Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR BAHASA

MELAYU TAHUN 6

Tarikh : 21 Mei 2018

Hari : Isnin

Tempat : Bilik Darjah Tahun 6

Objektif :

Antara objektif yang ingin dicapai melalui program yang dijalankan ialah :

1. Mengetahui cara dan teknik yang betul untuk menjawab soalan UPSR.

2. Mengetahui topik-topik penting yang perlu diberikan tumpuan.

3. Meningkatkan pemahaman dan memperkasakan keazaman untuk

kecemerlangan diri.

Sasaran : Semua murid Tahun 4,5,6 SJK(T) Ladang Sialang

Strategi Perlaksanaan

i Kemahiran Teknik Menjawab Soalan UPSR


ii Kemahiran Belajar Berkesan
iii Motivasi Dalaman

Pada 21 Mei 2018 yang lalu iaitu hari Isnin, Panitia Bahasa Melayu telah

mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun 6. Seramai 40

1
peserta yang terdiri daripada tahun 4, 5 dan 6 telah berkumpul dan mengambil

kedatangan pada pukul 1.45 tengah hari.

Aktiviti yang berlangsung selama dua jam ini disampaikan oleh En.Zul

Hazmi Bin Hamad selaku Pemeriksa Kertas Bahasa Melayu yang berpengalaman.

Penceramah telah menerangkan cara dan teknik yang betul bagi menjawab soalan

Bahasa Melayu.

Semua murid memberikan tumpuan yang baik terhadap penerangan

tersebut. Murid diberi peluang untuk menyalurkan idea mereka menerusi aktiviti

sumbang saran dan perbincangan. Mereka digalakkan untuk berkongsi idea

berdasarkan pengalaman dan juga pengetahuan sedia ada yang mereka peroleh.

Murid-murid menunjukkan kesungguhan mereka dalam melibatkan diri dengan

aktiviti yang dijalankan oleh penceramah.

Akhir sekali, program ini berjaya dilaksanakan berlandaskan kepada

objektif yang telah ditetapkan. Oleh itu, kewujudan program seumpama ini di

sekolah adalah sangat digalakkan untuk meningkatkan prestasi murid bagi

menghadapai peperiksaan UPSR kelak. Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh, Disemak oleh, Disahkan Oleh,

.......................................... ..................................... ..............................


(ESWARY A/P RAJA GOPAL)
KETUA PANITIA
BAHASA MELAYU,
SJKT LADANG SIALANG.

2
Laporan bergambar

3
4

Anda mungkin juga menyukai