Anda di halaman 1dari 1

CARA-CARA MENGHASILKAN BAHAN BANTU MENGAJAR 1.

Menyediakan sebuah kotak yang bersaiz sederhana bersama alat-alat tulis dan flash card serta batang sate. 2. Pertama sekali bahagian luar kotak dibaluti dengan kertas warna yang berwarna merah dan kuning. 3. Selepas itu, bahagian dalam kotak juga dibalut dengan kertas warna. 4. Menghias bahagian dalam kotak dengan gambar-gambar yang ceria dan menarik. 5. Selepas menghiasi kotak tersebut, kotak tersebut ditebuk dua lubang pada dua tempat yang berlainan. Satu lubang telah ditebuk pada bahagian atas kotak manakala lubang kedua ditebuk pula ditebuk pada bahagian kanan kotak. 6. Kemudiannya, gambar-gambar objek tertentu yang berkaitan kaedah pandang sebut telah dicari dan telah dicetak. 7. Gambar-gambar yang dicetak ini dipotong dan dilekatkan flash card. 8. Seterusnya, nama objek-objek yang dicetak itu ditaip dalam warna-warna yang berbeza mengikut suku kata bagi memudahkan pelajar mengeja. 9. Perkataan-perkataan yang ditaip ini dicetak dan juga dilekatkan di atas flash card. 10. Flash card yang telah dilekatkan dengan gambar-gambar objek dan namanama objek dilekatkan kayu sate di belakang kad tersebut untuk memudahkan pemegangan kad tersebut. 11. Akhir sekali, bahan bantu mengajar digunakan ketika sesi pembelajaran dan pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai