Anda di halaman 1dari 13

1.

PENGENALAN Konsep akauntabiliti menurut Tan Sri Ahmad Sarji (Leow Peng, 2012) ialah satu obligasi

untuk memberikan jawapan dan penjelasn mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapatkan jawapan dan penjelasan tentang sesuatu perkara. Akauntabiliti juga merujuk kepada disiplin dan keperluan untuk menjustifikasi dan menerima tanggungjawab terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil. Dalam konteks bidang keguruan pula, akauntabiliti bermaksud tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru selain tanggungjawab seorang guru tersebut terhadap profesional keguruan. Akauntabiliti seorang guru bukan hanya tertumpu tanggungjawab kepada murid atau pelajar sahaja bahkan merangkumi tanggungjawab terhadap guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara serta kepada profesion keguruan (Mok Soon Sang, 2003). Integriti pula bermaksud kejujuran, ketulusan, kesempurnaan, dan keutuhan (Kamus Dewan, 1985). Manakala mengikut Institut Integriti Malaysia (2004), integriti adalah merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi. Integriti berkait rapat dengan etika kerana sebagai rumusannya, integriti merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang individu tersebut. Integriti bagi seorang guru ialah dengan melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan mengikut kepentingan umum. Oleh itu, guru sebagai seorang penjawat awam perlu menjadi seorang yang telus dan tulus, selain dapat memikul tanggungjawab yang diberikan kepadanya dengan mendidik murid mengikut acuan yang ingin dibentuk. Oleh itu, bagi memenuhi matlamat utama pendidikan yang ingin menyediakan seseorang individu yang dapat memainkan peranan positif dan berkesan. Selain itu juga, pendidikan bertujuan melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Telah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk membentuk murid-murid mengikut kehendak yang diinginkan oleh negara. Dan guru juga perlu menunjukkan sikap dan disiplin yang terbaik seperti bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa dan nilai-nilai murni yang lain untuk dijadikan sebagai contoh teladan kepada murid-murid. Hal ini kerana mendidik merupakan satu amanah kepada seorang pendidik untuk mendidik muridnya dengan ikhlas dan secara tidak langsung murid akan turut serta menjadi seorang yang celik akal serta berakhlak mulia. Oleh itu, penerapan nilai murni ke dalam diri murid bagi mengelakkan masalah keruntuhan akhlak remaja seperti yang berlaku sekarang dapat dikurangkan.

2.0

ISU ETIKA KEGURUAN YANG DIKENALPASTI YANG DAPAT MENJEJASKAN AKAUNTABALITI KEGURUAN DAN INTEGRITI GURU Isu berkenaan dengan etika keguruan sering dibincangkan di media massa pada masa

kini dan secara tidak langsung perkara seperti ini telah menjejaskan profesionalisme keguruan pada mata masyarakat. Antara isu yang hangat diperkatakan ialah berkenaan dengan isu guru memukul murid dan bertindak kasar dengan murid, guru berniaga serta guru tidak menjaga penampilan diri ketika berada di sekolah. Hal seperti ini menyebabkan masyarakat menjadi kurang yakin dan meragui dengan keupayaan guru dan menganggap guru tidak dapat mengawal emosi serta mengambil mudah dengan tugas yang dituntut di dalam kerjaya sebagai seorang guru. Terdapat tujuh isu berkaitan dengan etika keguruan yang akan menjejaskan akauntabiliti keguruan serta integriti guru iaitu kesantunan guru, kepedulian guru, penampilan guru, berniaga di sekolah, kerjaya sambilan, pengurusan masa dan pengurusan kewangan. Guru perlu mengelak dari membabitkan diri dalam sebarang masalah dan isu-isu yang menjejaskan akauntabiliti serta integriti seorang guru bagi memastikan imej profesion terjaga. Isu yang dikenalpasti di sekolah semasa menjalani internship ialah isu kesantunan guru dan pengurusan masa. Dua isu yang telah saya kenalpasti sepanjang menjalankan internship di salah sebuah sekolah di kawasan Kuala Lumpur ialah berkenaan dengan kesantunan guru dan pengurusan masa.

