Anda di halaman 1dari 19

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

(FPG)
PERANAN GURU DALAM

MEREALISASIKAN FALSAFAH
PENDIDIKAN GURU (FPG)

Tujuan Penggubalan FPG


Menjadi panduan bagi merealisasikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang


bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982).

FPG menjelaskan jenis guru yang diperlukan negara kita


selaras dengan kehendak dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung

aspirasi negara serta menyanjung warisan


kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Matlamat Penggubalan FPG


Penggubalan Falsafah Pendidikan Guru adalah

untuk menghasilkan guru yang berkualiti dari


segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku, menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk

pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam


abad ke-21.

Model Konseptual Pendidikan Guru


Model Konseptual Pendidikan Guru adalah dirangka berlandaskan kepada dasar Falsafah Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah tiga dimensi utama, iaitu: 1. Ketuhanan : Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. 2. Kemasyarakatan : penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan. 3. Kendiri : penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotisme pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.

Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga aspek asas, iaitu: 1. Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. 2. Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. 3. Nilai yang merujuk kepada amalan-amalan murni, perlakuan guru yang penyayang, beepekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan.

Unsur-unsur akauntabiliti guru, aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai serta ppotensi guru adalah digambarkan seperti Rajah 1 di bawah:

Rajah 1

Analisis FPG merujuk kepada Cabang-cabang Falsafah


Cabang Falsafah
Metafizik

Ciri-ciri FPG
- Menjamin perkembangan
individu. - Memelihara masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Analisis
- Peranan guru sebagai
agen perubahan dalam dunia pendidikan yang dinamik.

Epistemologi

- Berpandangan progresif dan saintifik.

- Ilmu sentiasa berkembang lanjutan penemuan baru dan inovasi.

Cabang Falsafah
Aksiologi

Ciri-ciri FPG
- Berpekerti mulia. - Menjunjung aspirasi

Analisis
- Guru sebagai rol model dan teladan

negara.
- Menyanjung warisan kebudayaan negara.

yang baik.

Logik

- Berpandangan
progresif dan saintifik.

- Amalan penaakulan
logik dalam menjalankan tugas

profesional dan rutin


harian pengajaran dan pembelajaran.

Analisis FPG merujuk kepada Elemen-elemen yang Terkandung


Elemen FPG Analisis

Berpekerti mulia

- Sahsiah guru yang baik berbudi bahasa,


berdisiplin, bersopan dan sebagainya.

Berpandangan progresif dan saintifik Bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara

- Berkembang mengikut peredaran zaman yang kini memberi penekanan kepada sains dan teknologi. - Berusaha agar dapat menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara. - Memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan murid. - Menghayati warisan kebudayaan negara yang unik.

Elemen FPG Menjamin

Analisis - Peranan guru dari segi perkembangan diri

perkembangan
individu

dan perkembangan murid secara


menyeluruh (aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek).

Memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik progresif dan berdisiplin

- Tanggungjawab guru sebagai ahli


masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara. - Berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan.

Implikasi FPG terhadap Sistem Pendidikan Negara


1. Menghuraikan ciri-ciri guru yang diperlukan untuk memenuhi aspirasi negara dan Wawasan 2020. Contohnya: Seseorang guru mestilah mempunyai peribadi yang mulia dan bersedia menjunjung aspirasi negara dalam merealisasikan misi pendidikan negara pada masa depan. 2. Guru disifatkan sebagai rol model dan teladan bagi golongan murid.

Contohnya: Tingkahlaku seorang guru yang baik akan


mempengaruhi tingkahlaku anak didiknya, umpama pepatah Melayu, bapa borek, anak rintik.

Peranan Guru dalam

Merealisasikan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

1.Para pendidik hendaklah bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat dalam bidang ilmu dan sentiasa bersedia untuk menimba ilmu serta kemahiran-kemahiran baru yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Memberikan perhatian yang serius terhadap


pembentukan modal insan dalam kalangan generasi muda agar mereka menjadi individu yang berkembang secara menyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu, kemahiran, masa dan tenaga mereka demi keluarga, masyarakat dan negara sejajar dengan prinsip Falsafah

Pendidikan Guru yang menekankan jaminan


perkembangan individu secara khususnya.

3. Para pendidik hendaklah mempergiatkan lagi


usaha untuk menyemai perasaan kagum anak

didik terhadap keunikan warisan kebudayaan


negara dan memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat dalam kalangan mereka dengan melaksanakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran yang berkenaan.

4. Menunjukkan model atau sahsiah yang baik dan


personaliti yang matang serta sihat menerusi diri para pendidik akan menjadi ikutan kepada pembentukan personaliti murid-murid di samping membentuk akhlak dan disiplin yang baik melalui matapelajaran yang diajar selaras dengan tuntutan FPG.

5. Menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran

yang bermutu kepada anak didik agar mereka


berani menghadapi cabaran masa hadapan.

6. Para pendidik mestilah menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan

untuk merangsang perkembangan anak didik


di samping memahami secara mendalam kehendak yang nyata dan tersisip di dalam kurikulum pengajaran dan pembelajaran yang disediakan agar ia selaras dengan hasrat FPG.

Rujukan:
Choong Lean Keow, (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang, (2006). Siri Pendidikan, Nota Ulangkaji dan Latihan P.T.K (Penilaian Tahap Kecekapan) Bahagian 1: Kompetensi Umum (Teras dab Profesional). Selangor: Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd. Mok Soon Sang, (2011). Siri Pendidikan Perguruan, Pengantar Pendidikan TERAS untuk Kursus Persediaan Program Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Prof. Dr. Hasan Langgulung, (1995). Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigma. Selangor: HIZBI. Robiah Sidin, (1994). Pendidikan di Malaysia, Cabaran untuk Masa Depan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. References. APA Style: Peranan Guru dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Guru. Retrieved Jan 16, 2012 from http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2008/07/peranan-guru-dalammerealisasikan.html

Anda mungkin juga menyukai