Anda di halaman 1dari 4

AMIZAH BT MOHAMAD SABRI JURNAL PRAKTIKUM

900108-03-6130

Nama Pelajar : Amizah bt Mohamad Sabri Kursus & Ambilan : Pendidikan Pemulihan PR-1 Tempoh Praktikum : 8 Minggu Pengkhususan : Pendidikan Pemulihan Sekolah Rendah Nama Guru Pembimbing : Puan Aini binti Ahmad Nama Pensyarah Pembimbing : Tuan Haji Abdul Rahim bin Haji Marzuki

Catatan Minggu ke : (2). Tarikh : 21 JULAI hingga 25 JULAI 2013

Masalah

Pada minggu ini, masalah yang dapat saya kenal pasti ialah berkaitan dengan isu tingkah laku murid pemulihan. Saya telah melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran buat kali pertama bagi murid pemulihan tahun 3 Ibnu Hanbal untuki subjek Matematik dan 2 Ibnu Hanbal untuk subjek Bahasa Melayu. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut, saya berpeluang mengenali pelbagai kerenah dan tingkah laku murid-murid tersebut melalui pemerhatian yang telah dibuat. Antara masalah yang timbul ialah murid mudah hilang tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Murid hanya dilihat dapat menumpukan pemerhatian selama lebih kurang lima belas minit sahaja. Selepas itu, murid mula membuat bising dan berjalan-jalan di dalam kelas sambil mengganggu rakan-rakan yang lain.

Tingkah laku negatif murid tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana akan mengganggu tumpuan murid lain dan menjejaskan kualiti semasa perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut A. Ghani Abdullah (2009), masalah tingkah laku negatif murid yang berkelakuan nakal disebabkan oleh kerana tidak berminat atau tidak dapat mengikuti pelajaran di dalam bilik darjah. Pelajar yang tidak dapat menumpukan perhatian pada aktiviti pengajaran guru akan membuat bising, tidak dapat duduk diam dan bergerak ke sana sini, mengganggu pelajar lain dan sebagainya di dalam bilik darjah.Segala masalah tersebut dapat diatasi dengan

AMIZAH BT MOHAMAD SABRI

900108-03-6130

membuat perancangan yang rapi dan tindakan yang tegas perlu diambil kepada murid yang bertingkah laku negatif.

Analisis Masalah

Sebelum mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah di atas, saya telah melakukan analisis bagi mencari punca-punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Semasa memerhati guru yang sedang mengajar di dalam kelas, terdapat beberapa orang murid suka membuat bising dan tidak fokus kepada sesi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa andaian awal yang telah saya jangkakan iaitu seperti berikut: 1. Kemungkinan murid-murid yang membuat bising tidak dapat memahami apa yang disampaikan dalam kelas. 2. Murid-murid yang biasa menimbulkan masalah biasanya terdiri dari kumpulan yang lemah dan tidak berminat dalam pelajaran. 3. Murid-murid inginkan lebih tumpuan dan perhatian daripada guru

berkemungkinan kurangnya kasih sayang semasa berada di rumah. 4. Kemungkinan juga berpunca daripada corak pengajaran guru iaitu agak membosankan bagi murid dan tidak dapat menarik minat murid.

Cadangan Bagi mengatasi masalah tingkah laku murid, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh saya supaya masalah tersebut dapat dikurangkan dan diatasi sebaik mungkin. Cadangan yang pertama ialah guru perlulah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dan dapat menarik minat murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru perlulah kreatif supaya dapat memilih strategi yang berkesan dalam pengajaran.

Seterusnya, saya mestilah memberikan motivasi kepada murid dengan memberi peneguhan positif dan melaksanakan sistem token kepada murid. Pemberian token dalam bentuk ganjaran mampu merangsang dan mengubah

AMIZAH BT MOHAMAD SABRI

900108-03-6130

tingkah laku murid kerana mereka perlu bertingkah laku positif untuk mengumpul sebanyak mungkin token dan mendapatkan ganjaran yang sepatutnya.

Selain itu, guru mestilah sentiasa membuat pemantauan kepada murid khususnya bagi pengajaran yang melibatkan lebih daripada satu kumpulan. Pemantauan perlulah dibuat dari semasa ke semasa dengan memberi semangat dan panduan sekiranya aktiviti yang dilaksanakan tersebut sukar difahami oleh murid.

Tempoh Penyelesaian

Masalah ini akan cuba diatasi dalam tempoh 28 Ogos 2013 hingga 1 Ogos 2013.

Tindakan Susulan

Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul di atas dengan mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang telah dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan dalam masa yang berpanjangan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, masalah tingkah laku murid pemulihan ini akan menjadi satu cabaran kepada saya dalam menguruskan tingkah laku mereka ke arah positif. Semoga saya dapat melaksanakan pelbagai cadangan yang telah diiutarakan bagi mengubah sikap murid dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi mereka dalam pengajaran.

AMIZAH BT MOHAMAD SABRI

900108-03-6130

Pandangan / komen guru pembimbing ....................................................................................................................................... ....................................................................................................................................... ....................................................................................................................................... Tarikh : .............................................................. Tandatangan : ................................ Nama : ..............................................................

Pandangan / komen pensyarah pembimbing ....................................................................................................................................... ....................................................................................................................................... ....................................................................................................................................... Tarikh : ............................................................... Tandatangan : ............................... Nama : ...............................................................

Anda mungkin juga menyukai