2.1

Kesantunan Guru Kesantuan ialah perlakuan atau tingkah laku yang mampu menjalinkan

hubungan yang baik antara satu sama lain yang menjalinkan sesuatu pergaulan itu berada dalam keadaan harmoni dan mesra (Noriati, 2010). Kesantunan dapat dilihat dari segi pergaulan seharian seseorang itu seperti guru dengan murid, guru dengan rakan sejawat, guru dengan pihak pengurusan sekolah dan guru dengan masyarakat setempat serta juga sikap yng mengandungi nilai sopan santun atau eriket yang ditonjolkan oleh seseorang bersesuaian mengikut kontekstual. Kesantunan terbahagi kepada dua iaitu kesantunan dari segi perlakuan verbal dan kesantunan dari segi perlakuan nonverbal. Penggunaan intonasi suara yang sesuai dengan maksud, tidak membolot perbualan serta mencelah percakapan orang lain, mematuhi peraturan berbahasa yang menepati masyarakat di mana guru itu berada dan juga kata-kata yang mengandungi maksud ujaran yang jujur, ikhlas dan benar merupakan kesantunan dari segi verbal. Kesantunan dari segi nonverbal ialah melibatkan gaya pemakaian, cara duduk, cara berhubung dengan pihak lain dan beramah tamah. Guru perlu mengelakkan diri dari menunjukkan sikap yang kasar dan bengis di hadapan murid kerana guru merupakan role model yang akan diikuti oleh murid. Isu kesantunan guru yang dapat saya lihat di sekolah ini ialah di sekolah ini ialah dari segi nonverbal. Pertamanya ialah terdapat dalam kalangan guru yang tidak menjaga penampilan sebagai seorang guru. Ada dalam kalangan guru tersebut yang datang ke sekolah dengan hanya memakai selipar dan berpakaian selekeh dengan tidak mengikut etika sebagai seorang guru. Pakaian yang dipakai juga terlalu ketat dan jarang sehingga mendedahkan aurat. Hal ini bukan hanya bertentangan dengan nilai budaya masyarakat di Malaysia tetapi menyalahi etika pemakaian dari segi tuntutan agama. Selain itu, apa yang dapat saya perhatikan daripada isu kesantunan guru yang dikenalpasti di sekolah ini ialah hubungan dua hala antara guru dengan guru dan juga guru dengan pihak pentadbir sekolah. Di sekolah ini, guru-guru biasanya bergerak

mengikut kumpulan masing-masing dan hanya bergaul dalam kumpulan tersebut. Hal ini menyebabkan guru sesama guru kurang berinteraksi antara satu sama lain dan merencatkan hubungan antara guru dengan guru. Begitu juga hubungan antara guru dengan pihak pentadbir sekolah. Apa yang dapat saya perhatikan sepanjang berada di sekolah ini ialah guru kurang menghormati pihak pentadbir sekolah. Sekiranya dalam 3

mesyuarat, ada sesetengah guru yang membuat kerja sendiri tanpa mendengar ucapan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah. Perkara ketiga dari segi isu kesantunan yang dapat saya kenalpasti ialah terdapat sesetengah guru yang menengking murid di hadapan murid yang lain. Hal ini menunjukkan sikap guru tersebut yang bersikap bengis dan tidak menjaga air muka orang lain. Peristiwa ini disaksikan saya sendiri ketika melalui ruang legar sekolah iaitu seorang guru memarahi seorang murid di hadapan murid-murid yang lain. Waktu itu merupakan waktu rehat dan ramai murid-murid yang lain dapat melihat peristiwa berkenaan.

2.2

Pengurusan Masa Pengurusan masa ialah satu disiplin bagi seseorang guru itu kerana ia

