Anda di halaman 1dari 4

Faktor tercetus 13 Mei 1969

Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.
Antaranya adalah perasaan bimbang dan curiga, konfrontasi di pulau, perbalahan kecil,
politik perkauman, kongsi gelap dan politik, ketegangan terpimpin, perarakan
kemenangan, sombong dan reaksi penduduk tanah Melayu.
Perasaan bimbang dan curiga antara kaum cina dan Melayu yang sudah lama
wujud telah menyebabkan berlakunya tragedi yang menyayat hati ini. Berbagai jenis
kekacauan yang telah berlaku. Kebanyakkan daripada pergaduhan-pergaduhan
bermula dengan pertempuran antara kongsi gelap dengan pemuda-pemuda jahat
Melayu. Ketika Kerajaan United Kingdom hendak menganugerahkan taraf Bandaraya
kepada Pulau Pinang, suasana geklisah dan curiga di antara orang cina dan Melayu
sudah sedia ada. UMNO Pulau Pinang atas sebab politik tidak menyertai perarakan
tersebut. Akibatnya, tersebarlah khabar angin Georgetown menyatakan orang melayu
akan menyekat dan cuba menyuraikan perarakan tersebut. Keadaan tersebut telah
menimbulkan pergaduhan kecil semasa perarakan yang diadakan.
Faktor kedua yang menyebabkan tercetusnya tragedi ini adalah disebabkan
konfrontasi yang berlaku di pulau. Pertelingkahan memang sentiasa ada di antara
kaum-kaum cina dan Melayu di Pangkor. Dengan latar belakang tersebut, satu
pergaduhan telah berlaku berikutan pertengkaran di antara seorang cina dan pemuda
Melayu di Sungai Pinang pada 1 Mei 1959. Peristiwa itu membawa kepada
pertentangan dan pertengkaran antara kaum cina dan Melayu. Tiga orang Melayu telah
cedera dan banyak harta yang telah musnah. Pada 2 Mei 1959, imam telah memanggil
orang Melayu bermesyuarat di masjid untuk mencadangkan langkah-langkah mengawal
keselamatan. Melihatkan perkara tersebut, kira-kira 60 orang cina dengan segera
melengkapkan diri dengan senjata tajam berkumpul lebih kurang 20 ela dari masjid
dengan cara yang mengancam. Hal ini telah menyebabkan berlakunya satu
pergaduhan.
Faktor ketiga adalah perbalahan kecil. Kekacauan kaum di Bukit Mertajam yang
berlaku akibat daripada perkelahian kecil antara seorang pekerja Melayu dan penjaja
sayur bangsa China (11 Julai 1964). Salah faham yang berlaku 11 Julai 1964 yang
melibatkan seorang pekerja Melayu dan seorang penjaja cina di Bukit Mertajam telah
menimbulkan perbalahan kecil. Pekerja melayu telah dipukul dengan cangkul oleh
pekerja cina. Apabila pekerja melayu tersebut hendak melaporkan kepada ketuanya
tentang kejadian tersebut, 40 orang cina telah muncul. Berikutan daripada kejadian itu,
telah berlaku kejadian serang menyerang serta bakar membakar di daerah Bukit
Mertajam
Selain itu, politik perkauman turut menjadi punca terjadinya peristiwa 13 Mei
1969. Beberapa calon yang tidak bertanggungjawab dalam Kempen Pilihanraya yang
diadakan telah menggunakan soal-soal perkauman yang merbahaya untuk memancing
undi dan sokongan. Pihak ini telah mengancam Fasal 153 dalam Perlembagaan dan
menakutkan orang Melayu bahawa mereka akan dikuasai oleh kaum bukan Melayu.
Kempen yang berpanjangan itu telah merosakkan harmoni antara kaum di Malaysia
Kongsi gelap dan politik turut menjadi punca tercetusnya 13 Mei 1969. Kongsi
gelap cuba menimbulkan kekacauan di negeri Perak yang menyebabkan Inggeris
campur tangan dan wujudnya Perjanjian Pangkor 1874. Kumpulan ini telah terlibat
dalam muslihat, pemerasan,menculik. Paksaan dan ugutan merupakan cara
mendapatkan sokongan semasa pilihanraya terutama di Kuala Lumpur. Kumpulan ini
telah mewujudkan tujuan perkauman untuk menimbulkan suasana tegang antara kaum
supaya negara menjadi lemah dan mereka dapat menjalankan pemerasan secara
berleluasa.
Faktor seterusnya adalah ketegangan terpimpin. Kegiatan komunis dan ejen
Parti Buruh di Malaya beserta ejen kongsi gelap yang telah diupah mewujudkan
ketegangan antara kaum ke peringkat yang merbahaya . Satu perarakan besar mayat
pekerja UMNO yang terbunuh di Pulau Pinang telah menyakitkan hati orang Melayu
yang berada di tepi-tepi jalan semasa perarakan tersebut berlangsung.
Di samping itu , perarakan kemenangan yang telah diadakan turut menjadi
punca tragedi ini berlaku. Pada 11 dan 12 Mei, Parti Tindakan Demokrat dan Gerakan
mengadakan perarakan kemenangan yang sengaja menghasut dan menaikkan
perasaan perkauman di Kuala Lumpur .Perarakan DAP di Jalan Bukit Bintang pada
pukul 8.30 malam telah mencaci orang Melayu dengan menunjukkan kelakuan kotor
dan kata-kata biadap dan tidak bersopan . Pada pukul 10.00 malam pula mereka telah
melaungkan Mati Melayu, Sakai pergi masuk hutan! kepada mata-mata Melayu
Sikap sombong yang ditunjukkan juga menjadi sebab berlakunya 13 Mei 1969.
Orang-orang bukan Melayu yang telah memenangi pilihanraya telah mengadakan
perarakan dengan sengaja melanggar peraturan jalan raya, menggunakan perkataan
dan kelakuan kasar dan lucah .Walaupun kelakuan yang melampau ini telah
menimbulkan kemarahan orang Melayu namun mereka masih dapat bersabar .Bangsa
China terutamanya telah menunjukkan kesombongan kepada orang Melayu sejak
kejadian 9 hingga 12 Mei yang menyebabkan mereka bimbang terhadap masa depan
.Pada pagi 12 Mei, sekumpulan pemuda UMNO telah berjumpa Haji Ahmad Razali bin
Ali (ahli DUN) untuk mengatakan bahawa mereka juga akan mengadakan perayaan
kerana mereka tidak dikalahkan dalam pilihanraya Negeri.
Faktor terakhir yang menyebabkan berlakunya 13 Mei adalah reaksi yang
ditunjukkan. Pemuda UMNO sangat marah terhadap apa yang telah dilakukan oleh
pembangkang dalam perarakan tersebut .Cadangan perarakan akan diadakan pada
petang 13 Mei 1969.Malam 12 Mei 1969, Haji Ahmad Razali telah pergi ke beberapa
buah kampung untuk memberitahu tentang perarakan yang akan diadakan itu
Faktor-faktor yang telah dinyatakan di atas merupakan di antara punca
tercetusnya 13 Mei 1969 yang begitu menyayat hati. Banyak nyawa yang telah
terkorban dan harta yang telah musnah dalam kejadian itu. Tragedi 13 Mei memberikan
pengajaran yang amat bermakna kepada kita sebagai rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab terhadap keamanan dan keharmonian negara.

Anda mungkin juga menyukai