yang bermasalah.

Kanak-kanak akan merasa yakin terhadap kebolehan mereka sekiranya ibu bapa dan guru selalu membantu dan menggerakkan mereka untuk belajar. Guru dan ibu bapa sanggup mengorbankan masa bersama-sama dengan anak-anak untuk tujuan bimbingan pendidikan. Dengan cara itulah kanak-kanak akan menjadi murid yang pandai, berakhlak mulia dan berdaya saing dalam pelbagai bidang. Guru mestilah tahu bahawa titik permulaan pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka boleh buat. Guru hendaklah merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah.

Gambar 3: Bimbingan kepada murid

Aktiviti Yang Pelbagai Guru yang berkemahiran juga perlu merancang dan melaksanakan aktiviti prasekolah yang menggalakkan pemupukan kemahiran sosial dan tingkah laku disiplin selain perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak. Selain itu, guru hendaklah merancang aktiviti yang pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran, barulah murid-murid tidak akan bosan jika belajar seharian waktu yang ditetapkan. Oleh itu, mereka akan menjadi lebih seronok serta bebas belajar tanpa paksaan yang membuatkan mereka bosan. Untuk perkhidmatan prasekolah

yang akan dijalankan pihak pengurusan prasekolah perlu mementingkan pendidikan dari segala aspek.

Tubuh badan yang sihat memerlukan makanan dan aktiviti pergerakan yang dapat membantu pertumbuhan kanak-kanak. Aktiviti fizikal pada peringkat

prasekolah perlu dirancang dengan menyesuaikan tahap umur dan keupayaan kanak-kanak. Aktiviti perkembangan fizikal perlu meliputi pergerakan motor halus dan motor kasar. Bermain sangat pentin bagi perkembangan mental emosi dan sosial kanak-kanak. Semua kanak-kanak suka kepada permainan. Kanak-kanak yang berumur lima tahun dan ke atas, permainan kanak-kanak bertukar kepada bentuk permainan luar yang banyak melibatkan aktiviti perkumpulan rakan sebaya.

Gambar 4: Aktiviti Yang Pelbagai

Guru Berkelulusan Tinggi Guru yang berkualiti juga merupakan satu aspek yang dipandang tinggi oleh ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke prasekolah, dimana guru yang berkualti serta berpengalaman akan memberi impak yang positif dalam menjana perkembangan dan kecemerlangan anak-anak mereka di awal usia lagi. Maka dengan itu, masyarakat akan memandang tinggi terhadap kerjaya sebagi guru sepertimana perkhidmatan kebolehan yang dan kecemerlangan masyarakat yang dicapai untuk memberi itu,

sepatutnya

mendapatkannya.

Selain

menyediakan pembantu prasekolah yang berkelulusan dalam bidang pengurusan murid, supaya dapat membantu segala pengurusan di prasekolah tersebut agar berjalan dengan lancar serta sentiasa mantap.

Pemakanan Yang Sihat Selain itu, perkhidmatan yang baik untuk prasekolah yang ditubuhkan mestilah mengamalkan pemakanan yang sihat serta seimbang dan bagi yang beragama Islam makanan mestilah dari sumber yang halal supaya berkat untuk menimba ilmu. Maka semakin cerdas lah minda kanak-kanak. Tubuh badan yang sihat memerlukan makanan dan aktiviti pergerakan yang dapat membantu pertumbuhan kanak-kanak. Keperluan asas dianggap satu keperluan yang kuat bagi seseorang kanakkanak. Kanak-kanak dikatakan tidak akan belajar dengan baik sekiranya mereka belum mendapat sarapan pagi. Oleh itu, perkhidmatan-perkhidmatan prasekolah yang ada masa kini perlulah menitikberatkan mengenai kebajikan kanak-kanak ini. Makanan yang berkhasiat perlu disediakan untuk kanak-kanak prasekolah. Makanan yang berkhasiat bermaksud makanan yang mempunyai kandungan nutrien makanan yang seimbang misalnya seperti makanan yang mempunyai karbohidrat, protein, vitamin dan garam mineral yang lain. Melalui pemakanan yang sihat dan seimbang, kanak-kanak akan menjadi lebih cergas dan bertenaga dalam melakukan sebarang aktiviti harian mereka samada dalam aktiviti yang melibatkan fizikal, mental, emosi dan sebagainya. Waktu makan yang tepat dan sesuai dengan peringkat umur kanakkanak menjadikan mereka aktif dalam melakukan sesuatu, tidak kira sama ada dalam melakukan aktiviti lasak mahupun penerimaan perkara-perkara dan maklumat