merupakan satu proses peribadi dan perlu bersesuaian dengan gaya serta keadaan diri seseorang itu. Menurut Good (1973) dalam Noriati (2010), pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian, mingguan atau jangka masa panjang untuk memberikan masa bagi kuliah, belajar, riadah, tanggungjawab peribadi dan rehat. Pengurusan masa ini melibatkan dua dimensi iaitu pengurusan masa untuk diri guru itu sendiri dan yang kedua ialah menanamkan aspek kepentingan mengurus masa kepada murid-muridnya. Bagi isu pengurusan masa pula, terdapat dalam kalangan guru di sekolah ini yang tidak menepati masa. Apa yang dapat saya lihat isu tidak menepati masa dalam kalangan guru ini ialah dengan datang lewat ke sekolah. Hal ini dapat saya kesan terutamanya pada perhimpunan pagi setiap hari. Isu ini dilakukan oleh guru yang sama di mana beliau datang lewat ke sekolah dan ada kalanya beliau sampai sekolah tamat perhimpunan pagi. Selain itu juga, isu etika keguruan bagi pengurusan masa yang dikenalpasti ialah guru lewat masuk ke kelas terutamanya guru yang mempunyai waktu pertama. Guru tersebut melengah-lengah masa untuk masuk ke kelas sehingga murid sendiri datang memanggilnya untuk masuk ke kelas. Kes ketiga yang dikenalpasti ialah sikap guru yang menangguhkan kerja yang diberikan. Tugasan tersebut disiapkan pada saat akhir walaupun telah diberikan dari awal lagi. Sebagai contoh ialah Hari Terbuka di sekolah ini di mana ibu bapa boleh berjumpa dengan guru kelas anak masing-masing untuk mendapatkan buku rekod. Buku rekod tersebut perlu ditandatangani oleh Guru Besar untuk mengesahkan keputusan tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat dalam kalangan guru di sini lambat buku rekod tersebut kepada Guru Besar walaupun telah dinyatakan di dalam mesyuarat supaya menghantar buku tersebut dari awal lagi.

3.0

IMPLIKASI ISU TERHADAP AKAUNTABILITI KEGURUAN DAN INTEGRITI GURU Berikut merupakan implikasi bagi masalah yang telah dikenalpasti terhadap akauntabiliti

keguruan dan integriti guru.

3.1

Kesantunan Guru Implikasi bagi gaya penampilan guru yang tidak mengikut etika keguruan ialah

kepada murid. Murid akan kurang berminat atau tertarik dengan guru sekiranya guru berpakainan selekeh dan kurang kemas. Selain itu, guru sebagai role model perlu menunjukkan gaya penampilan yang baik sebagai contoh kepada anak didik. Sekiranya guru berpakaian selekeh, natijahnya murid mungkin akan mengikuti cara penampilan guru tersebut. Begitu juga dengan penampilan guru yang tidak mengikut nilai norma masyarakat sekeliling. Murid akan hilang konsentrasi sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p) kerana terlalu penumpukan ke arah penampilan guru tersebut. Secara tidak langsung, sesi p&p menjadi kurang berkesan kerana murid tidak mendapat input seperti yang sepatutnya. Imej keguruan juga akan tercemar sekiranya guru tidak menjaga penampilan sebagai seorang pendidik. Hal ini kerana, seperti sedia maklum, imej bagi seorang penjawat awam atau sebagai seorang pendidik adalah sopan dan mengikut etika yang ditetapkan. Masyarakat juga akan memandang rendah terhadap profesion keguruan disebabkan guru yang tidak menjaga etika pemakaian yang sepatutnya. Implikasi bagi kes kedua pula ialah hubungan antara guru dengan guru dan hubungan antara guru dengan pihak pentadbir sekolah ialah pengurusan pentadbiran sekolah akan lemah dan mengalami masalah. Hal ini menjejaskan akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan juga profesion keguruan sendiri dimana sebagai seorang guru, hubungan baik antara rakan sejawat perlu dijalinkan dan sentiasa menghormati antara satu sama lain serta bersama-sama dalam memikul tanggungjawab dalam mendidik anak bangsa. Sekiranya semua ini tidak dilaksanakan, secara tidak langsung, masalah ini akan memberikan kesan kepada semua ahli yang berada di sekolah itu termasuk guru dan juga murid. Impak yang paling buruk ialah kepada murid sendiri di mana murid tidak diuruskan dengan sebaiknya kerana kurangnya komunikasi antara guru dengan guru dan juga guru dengan pihak pentadbir sekolah. Hal ini akan menyebabkan institusi pendidikan tidak dipercayai oleh masyarakat sekiranya murid dan sekolah tidak dapat 6

