Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGERUSI MAJLIS

PERASMIAN PEMBUKAAN

PERKARA TEKS QUE


Pengumuman *Mohon perhatian
Bagi memastikan majlis kita berjalan dengan lancar, para hadirin diminta agar
memastikan telefon bimbit berada dalam mod pengaturcaraan senyap.

Apabila diumumkan ketibaan YANG BERBAHAGIA PROF. EMERETUS DR.


ABDULLAH HASSAN, diiringi DIF-DIF JEMPUTAN,

Para hadirin diminta untuk berdiri.

Kerjasama hadirin amat dihargai.


Mengumumkan ketibaan YANG BERBAHAGIA PROF. EMERETUS DR.
Ketibaan VIP
ABDULLAH HASSAN diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam majlis.
Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu
Kandung Suluh Budiman.

****************************************************************************************
Para hadirin dipersilakan duduk.

Sayang kumbang mencari makan,


Kata Aluan Terbang seiring ditepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga direstui restu Illahi.

Bismillah…
* SALUTASI

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.


Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, kita dapat sama-sama berkumpul
dalam MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERSIDANGAN
ANTARABANGSA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU KETIGA.
Justeru pada kesempatan ini, pihak majlis merakamkan sekalung
penghargaan kepada YANG BERBAHAGIA PROF. EMERETUS DR.
ABDULLAH HASSAN kerana sudi meluangkan masa demi merealisasikan
matlamat program pada hari ini.

Bacaan doa Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, marilah kita sama-sama
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh al Fadhil
ustaz Azizi Hussien. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Amin-amin, ya Rabbal Alamin. Terima kasih di atas bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Pembentangan
resolusi Sebagai pembuka tirai, majlis akan dimulakan dengan pembentangan resolusi
oleh YANG BERUSAHA PROF MADYA DR SANAT MOHD NASIR, tampil
membentangkan resolusi persidangan. Untuk itu, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan di atas pembentangan resolusi itu sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan penghargaan oleh YANG MULIA PROF
MADYA DR. RAJA NUR SAFINAS RAJA HARUN, DEKAN FAKULTI
BAHASA DAN KOMUNIKASI. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi.


Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis dengan penuh takzimnya menjemput YANG BERBAHAGIA PROF.


UCAPAN EMERITUS DR. ABDULLAH HASSAN bagi sesi pembentangan ucap utama
PERASMIAN yang akan dipengerusikan oleh YANG BERUSAHA PROF MADYA DR. SITI
SANIAH BINTI ABU BAKAR. Majlis mempersilakan.

Demikianlah tadi, sesi ucap utama yang telah disampaikan oleh PROF.
EMERITUS DR ABDULLAH HASSAN. Majlis mengucapkan ribuan terima
kasih.

CENDERAMATA Hadirin sekalian,

Sekarang tibalah masanya untuk sesi penyampaian cenderamata. Untuk itu,


majlis menjemput PROF MADYA DR. RAJA NOR SAFINAS RAJA HARUN
DEKAN FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI bagi menyampaikan
cederamata kepada YANG BERBAHAGIA PROF. EMERETUS DR.
ABDULLAH HASSAN.
Terima kasih diucapkan di atas penyampaian itu tadi.

Hadirin sekalian,
MINUM
PETANG Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu sebentar tadi, maka
berakhirlah majlis kita pada hari ini. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih
kepada hadirin kerana sudi hadir ke majlis ini. Para hadirin dijemput untuk
menikmati jamuan yang telah disediakan.

Sekian, Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai