Anda di halaman 1dari 2

JURNAL HARI PERTAMA (05 MAC 2012) 0730 tiba di Sekolah Kebangsaan Mengkuang. o Perhimpunan. o Melaporkan diri.

i. 0815 menuju ke pejabat pentadbiran o Berjumpa Tuan Guru Besar, Encik Abd. Hamid B. Kasim. o Berjumpa Penolong Kanan 1, Puan Che Zaini Bt. Hj. Abd. Aziz. Di dalam perjumpaan kami ini, kami telahpun mengetahui tentang keadaaan sekolah serba sedikit. Keadaan pelajar, keadaan disiplin dan struktur serta kemudahan yang ada di sekolah. Kami juga mendengar serba sedikit tentang pengalaman Guru Besar yang pernah mengajar di Sarawak. Di dalam Perjumpaan dengan Penolong Kanan 1 pula kami menerima sedikit taklimat ringkas dan menerima satu cara untuk mengenali diri kami sendiri melalui satu cara, iaitu SWOT. 1015 menuju ke kantin o Berjumpa dengan guru SK Mengkuang. Di sini kami telah menemui cikgu-cikgu SK Mengkuang. Kami mampu bertanyakan beberapa soalan yang berkait rapat dengan tugasan yang telah diberikan kepada kami. 1030 menuju ke bilik guru. o Ditunjukkan tempat duduk untuk guru praktikum. o Bertanya tentang keadaan kelas bersama guru matematik, Encik Shafarim. o Berbincang tentang pengagihan tugas. o Perbincangan. Di sini kami ditempatkan untuk berada di sana sepanjang seminggu. Perkara awal yang telah dilakukan adalah pengagihan tugas dan perbincangan tentang tugasan, dan cara mengajar dengan Cikgu Shafarim. Cikgu Shafarim amat memberikan kerjasama dan menolong kami yang akan menjadi guru Matematik.

1130 meronda di sekeliling blok A, B dan C o Mengambil gambar. o Membuat pelan o Mengenali kawasan o Mengetahui kelas yang ada. o Mengetahui kemudahan yang ada.

1300 ke pejabat pentadbiran. o Mencari informasi tentang guru di SK Mengkuang o Mencari informasi tentang jumlah guru dan gred yang mereka pegang. o Pendaftaran keluar. Di penghujung hari, saya telah mempelajari bagaimana keadaan sekolah berjalan. Saya juga mampu berinteraksi dengan rakan baru dan guru yang saya anggap semuanya adalah mentor sepanjang proses PBS ini. Tidak kurang daripada itu juga saya mendapat beberapa pengetahuan baru yang boleh saya kongsikan kepada rakan saya di IPG tentang gaya pengajaran Matematik dan beberapa pengetahuan yang lain lagi.

Anda mungkin juga menyukai