diurus dengan baik oleh pihak pengurusan. Pencapaian akademik sekolah juga mungkin buruk dan sekolah juga mungkin akan dipandang rendah oleh sekolah-sekolah yang lain. Implikasi bagi isu kesantunan guru yang ketiga ialah kurangnya sikap profesional seorang guru apabila menengking serta memarahi seorang murid di hadapan murid yang lain. Hal seperti ini mungkin akan menyebabkan psikologi murid berkenaan terganggu. Kemungkinan murid tersebut akan mudah merasa malu, kenyakinan diri akan merundum serta mungkin akan memencilkan diri daripada rakan-rakan yang lain. Guru tersebut mungkin kurang disukai oleh murid-murid yang lain disebabkan sikap yang bengis dan pemarah. Selain itu, murid juga akan berasa kurang selasa untuk berinteraksi dengan guru yang bengis dan secara tidak langsung tidak akan wujud komunikasi dua hala antara guru dan murid kerana terdapat jurang yang besar di antara mereka. Hal ini menyebabkan akauntabiliti guru terhadap murid tidak dijalankan dengan sepenuhnya.

3.2

Pengurusan Masa Bagi isu pengurusan masa pula, implikasi untuk kes guru datang lewat ke

sekolah ialah murid akan menghadapi kerugian masa yang berharga serta pembaziran hasil jika tidak diuruskan dengan baik. Guru tersebut tidak mempunyai akauntabiliti terhadap dirinya sendiri kerana tidak memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap tugas sebagai seorang guru dengan datang awal ke sekolah. Impak daripada guru datang lewat ke sekolah ini ialah murid berkemungkinan akan mengikuti tingkah laku negatif yang ditonjolkan oleh guru berkenaan. Guru tersebut juga akan dilabel sebagai guru yang kurang berdisiplin kerana tidak berjaya mendisiplinkan dirinya sendiri. Sekiranya guru tidak dapat mendisiplinkan diri sendiri, cara tidak langsung guru tersebut tidak akan dapat mendisiplinkan anak muridnya. Maka, kesannya ialah akan lahir generasi yang tidak berdisiplin serta tidak menepati masa hasil daripada guru yang datang lewat ke sekolah. Kesan untuk kes guru masuk lambat ke kelas pula ialah, kelas akan menjadi huru-hara dan bising disebabkan guru tiada di dalam kelas. Kemungkinan kejadian yang tidak diingini akan berlaku seperti bergaduh, murid berkelakuan nakal dan sebagainya disebabkan tiada kawalan di kelas tersebut. Guru ini juga mungkin akan kelam-kabut ketika sesi p&p disebabkan ingin menghabiskan silibus yang telah ditetapkan. Sekiranya p&p dijalakan secara tidak teratur, input serta objektif yang ingin disampaikan tidak akan tercapai. Guru tersebut tidak mempunyai integriti yang tinggi disebabkan tidak dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan mengajar murid secara ala kadar sahaja tanpa mengikut perancangan dan juga sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Apabila guru suka melengah-lengahkan kerja, kesannya ialah guru tersebut mungkin akan mendapat stress disebabkan ingin menyiapkan kerja pada saat akhir. Pelbagai masalah mungkin akan timbul sekiranya kerja atau tugasan yang diberikan disiapkan pada saat akhir. Secara tidak langsung, guru tersebut mungkin akan gusar dan mudah marah kepada orang disekeliling seperti rakan sejawat kerana pelambakkan kerja yang perlu disiapkan. Guru ini mempunyai tahap integriti yang rendah kerana tidak melakukan tugasan dari awal lagi. Akhirnya, murid akan menjadi mangsa keadaan di mana ramai dalam kalangan guru yang memarahi serta mendenda murid tanpa disebab atau mungkin disebabkan hal yang tidak sepatutnya kerana tidak dapat mengawal emosi dengan baik.