yang disampaikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran ketika di dalam bilik darjah. Kita memerlukan makanan yang seimbang dan air yang mencukupi supaya seseorang individu itu mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang optimum.

Keperluan permainan Aktiviti fizikal pada peringkat prasekolah perlu dirancang dengan

menyesuaikan tahap umur dan keupayaan kanak-kanak.

Aktiviti perkembangan

fizikal perlu meliputi pergerakan motor halus dan motor kasar. Bermain sangat penting bagi perkembangan mental emosi dan sosial kanak-kanak. Keperluan asas merupakan aspek yang penting dalam menjalani kehidupan yang sempurna dan sentiasa sihat. Begitulah rutin harian manusia yang hidup memerlukan keperluan asas. Setiap hari kanak-kanak perlu diberi makan dan minum yang mencukupi.

Ruang pembelajaran Pengurusan ruang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di mana ia terbahagi kepada dua iaitu ruang dalam kelas dan juga ruang di luar kelas. Melalui ruang yang selesa serta dilengkapi dengan pelabagai kemudahan, maka kanakkanak akan belajar dengan lebih selesa, kondusif serta pelabagai alat BBM. Ruang pembelajaran di dalam kelas terbahagi kepada beberapa bahagian seperti ruang pembelajaran bagi kognitif, manipulatif, dramatika dan bahasa.

Bagi pembelajaran luar kelas pula, ia disediakan bagi aktiviti pembelajaran murid secara tidak langsung. Persekitaran luar kelas sebaik-baiknya dapat mendorong murid-murid bebas melakukan pergerakan fizikal. Guru bertindak sebagai pembimbing semasa menjalankan aktiviti luar kelas. Peralatan luar kelas seperti buaian, papan gelongsor, tempat main air dan pasir serta tempat bercucuk tanam dapat mendorong aktiviti fizikal di samping meningkatkan daya kognitif murid. Guru mempelbagaikan aktiviti kepada beberapa kumpulan dan disesuaikan dengan minat murid.

Menurut falsafah Montessori;

Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak.

8. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas

Kesimpulannya pendidikan awal yang baik akan memberi impak yang positif yang sangat bermakna dalam membantu perkembangan kanak-kanak, dan segala pengurusan serta perkhidmatan yang disediakan mestilah memenuhi kehendak dan selaras dengan kemajuan yang hendak dicapai besama satu visi dengan bermatlamat dan misi tersendiri.

Adalah menjadi tanggungjawab pengendali prasekolah kerajaan ini untuk melengkapi muridmuridnya dengan kecerdasan dan kemahiran tambahan melalui alat bantu mengajar yang sesuai serta berkualiti. Sekiranya bajet mengizinkan, proses mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga boleh dilaksanakan. Namun, ia bukan sekadar projek membekal perkakasan dan perisian. Selain itu, guru dan pembantunya juga perlu diberi latihan secara berkala untuk dilengkapi dengan teknik atau kaedah P&P terkini di samping menambah pengetahuan baru. Melalui pendekatan ini, prasekolah kerajaan akan dilihat dinamik dan tidak boleh diperlekehkan. Malah tidak mustahil ia akan kembali menjadi pilihan utama ibu bapa kerana yurannya rendah dan kualiti pendidikannya setanding dengan prasekolah swasta. Utusan Malaysia Online: 23 Ogos 2010

(MOHAMED, 2010)

Bibliography
MOHAMED, A. (2010). Prasekolah kerajaan perlu nilai tambah. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia Online.

(Putri Zabariah Megat Abdul Rahman, 2006)

Anda mungkin juga menyukai