Anda di halaman 1dari 5

Budaya Kedua : Budaya Refleksi/Budaya Berfikir Refleksi kendiri bertujuan mengenalpasti kelemahan dan kekurangan yang terdapat dalam

diri kita. Jadi, sebagai seorang guru yang mahu maju dalam profesionnya, dia mestilah sentiasa mendekatkan diri dengan amalan refleksi agar diri lebih maju ke arah yang positif. Menurut Schon (1993), amalan reflektif ialah proses belajar pada peringkat tinggi yang melibatkan pemikiran tentang pembelajaran berasaskan amalan untuk mendapat perspektif baru bagi memperbaharui perkembangan dan meningkatkan inkuiri sehingga menjadi suatu himpunan. Refleksi merupakan usaha penuh sedar seseorang individu memeknakan pengalamannya ke arah membantu meningkatkan celik akal mengenai kepercayaan, sikap, pengetahuan dan amalan sendiri yang melibatkan proses merenung, menganalisis, membuat justifikasi serta mengemukakan cadangan dan tindakan untuk membaiki diri. Menurut Shulman (1987) Pada pandangan saya , amalan refleksi ini bukan sahaja digunakan untuk menilai kaedah pengajaran dan pembelajaran tetapi ia juga digunakan untuk menilai sikap diri sendiri dan kesannya terhadap amalan yang dilakukan. Menurut Willhelm (1996), kursus-kursus profesionalisme yang dihadiri oleh guru itu bukan hanya untuk mendorong guru unutk menerung kembali cara pengajaran mereka tetapi untuk menerangkan kepada guru supaya mereka dapat mereflek alasan bagi setiap tindakan yang telah mereka ambil. Seorang guru itu boleh melakukan amalan reflektif dalam bebrapa cara. Cara yang pertama ialah amalan semasa tindakan. Amalan reflektif semasa tindakan ini dilakukan ketika sedang mencuba suatu tindakan. Guru akan cuba mereflek sama ada tindakan itu akan mendatangkan kesan yang tidak dijangka dan bukan sebahagaian daripada tindakan yang dirancang. Melalui cara ini, guru akan cuba untuk menilai, berfikir dan menstruktur semula strategi dan menghasilkan kefahaman baru serta cara baru untuk selesaikan masalah. Cara yang kedua dalam amalan refleksi ini, guru boleh melakukan amalan reflektif ke atas tindakan. Amalan ini dilakukan setelah suatu tindakan itu diambil. Guru boleh melakukannya secara lisan atau bukan lisan. Melalui amalan ini, guru akan cepat sedar akan peristiwa yang berlaku (peka). Oleh itu, amalan reflektif ini satau amalan

yang dapat membantu menjadikan guru itu seorang yang professional. Cara yang ketiga dalam melakukan refleksi ialah amalan reflektif untuk tindakan. Amalan ini dilakukan selepas sesuatu tindakan diambil. Cara ini dapat membantu guru dalam melaksanakan sesuatu kerja, mempelajari pelbagai pengetahuan baru serta dapat membina teori baru. Dengan mengaplikasikan amalan refleksi, saya berpendpat bahawa guru akan dapat membuat penambahbaikan dalam setiap apa yang akan lakukan atau akan dilakukan. Ini akan membuatkan setiap hasil kerja guru itu menjadi semakin baik dan berkualiti. Selain itu dengan mengamalkan amalan refleksi juga membuatkan

semua guru sentiasa sedar dengan apa yang saya lakukan sama ada ia sesuatu yang positif atau negatif. Ini akan menyebabkan segala sikap,tingkahlaku atau tindakan yang diambil akan menjadi semakin baik dari masa ke semasa. Untuk melaksanakan amalan refleksi ini, saya akan cuba untuk menyediakan jurnal reflektif atau portfolio peribadi. Jurnal reflektif ialah koleksi maklumat tentang refleksi pemikiran dan perasaan, catatan ilmu yang dipelajari dan idea yang cuba dilaksanakan yang kemudian dapat membantu guru untuk meperkembangkan profesionalisme mereka. Jurnal guru ini merupakan satu bentuk ruangan peribadi bagi guru untuk menulis apa sahaja yang dimahukan. Penulisan jurnal reflektif ini akan dapat digunakan sebagai panduan untuk menulis refleksi pengajaran dan panduan untuk menambah baik amalan pengajaran kita. Melalui cara ini guru akan lebih bersedia untuk meningkatkan profesionnya kerana setelah amalan ini sentiasa dilakukan guru akan dapat melihat perkembangan dan perubahan yang dialami melalui penulisan jurnal reflektif ini. Guru akan sentiasa membuat penilaian dan penambahbaikan terhadap pengajaran dan tindakan mereka. Oleh yang demikian, amalan yang akan diamalkan secara berterusn untuk menjadi guru yang professional ialah amalan refleksi atau amalan berfikir. Selain daripada menyediakan jurnal reflektif, guru juga boleh menyediakan portfolio peribadi sebagai satu amalan reflektif. Menurut Shulman (1987), melalui portfolio pengajaran, guru akan menjadi lebih reektif tentang apa yang mereka lakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan mengimbas balik pengalamanpengalaman lepas dalam portfolio, ia menggalakkan mereka mengenal pasti

halangan-halangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta memikirkan jalan penyelesaiannya. Membina portfolio merupakan satu medium bagi guru untuk mengenalpasti lalu memilih pengalaman dan menilai semula pengalaman itu dan menjadikanya satu amalan. Portfolio ini membolehkan guru untuk mendokumentasikan dan

menerangkan tindakan mereka serta menjadi bahan bukti kerjaya mereka. . Apabila seseorang guru meneliti amalan pengajarannya sendiri, sudah tentu amalan penelitian itu membantu terhadap penilaian kendiri terhadap tanggungjawabnya. Contoh-contoh amalan baik dalam portfolio boleh dikaji dan diguna atau diadaptasikan dalam bilik darjah. Oleh itu, jika seorang guru itu mengamalkan amalan reflektif ini, guru itu akan sentiasa peka kepada masalahnya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru ini akan cuba mencari kekuatan dan kelemahan dirinya. Jika mengamalkan amalan reflektif, guru ini akan mengumpul seberapa banyak maklumat mengenai perkembangan proses pengajarannya serta mendokumentasikan agar

perkembangan itu dapat dinilai keberkesanannya dengan lebih jelas. Tidak kiralah bagaimana jenis reflektif yang ingin dilakukan, tetapi hasilnya tetap akan sama iaitu mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah. Berdasarkan motif dan sebab inilah saya merasakan jika seorang guru itu ingin menjadi seorang guru yang profesional, maka guru itu perlulah mengamalkan amalan reflektif atau amalan berfikir

Anda mungkin juga menyukai