4.0

CADANGAN CARA UNTUK MENGANGANI ISU ETIKA KEGURUAN

Pelbagai cara perlu dilakukan bagi mengatasi masalah atau isu etika keguruan yang timbul pada pada sekarang ini. Masalah ini perlu diatasi atau ditangani kerana bagi mengelakkan imej dan nama baik profesion keguruan terus terjaga pada pandangan masyarakat di negara ini. Berikut merupakan cadangan untuk mengangani isu etika yang telah dinyatakan di atas. 4.1 Kesantunan Guru Cadangan untuk mengatasi bagi masalah penampilan guru di sekolah ialah guru itu sendiri yang perlu peka serta ada kesedaran kendiri terhadap persekitaran komuniti dan menghindarkan diri daripada dipengaruhi dengan unsur-unsur seperti terlampau mengikuti perkembangan fesyen terkini sehingga mencemarkan nama baik profesion keguruan. Selain itu, guru juga perlu sentiasa menampilkan diri sebagai rol model yang mempunyai penampilan yang baik kepada anak didik. Guru perlu menerapkan nilai moraliti yang tinggi dalam diri bagi memastikan penampilan diri di sekolah tidak tersasar dari nilai dan budaya masyarakat setempat. Guru Besar juga perlu lebih bertegas dalam menangani masalah dari segi berpakaian dalam kalangan guru-guru dengan meneliti dengan lebih terperinci cara berpakaian yang telah ditetapkan dalam Kod Etika Berpakaian bagi seorang penjawat awam dan juga merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2011 iaitu berkenaan dengan garis panduan guru ketika bertugas di sekolah. Kes kedua bagi isu kesantunan guru iaitu pergaulan guru dengan guru dan guru dengan pihak pentadbir yang kurang memberangsangkan. Antara cara yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini ialah dengan mengadakan aktiviti yang melibatkan semua guru bagi membolehkan hubungan sosial di antara mereka dapat dibentuk. Melalui aktiviti seperti makan malam pada akhir tahun yang melibatkan semua guru akan menghasilkan hubungan baik sesama rakan sejawat akan dapat dijalinkan. Selain itu, apabila terdapat tugasan yang memerlukan kerjasama antara guru-guru, bahagikan tugasan mengikut tahap keupayaan masing-masing bukan mengikut rakan-rakan yang hanya mereka selesa untuk bergaul. Secara tidak langsung, akan wujudnya komunikasi di antara guru-guru. Guru juga boleh mengaplikasikan Model Kesantunan Lakoff (1978) di bawah prinsip menjadi pendengar selesa kerana melalui prinsip ini, ianya akan 9

menonjolkan perasaan positif penutur-pendengar dan secara tidak langsung akan dapat merapatkan hubungan yang baik antara penutur dan pendengar. Cadangan untuk masalah ketiga iaitu masalah guru yang menengking murid di khalayak ramai ialah guru perlu diterapkan dengan tahap kesabaran yang tinggi serta mempunyai nilai kasih sayang kepada murid. Guru perlu sentiasa bersifat pengasih dan penyayang dalam proses menyelesaikan masalah murid. Sekiranya guru tersebut masih tidak dapat mengawal emosi dengan baik, guru tersebut perlu mengambil inisiatif sendiri dengan berjumpa dengan kaunselor bagi mengetahui bagaimana cara-cara untuk mengawal emosi dengan baik. Pihak pentadbiran sekolah juga boleh menganjurkan ceramah atau bengkel bagaimana cara untuk mengurus emosi dengan baik kepada para guru dengan menjemput penceramah dari luar. Kempen seperti kempen Guru Penyayang juga merupakan salah satu cara untuk menerapkan nilai kasih sayang dalam kalangan guru terhadap murid di sekolah. Selain itu, guru boleh mengaplikasikan Model Prinsip Kerjasama Grice (1975) iaitu guru perlu mengambil kira tentang ketepatan apa yang dituturkan, tempat perbincangan dan juga kewajaran pertuturan tersebut bagi menjaga air muka murid sendiri.

10

4.2

Pengurusan Masa Antara cadangan untuk mengatasi masalah guru datang lewat ke sekolah ialah

pihak pentadbir perlu lebih bertegas dengan kesalahan yang dilakukan oleh guru dengan mengeluarkan tindakan tatatertib kerana telah melanggar Etika Perkhidmatan Perguruan. Surat ini diberikan setelah guru tidak mengendahkan walaupun berkali-kali telah diberikan amaran. Selain itu, guru perlu mendisiplin diri sendiri agar murid-murid tidak mengikut perlakuan negatif yang dilakukan oleh guru. Hal ini kerana, guru adalah contoh teladan kepada murid. Oleh itu, guru perlu mendisiplinkan diri agar menjadi contoh terbaik kepada murid. Sekiranya guru memberikan alasan kesesakan lalu lintas sebagai punca datang lewat ke sekolah, maka guru tersebut perlu dinasihatkan agar bertolak awal dari rumah. Bagi kes kedua iaitu guru masuk lambat ke kelas pula, cara untuk mengangani masalah ini ialah guru seharusnya mengkaji tingkahlaku mereka dalam mengenlpasti mengapa mereka melengahkan masa. Guru hendaklah menetapkan kualiti yang hendak dicapai di dalam kelas dengan menyediakan perancangan yang rapi. Secara tidak langsung bagi mencapai kualiti yang ditetapkan menngikut perancangan, guru akan masuk ke kelas mengikut waktu bagi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan. Selain itu, pihak pentadbir perlu sentiasa memantau dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru. Dengan adanya pemantau ini, maka peluang untuk menyalahgunakan masa di sekolah akan terbatas. Cadangan untuk kes ketiga ialah guru selalu menangguhkan tugasan yang diberikan. Bagi mengatsi masalah ini, guru perllu menyenaraikan tugasan yang perlu diselesaikan untuk mengelakkan dari terlupa melakukan tugasan tersebut. Selain itu, guru juga perlu menyusun atur aktiviti yang ingin dilakukan mengikut kepentingan dan keutamaan. Dengan ini, kerja yang utama akan disiapkan terlebih dahulu sebelum melakukan kerja sampingan. Guru perlu mengagihkan masa untuk setiap aktiviti. Masa yang diperuntukkan perlu sesuai mengikut kadar keutamaan. Selepas agihan dibuat, guru boleh membuat satu jadual atau buku log harian supaya masa untuk melakukan tugasan dapat disediakan dan lebih terancang. Hasilnya, tugasan dapat disiapkan dengan adanya komitmen dari guru dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

11

5.0

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, guru perlu mempunyai inisiatif untuk berubah agar tingkahlaku

yang ditonjolkan tidak menyalahi etika, akauntabiliti dan integriti sebagai seorang guru. Sebagai guru, kesedaran terhadap isu yang dinyatakan diatas sangat penting dalam menjaga nama baik profesion keguruan. Seperti sedia maklum, profesion keguruan merupakan satu kerjaya yang dipandang tinggi dalam masyarakat. Oleh itu, sebagai seorang guru, nama baik kerjaya ini perlu dijaga dan dikekalkan agar terus dipandang tinggi oleh masyarakat. Guru perlu melaksanakan tugasan yang diberikan tanpa sebarang keluhan dan memikul tanggungjawab dengan penuh amanah. Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007) Justeru, warga pendidik perlu terus komited dan memberikan komitmen yang tinggi untuk membentuk generasi yang akan datang sebagai generasi yang berguna, berilmu, berdidiplin dan berketrampilan tinggi selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

12

6.0

RUJUKAN

Fadzil Ahmad. (2012). Garis panduan guru ketika bertugas di sekolah. Atas talian http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan--am guru.html#sthash.0HfaJA3N.dpuf Leow Peng. (2012). Kemodenan Guru. Atas talian

http://3l1c.blogspot.com/2012/09/kemodenan-guru.html Mok Soon Sang. (2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Rendah:Komponen1&2 Psikologi Pendidikan & Pedadogi. Kumpulan Budiman: Subang Jaya Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, & Wong Kiet Wah. (2010). Siri Pendidikan Guru: kepimpinn dan perkembangan profesion guru. Oxford Fajar Sdn. Bhd: Darul Ehsan Yusri Wahab. (2008). Akauntabiliti guru. Atas talian Asas

Selangor

http://www.scribd.com/doc/3630163/akauntabiliti-guru ___________. (2012). Kesantunan guru. Atas talian

http://www.scribd.com/doc/104682042/Kesantunan-Guru

13

Anda mungkin juga menyukai